Jumaat, April 17, 2009

Dedikasi buat BUDAK STUDIO, diriku juga dirimu



Salam’alaik.

Hari ini aku terpanggil untuk mendedikasi sebuah kisah buat semua ‘budak studio’. Kerana aku terlupa, aku terlupa bahawa aku juga pelajar KAED.

Siapa budak studio? Budak studio adalah para pelajar ‘Architecture’, ‘Landscape Architecture’, ‘Urban and Regional Planning’, ‘Applied Art’, dan ‘Quantity Surveyor’ Kulliyah of Architecture and Environmental Design.

Kenapa budak studio? Kerana kehidupan mereka sentiasa di Studio. Bermula awal pagi berada di Studio, petang di studio, malam juga di Studio. Kehidupan harian mereka di Studio dan berakhir juga di studio dan aku sendiri termasuk dalam kalangan budak studio. (tp, selalunya buat kerja kat bilik, lebih selesa)

Buat budak studio, untuk dirimu juga diriku.

Sedarkah kalian, hidup kita seolah2 tidak terurus.Benar. Kadang2 kita terlalu memaksa diri kita untuk menyiapkan projek sehingga terlupa bahawa diri kita perlu dibelai dan dimanja. Kesihatan entah ke mana…Adakah ini hidup kita sebenarnya? Apa ertinya?

Kita kadang2 terlupa untuk makan, terlupa untuk minum.

Malah, ada juga masanya kita tidak sempat untuk membasahkan badan kita. (erp, bocor rahsia~)

Benarkah dalam fikiran kita semua hanya ada PROJEK?

Sehinggakan kita lupa apa yang sedang berlaku di dunia luar.

Kerana kehidupan kita, dunia kita hanya di KAED.

Benarkah itu? Atau ada yang ingin menyangkal?

Aku tahu, aku juga budak studio.

Aku tahu tahap kesibukan kita semua.

Dalam masa beberapa hari, mana mungkin projek dapat disiapkan sebaiknya.

Tapi, adakah kerana itu juga kita harus mengasingkan diri kita daripada dunia luar?

Tidak patut. Itu pendapatku.

Tidak patut. Kerana Allah menciptakan kita untuk satu tujuan hidup.

‘Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat padaKu.’

Kadang2 apabila terlalu leka dengan projek, solat dilambatkan.

Kadang2 apabila sudah kesuntukan masa, quran ditinggalkan.

Kadang2 apabila sudah terdesak, kita sanggup lakukan apa sahaja.

Hanya dengan satu tujuan dan matlamat.

Projek mesti siap, mesti gempak dan mesti hebat.

Budak studio. Ya, itulah hakikat budak studio.

Maafkan aku untuk tulisan kali ini. Aku sekadar ingin memberikan sedikit resolusi.

Andai kita boleh menggunakan 24 jam untuk menghadap kertas dan memegang pensil atau pen,

Mengapa tidak kita luangkan masa sejam sekurang2nya total untuk menghadap Allah SWT?

Andai kita masih sempat melayari internet dalam bertungkus lumus menyiapkan projek,

Mengapa tidak kita sempat untuk menyucikan jiwa dengan ayat2 cinta daripada Allah?

Andai kita masih sempat untuk makan untuk mengisi perut yang lapar,

Mengapa tidak kita sempat untuk mengisi sedikit makanan hati dan rohani?

Buat budak studio, diriku juga dirimu.

Kita terlupa, kita sentiasa katakan, kita tiada masa.

Kita terlupa, kita sentiasa mengatakan kita sibuk.

Orang kata sambil menyelam minum air.

Bukankah kita boleh menyiapkan projek sambil mendengar lagu?

Kenapa tidak kita ubah? kita siapkan projek sambil mendengar alunan ayat suci Quran.

Aku rasa, itu lebih menimbulkan ketenangan berbanding mendengar muzik lagha.

Diriku juga dirimu, kita sama2 budak studio.

Saling nasihat-menasihat dan berpesan-pesan sesama kita. Itulah tuntutan agama.

Tiada alasan bagi kita untuk menjauhi agama hanya kerana kita budak studio.

Cubalah kita sama2 wujudkan satu suasana Islam di KAED.

Dan itulah harapan dan impianku sebagai seorang budak studio.

Salam muhasabah buat budak studio, diriku juga dirimu.

Wallahu’alam.

p/s: Maaf untuk sebarang salah silap dalam entri kali ini. Ada kesilapan, teguran ku pinta agar kesilapan tidak berulang kembali.Wallahu’alam.

5 ulasan:

donad berkata...

wii..suke2 :)

chentatiku berkata...

syukran dik atas peringatan...

munadhia berkata...

kepada kak dee dan kak wani. trima ksh sdi mbaca. xda papepon...cma tu psanan dn ingatan rgkas buat diri yan sndiri...yan ni plupa orangnya...kak dee, kak wani, slalu la tgor2 yan kalu ad byk trsilp dn trlupa eh...syukran. =)

p/s:kalau blh smpaikn jga pd yg lain. mga kaed brsinar dgn kecantikan dn keindahan Islam sntiasa.amin...

myadlan berkata...

alhamdulilah. da selamat 4 tahun jadi budak studio. teruskan perjuangan..

munadhia berkata...

wah, encik adlan. sronok la kmu da abis.. yaAllah, rasa sgt mls nk truskn...

tp, mst kuat.
trima kasih yep...
arigato!
smoga kamu peroleh keje yg bagus...
dn, kalu nk kawen seksok, jgn lupa jmput ye. ;p