Rabu, April 08, 2009

Pas menang, Islam gemilang!insyaAllah.




Saat mendebarkan apabila aku terima mesej daripada sahabat2 di Bukit Gantang :

‘Terdapat setiap kawasan berlaku pergaduhan yang keterlaluan. 3 jam pengundi hantu hanya berkeliaran. Rapatkan saff, pulihkan semangat dengan zikrullah. Sahabat2 solat hajat dan doa diperlukan.’

Dan aku tidak tahu pula yang pilihanraya kecil juga wujud pengundi2 hantu.huhu~

‘bas pengundi hantu dekat sini ada 3 buah semuanya. Tapi, kami cuba halang kemasukan mereka di bilik undi’

Dan aku masih menanti. Belajar tetap belajar tapi berdebar tetap berdebar. Kemudian mesej keputusan tidak rasmi sampai :

‘salam. Setakat 7.30 ptg PAS menang majoriti 2377 undi. Tunggu 7 upu lagi. Semoga urusan kita dipermudahkan.’

Sementara menunggu keputusan rasmi, datang lagi mesej daripada sahabat :

‘Teruskan berdoa, smoga kemenangan berpihak kepada Islam yang hak!’

Hasbunallahu wa ni’mal wakil.ni’mal maula wa ni’man nasir.

Dan ayahku di rumah juga tidak ketinggalan untuk memaklumkan keputusan pilihan raya kecil semalam :

‘Keputusan tak rasmi. PR menang di 2 bukit tetapi kalah di Batang Air. Keputusan rasmi: tunggu pengumuman SPR.’

‘Bukit Gantang tidak rasmi PAS menang dengan 3022. 5 peti undi masih belum dikira. MB Nizar dah bergerak ke dewan’

Dan akhirnya, kemuncak berita yang sekian lama aku tunggu :

‘PAS menang di Bukit Gantang dengan majoriti 3283. Takbir!’

‘Alhamdulillah Islam menang di Bukit Gantang dengan majoriti 2789. Sujud syukur insyaAllah!’

‘Alhamdulillah, PAS menang di Bukit Gantang, majoriti 2789 dan PKR di Bukit Selambau dengan 2396 majoriti’

Syukur, Alhamdulillah. Ketenanganku dikembalikan dengan satu kemenangan. Semoga Islam terus bersinar di bumi Perak dan Malaysia keseluruhannya. insyaAllah.

Soalan daripada sahabat: Kenapa bersemangat sangat sokong PAS?

Jawapannya : kerana dasar perjuangan PAS adalah Islam. Dan aku cintakan ISLAM.

Dan, selepas habis peperiksaan ‘History of Arcitecture’ , aku terus bergegas ke ‘kiosk’ mencari surat khabar. Malangnya, di Hafsa ia telahpun habis dijual. Rupanya bukan aku seorang sahaja berminat untuk mengikuti perkembangan pilihan raya semalam. Aku tersenyum. ‘Warga UIA masih mengambil berat tentang perkembangan politik dan berita dalam Negara’ =)

Tiada ulasan: