Khamis, April 23, 2009

MRSM ULUL ALBAB



Salam'alaik.
hari ini aku sempat menjenguk MRSM Kota Putra. Aku lihat banyak perubahan yang berlaku pada MRSM Kota Putra. Satu bentuk perubahan yang bagus bagiku. suasana Islam lebih kelihatan apabila MRSM KOPU dijadikan sebagai MRSM Ulul Albab pertama.Alhamdulillah. (Walaupun dalam banyak perkara aku menjadi pembangkang kerajaan, aku juga tidak menolak sebarang kebaikan yang mereka laksanakan.) Menjadikan MRSM Kota Putra sebagai MRSM tahfiz menyebabkan diriku sedikit terkejut. Di fikiranku tertanya, 'bolehkah? mampukah?' dan insyaAllah, semoga usaha ini berjaya.



Aku masih ingat dulu MRSM Kota Putra hanya memiliki beberapa orang ustaz dan seorang ustazah. Dan, Alhamdulillah, usaha murni ini telah menyebabkan bilangan ustaz dan ustazah bertambah. (teringat dulu, susah sungguh bila nak bertanyakan masalah wanita dengan ustaz.segan!)

Banyak perubahan yang dilakukan pada MRSM itu sendiri. Aku ingat lagi, sewaktu manifesto calon BWP dulu, salah satu janji manis calon adalah untuk mengesa pihak atasan membina laluan beratap sepanjang perjalanan ke musolla bahagian perempuan. Tapi, tak pernah terlaksana. Akhirnya, hari ini aku lihat sendiri sudah wujud laluan tersebut dengan beratap merah. Apabila ditanya, Miss Yani kata dibina semata2 untuk kebaikan adik2 Tingkatan 1, program ulul albab yang baru masuk. Aduhai, kalaulah aku boleh kembali ke tingkatan 1, mesti aku pilih untuk berada di MRSM Ulul Albab ini.

Cemburu aku apabila pelajar tingkatan 1 diberi sepenuh perhatian oleh tenaga pengajar KOPU. Mereka turut dibekalkan susu, kurma, madu dan kismis sebagai makanan tambahan pada setiap pagi (semua pelajar juga dapat). Sangat diberi layanan yang baik. Oleh kerana kelas hafazan dan tasmi' ditambah ke dalam jadual, waktu persekolahan juga dipanjangkan sehingga pukul 3.20 tak silap. Tapi, itu sudah cukup baik bagiku, apa lagi yang tidak cukup? Aku sampai sekarang pun masih merangkak2 nak menghafal juz amma. Beruntungnya generasi baru Kota Putra!



Teruskan berusaha wahai adik2 Kota Putra. Semoga kalian dapat menghafaz dengan baik dan semoga dapat mengekalkan hafazan tersebut sehingga ke akhir hayat.insyaAllah.Tahniah juga kerana berjaya menjadi penyambung generasi MRSM Kota Putra. =)



p/s: berakhlak dengan Al Quran juga ya.insya-Allah.

sumber gambar: http://ululalbabkoputra.blogspot.com

4 ulasan:

simplyvou berkata...

yan g kopu ke??windunye...lame xtgk mrsm kite dulu..
byk da berubh ek..bgsnye...

munadhia berkata...

ramai ckg da tukar nor.huhu~ sir amir pon da xdop. bez2.tp,tringin nk lwat kopu scr bramai2.mst lg bez kn? td tupon cik aima kita y ajak.slalunya g ber3 skali ngan pp. td, lupa plop ttg pp.huhu~sian die...

nor brape taon dok nz?

a.j. berkata...

ni yang nak balik skolah balik ... yang lain kali ni, nak masuk skolah agama ...

terasa rugi... regret*

Unknown berkata...

salam..ex-kp ke? batch yang ke brape ek?