Salam ‘alaik.
Hari ini macam2 berlegar di fikiranku. Pagi2 lagi aku menghadap ‘laptop’ hadiah daripada ibuku ini. Menunggu ilham datang untuk menaip sesuatu. Sebenarnya sangat banyak yang ingin aku post di blog sementara aku masih di UIA ni. (bila dah balik rumah, susah nak dapat internet) Pertamanya, aku ingin menceritakan pengalamanku sebagai seorang pemberi dan penyampai. Keduanya aku ingin memberikan sedikit pandanganku berkaitan politik.
Erti hidup pada memberi. Satu ungkapan yang sangat tidak asing lagi dan sinonim dengan seorang ‘blogger’ dan pendakwah yang sangat aku hormati bernama Ustaz Hasrizal atau lebih dikenali sebagai Abu Saif. Aku mengakui ungkapan tersebut sangatlah benar. Benar, hidup kita terasa lebih bermakna apabila kita hidup untuk memberi dan menggembirakan orang sekeliling.
Kata Assyahid Imam Hasan Al Banna, ‘apabila kita hidup hanya untuk kita, hidup ini amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi, jika kita hidup kerana orang lain, kita hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidup ini panjang dan mendalam. Bermulanya dari bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai daripada satu perjuangan yang panjang.’
Apa maksud perjuangan? Aku sebenarnya sangat gementar apabila perlu memberikan sedikit perkongsian kepada sahabat2ku di PJ. Rindunya aku pada mereka sekian lama terpendam, akhirnya semalam aku berkesempatan berjumpa dengan mereka semua. Petang itu aku, Kak If, Ustaz Baim, Ustaz Amirul, dan Ustaz Abdullah bertolak ke Pusat Asasi PJ. Tujuan kami adalah untuk bertemu sahabat2 di sana dan memberikan sedikit pengisian, tapi, bagiku teramatlah berat untuk memberikan sedikit pengisian, lebih aku suka menggunakan perkataan perkongsian. Tajuk yang diberikan adalah tentang perjuangan. Apa perjuangan sebenarnya?
Memang tak dapat dinafikan untuk berkongsi secara lisan adalah lebih sukar berbanding untuk berkongsi melalui tulisan. Melalui tulisan, kita boleh teliti balik ayatnya beberapa kali sebelum dihebahkan tetapi, melalui lisan, ia datang secara spontan, apa yang salah tidaklah boleh dipadam lagi melainkan dengan satu ungkapan kemaafan. Apa yang aku harapkan, semoga Allah memberikan aku ilham untuk bercakap dengan baik, lancar dan bercakap tentang sesuatu yang benar. Sahabat, maafkan aku andai kata2ku semalam mengandungi beribu kesilapan dan kekurangan. Aku cuba menyampaikan sesuatu tapi, aku sangat takut andai apa yang ingin aku sampaikan tidak sampai maksudnya. Aku lebih memilih untuk bercakap tentang kemanisan berjuang kerana hanya itu yang aku mampu kongsikan.
Perjuangan mengikut perspektifku, sesuatu yang kita cuba tegakkan dan perjuangkan. Apabila aku kata kita memperjuangkan Islam, seorang sahabat Kak ‘Atikah memberikan pendapat bahawa perjuangan kita adalah akidah. Sejenak aku berfikir, betul tu! Akidah, itulah teras Islam. Kalau disuruh lukis gambar sebatang pokok dan perlu melabelkan tingkatan akidah, ibadah dan akhlak, maka, akarlah yang menjadi akidah. Kalau disuruh lukis gambar sebuah bangunan lengkap berserta ‘footing’ atau ‘foundation’nya, maka, ‘foundation’ itulah akidah(aplikasi senibina). Ya, perjuangan kita adalah akidah, aku teringat sahabat2ku yang lain juga mengatakan mereka memperjuangkan Islam, tapi daripada segi cara yang berbeza. Jadi, aku bersetuju pendapat Kak ‘Atikah, ‘akidah yang benar’lah yang menjadi teras perjuangan kami. Insya-Allah. (ada juga yang memperjuangkan Islam Hadhari, Islam Liberal, Islam Sekular dan sebagainya. Maksudnya nama Islam telah digunapakai secara meluas. Jadi, Islam bagaimanakah yang ingin kita perjuangkan?)
Siapakah yang merasakan kemanisan berjuang? Mereka yang merasakan kemanisan berjuang sekali2 tidak akan futur, dan itulah tekad bulatnya.Mereka akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa berada dalam landasan perjuangan yang benar sehingga keakhir hayatnya.insya-Allah. Aku tidak pasti sama ada aku telah mencapai kemanisan berjuang ataupun tidak. Apa yang pasti, sewaktu kematian arwah Kak Hajar beberapa bulan yang lalu, aku merasakan sesuatu. Dalam hatiku, ‘andai beginilah cantiknya bentuk kematian seorang pejuang, aku ingin menjadi pejuang sehingga ke akhir hayatku, insya-Allah.’ Dan aku sering berdoa, ‘ Ya Allah, andai hari esok aku bukan lagi berada dalam jalan perjuangan ini, aku sangat mohon kematianku adalah hari ini.’ Aku sangat takut matiku esok bukan sebagai seorang pejuang tetapi sebagai seorang yang futur daripada perjuangan. Naudzubillah. Aku tahu tidak patut aku meminta sebuah kematian tapi, aku lebih takut kematian aku ditetapkan ketika aku berhenti berjuang. Naudzubillah.
Siapa lagi yang merasa kemanisan berjuang? Dialah orang yang memperjuangkan sesuatu yang hak, pejuang kebenaran, pejuang keadilan dan semua ini terletak pada Islam. Dia juga seorang yang faham tentang perkara yang diperjuangkan. Dia juga seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Dialah juga seorang yang benci melihat penindasan. Dia juga yang berjuang bukan kerana nafsu. Dia bukan juga pejuang ‘ikut kawan’. Dia berjuang atas kerelaan hati, bukan kerana terpaksa atau sengaja. Dia berjuang kerana Allah, kerana dia yakin akan jual beli yang ditawarkan Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud :
‘Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan, siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.’ At-Taubah : 111
‘Wahai orang2 yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkanmu daripada azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (As-Saff : 10-11)
Dia juga berjuang kerana dia cintakan akhirat. Firman Allah bermaksud :
‘Wahai orang2 yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘berangkatlah(untuk berperang) di jalan Allah’, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.’ At-Taubah : 38
Ya Allah, baru aku sedar, rupanya bila bercakap tentang perjuangan, hujah dan ceritanya sangat panjang. Aku rasa sampai di sini dahululah. Andai aku seorang pembaca, pasti aku kepenatan membaca artikel atau cerita yang terlalu panjang. Maaf ya sahabat. Till now! Wallahu’alam.
p/s : semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang benar2 memperjuangkan sesuatu yang hak. Semoga, mati kita juga dalam perjuangan yang hak. Insya-Allah. Ameen.
Oh ya, lagi satu manisnya berjuang dalam jalan perjuangan ini adalah aku dapat bertemu dan mengenali sahabat2 seperjuangan. Ukhwah yang erat menimbulkan perasaan rindu apabila kami berjauhan. Tautan ini sangat manis dan sangat bermakna bagiku. Terima kasih sahabat. Kehadiran kalian menambahkan gula dalam perjuangan ini. Kesusahan dan kepahitan yang legap menjadi satu tembok halangan yang lutsinar lagi telus dengankehadiran sahabat yang memberikan semangat,kekuatan dan dorongan. Aku terharu apabila sahabat2 tetap mengambil berat tentangku. Syukran kathiran. Ukhwah Fillah Abadan Abada. Insya-Allah.
2 ulasan:
perjuangan..bile sebut tentg perjuangan..kekadg akak terfikir..ape itu perjuangan..perjuangan yang sebenar2 nye..jd..tepuk dada,tanye iman..^^
hehe.. cmne yep.. ari tu masa yan bagi pengisian atau prkongsian dgn shbt2, yan mintak pndpt shbt2 utk merungkai maksud prjuangan sbenar. pe pulak pndapat kak laila?
oh ya lg satu. yan tanya pndapat kak madiha ari tu. ttg prjuangan islam. memanglah, hanya ada satu islam.islam adalah islam. ni lah dia islam yg syumul. tp, dlm dunia skarang org dah memandai wujudkn macam2 jenis islam. takut timbul slh faham dan kekeliruan bg ramai org. perjuangan kita adalah islam. islam yg syumul. that's it...
dan yan harap sangat andai yan silap, ada yg membetulkan. =) trima ksih k.laila. rindu akak dan syg akak slamanya. smoga brjumpa lgi next sem. insyaALlah.
slamat bercuti!=)
Catat Ulasan