Khamis, Mac 26, 2009

DEMONSTRASI

Hari itu datang mesej kepadaku mengajak aku berdemonstrasi aman. Katanya demonstrasi tersebut telah mendapat permit. Lalu, aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan memang aku suka menyertai sesuatu seperti ini. Bukan kerana extreme, tapi, kerana aku rasa dengan cara ini sahajalah aku dapat menunjukkan sifat seorang pejuang. (emmm.mungkin). Tapi, kemudiannya aku berfikir. Ini demostrasi untuk menentang PPSMI, lalu, aku menghantar kembali mesej kepada Kak Imah, ‘Kak Imah, Yan rasa Yan tak pergi lah demo hari ni. Yan tak bersemangat sangat bila demo perjuangkan bahasa ni. Yan lagi bersemangat untuk sertai demo menegakkan Islam…’ hantar.

Beberapa ketika aku mendapat mesej balasan daripada Kak Imah, ‘Yan, pergilah, ini bukan berkaitan isu bahasa sahaja. Ni ada kaitannya dengan Islam.’ Begitulah lebih kurang isi mesejnya. Baru2 ini aku bertanyakan ramai orang mengapa kita harus berdemo? Dan banyaklah jawapan yang aku terima. Terima kasih diucapkan kepada orang yang bertanya kepadaku. Pertanyaan demi pertanyaan tentang demostrasi menyebabkan aku lebih faham mengapa perlu demo.

Andai demo tentang PPSMI baru2 ini. Ramai bertanya boleh kah kita berdemo kerana memperjuangkan bahasa? Aku ,mencari jawapan, dan mendengar sendiri luahan hati seorang pelajar IRK (ilmu wahyu) UIAM (Kak Imah =)) Kak Imah kata, dia mahukan suatu proses pembelajaran dalam Bahasa Melayu kerana apabila menggunakan bahasa ibunda, ia lebih terserap di jiwa apatah lagi dalam ilmu agama ni (seperti yang diketahui umum, bahasa ilmu di UIA adalah Bahasa Inggeris sepenuhnya juga Bahasa Arab. Hanya subjek BM diajar dalam BM)

Mendengar luahan hati Kak Najwa, ‘siapa kata demo pertahankan Bahasa Ibunda ni tak penting? Kesian kat adik2 kita di kampung. Tahap Bahasa Inggeris mereka bukannya sama dengan mereka di Bandar ni. Masa nilah kita nak bagitahu kat kerajaan kita memang membantah PPSMI.’ Itu semua berkaitan PPSMI, dan aku sendiri mengaku apabila belajar dalam bahasa asing dan bahasa ibunda, ia sesuatu yang sangat berbeza. Aku mudah menerima dan menghadam suatu pelajaran dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Susah2. Martabat Bahasa Melayu dahulu yang diagungkan sebagai Lingua Franca cuba dikuburkan terus di bumi Malaysia. Fikirkan adakah suatu hari nanti khazanah bahasa ini boleh terus kekal kepada anak cucu kita kelak?

DEFINISI DEMONSTRASI

Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu cara untuk menampakkan aspirasi ataupun pendapat (ta'bir ar-ra'yi) masyarakat secara berkumpulan. Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita sebagai umat Islam adalah untuk memandang pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara umum, aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat di dalam Islam adalah perkara yang dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan atau pendapat tentang suatu perkara, cuma dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan orang.

Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh dibahagikan kepada dua:

1)
Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

2)
Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

HUKUM DEMOSTRASI MENURUT ISLAM

Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya. Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam.

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan/diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh Islam.

DEMO DALAM SIRAH

Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah menjadi masyarakat Islam. Namun begitu, baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khaththab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu di dalam rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan Islam dengan berdakwah secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu Al-Arqam.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata "Celakalah engkau wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan kami?". Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin! adakah kita sanggup untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab? Na'uzubillahi min zalik.

Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh Islam. Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum Muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah.

Wallahu’alam.

Sumber : petikan di atas diambil daripada sebuah web sahabat yang juga diambil daripada petikan Sautun Nahdah 26/05/06. Sesiapa yang mempunyai hujah yang bernas tentang demostrasi bolehlah dikongsi bersama ya. Syukran. =)

12 ulasan:

Mardhiah berkata...

waah..
taktau lak de 2types of demo.
mmg dh jd kebiasaan bile org kate demo jer..'ish! pe drg ni? perlu ke kecoh2..'

lebih krg camtu laa..

kalo kene carenye,
kire demo tu boleh la kn2?

kalo cm hindraf tu,
hayoo!
tu mmg sah2 tahpape.
kalo demo psl palestin,
ahaaa....itu baru btl.

thnks 4 the info,nikky :)
hm2

Tanpa Nama berkata...

membantah bukanlah semata-mata kerana math&sains dalam BI,tapi kerana ini dilihat sebagai usaha memadamkan bahasa melayu dari bumi melayu ni...

bukanlah kerana cintakan bangsa,tapi kerana bahasa ini sanagat dekat dengan sejarah kedatangan ISLAM di bumi ini...

bahasa inilah yang menjelaskan islam kepada rakyat di sini...

bahasa ini jugalah yang menghidupkan pengajian islam di setiap pelusuk tanah air ini...


Demonstrasi adlh salah satu cara menzahirkan bantahan...
biar semua orang tahu bhw aku tak suka dgn bnda ni...
biar UMNO(thoghut) tau betapa bencinya aku pd mereka...

akhir kata...
2 benda je yg memberi nilai tambah(penghibur,selain sbb2 dasar) dlm berdemo:
1.crowd yg ramai
2.polis yg ramai..huhu
(klu bkn krn aku islam,
klu bkn krn aku PAS,
dh lama aku merusuh dalam demo)

"kekalkan momentum, cukuplah Allah sbg penolong"

-s5-

munadhia berkata...

salam. syukran ya anonymous (ano). pertamanya sgt tkejut, sape la ano ni kan. lg2 ble tgk komen ttg gmbar tu. trima ksh krn mngomen. ana ske komen2 cm gni, bru ana tau mane slh silapnya..

slmat bjuang!

munadhia berkata...

salam. mar, thanx 4 ya visit. tharu mar lawat blog kt..trima ksh. nt jemputla singgah dan komen lg ye...=)

Tanpa Nama berkata...

klu rasa benda tu salah,bgtau la pd yg len ...

"r u trying to be exclusive???"

'Allah jualah Yg paling mengetahui'

-s5-

MsSyaz berkata...

salam dik...

sedikit input...

ms pegi ikrar membantah PPSMI hari tuh akak terkesan dengan kata2 Presiden TERAS. Cg Azmi... dia ada bagi ayat Quran tak silap surah As-Syuara, [47:2]

"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada ummu Qura (Penduduk Mekah)..."

Nak katanya Allah mewahyukan kpd nabi yg mn bahasa Arab sebagai medium penyebaran ilmu kpd org Mekah. sebab apa Allah memerintahkan nabi menggunakan bahasa arab?

sebab itulah bahasa ibunda nabi dan penduduk Mekah. oleh itu dgn menggunakan bahasa yg sdh sinonim dgn org2 Mekah dan nabi sendiri kerja penyebaran dakwah Islam itu lbh mudah.

begitu jg konteks kita sbg rakyat M'sia. adalah lbh mudah penyebaran ilmu itu jika menggunakan bahasa sendiri.

kita bantah nak pemimpin sedar peranannya untuk meringankan beban rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat termasuklah wasilah pengajaran dan pembelajaran ini.

setakat berkongsi , Wallahua'lam...

munadhia berkata...

salam.kak wani, trima kasih ats prkongsian =)betul tu kak wani. xyah pegi jauh, yan sndr pon, sgt sush nk fhm bile blaja dlm english. kalau phm pun,bnda tu mcm lkat skejap je..x brapa nk resap di hati.huhu~ trima ksh juga menziarah.=)

munadhia berkata...

slm. mula2 nk mntak maaf.awlnya cam xnak reply commnt saudara/i ano s5.tp, ana rse kna tau jgk. ana xphm sbenanya mksud ano tu..cba jdi exclusive? ana ske sesuatu yg jlas. kalau ad sesuatu yg nk dismpaikan atau x puas hti, mgkn blh bgtau direct. ana akn cba smpaikn pd yg lain... maaf...

MujahidahPuteri berkata...

hmm...

Tanpa Nama berkata...

waduh2,mcm serius la plak...nmpak kasar sgt ke ayat tu..maaf la.

-s5-

sufygirl berkata...

slm, dik..
sori yan, k.jie xrply msj sbb xde kdt, mf ye adikku syg, huhu..

hm, confuse la akak..
akak pn xfhm ape mksd "r u trying to be exclusive???" tu yg 's5' ckp tu..

a.j. berkata...

maaf diatas sengketa ... sungguh ayub x bermaksud ...

itu hanya nakalan...people will stand base on what they know.. dan tidaklah ayub lebih mengetahui ttg agama dan politik ...labih dari para a'limun yg turun tempoh hari...

byk yg ayub x tahu lagi ...

jikalau benar ia suatu yg perlu, smoga Allah SWT memberkatinya...

jikalau tidak, perpanjangkan panggilan keampunan kepada Yang Maha Esa...

tiada yg bernas dapat ayub berikan ... maaf

wallohua'lam