Isnin, Ogos 24, 2009

Bila Intaian Maut di Hadapan Mata

Bila Malaikat Maut datang memanggil
Intaiannya sudah lama
Targetnya adalah KITA!
Beringatlah manusia bahawa hidup kita memang tidak lama...
Seketika cuma, akhirnya kita jualah bakal menjadi jasad itu yang tidak bernyawa...

Tangisan jiwa tidak mampu mengungkap rasa.
Hati menangis tatkala menghadap Tuhan Yang Esa.
Mengapa? Mengapa Tuhan?
Tiada signal dariMu tentang detik mana aku akan pergi.
Meninggalkan dunia untuk selamanya...
Meninggalkan sanak saudara,
meninggalkan segala pinjamanMu tika aku di dunia.

Aku sering terfikir, sejak kejadian itu.
Seolah2 makin dekat waktunya, aku akan bertemuMu.
Terbayang di mataku, di kuburan aku berada,
Ditanya Munkar dan Nakir...
Dan, tika itu...kelam!
Aku tidak tahu adakah aku dapat menjawab persoalan itu atau diam. terketar. membisu...
Aku...Takut!
Amalanku tidak banyak.
Sungguh...Tuhan, aku tidak bersedia!

Dalam solatku, sebaik mendengar ayatMu,
Aku tersedu. Tidak lagi mampu menghabiskan lapan yang kebiasaan.
Terpaksa aku berhenti..
Tuhan, sungguh...Aku takut.
Aku mahu pergi dalam sujudku..
Dalam sujud aku bertemuMu, dan, terlihat bayangan syurga.
Bukankah itu nikmat yang Kau janjikan buat hambaMu yang beriman?
Ya Allah. Kau Maha Mengetahui.
Betapa bayangan maut kini sentiasa di mataku...
Ya Allah. Kau jua yang tahu segala...
Bahawa amalanku tidak cukup untuk menempah syurgaMu.
Namun itulah harapnku...
SyurgaMu yang abadi.

Ya Allah, Kau tempatkanlah hambaMu yang telah Kau panggil untuk berada di sisiMu itu, di kalangan orang beriman. Amin.

2 ulasan:

a.j. berkata...

sungguh menyentuh jiwa

rijal88 berkata...

Insyaallah, Moga2 Allah menempat saudara Hafifi brsame org2 yg soleh...Ana jge terasa kehilangan bliau wlaupun hanya tman rapat seBadminton.Namun sifat ramah dan senyuman amat mghiburkan..

Renungan kpd semua:

"Sebahagian drpd kita Rancang Hidup Hidup utk Hidup, hanya sedikit yg Rancang Hidup utk Mati....namun berapa kerat drpd kita yg RANCANG MATI UNTUK HIDUP KEKAL ABADI"