kemaskini 7.18pm Seorang perwakilan di perhimpunan agung Umno menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.
"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.
Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.
"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia sebuah pertubuhan haram."Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.
Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."
"Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu?"Siapa mereka ini? Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan menubuhkan parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.
Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya pagi semalam tidak pernah menyebut "Pakatan Rakyat", sebaliknya menggantikan perkataan itu dengan "Pakatan Pembangkang."
Nur Saidi turut menyentuh proses pemilihan pucuk pimpinan Umno.
"Sekarang ini hanya 2,500 perwakilan yang membuat pemilihan. Ketiga-tiga sayap pula ada kira-kira 800 perwakilan sahaja (setiap pergerakan)," katanya.
Oleh itu, tambahnya, Pemuda Umno merasakan sudah sampai masanya proses pemilihan parti dikaji semula."Adalah mustahil untuk 3.4 juta ahli memilih tetapi kita boleh beri ruang kepada perwakilan cawangan untuk mengundi (memilih pemimpin).
"Ini akan mewujudkan perasaan kekitaan dan membantu membanteras politik wang," katanya.
Nur Saidi juga berkata, banyak dasar - yang dipertikaikan - ditentukan oleh kementerian dan jabatan kerajaan tetapi Umno pula yang terpaksa menjelaskan sesuatu kontroversi kepada rakyat.
"Kalau keputusan (kementerian) itu salah, maka Umno yang memikul bebannya. Akibatnya, hukuman dibuat (oleh rakyat) dalam pilihanraya umum yang lalu," katanya.
Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang.
Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik."PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya."
Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.
"Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.
Sumber: Satu umat
Munadhia : Aku bukanlah seorang yang pandai berpolitik, tidak pandai juga mentafsir politik. tapi, isu seperti di atas sangat menarik perhatianku. Syabas UMNO, berjaya mengeluarkan 'fatwa' pengharaman Pakatan Rakyat. Tapi, pada firasatku, mereka tak mungkin akan berjaya menyekat kemaraan Pakatan Rakyat. Apa lagi yang mahu diharamkan?PMRAM, Harakah, Suara Keadilan, Pakatan Rakyat. Aku tidak pasti mereka sedar ataupun tidak, di mataku pengharaman demi pengharaman yang dilakukan berjaya menunjukkan sifat 'kecut' sang UMNO. Maaf, satu ungkapan buat sedikit keberanianku mengemukakan pendapat. Pendapatku boleh jadi salah boleh jadi benar. Aku hanya menulis berdasarkan sedikit pemerhatian dan sedikit pemikiran daripada akal yang sangat terhad ini. Di sini benarlah pepatah melayu mengatakan 'berani kerana benar, takut kerana salah.' Mungkinkah UMNO melakukan ini semua kerana satu perkataan ini, TAKUT bimakna SALAH?
Bukankah mereka mempunyai bala tentera yang boleh dikatakan sangat kuat dengan bantuan ribuan media masa di bumi Malaysia ini? (sehinggakan aku naik bosan membaca akhbar yang penuh unsur penipuan) Apa mahu takut? Isu di Bukit Gantang-bukankah matlamat mereka mahukan kuasa yang lebih besar sehinggakan kerusi di Bukit Gantang, dan Bukit Selambau bukanlah apa2 bagi mereka? Jadi mengapa harus beria2 sehingga mewujudkan pelbagai fatwa pengharaman yang berkaitan parti pembangkang. Celaru2! Tak mengapalah, aku yakin bantuan Allah sentiasa ada bagi mereka yang memperjuangkan agamaNya dan kebenaran. Tak perlu akhbar pun tak mengapa. Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Aku yakin rakyat juga sudah pandai menilai, membezakan dan memilih antara bunga tahi ayam yang busuk dengan bunga mawar yang harum. Pasti bunga mawar yang menjadi pilihan. Sudahlah cantik, wangi pula. Seindah dan sewangi sebuah perjuangan kebenaran. Sebarang kesilapan harap dimaafkan.
Wallahu'alam.

1 ulasan:

-sejak bila pakatan perlukan pendaftaran? yang perlu didaftarkan adalah pertubuhan,bukannya pakatan.
-PR tidak bertanding atas tiket PR,sebaliknya atas tiket parti masing2(PAS,PKR@DAP),bukan seperti UMNO,MIC,MCA@etc yg bertanding atas tiket BN.jd tk timbul soal haram@tak(sejak bila plak UMNO begitu ambil berat soal halal haram ni??? dh insaf kot)
"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
-frasa diatas sepatutnya diubah kpd:
"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik BN atau UMNO - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?
-ataupun klu tk mau diubah,ayat tersebut boleh la ditujukan kpd kerajaan haram zambry di perak.
"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut."
-HAHAHAHA!!! memang penakut rupanya UMNO ni.
-s5-
Catat Ulasan