Jumaat, Mac 06, 2009

Karnival Gombak Setia-Menjana Ekonomi Ibu Tunggal

1 Mac 2009, Ahad

Aku dan beberapa orang sahabat dijemput oleh Kak Su untuk menjadi AJK di Gombak Setia. Pada awalnya, aku agak keberatan memandangkan projek dan kerja2 khusus yang masih banyak tidak disiapkan. Tapi, dalam hatiku tetap mahu menyertai mereka dalam program tersebut. Jadi, aku mengambil keputusan untuk pergi juga.

Sangat bertuah bagiku apabila dapat menjadi sebahagian daripada program Karnival Gombak Setia tersebut. Banyak yang dapat aku belajar. Dan, yang paling menyeronokkan, akhirnya aku dapat mendaftarkan diri sebagai ahli Nisa' Malaysia. Sebenarnya sudah lama aku ingin berbuat demikian, tapi, tak pernah berkesempatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan cara.

Aku tidak mahu bercerita panjang, jadi cukuplah gambar2 berikut bercerita untuk dirinya ya...


Aturcara Program


di meja pendaftaran


Menyambut ketibaan YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali

Gerai Ibu Tunggal - Pertandingan gerai tercantik

Kanak2 mendaftar untuk pertandingan mewarna


Sebahagian AJK terlibat


Pertandingan menganyam ketupat


Petang - Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR dan PMR

Tiada ulasan: