Ahad, Ogos 23, 2009

Perkhabaran Pagi 3 Ramadhan

Salam'alaik
Perkhabaran Ramadhan 3

Pagi, Hidayati Anies menghubungiku membawa perkhabaran yang tidak kusangka.

Dulu kami agak rapat di kalangan Badan Wakil Pelajar KOPU. Mohd Hafifi Hazwan nama diberi merangkap Presiden Badan Wakil Pelajar dan aku sebagai Setiausahanya. Sehinggalah melangkah kaki ke universiti, aku dan Hafifi masih berada di langkah yang hampir sama. UIAM.

Dia dalam bidang kejuruteraan aku dalam bidang senibina. Baru dua, tiga hari lepas dia menghubungiku untuk bertanyakan perihal balik raya. Katanya dia punya tiket kosong. Aku sekadar memberitahu bahawa aku akan pulang bersama abang. Dan itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. Dan, tidak ku terfikir bahawa mungkin tidak akan kedengaran lagi suaranya yang sering bertanyakan pendapat padaku berkaitan hukum dan syariat agama.

Tidak kusangka, dia pergi tanpa meninggalkan pesan apapun. Selalunya kami bertiga akan menziarah KOPU memandangkan kami bertiga sahaja punya cuti yang sama. Aku, Aima dan dia. Akhirnya dia pergi, maka, tinggallah kami berdua.

Kusangkakan, akulah yang bakal pergi dulu rupanya ketentuan Allah Maha Hebat daripada segalanya. 3 Ramadhan, di bumi UIA, akhirnya dia pergi meninggalkan segala kenangan KOPU, BWP, UIA dan segala2nya. Dan, segala pertanyaan yang pernah diutarakan padaku dahulu lenyap.kosong. Hanya tinggal pertanyaan yang sering aku jawab acuh tidak acuh padanya.

Tidak sempat juga aku memohon maaf atas kesilapanku dahulu. Aku sering menjawab pertanyaannya acuh tidak acuh. Memandangkan dia lelaki dan aku perempuan yang punya batasan pergaulan. Maafkan aku...

Al-Fatihah buat Allayarham Hafifi Hazwan, Engineering, 1st year UIAM Gombak, x-President BWP KOPU. Terima kasih atas segala jasanya sepanjang kerjasama kami bersama.

Al-Fatihah.

Dan, mesej bertalu sampai, telefon tidak berhenti deringan. Dan aku. senyap, masih cuba menerima kenyataan. Bahawa kematian tidak mengira usia.

Wallahu'alam.Wassalam.

5 ulasan:

basimah shaliha berkata...

smoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk golongan yg bertaqwa...
insyaAllah yan..
ila pon br tau td..
xsgka..benar lah..
kematian tidak mengira usia..
Allah Maha Kuasa..
dan berhak ke ats hambaNYA..
mungkin kita besok lusa..
smoga kita sntiasa bersedia dalam menempuhnya..smoga kuat..
slmat menyambut ramadhan yan..
smoga ramadhan kali ini diri kita makin dekat pada NYA..

munadhia berkata...

pagi tadi yan menulis ttg ramadhan2.tapi, tiba2 anies kol bagitahu khabar tu. miss yani pon ada kol, dan ramai jgk yg tny betul ke x..yan nk tgk jnazah die kalu boleh..tunggu mak dia dtg dr besut...

insyaAllah, moga2 rohnya dicucuri rahmat. sejak akhir2 ritu die slalu gak tanya mcm mana nak brubah menjadi sorg hamba yang baik... tapi, tula, yan jwb gitu2 je...rasa mcm x caya pon ada.moga2 dia tergolong dlm kalangan hambaNya yang beriman. amin...

Dr. Ir. AKUMAS berkata...

sdeyny.. kwn lme.. mse reunion ritu gurau bkn men.. ttbe dgr brita.. cm xpcy.. smoga die bersama org yg beriman

uwais al-malizy berkata...

seusai solat zohor tadi, kedengaran imam takbir empat kali..

hati ini berdetik; 'siapalah insan bertuah yang dijemput tuhan di bulan barakah ini'

sungguh perasaan ini ingin mengenali empunya diri, tidak kusangka kutemui jua latar belakang dirinya(arwah) melalui blog ini..

salam takziah atas pemergian rakan sekolahmu adik yan..

kita yang masih hidup ini, harus punya semangat untuk terus hidup..

kenapa?untuk apa?

kerana bekalan kita untuk dibawa bersama belum lagi memadai..

lailafillah berkata...

salam dik..betul la org cakap.."mati itu bila2 masa"..
baru sebentar tadi, bermain bersama..bergurau, ketawe..dan dlm sekelip mata..malaikat maut menjemput kite..
"wakafa bil mauti waizan"..