Isnin, September 22, 2008

pemburu malam penuh ketenangan..


Memburu jejak malam penuh ketenangan..
Perlu diburu..janganlah dicari..jangan juga hanya dinanti..
Menjadi pemburu yang HEBAT..
Membawa perisai ibadah..
Adakah malam ini??
Mungkinkah malam esok??
Atau.. malam2 selepas ini??
Atau..mungkin juga malam2 sebelum yang tidak aku sedari..
Wallahu’alam..
Difikir2, direnung2, dihitung2..
Adakah aku layak untuk dianugerahkan malam tersebut??
Dengan hanya secubit keimanan..
Entah di mana sukatan ketakwaan..
Entah di mana pula timbangan keikhlasan..
Segalanya di tangan Tuhan..
Dia mengurniakan pada mereka yang beriman..
Yang benar2 menjadi pemburu HEBAT malam penuh ketenangan..
Yang melipatgandakan amalan..
Yang bangkit pada sepertiga malam..
Berqiammulail penuh keinsafan..
Penuh keimanan, ketakwaan, juga keikhlasan..
Dilipatgandakan kebaikan..
Pada malam seribu bulan…
Lalu, adakah layak aku menerimanya??
Sedangkan aku manusia hina..
Yang kadang terlupa..
Yang sering melebihkan dunia…
Duhai malam yang tenang..
Aku memburu penuh keresahan..
Kupasti..
kehadiranmu amat dinanti semua umat Muhammad..
semua insan yang mendamba seribu kebaikan..
seribu rahmat..
dari hanya satu malam..
yang beramal padanya ibarat amalan pada seribu bulan..
bukankah itu satu tawaran yang amat lumayan??

Bagi sang pemburu penuh kegigihan..
Ya Allah, sungguh..
Aku mendambakan rahmatMu..
Dalam malam penuh keberkatan..
Malam seribu bulan..

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur'an) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatul qadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(al-Qadr:1-5)

1 ulasan:

lailafillah berkata...

salam dik..insyaAllah..mantapkan dakwah^^