Salam Maulidur Rasul.
Sejarah sambutan Maulidur Rasul adalah selepas Salahuddin Al Ayubi dapat menguasai kerajaan Fatimiyah pada tahun 567H dan berdepan dengan peperangan salib dengan penjajah Barat, beliau terus mengadakan sambutan Maulidur Rasul sehingga akhirnya Raja Mudzaphar Abu Said, raja Ibril di bawah pemerintahan Salahudin (wafat 639H) yang mana adik iparnya juga mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Kemudiannya, Maulidur Rasul terus disambut di seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Jadi, persoalan di sini adakah Maulidur Rasul itu dhalalah?
Jika Maulidur Rasul dikatakan bid'ah oleh sesetangah pihak, di sini aku ingin tulis kembali apakah ta'rif bid'ah yang aku dapat daripada Ustaz Rahim. Bid'ah terbahagi kepada 5 iaitu bid'ah wajib, bid'ah sunat, bid'ah haram, bid'ah harus dan bid'ah makruh. Bid'ah wajib seperti mengadakan al Quran untuk dibaca, Bid'ah sunat seperti solat sunat tarawih 20rakaat, bid'ah harus seperti naik kereta, motor dan sebagainya, bid'ah makruh seperti makan petai, jering dan sebagainya, bid'ah haram adalah membid'ahkan orang mukmin yang mana Nabi SAW sendiri tidak mengatakan ianya bid'ah atau membuat sesuatu yang dilarang oleh Nabi SAW.
Dalil mengharuskan sambutan Maulidur Rasul :
Diriwayatkan oleh Muslim, At Tirmizi dan Nasa'i daripada Muawiyah bin Abi Sufian, bahawa Rasulullah SAW datang ke suatu majlis perhimpunan para sahabat lalu bertanya yang bermaksud ;
'Kenapa kamu berkumpul?' Mereka menjawab, 'Kami duduk berbincang-bincang mengingati Allah dan memujinya kerana telah memberikan petunjuk kepada agamaNya dan mengutuskan engkau kepada kami.'... hingga akhir hadith datang kepadaku oleh Jibril, maka memberitahu akan daku sesungguhnya Allah bermegah kepada malaikatnya di atas perhimpunan yang kamu lakukan.
Di sini boleh dilihat, pengisian dalam majlis sahabat tiada bezanya dengan kita sekarang yang menyambut Maulidur Rasul yang terdapat selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Maka, tiak adillah andai dikatakan bahawa majlis sambutan Maulidur Rasul itu dhalalah.
Hadith kedua ; hadith sahih dari Muslim daripada Abu Qatadah apabila ditanya akan Nabi mengenai puasanya pada hari Isnin lalu baginda bersabda,
'Hari ini merupakan hari aku diputerakan dan pada hari itu juga diturunkan wahyu ke atasku.'
Ini adalah dalil bahawa Nabi sendiri menyambutnya pada hari Isnin 12hb Rabiulawal dan semata2 untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah. Jadi, adakah sambutan ini dhalalah.
Sekadar ingin menyangkal pendapat orang yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul itu tidak boleh disambut. Wallhu'alam.

2 ulasan:
salam. first time pergi ke sambutan maulidur rasul. tapi sayang hujan pulak pagi tu. mujur sempat berlindung di basement parking bawah padang tu.
Firman Allah s.w.t : an-Nisa’ :69-70
"dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang Yang taat)".
Komen pasal artikel demotrasi tu,,last saya joint demotrasi ni time 2007,himpunan 100 ribu bersih,masa tu ,beelum dapat hidayah lagi,,xtau yang mana satu usaha yang hak dan bathil..nape umat islam suka buat demo,,kenape x guna solat,,,kak boleh jawb x soalan saya ni,,di blog site ye..
Salam ziarah dari saya,sebuah blog yang menarik,gaya penulisan yang bagus serta banyak info-info yang berguna boleh didapati,jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa,jadikan blog saya sebagai rakan blog anda..jazakallah
Catat Ulasan