Jumaat, September 05, 2008

virus vs antivirus


Baru2 ini, ada sorang sahabat diminta tampil ke depan untuk berhujah tentang virus dan antivirus. Inilah namanya spot talk… Emm. Terfikir jugak aku apa yang perlu dihujahkan. Dan hujahnya mestilah bernas untuk memberikan keyakinan kepada si pendengar. Otakku ligat berputar, berfikir.. virus, antivirus.. virus, antivirus.. dan seseorang menambah.. ‘dan heal dan delete..’ Sebarang idea??

Emm..virus tu apa ye?? virus adalah satu benda hidup yang amatlah kecik, tak nampak dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat menggunakan mikroskop, boleh menyebabkan penyakit/infection pada manusia atau benda hidup… dan sekarang terdapat juga virus yang menyerang barangan elektronik seperti komputer…dan virus ini merupakan hasil buatan/kepakaran manusia..

Antivirus…anti-benci, sesuatu yang melawan…maksudnya antivirus merupakan sesuatu yang melawan virus tersebut.. merujuk kepada kamus oxford, antivirus bermaksud sesuatu yang direka untuk mengenalpasti dan mengubati dan memusnahkan virus yang terdapat dalam komputer.. maksudnya virus seperti ini perlulah di ‘heal’ dan di ‘delete’ sebelum ia merebak dan menjangkiti seluruh sistem komputer..

Satu analogi mudah daripadaku.. anggap sahaja virus sebagai hawa nafsu, anti virus pengubat atau penyerang atau penentang hawa nafsu kerana daripada hawa nafsu inilah membawa kepada bermacam2 penyakit hati dan sebagainya, makanya, ia perlulah di ‘heal’ dan di ‘delete’ kan daripada diri..

Rasulullah SAW bersabda, ‘dalam banyak2 perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku adalah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan2.’ HR Tirmidzi.

Sifat yang menurut hawa nafsu boleh dikenalpasti atau di ‘detect’ melalui pelbagai keadaan..antaranya sifat malas berusaha, cepat marah, panjang angan dan banyak lagi iaitu yang tergolong dalam sifat2 mazmumah..

Makanya, kita perlulah sedaya upaya mencari penawar bagi penyakit2 seperti ini. Takut2 ia merebak menjadi penyakit yang lebih besar dan kronik pula.. takut2 bila dibiarkan ia akan memakan diri sendiri. Seperti komputer, andai diserang dan dibiarkan virus terus merebak, habislah segala dokumen di dalamnya musnah.. Kita pasti tidak mahu sifat2 mazmumah menguasai, memonopoli, dan memusnahkan diri kita bukan?? Jadi, solusinya, kita kena sentiasa ‘alert’ tentang kehadiran virus2 seperti ini dalam diri kita..

kuncinya..‘detect, heal, delete…’

Sekadar peringatan buat diri, perkongsian dan renungan buat sahabat…Andai ada yang tersalah, sudi2lah betulkan kerana ini adalah sekadar pandangan daripada hamba yang lemah ini…Andai sesiapa yang punya pandangan atau analogi berbeza tentang virus dan antivirus juga bolehlah kongsi bersama ye..Wallahu’alam.

Rasulullah SAW bersabda,

‘Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata2, Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan Allah membawanya keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke akhirat.’

8 ulasan:

Adlan berkata...

yep. tepat skali perbandingan kamu.

kita kene la cari virus2 dlm diri kita. kemudian kene buang

sibuk cerita tentang virus komputer pdhal dlm diri lg byk virus2 yg berbahaya..

Tanpa Nama berkata...

ye2.. cuba cari analogi lain plak..ske jgk main2 analogi ni.. lbih mudah paham kot...

Tanpa Nama berkata...

agung sgt ke cinta kpd manusia?


bg sy agungla..dari cnta bnatang..hahaha
al-farabi bkata, cnta yg lazimnya dtujukan kpd pmuasan nafsu smata sbenarnya adalah cinta yg diilhamkan tuhan untuk haiwan.
sy mlihat cnta dari sudut yg bbeza. apakh cnta? ramai org khususny muda mudi,harapan agama dan ngara kita yg hanyut dgn masalah cnta. knape? senang crita, kureng pemahaman, kureng mengerti (macamla aku paham sangat..) .cnta mana yg patut mereka pilih? siapakh yg x pnah jatuh cnta? adake? rasanya fitrah x btul ni..hihi.. em, siapakh yg mcipta dan mngurniakn cnta? smua tahu sudah..
tp, sesetengah memikirkn cnta itu nafsu smata2...isk2.. yap, okla..cnta itu nafsu. tp smua tahu sudah nafsu ada yg baik dan buruk kn? apa nfsu baik apa nfsu buruk? smua tau sudah..
cuma, hanya PILIHAN sendiri yg mjerumuskan cnta yg bnafsu baik mjd cnta bnfsu buruk..
pilihan sendiri semestinya dtentukan oleh hati..smua tau sudah..
jd, pendek kata, cnta itu buruk jika pilihan sndri itu sndiri buruk..
bagaimana?

apakah kamu tdak mlihat bgmana ada mnusia yg mpertuhankan hawa nafsunya (al-jatsiah 45:23)

ssngghny nfsu itu sntiasa mngajak kpd kjahatan (yusuf 12:53)



bak kata qittun, atas org tula..heheh

mnurut imam ghazali, jka cnta skadar dpt dcapai dgn pancaindera yg lima- sentuh, bau,lihat,dgr,rasa- maka itu blum cnta hakiki. hnya cnta yg dpt drasa dgn dria keenam (hati) maka barulah ia cnta yg hakiki.cnta itulah yg dialirkn dari dalma ke luar,bkn dr luar ke dlm. ia bkn dr mata turun ke hati sbaliknya dari hati turun ke mata dn lain2 anggota. itu lah cnta bnar, suci lagi murni.itulah cnta yg dkhususkn buat mnsia sesuai dngn mrtabatnya sbg makhluk yg plg smpurna. cnta ini bkn diukur dgn mata kpala ttpi mngikut dgn pndangan matahati.cnta itu dtg dr allah dn dberi sbbg bkal utk mdptkn kcntaan allah. hanya allah berhak mnerima cnta, krna hnya dia yg mmpunyai sgala sbb utk dcntai. jka mnsia tdk mcntai allah, itu adalh krna krgnya pgenalan mnsia thdp allah.
-cnta kpd ksmpurnaan dn kkekalan dr.
-cnta kpd ssiapa yg bbudi
-cnta kpd seorg budiman wpun budinya tdk d rasai
-cnta kpd ssuatu yg indah
-cnta ssorg atau ssuatu yg srasi



ringkasnya, dlm jwa yg kotor, tdpt cnta yg kotor. bmakna cnta yg bdasarkn fitrah @ smulajadi @ lahiriah @ zahiriah @ etc saje belum ckup mngangkat martabat itu mjadi agung. bahkan, boleh jatuh mjadi hina sperti haiwan-bak kata al farabi.

agung sgtkah cnta manusia?

ingin sy kelaskan tingkatan cnta d cni..blum ada dlm mana2 buku lg tau..hehe

cinta sangat agung = cinta allah
cinta agung = cinta yg didasarkn kpd cnta allah
cinta tak agung = cinta fitrah

*tak agung bkn bmkna tak bguna lansung. sbb fitrah penting dlm khidupan. fitrah penting sbg penggerak kpd cnta agung. klu tak penting..takkanlah allah bg fitrah kt setiap makhluknya kn..bkn kah kamu melihat bgmana rosaknya seseorg itu akibat trpesong fitrahnya? hehe.

back to basic..

sbnrnya, stiap dari kita kt dunia ni, tak kirala iban ke dayak ke malay ke tamil ke munafikun ke papeke..telah mngaku allah sbg tuhan dulu! taukah kamu...allah adalah cnta pertama kita..


bknkah aku ini tuhanmu? maka (roh manusia) mjwb, ya kami naik saksi.(al a'raf 7:172)

kta sbnarnya tlah mngaku allah sbg tuhan d alam roh lg! sbbtu ada ustaz2,ustazah2,tok2 alim,tok2 katik kt my kamp0ng said, baby2 yg baru lpas lahir tu nangis sbb taknak bpisah dengan allah..i dun know..x jumpa dalil pasal ni..waallahualam..klu ada sesape jumpe,kirimla kt sy eh..hehe.

patutla dgn mengingati allah hati mjadi tenang kan? rupanya allah sgt2 lah dkat dgn kita. ingat Yang Tersayang atas sana terus senyum. -n_n-

eh, tak sdar da tlajak panjang plak..mcm bleh wat post baru ni..hehe. ok, klu ada salah silap kureng d mana2 tolong tampal dan tambahkan ek. maklumlah,sy hanya insan yg masih belajar. ilmu kureng..semangat je lebih..huhu.


kamu hnya dberi ilmu sdikit shaja (al- israak 17:85)


ohya. mmperkenalkan diri. sy ialah skeb00lat. sahabat kpd qittun. -n_n-

cinta bukanlah isu yang remeh.

agung sangat ke cinta kpd manusia?

salam wbt.

Tanpa Nama berkata...

ada cite besh...

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkn seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

jagalah hati dan lidah dari virus-virus.... -n_n-

Tanpa Nama berkata...

gracias ya skeboolat.. pjg hujahnya.. memg arif ttg cinta kot ni.. xpe2.. truskan pjuangan.. ape yg pasti matlamat kt pasti sama iaitu meraih cinta Allah dn mardhotillah.. caranya x sama setiap orgkan.. mgkin uslub sy dn skeboolat brbeza, tp, tulah.. mga2 kita mndpt cinta dn redhaNya dlm ape cara sekalipon.. insyaAllah. Wallahu'alam..

Adlan berkata...

walaupun skeboolat tu off topic sket, tapi isi dia mmg mantap..

keep it up bro..

Tanpa Nama berkata...

gracias back to munadhia..name btol ke ni? smua org ariff ttg cnta. tmasuk kamu..satu ari nnti. matlamat sama, alhamdulillah. -n_n-.
"tiada dakwah cara tersendiri, yg ada hnya dakwah cara nabi".
waallahualam. slm wbt.

ps/ : senior, off topic? no komen. hahak~

Tanpa Nama berkata...

hehe..dkwh cara nabi.. maaf..msh amat kekurangan ilmu.. sedihnya.. munadhia.. gabungan nama panggilan di rumah dan nadia..daripada nik nadia izyan..trimas ye skeboolat.. if ada sesuatu utk dikongsi lagi.. diri ini amtlah berbesr hati utk membacanya..wallahu'alam..