Ahad, Mac 08, 2009

Bedilan gas di Masjid Negara





Salam'alaik.

7mac2009
Kami(aku, Kak Wani, Kak Su, Kak Najwa dan Kak Imah) tiba agak lambat ke sana. Pada awalnya kami terus ke Sogo seperti yang dimaklumkan, namun, keadaan aman di sana. Rupa2nya mereka telah bergerak ke Masjid Negara. Kami dengan tergesa2 dan semangatnya terus ke Masjid Negara. Jam menunjukkan pukul3 lebih. Namun, kelewatan kami tetap tidak mematahkan semangat kami untuk menyertai himpunan bantah PPSMI tersebut. Dalam perjalanan menuju ke Masjid Negara, beberapa orang pakcik memberitahu kami bahawa perhimpunan telah tamat. Sedikit hampa! Namun kami terus melangkah ingin melihat situasi di sana secara langsung.

Beberapa minit berjalan, kami sampai berhampiran masjid, aku lihat sebuah bomba sedang menyemburkan air. Kata sahabat, itu air gas. dan aku melihat semua orang berlari menghala ke arah kami, ada yang jerit, 'jangan tengok!gas pemedih mata...' Lalu, kami berpaling. Aku cepat2 membuka zip beg dan mencari tuala kecik yang kebetulan kubawa untuk tujuan program petang nanti. Tuala kecik tersebut ku ikat di muka, menutup hidung dan mulut. Namun, walaupun semburan cecair tersebut sangat jauh daripada kami, aku dan sahabat masih dapat merasakan pedih kekejaman polis fru tersebut.



Keadaan reda sebentar. Kami terus mara, bersama2 dengan orang ramai. Matlamat kami adalah untuk sampai di masjid. Kereta bomba (aku ras a seperti kereta bomba) masih di luar perkarangan masjid. Sangat menggerunkan melihat keadaan seperti itu, ada polis dan ada orang yang teramat ramai dari setiap penjuru. Depan, kiri, kanan, belakang, rakyat terus mara. Aku tidak terkecuali. Tidak gentar, kerana inilah yang ingin aku rasa sekian lama!


Aku berada di situ, berjaya memasuki perkarangan masjid bersama sahabat2.Tika itu aku dengar anggota polis seperti melaungkan sesuatu. Tiba2 dentuman tembakan berbunyi. 'Polis tembakkah?' soalku. 'Kejam!' itu sahaja yang dapat aku katakan. Tiba2 berterbangan di langit peluru2 berasap. Jatuh ke tanah. Dan aku dengar Kak Wani menjerit, 'Yan, lari! jangan ikut Kak Su...Bahaya!' Aku pandang Kak Su, Kak Su dengan berani menuju ke arah polis untuk mengambil gambar. Ya Allah! Dan aku terlihat seorang lelaki, berlari menuju ke peluru berasap di atas tanah, lalu secepat kilat dia mengambilnya, wajahnya kelihatan sangat marah, secara spontan dia membalingkan peluru tersebut ke arah polis. Sangat berani! Palestin. Itulah yang bermain di fikiranku.



Kak Wani masih menjerit mengarahkan aku lari, aku baru teringat asap tersebut asap yang pedih! Aku cepat2 ikut Kak Wani. Lari menyelamatkan diri. Aku tika itu berjubah putih kerana tidak aku sangka demo yang dikatakan mendapat permit akan berwajah sebegini dasyat. Aku terus berlari, memanjat tebing menuju ke belakang masjid bersama Kak Wani dan Kak Imah. Kak Su masih mara ke hadapan tapi, Kak Wa...hilang!

Aku tidak sedar bila masa aku terhidu asap gas tersebut, ternyata larian pecut kami tidak berjaya menyaingi larian zarah asap di udara. Aku dan sahabat mula batuk2, air hidung tak berhenti mengalir. Air mata juga. 'Ahh...sangat pedih!' Aku dapat rasakan mataku merah, semacamrasa mataku mengalirkan airmata darah. Sebenarnya kami tidak membuat sebarang persediaan sewaktu mengambil keputusan untuk menyertai demo. Kami tidak membawa walau setitik airpun, juga tidak membawa garam. Aku rasakan keadaanku semakin teruk. Aku tidak tahan! Nafas tidak sampai sepenuhnya di peparu untuk dipam secara baik. Aku tercungap2, 'polis kejam!' hanya itu yang dapat aku katakan. Di fikir anku, 'tidakkah mereka tahu bahawa kanak2 juga ada di situ, bagaimana pula dengan keadaan orang tua..'


Aku masih begitu. Muntah2, 'Ya Allah, ini baru gas pemedih, bagaimanalah pula rasanya mereka yang terkena cairan fosforus di Palestin? Aku mesti bertahan!' Dan saat itu juga, ada sahabat menyentuh bahuku, menghulurkan aku air dan garam. Aku cepat2 mencapainya, 'terima kasih!' Aku lumurkan garam di muka, dan meletakkannya di bawah lidah. Alhamdulillah, 'sedikit lega!' Bila ada yang menghulurkan air kepadaku, aku teringat kisah tiga sahabat di medan jihad yang kehausan air. Sahabat pertama memberi keutamaan kepada sahabat kedua yang meminta dan sahabat kedua memberikan keutamaan kepada sahabat ketiga yang meminta. Inilah perjuangan, masing2 memerlukan sesutu keperluan tapi, dikorbankan demi kepentingan sahabat2 seperjuangan.




Lalu, apakah motif serangan polis ke perkarangan masjid. Kami sangkakan masjid adalah tempat terbaik sebagai kubu perlindungan kami, rupa2nya tidak! Zarah2 asap dengan pantas merebak masuk ke dalam masjid, turut mencemarkan keadaan. Aku dengar laungan, 'Yahudi!' dari seorang pemuda yang kelihatan amat marah apabila sekumpulan polis melalui di hadapan kami. Aku tahu pasti ada yang ditahan saat itu. Inikah satu kejadian yang akan berlaku apabila suatu perhimpunan itu telah mendapat permit? Kata sahaba t2, ini lebih buruk daripada himpunan BERSIH (sewaktu Bersih, kita dibantu oleh hujan yang menghalang gerakan zarah asap pemedih mata). Dan bagiku ini adalah demo terburuk yang p ernah aku ikuti.


Apabila keadaan sedikit reda, keluarlah sahabat2 PKPIM mengusung keranda 152 simbolik kepada bantahan PPSMI hari itu. Wakil2 mahasiswa berucap di dalam demo tersebut (tak silap aku ada wakil PKPIM juga wakilGAMIS) Aku tidak je las akan ucapan mereka kerana aku berada di sebalik kepadatan orang di belakang bersama sahabat2 yang lain. Takbir dilaungkan kuat, Juga laungan seperti hancur PPSMI dan seb aginya. Mahasiswa memang bersemangat! Juga akhirnya perhimpunan berakhir dengan ucapan daripada Dato' Mahfuz Omar menyatakan memorandum bantahan telah berjaya diserahkan juga perhimpunan diakhiri dengan doa oleh beliau. Alhamdulillah. Kereta2 polis melalui di hadapan Masjid Negara disambut oleh suara2 kutukan rakyat terhadap mereka.



Seterusnya, aku dan sahabat2 yang tadi berpecah. Tinggal aku dan Kak Imah bersemangat menuju ke stesen komuter untuk ke Program STIGMA Helwani-Gamis (Srikandi Gerakan Muslimat Muda-SIGMA) pula. Satu pengalaman yang pahit dan manis kami bawa bersama. Dan, sehingga ke dalam stesen komuter juga, rakyat yang mengikuti perhimpunan tidak putus2 bercerita tentang kejadian bersejarah hari itu.



Yang paling aku ingat adalah kata2 daripada seorang pak cik, ' anak2, ingat peristiwa hari ini! Kerajaan mana yang memerintah!' Aku tidak mahu mengulas panjang lagi. Dengan ini setakat ini sahaja entri kali ini.


Wallahu'alam, wassalam.

6 ulasan:

87 berkata...

berapa ribu y pergi demo ni..???ramainya.

halim qittun berkata...

perjuangan bahasa sememangnya begitu. isu ummat, dipolitikkan oleh politikus yg hanya tahu duduk selesa, yang hanya tahu manipulasi media..

pertama kali kena bedilan gas pemedih mata, memang bayangan ajal sahaja yg tfikir..mungkin itu mahar utk sdikit pjuangan..tringat perjuangan baginda di toif..sgt teruk berbanding kita yg xseberapa..
jemput bertamu

MujahidahPuteri berkata...

hehe.agak sama cite kita kan:-)ok moga kita sama2 tak serik dengan perjuangan ini.lagi nak rasa lg pemedih mata tu:-)

Tanpa Nama berkata...

buat Kak Halimah :
pemedih mata. pedih, perit... tapi, itulah satu perjuangan dan kenangan yang manis. mgkin boleh rasa sesuatu yang lbh dasyat kot. tapi, papepn, prkara prtama, perlu kita fhm, prjuangan kt untuk apa dan ats dsr apa. betul x? hehe.. smoga dpt kita trun ke perak pula nt. insyaAllah.

buat halim :
ada di sana jga ke? sy cma nmpk ali emran mnjadi salh sorg pengusung kranda.hehe...ya betul. saat tu sy fikir, adkh kepedihan tu sma sprti rkyat palestin dan prjuangn di zmn nabi. jawapnnya. jauh sekali tidak... mga dpt merasa prjuangan spt mereka. amin.terima ksh melawat!

buat adeyla :
x pasti la... kate 100000 targetnya. tapi, x tahu tercapai atau tidak. cuba cek balik eh. hehe. trima kasih ikut blog ni. =)

i'M nO oNe berkata...

yan,ppsmi 2 pew?

a.j. berkata...

larangan memberontak pemerintah...

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2009/03/093-larangan-memberontak-dan-adab.html

ppsmi tidak memanggil kepada ma'siat...

slagi itu masih terikat kepada sami'na wa ata'na...

jika benar pun ppsmi memanggil kpd kemaksiatan, teguran kepada pemerintah perlu juga beradab...

cukup sekadar menegur...

apa yg diajar Rasulullah SAW untuk mengelakkan berlaku perpecahan dan pergaduhan sperti ini...

bagi kes ppsmi ... cukuplah sekadar akur...

ayub x setuju dgn perarakan dan demonstrasi... agak ekstrem...

penghinaan ketas Rasulullah SAW,
pengharaman solat,

reasonable..

PPSMI not a good enough reason for this...