Salam 'alaik.
Sejak akhir2 ni sangat jarang aku mengaktifkan diri. Aku hanya hidup di KAED dan bilik menyiapkan projek. Sehingga terlupa untuk melihat cahaya matahari dan bertafakkur melihat keindahan malam. Hidup dalam tekanan yang amat sangat sehingga aku melupakan banyak perkara penting lain dalam hidupku. Sehingga sahabat2 (buku2) yang bersusun di bilikku juga tak sempat aku sentuh apatah lagi belek dan baca. Aku penat hidup begini. Aku penat apabila terpaksa berjauhan dengan perkara yang aku suka. Dalam menyiapkan projek akhir tahun 1 sains senibina UIA, aku hidup dalam keadaan tidak terurus. Mata lebam dan sembab, fikiran juga tak dapat merantau jauh. Disekat daripada memikirkan masalah dunia dan umat. Kesuntukan masa untuk mengetahui perkembangan isu semasa. Aduhai!
Sehinggalah kurasakan sedikit merdeka apabila 23Mac tiba. Hari besar buat semua pelajar tahun1 senibina UIA. Dalam keadaan antara sedar dan tidak, kami membentangkan hasil kerja kami. Alhamdulillah. Selepas itu barulah aku boleh aktif semula tapi tidaklah seaktif sebelumnya memandangkan simpanan tenaga yang berkurangan akibat digunakan untuk berjaga beberapa malam baru2 ini. Tapi, seperti kata sahabat momentum harus dikekalkan. Aku mesti kuat dan tidak putus asa walaupun pada hakikatnya aku rasa tidak lagi mampu membawa bidang senibina sebaiknya ke puncak. Aku mesti boleh! Sahabat juga mesti boleh!
Aku terfikir, adakah aku seorang sahaja yang mengalami masalah ini? Aku lihat semuanya beria2 menyiapkan projek. Semuanya sudah mencapai peratusan yang lebih separuh. Tapi, aku masih begini. Masih merasakan tidak yakin boleh siap memandangkan aku adalah antara orang terakhir yang mula melakar di atas kertas bersaiz A1. Aku sangat tertekan. Melihat ada setengahnya yang sudahpun siap sepenuhnya sedangkan aku masih memegang pensil dan memandang kertas putih di hadapan. kosong! Aku ingin mula dari mana?
Aku hampir sahaja putus asa. Fikiran untuk 'melompat' bidang pengajian memang selalu sahaja menziarah mindaku. Kata orang apabila menceburkan diri dalam bidang senibina, kita akan susah bertemu dengan masa lapang. Kita akan menzalimi diri sendiri, menyeksa diri dengan tidak membenarkan diri rehat. Benarkah? Benarkah? Ya...Aku tidak mampu menidakkan hakikat. Benarlah aku menzalimi diri aku sendiri.
Aku bertanya kembali kepada diri. Adakah aku mampu? Atau setakat di sini sahaja,lalu katakan sayonara pada senibina? Ohh tidak. Sudah hampir 1 tahun berlalu.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Aku mesti teruskan. Hanya menuntut 3 tahun pengajian, tinggal lagi dua, adakah ini masanya untuk berputus asa? Jawapannya sangat TIDAK!
Ayah kata, 'mahu ambik bidang apa lagi? jurusan kedoktoran?' Ya Allah, lagilah mahu aku jauhkan. Aku tidak sekuat itu untuk membawa buku setebal 1kilogram ke hulu dan ke hilir. Aku terus berfikir dan merenung masa depan. Aku rasa, aku sudah bertemu jawapan. Aku perlu kekal. Melaksanakan satu misi perjuangan di KAED. Siapa lagi generasi yang akan mendokong 'satu misi' di KAED jika bukan aku salah seorangnya! Ya, teruskan!
Saat itu, bergema ayat Innallahu ma'a shobirin di radio IKIM seolah2 memberitahuku supaya bertahan. Dan ayat dalam surah alFatihah memberitahuku, Allah pasti membantuku. 'Hanya kepada Engkau kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.' Kata2 sahabat juga bermain2 di sekitar telingaku. Aku dengar banyak suara berlegar2 di gegendang telingaku. 'Yan kena bertahan di KAED. tolong agama Allah di situ.', 'Kalau kita tolong agama Allah, insyaAllah, Allah pasti akan tolong kita. Yan kena ingat sebaik2 penolong adalah Allah SWT.' Kata ayahku pula, 'Jangan asyik fikir tak boleh. Sampai bila hanya mahu berfikir begitu. Sekarang jugak, cuba buat sesuatu!' Encik Jamil memang seorang motivator yang hebat! Aku mesti teruskan. Dan, aku telah membuat satu keputusan muktamad!
Ada satu sajak Bahasa Inggeris yang turut menguatkanku. Aku temu sewaktu awal perpindahan ke Hafsah. Ingin aku kongsi bersama :

Dark is the night
I can weather the storm
Never say die
I've been down this road before
I'll never quit
I'll never lay down
See, I promised myself
I would never let me down
So, I'll never give up
Never give in
Never let a ray of doubt slip in
And if I fall
I'll never fade
I'll just get up
and try again
Never lose hope
Never lose faith
There's much too much at stake
Upon myself I must depend
I'm not looking for a place ashore
I'm gonna win
Won't stop me now
There's still a way to go
Some way somehow
Whatever it takes, I know
I'll never quit
I'll never go down
I'll make sure they remember my name 100 years from now
When it's all said and done
My once in a lifetime won't be back again
Now is the time for me to stand
Here is my chance, that's why I
Never give up
Never give in!

p/s: Aku yakin situasi seperti ini dialami oleh ramai orang. Khas buat warga KAED : Dan aku tahu dan aku lihat dan aku dengar ramai warga KAED yang akan menyebut, 'nak tukar kos' setiap kali mendapat tugasan yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga, lebih2 lagi apabila menghadapi projek akhir. Apa2 pun, ayuh, kita saling menguatkan antara satu sama lain. Membina keyakinan dalam diri kita juga diri sahabat2 kita. Kita pasti boleh melakukannya!
Sampai bertemu di akhir pengajian, tahun tiga jurusan sains senibina UIAM. insyaAllah.
Entri ini adalah khas untuk mengingatkan diri yang lemah ini agarharus sentiasa bangkit daripada bersifat lemah. Jangan menyerah kalah sebelum bertempur!

5 ulasan:
teeeeeeeet..
saye lh slh sorg y nk tuka kos tu
ahahhh~~
spt ku tau sajak itu..
lalalaa~~
berthn ye nik nadia izyan!
kalo saye kene brthn,
nik kene gak!
^_^
baik mar. kt sama2 brtahan. kalau tak, istikharah dlu ye...
mar, kt sama2 brtahan ye...
trima ksh slalu tlg sy spjg tempoh sem ni. bnyk mar tlg untuk assgnmnt kita tu. sy x tahu mcm mana nk blas smua tu...sdgkan sy sring ghaib dr pandangan.
trima ksh...
sjak itu buat kita bila kta sma2 down..
btol. art is subjective. xde jawapn tetap pdnya...ada org ske dn ade yg x suka akn hasil kerja kita... tapi, kt jadikan ia sbagai 1 cabaran... mar. arigato! selagimana kt boleh brtahan, kita bertahan yep... =)
GAMBATTEY!
salam hmm semoha diberika nkekuatan... lebih kurang je ngan su pun huhuuhu.
salam.. betul la apa yg kwn kamu pesan. walau susah camne pun, kene hadapi jugak. tak bleh berputus asa dengan mudah. tgk para sahabat zaman nabi dulu yg berusaha gigih tegakkan agama..
btw kaed perlukan orang2 mcm kamu. maklumla dak2 kaed ni memang mcm2 n pelik2 sket.. sape lagi nak berdakwah kan.. semoga dapat menghadapi third year dgn tabah dan semangat.
slm. thanx cek su dn encik adlan ats komen kalian.
insyaAllah sy akn teruskn.
kalau enck adln kate kaed plukan org mcm sy, sy x psti betol atau x sbb sy rasa sy x mnyumbg apa2 utk kaed.
skarg bila duk dlm archimic, apa yg pntg bg sy adlh mengubh akimik dlu. nk ubh sdikit sbyk akimik pon bknnya sng.plukn masa dan 'biasa'. mksdnya, kna knal btol ahli2nya dulu apth lg nk ubah kaed...
sbg sorg yg brpengalamn, nk tny lah enck adln. rase2nya apa yg boleh dbuat dlm mnjalnkn dkwh d kaed? pndgn enck adln ttg kaed tu sndr. tq.
Catat Ulasan