Sabtu, April 18, 2009

Sultan Muhammad Al Fateh




Hari ini aku ingin membawa sahabat semua ke zaman penaklukan Konstantinopel. Pertamanya, entri sebelum ini berkenaan dengan wasiat Sultan Muhammad Al Fateh kepada anaknya. Awalnya memang agak susah bagiku untuk mencari masa membaca tulisan Abdul Latip Talib berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh, tetapi, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga menghabiskan buku yang baru ku beli itu. Kira2 8jam perjalanan dari Shah Alam ke Besut menggunakan jalan pantai Terengganu, aku menggunakan waktu tersebut sepenuhnya untuk membaca tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usahanya menakluk Kota Konstantinople. Bermulanya perjalanan aku berada di halaman 1 novel sejarah islam tersebut. Satu demi satu helaian berjaya aku habiskan dan ia terus menarik minatku untuk membacanya sampai ke hujungnya.

Sultan Muhammad Al Fateh, beliaulah yang dimaksudkan Baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud, ‘Sesungguhnya Konstantinopel itu pasti dibuka. Sebaik2 ketua adalah ketuanya dan sebaik2 tentera adalah tenteranya.’ Wasiat daripada Sultan Muhammad Al Fateh sudah mampu membuat hatiku tersentuh. Terdetik di hatiku, ‘siapakah Sultan Muhammad Al Fateh zaman sekarang atau mungkin Salahuddin Al Ayubi yang bermati-matian berjihad untuk menegakkan Islam tercinta. Siapakah dia?’ Lalu angan2ku datang lagi. Pasti ada yang akan tergelak dengan anganku ini, aku bercita2 untuk menakluk KAED dan isinya. Menyampaikan dakwah Islam dalam KAED, memasukkan nilai murni dalam KAED dan sebagainya. Huh, Berangan saja lebih! Hakikatnya, kudratku sangat lemah, jadi lebih baik orang lainlah yang melakukan ini semua.

Berbalik pada kisah Muhammad Al Fateh, beliau sudah dididik dengan ilmu agama dan ketenteraan sejak kecil lagi. Pada awalnya beliau seorang yang sangat degil, tidak mahu belajar dan masih punya keinginan untuk bermain dengan teman2nya. Tapi, tidak hairanlah sebab ketika itu usianya masih terlalu muda, 5 tahun. Ketika beliau menggantikan ayahandanya sebagai sultan, beliau juga masih terlalu muda iaitu ketika berumur 19 tahun. Darah anak muda yang punya semangat dan keyakinan yang tinggi ini sangat aku kagumi. Sebagaimana Salahuddin Al Ayyubi, beliau juga seorang yang taat kepada perintah agama. Siangnya sibuk sebagai seorang pemerintah, malamnya pula sibuk sebagai seorang abid. Subhanallah.

Jika ingin bercerita tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, sangat panjang kisahnya, daripada awal pemerintahan ayahandanya, Sultan Murad sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, setiap kisahnya sangat mengujakan. Aku sangat mengagumi bagaimana seorang pemerintah Islam begitu mencontohi ciri pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat. Sultan Muhammad sangat pemaaf dan sangat mengambil berat akan rakyatnya. Cukuplah membaca wasiat terakhirnya itu menggambarkan siapakah Sultan Muhammad, seorang yang sangat patuh agama dan hebat dalam kepimpinannya sehingga berjaya membuatkan air mataku membasahi pipi. Ya Allah. Aku berfikir, siapakah pula yang akan membawa kedamaian pada dunia sekarang? siapakah pada zaman ini yang akan menegakkan syiar Islam? Siapakah dia pemimpin yang akan bersama rakyat ketika susah, siapakah dia yang akan menyamar sebagaimana Umar dan Al Fateh untuk mengetahui sendiri nasib rakyatnya? Siapakah? Siapakah dia?

Kepada semua pejuang di jalan Allah, sama2lah kita mengambil teladan daripada pemerintahan Islam dahulu. Bagaimana mereka gemilang kerana tertegaknya hukum Quran dan Sunnah. Lihat sahaja pada pemerintahan Sultan Muhammad, rakyatnya baik, tenteranya baik, kerana apa? Kerana pemerintahnya juga baik, punya sikap murni yang seharusnya dicontohi oleh semua. Dan, bacalah sirah. Dahulu, aku sangat tidak menggemari sirah. Bagiku ia sangat memeningkan kepala. Tapi, sebenarnya, sekali kita tahu dan faham sirah, kita sudah mampu mencari jawapan untuk setiap permasalahan hidup. Dulu aku pernah bertanya kepada Ustaz Arif, macam mana nak hadam buku haraki sedangkan ia sangat susah difahami. Katanya, dia lebih suka membaca sirah. Kerana apa? Kerana di dalamnya sudah ada garis panduan untuk setiap perkara sebagaimana Sultan Muhammad berjaya menjadi seorang pemerintah yang baik kerana beliau mengamalkan setiap apa yang Rasulullah SAW amalkan.

p/s: Bacalah Sultan Muhammad Al Fateh, penakluk Konstantinopel tulisan Abdul Latip Talib. Tak rugi malah tersangat untung. Insya-Allah. =)

Wallahu’alam.

5 ulasan:

Unknown berkata...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

ABDUL LATIP berkata...

Assalamualaikum,

terima kasih kerana sudi membaca dan membuat ulasan mengenai kisah Sultan Muhamad al fateh.

Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar pernah berkata, tidak ada wanita lagi yang dapat melahirkan Khalid al Walid. (Pada zamannya)

Tetapi Allah itu Maha Berkuasa. Dia tidak mebiarkan umat Islam ditindas selamanya.

Beberapa ratus tahun kemudian muncul pahlawan-pahlawan yang kehebatannya sama seperti Khalid Al Walid. Cuma mereka tidak mendapat gelaran Pedang Allah.

Sewaktu umat Islam sedang dizalimi oleh tentera Salib Allah lahirnya Salahudiin al Ayubi.

Sewaktu umat Islam dizalimi oleh tentera Monggol Allah SWT lahirkan pahlawan Saifuddin al Qutuz yang dapat mengalahkan tentera Monggol.

Apabila umat Islam ditindas oleh kuasa Rom Timur Konstantinopel maka Allah lahirkan Sultan Muhamad al fateh.

Sekarang umat Islam ditindas lagi. Tidak mustahil Allah akan lahirkan seorang lagi pahlawan Islam pada zaman moden ini.

Apabila ramai wanita yang membaca novel sejarah Pahlawan Islam, saya berharap dan berdoa semoga akan lahir pahlawan Islam atau anak-anak yang akan membantu menegakkan Islam dari rahim-rahim mereka yang membacanya. InsyaAllah.

munadhia berkata...

W'salam.

Subhanallah. syukran ats komen Encik Latip. InsyaAllah, kami akn cuba mendalami sirah. kelak generasi akn dtg dididik utk menegakkan agama Allah. sy sangat suka karangan encik Latip. sy akn trus membaca novel2 Encik Latip. insyaAllah.

syukran kerana sudi meninggalkan komen di teratak usang ni...
Teruskan menulis ya Encik Latip.mga2 tulisan Encik Latip terus dapat menyedarkn anak muda sekarang tentang prjuangan pahlawan2 islam yg lalu sehingga meninggalkan kesan yang hebat pada zaman ini..

Wallahhu'alam.

ABDUL LATIP berkata...

Munadhia

Panggil saya Pak Latip :)

Antara buku rujukan saya semasa menulis Sultan Muhamad al Fateh ialah ISTANBUL IKTIBAR SEBUAH EMPAYER Oleh PAHROL MOHAMAD JUOI.

Dalam buku itu pengarang menceritakan pengalamannya semasa berada di Turky. Ada diceritakan senibena Islam di Turki termasuk mengenai Kota al Hambra dan sejarahnya.

Cuba dapatkan buku itu.

munadhia berkata...

insyaAllah Pak Latip.trima kasih ya.=)