Selasa, April 21, 2009

Hati2 Jaga Hati


Salam ‘alaik.

Hari ini entah mengapa diri ini terasa tersangat ada sesuatu yang tidak kena. Tiba2 hati tidak tenteram. Aku memikirkan apa yang telah aku lakukan sepanjang beberapa hari cuti ini. Rutinku sama sahaja setiap hari. Aku takut makin lama berada di rumah, diriku semakin kosong. Nasib baik lah aku dipanggil untuk menyertai kem kepimpinan pelajar di Perak , jadi, 27April dah kena balik UIA . Bukanlah aku yang menjadi pesertanya, tapi, menjadi salah seorang fasilitator. insyaAllah.

Aku terbayang sesuatu. Aku terpandang replika pedang di ruang tamu rumahku. Lalu, terbayang perkara2 yang sangat mengarut. Tahu apa yang ingin aku lakukan? Ingin saja aku capai replika pedang tersebut dan hunuskan di dadaku. Tujuannya ingin keluarkan dan bunuh hatiku yang tak keruan ini. Masya-Allah. Jahatnya fikiranku. Tapi, bukanlah apa, terbayang di mataku, setelah kubunuh hati yang hampir berkarat ni (baik bunuh daripada terseksa dan terus berkarat), aku mengharapkan Allah menggantikannya dengan hati yang baru. Yang masih cantik dan sihat.

Timbul persoalan. Bolehkah aku fikirkan perkara yang karut marut ni? Buang masa sahaja. Lalu kucapai Al Quran, difikiranku, ada baiknya aku bersihkan jiwa ku ini dengan ayat2 suci Al Quran. Buang masa sahaja berangan sesuatu yang mengarut tanpa mengambil sebarang tindakan yang wajar. Lalu aku mulakan pembacaan. Aku berazam untuk menghabiskan surah Al-‘Araf berserta maknanya.

Aku teliti makna ayat dalam surah Al-‘Araf.(alangkah seronoknya jika ada yang dapat menjelaskan sebab turunnya ayat ini) Dan aku berhenti pada ayat 200 dan 201 yang bermaksud :

‘Dan, jika syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Sesungguhnya orang2 yang bertakwa apabila mereka dibayangi fikiran jahat (berbuat dosa) daripada syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka, ketika itu juga mereka melihat (kesalahan2nya)’

Ya Allah, betul2 kurasakan ayat ini mengena padaku. Aku berdoa, semoga aku tergolong dalam golongan orang yang bertakwa, yang apabila hampir terlalai dan dibayangi fikiran jahat, segera ditarik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga2 kita semua miliki sifat begini.insya-Allah. Amin. (kita berusaha ya. =))

Lalu, aku meneruskan pembacaan, betullah kata Kak Imah, apabila kita dalam kesusahan, Allah akan datangkan pertolongan dalam pelbagai cara. Dan melalui ayatNya juga sudah mampu menyedarkan kita akan banyak perkara. Benarlah Al-Quran itu kitab yang nyata kebenaran dan keagungannya. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

MUHASABAH

Siapakah yang boleh jamin, pagi tadi, petang tadi, malam ini, hari esok, lusa, tulat, dan masa2 akan datang tahap imannya tetap sama, tidak berubah. Andai tinggi tahap imannya hari ini, ia tetap tinggi sehingga hari esok dan hari mendatang? Adakah yang boleh jamin begini?

Ya Allah, sungguh, aku tidak dapat menetapkan setinggi2 iman dihati. Ia sentiasa berubah kerana tersangat lemahnya diri ini. Kadang2 tidak tertahan dek godaan syaitan, kadang2 nafsu lebih banyak menguasai diri, kadang2 mata terpandang keindahan duniawi. Ya Allah, berilah aku peluang untuk mengubah kelemahan diri.

Ya Allah, berilah kami peluang untuk berusaha memasakkan iman di hati kami. Teguh, tidak goyah sehingga ke akhir hayat kami. Ya Allah, kami mahu mati dengan namaMu di bibir kami, di hati kami juga di fikiran kami. Hanya kepadamu kami berserah dan memohon pertolongan. Amin.

Sampai sini sahaja, yang baik datangnya daripada Allah SWT begitu juga yang tidak baik, tapi, yang tidak baik itu disandarkan pada kelemahan diriku sendiri. Sebarang salah silap pada pemikiranku dan penulisanku yang dhaif ini, harap ada yang sudi membetulkan.

Wallahu’alam.

‘Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah’ (Al-A’raf:205)

10 ulasan:

Mardhiah berkata...

huaa..
kite pun rase tak selesa duk umah.
rase tak senang u hbskn mase camtu jer.

besnye dpt join program kt uia tu!
kite teringin sgt nk p prgrm cm kem y kite p ritu.

mase terisi,
hati pun terisi.
hihih

balik awal la ni ye.
hm2
take care ^_^

a.j. berkata...

‘Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yang lengah’ (Al-A’raf:205)

Remembrance full of humbleness, taqwa, soft and gentle will lead to a peaceful heart

ala bithikrillahi tatmainnul qulub
"Only through remembrance heart finds peace" [Ar Ra’d : 28]

Miroe Khalil berkata...

Aku sangat memerlukan hati yang khasyiatillah supaya aku dapat merasa Allah sentiasa berada di dekatku....Ya Allah aku pohon kepadaMu supaya dihapuskan hijab antara aku dan Kamu dan terimalah keampunan dan cinta ku ini....

Unknown berkata...

salam..hati nie kita mesti jaga...dalam hati kita mau ada kebesaran Allah....

chentatiku berkata...

Allah SWT berfirman: "...dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." (QS.Asy-Syams : 7-10).

Aspek tazkiyatun nafs (penyucian jiwa), merupakan salah satu aspek yang harus mendapatkan perhatian dari seorang insan muslim yang mendambakan hadirnya ketentraman jiwa dalam dirinya, jiwa yang redha kepada Allah dan Allah pun redha kepadanya, jiwa yang tentram (annafsul muthma'innah) tersebut akan mengiringinya menghadap Allah SWT. Sehingga masuklah ia ke dalam hamba-hamba Allah yang diredhai dan Allah menganugerahkan kepadanya surgaNya yang luasnya seluas langit dan bumi.

Islam sebagai satu din (agama) yang bersifat kamil dan mutakamil (integral dan komprehensif) memberikan perhatian yang bersifat yang besar terhadap permasalah tazkiyatun nafs ini sebagaimana termaktub dalam nas2 yang terdapat dalam Al-Quran dan As Sunnah.

Nas2 tersebut akan membimbing pribadi-pribadi muslim yang cinta kepada Allah menuju kepada timbulnya ketentraman jiwa, yang akan menumbuhsuburkan iman, yang akan menghindarkan dirinya dari kehampaan jiwa, kegersangan iman dan keputusasaan akan rahmat Allah.

Semoga kita tergolong dlm golongan yang sentiasa berusaha untuk menyucikan jiwa.Ameen~

munadhia berkata...

salam.
syukran smua ats ziarah...Alhamdulillah, Allah masih kurniakan kt satu hati yang inginkan kpd Islam.

mar: a'ah, kt balik awl sket...doakan eh..kt ske tzkirah rngkas kt blog mar. ringks tapi brmakna. keep it up! mga2 lbih ramai kaedian bace entri mar.c ya!

ayub: isyaAllah, mga2 hati kita sntiasa mengingati ALlah. Tulah sumber ketenangan sebenar kan?Tapi, kdg2 x dpt dnafikn, sgt susah.. tertanya2 jgk, btul ke kt ni cintakan Allah. sungguh2.. atau msh ada salutan2 duniawi d hati... huhu~ hidup lama risau, hidup pndek risau jgk.

Umur pjg, tkut, kelak x istiqamah, umur pendek, takut x smpat nk btaubat dn kumpul amaln yg cukup utk bkalan...

keep on praying..mga2 kt tergolong dalam golongan yg beriman, beramal soleh dan bertakwa..mga2.amin.

Miroe: Syukran ya akh.Amiin...

Anak pendang sekeluarga: syukran.. itulah hendaknya... insyaAllah. bg sy, dalm byk2 harta yang Allah amanahkn buat kt, hatilah plg sush nk djaga.atau cm mane?

k.wani: syukran..amin. mga2 kita begitu kan kak...k.wani. yan nk tahu, mcm mana ciri jiwa yg redha pd Allah, dan Allah redha padanya selain drpd kt dpt ketenangn jiwa...ada lg x?trima ksh kak.

Alhamdulillah wa syukran lillah...

Prof. Era Pasca berkata...

hati-hati...
sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

a.j. berkata...

amin

Nurhaslin Zaharudin berkata...

salam

bagus2 citer nie, suka baca.

dik, nanti leh tak tulis cara2 nak melawan nafsu and nak lawan pengaruh kawan2 yg ajak kita buat sumthing yg tak sepatutnya. contohnya kita diajak tengok wayang... selain istighfar, apa cara yg sesuai yan rasa?

leh kongsi2 ilmu

(^_^)

thnx!

munadhia berkata...

salam.

Alhamdulillah.syukran kak khaulah sudi ziarah..

emm.yan sbenarnya xde byk ilmu jgk.xpe2.insyaAllah nt yan cari jwpn utk persoalan 2 eh..

syukran kak kemukakan prsoalan..yan cbe buat satu entri utk persoalan 2..insyaAllah biiznillah...tp, kt kena slg brkongsi lah yep.. tkot x byk yg dapat dberi... =)