Rabu, Ogos 12, 2009

...Hidup Ini...



Hari ini aku melihat warna warni kehidupan. Adakah aku akan terpedaya pada warna2 ini sedangkan pada hakikatnya ia adalah hasil daripada hanya satu warna yang membosankan. Entah mengapa, sejak akhir2 ini aku tidak mampu menulis. Hanya benakku asyik ligat berfikir, dan terus berfikir, merenung dan terus merenung, mentafsir, dan terus mentafsir. Dalam satu2 masa, aku terpaksa membuat 1001 keputusan yang padaku amat merumitkan. Keputusan pada 1000 persoalan yang masih tidak kutemu jawapan. Sukarnya apabila diri berada di ribuan liku dan persimpangan. Justeru, jalan mana yang harus aku pilih? Tuhan, bantulah aku!

Sampai satu masa dan ketika, aku memikirkan untuk tidak menulis lagi. Aku penat bermain dengan ribuan kata, aku penat bermain dengan ribuan huruf dan perkataan yang sebenarnya tidak mampu mengungkap perasaan sebenarku. Tapi, apakan dayaku, . Aku perlukan teman bicara yang bisa mengerti apa isi hatiku, apa yang bermain di benak fikirku. Dan, aku temu hanya satu teman bicara yang setia, yang mendengar segalanya, yang tersurat, jua tersirat… dan Dialah Tuhanku…

Apabila matahari terbit, aku adalah diriku yang cuba sedaya upaya untuk menerbitkan tujuh warna daripada hakikat satu warna sebenarku. Apabila bulan menjelma, warnaku kembali tidak ceria. Hitam putih, sangat membosankan lagi menghibakan. Aku lebih banyak memikirkan erti hidup yang tidak tahu di mana kesudahannya. Aku bingung! Bingung tidak tahu punca…Tuhan… Sesungguhnya hanya Engkau yang tahu


6 ulasan:

a.j. berkata...

NIK NADIA ... APA NI!!

nah ambik ni

http://ms.langitilahi.com/malulah-kau-dengan-nuh/

munadhia berkata...

panjang ceritanya jika ingin diceritakn...

bukan putus asa... tapi, rasanya, dakwh sy di KAED xbrjalan. buat masa skarang, bia sy tumpukan pd dkwah d sini. kalau lah encik ayub blh tgk sndiri keadaan kaed.

sy sdih sbenarnya. bila ada beberapa program sy involve, dlm program ini byk juga prkara mungkar yg sy lihat. sy cuba untuk mencegah, tapi, rupanya sy x mampu...sy rasa semuanya slh sy...

bila prkara ni trjadi, sy lebih suka memikirkan bagaimana nk atasi prkara ni. kdg2 rasa jiwa sy memang dah bukan d KAED, tapi, bila memikirkan misi sy belum tercapai dn selesai... sy jadi srba salah. xkan sy perlu lari dr masalah?! mana mungkin...

hgg saat ini sy masih memikirkan cara... hingga saat ni sy x brjumpa cara terbaik. sgt menyesakkan sy...

jadi, sy ambil keputusan, buat masa skarang, diri sy sndiri yang perlu dibaiki terlebih dahulu... sy masih banyak kekurangan yg menyebabkan ada hijab bg sy untuk brdakwah d sini...ilmu, sy perlu lebih mencari untuk memberi...

Kadang2 sy geram bila ramai orang hanya pandai bercakap tetapi jarang sekali melaksanakan. dn sy lagi geram bila sylah orang itu yg hanya pandai menulis dn bercakap tetapi, jarang sekali melaksanakan...

InsyaAllah, selamanya, sy xkan putus asa dalam jalan ini, cuma mungkin bila sampai tahap ini, jiwa sy sama sekali tidak senang...sy perlu sesuaikan diri dengan banyak perkara yang bertentangan dgn jiwa sy...dan, sy x boleh lari melainkan dengan menghadapi dn mncari solusi...

sy sedih, bila hingga skrang sy masih x mampu menubuhkan usrah di KAED, sy sedih bila, sy x mampu melaksanakan program dengan baik, sy sedih bila seolah2 semuanya sy x mampu untuk buat yang terbaik....tapi, percayalah sy masih dalam proses mencuba yg terbaik...insyaALlah.

sgt panjang... tapi, msih x mampu nk bagitahu tentang prkara sebenar...tapi, buat ayub terima ksih, blog tu dan entrinya sgt bagus...

jazakallahukhairan kathira.

p/s: sy akan terus menulis insyaAllah. tapi, mungkin x selalu spt sebelum ini...Wallahu'alam.

a.j. berkata...

wahai orang yang dikasihi Allah

wahai pencetus dan penggerak hati

"Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamu lah yang lebih unggul, dan Allah SWT bersama kamu, dan Dia tidak akan mengurangi segala amalmu..."
Muhammad:35

fitnah sering berlaku

jumudlah fikiran jika mengatakan islam adalh untuk orang sudah sedia islam

jumudlah fikiran jika mengatakan anbiya dan alquran diutuskan hanya untuk orang yang menerima islam

islam untuk semua

gerakkan mengislah untuk semua

baik yang berhijab maupun tidak

baik yang bermaksiat atau tidak

jika tidak berjaya bukan milikmu untuk menentukan!

usaha dan ikhlas ... itu yang penting

reward is not result basis ... it is procedural basis ...

lupakan perjuangan jika semua tunduk dan patuh...

sengaja Allah SWT menggagal dan "tidak menyempurna" keadaan kita kerana?

"Dan SUngguh!kami benar2 akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar2 berjihad dan ... bersabar di antara kamu"
Muhammad:30

Kita bukan bani israel ... ALlah tidak pandang kejayaan sahaja ... kerana kejayaan kegagalan hak mutlak Allah SWT

kite diuji supaya dibezakan antara kita sbagai
GOLONGAN MUJAHID
GOLONGAN AS-SABIRUN

bukan GOLONGAN YANG BERJAYA

mereka yang mati dan kalah dalam peperangan... mereka kekal fisabilillah biarpun tanah tak ditawan.... Merekalah Mujahid!

mereka yang mati didalam jalan dakwah... mati biarpun hanya seorang yang patuh dan ikut sepanjang tempoh dakwah... istiqamahnya mati sebagai As-Sabirun

kalau hanya kejayaan yang ingin dikecapi ... lupakan perjuangan

jikalau hendak digolong sbg Mujahid dan As-Sabirin ... Jannah lah milikmu ...


Giving is not an option! keep ur spirit up...

Keep your head high

Allah promise He will be with us ... persistance and preserverence

Because u r the best!!

a.j. berkata...

bab menulis tu =D ayub pun sama ... banyak lagi tanggungjawab besar ...

ayub sendiri tak tertanggung blog ayub


tapi takpe .. perhatkan keutamaan ...

kalau ade bende lebih urgent dan lebih tinggi marhalah nya ... utamakan yang tersebut!

=D all da best nix!

Tanpa Nama berkata...

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ(٢٠٠)

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

"Hai orang2 yg beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu(melebihi kesabaran musuhmu)dan tetaplah bersiap siaga(di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beruntung"

Moga terus thabat.

-s5-

Tanpa Nama berkata...

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ(٢٠٠)

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

"Hai orang2 yg beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu(melebihi kesabaran musuhmu)dan tetaplah bersiap siaga(di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beruntung"

Moga terus thabat.

-s5-