Hari ini aku melihat kau
Hatiku sayu
Engkau bersama dia yang tidak aku kenali
Dia bukan daripada jenis kita
Dia sangat berbeza
Berbadan sasa dan tegap
Kau katakan dia adalah jagamu
Kau selamat apabila bersamanya
Kehulu dan ke hilir kau bawa dia
Sehingga tidak lagi aku dipedulikan
Aku hanya mampu berpesan
Teman, jaga diri
Tapi, hatiku sebenarnya cukup risau
Dalam aku menegakkan kema’rufan, mencegah kemungkaran
Hakikatnya aku tidak mampu
Apabila ia mengaitkan seorang teman
Bukan ingin membiarkan
Bukan juga menggalakkan
Tapi, keadaan benar2 memaksa
Untuk aku menjaga sekeping hati
Untuk tidak aku melukai hatimu
Aku benar2 mengharapkan kau faham
Apabila aku mengatakan ‘jangan’
Sedangkan aku tahu kau sendiri tahu hukumnya
Malah, kau mungkin lebih jelas tentang itu berbanding diriku
Teman, layangan sebuah warkah
Tanda aku sayang padamu
Aku mahu kau berubah
Walau pada hakikatnya aku sendiri insan yang lemah
Yang tidak sempurna dan masih banyak kekurangannya
Tapi, sedikit hasrat diri
Agar kau tidak lagi berdamping dengannya
Melainkan andai kau dan dia punya ikatan yang sah
Barulah aku merelakannya
Aku bukan mahu menyekat hakmu
Bukan juga mahu menyekat kebebasan memilihmu
Tapi, aku mahu kau tahu
Kita seorang perempuan
Kita fitnah besar di dunia
Tahukah kau akan itu?
Kita juga harta di dunia yang sangat mahal nilainya
Yang hanya mampu membelinya
Seorang lelaki yang memang dijodohkan buat kita
Iaitu kelak seorang lelaki bernama suami
Jangalah kita merendahkan harga kita buat insan lain
Rasakalah diri kita ini sangat mahal
Mahal sehingga insan lain tidak mampu membelinya
Melainkan seorang sahaja
Dan bersabarlah teman
Kerana hari itu pasti akan tiba
Aku tahu kau mengharapkan seorang teman hidup yang baik
Aku juga begitu
Tapi lupakah kau akan janji Allah
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
Begitu juga sebaliknya
Jadi apa lagi yang mampu kita lakukan?
Kita tidak boleh hanya mencari yang baik
Tapi, kitalah yang perlu menjadi baik
Teman, hatiku tidak tenang apabila melihatmu bersamanya
Bukan aku membencinya, cuma…
Soalanku, adakah kau yakin dia itu bakal menjadi milikmu?
Kau pasti dia jodohmu?
Andai benarlah begitu
Juga tak usahlah kerap kau berdampingan dengannya
Sehingga kau seolah2 terlupa
Ada yang memerhatikanmu sepanjang masa
Mungkin tidak kau melakukan apa2 melainkan hanya keluar bersama
Tapi, kau pasti tahu bukan?
ApabIla seorang perempuan dan seorang lelaki bersama
Pasti akan hadir yang ketiganya iaitu syaitan laknatullah
Kau tahu bukan?
Tajamnya bisikan syaitan sehingga boleh menembus sekeping hati yang suci
Aku takut, aku risau
Kau seorang teman yang sangat aku sayangi
Kerana itu aku mahu kau yang dahulu
Yang sentiasa berdampingan denganku
Aku sanggup menjadi jagamu
Sepanjang tidak kau temu raja hidupmu
Memang aku sama lemah denganmu
Tapi, yakinlah, aku akan menjagamu sebaik mungkin
Jagaku bukanlah bermakna kita ke hulu ke hilir sepanjang masa
Tapi, jagaku melalui ikatan hati kita
Saling mengingatkan antara satu sama lain
Sentiasa mengisi hati2 kita dengan santapan rohani
Yang mengingatkan kita akan cinta Ilahi
Biar kita sama2 merasa manisnya cinta Ilahi
Tiada tandingannya dengan mana2 cinta di dunia
Akhir kalam, maaf jua kupinta
Seorang teman yang dhaif ini menyuarakan hasrat hatinya
Mungkin ada yang tersalah di mana2
Maafkan aku wahai teman
Aku sebenarnya tidak pandai berkata2
Tapi aku cuba menyampaikan dengan sebaiknya
Agar tiada hati yang terasa
Yang baik itu daripada Allah jua datangnya
Yang buruk itu juga, tapi disandarkan pada kedhaifan diri ini sendiri
Andai ada yang salah daripadaku
Teguran juga ku minta
Agar aku tidak salah selamanya
Salam sayang daripadaku seorang teman
Wallahu’alam, wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan