Jumaat, Disember 24, 2010

Syukuri Apa Adanya

Aku ingin bercerita tentang seseorang. Seseorang yang sukar aku fahami tetapi sangat dekat dengan diriku. Dia seseorang yang sering terlupa di mana letak kasutnya. Bila diletakkan di atas disangkakan di bawah, bila diletakkan di bawah, disangkakan di atas. Dia itu juga pernah terlupa bahawa di’parkir kereta di depan mahallah, disangka diparkir di depan Female Sport Complex. Akibatnya, pernah kereta di’compound’ Rm50. Tapi, one good thing was that, dia tidak lupa untuk appeal! ;p

***

Selain dia pelupa, dia juga orang yang sangat susah faham. Bila di’explain’ sekali, explanation pasti dibalas dengan kerutan di dahi. Maka, ada saja yang akan cuba berusaha memahamkan. Dan, kadang2 sampai beberapa kali diterangkan pun dia tidak faham. Dia tahu, ramai juga orang akan kata, ‘annoying’. Tapi, sungguh, dia bukan sengaja, secara betulnya, dia memang susah faham. Sabar saja lah ya kawan2~ Kalau ingin bercakap dengannya, sila mulakan dengan ‘kepala’ cerita kemudian baru ‘proceed’ pada ‘badan’ dan ‘ekor’ cerita!

***

Selain susah faham, dia juga ‘blur’ sepanjang masa. Bila orang bercerita, bila orang ketawa, dia diam. Dahi berkerut lagi dan bila dah sampai setengah jam kemudian, tiba2 dia akan ketawa. Dan, khalayak akan kata, ‘Allah… pending lagi!’ (sambil tepuk dahi)

***

Selain dia ‘pending’, Dia pernah hilang pendengarannya. Kadang2 penyakit tersebut datang sekerap sebulan sekali. Akibat bengkak di rahang sehingga telinga (bahagian dalam), pendengarannya jadi kurang jelas. Bila orang bercakap dengannya, tidak pula dibalas. Orang akan kata, ‘Kau pekak ke?’ Dan dalam hati dia akan kata, ‘Ya… sedikit pekak!’ Biar apa orang mahu kata, memang kadang dia tidak dapat mendengar. Sekurang2nya, kadang2 Allah wujudkan rasa syukur yang tinggi dalam dirinya sebaik boleh mendengar dengan jelas. Bila saat hilang pendengaran, dirasakannya, nikmatnya pancaindera! Jadi jangan ketawakan bila dia kata, ‘Cuba kuatkan suara sikit!’ dalam keadaan orang lain mendengar dengan jelas. It just a temporary deaf bila dia tidak makan dengan betul!

***

Akibat sebab2 di atas, dia rasa sangat tidak layak untuk menjadi sesiapa. Sebolehnya, dia hanya mahu berlindung di bawah payung orang lain. Dia pelupa, dia susah faham, dia selalu ‘pending’, dan kadang2 dia tidak dapat mendengar dengan baik dan dia juga sangat kalut. Kerana itu, dia minta berikan dia sebarang kerja, tapi jangan diangkat sebagai ketua… Atau akan runtuh organisasinya, mungkin juga akan rebah anak buahnya.

***

Tapi, rencana Allah itu berbeza. Sering dia dilantik menjadi ‘sesuatu’ sejak di zaman sekolahnya. Cuba lari, cuba bersembunyi. Tapi, ‘sesuatu’ itu seolah tetap mengejarnya. Tertanya2 mengapa? rupanya dia tersedar, ‘kerana satu hari kau akan jadi ‘seseorang’. Maka Allah melatihmu dari hari sekarang!’ Inilah jawapan yang dia terima daripada seorang sahabat baiknya Dan, dia terfikir, ‘Kalau begitu aku harus berlari lebih jauh lagi!’ Tapi, dia terlupa lagi bahawa takdir itu tetap mengekorinya, dapat mencarinya walau di mantel bumi dia bersembunyi!

***

Mengapa aku bercerita tentang dia? Oh ya, dia minta sampaikan pesan, dia pohon jutaan kemaafan atas sebarang salah silapnya. Dia tahu kerana masalah2 di atas, ramai yang susah kerananya. Mungkin yang tidak rapat, tidak pernah perasan hal ini, tapi, bagi sahabat2 baiknya, rasanya sudah memahami. Kadang dia bagitahu, dia tidak suka akan keadaan dirinya. Tapi, dipujuk hatinya, setiap orang punya kelemahan dan kelebihan sendiri. Setiap orang punya kapasiti berbeza. Persetankan kata orang! Kerana ini semua anugerah Tuhan…

Mungkin dia cepat lupa tapi, dia sentiasa menghargai setiap yang diingatinya, mungkin dia susah faham, tetapi, dia sentiasa sedaya upaya cuba memahami, mungkin dia kurang dengar, tapi sentiasa dia cuba menjadi pendengar yang baik (walaupun dia lebih cenderung menjadi pen’cakap’ yang baik ;p) mungkin dia ‘annoying’, tapi dia sentiasa cuba untuk bertindak secara tidak meng’anoy’kan. Tapi, if she really did it, please forgive her! Itu yang dia minta sampaikan.

***

Susah untuk memuaskan hati semua orang. Tapi, itulah kapasiti dirinya. Hanya setakat itu yang mampu dia persembahkan. Sebagai Seorang pelakon di pentas dunia yang hanya berwatak manusia biasa yang penuh kelemahan. Sebagai seorang pelakon di dunia ini yang mungkin takkan pernah menangi sebarang pingat kebesaran! Dia tetap dia yang dekat padaku, yang paling aku syukuri… Walau siapapun dia… kan tetap kusayangi…

Maafkanlah dan sentiasa tegurlah!

Wallahu’alam. Wassalam.

Allah punya rencananya. Kadang kita minta bunga, Dia bagi benih. Tapi, siapa menyangka bunga sangat cepat layu, benih menjadi hasil yang lumayan. Dia tidak memberi sesuatu yang kita inginkan, tapi Dia beri sesuatu yang kita perlukan. Benih untuk dituai, bunga sekadar hiasan~

4 ulasan:

donad berkata...

aloooo.sedih la pulk bace ni.huhu -__-;;

Unknown berkata...

sangat terkesan... tabah betul la kwn izyan.. ok, sekarang x bole merungut lg, sbb nikmat yang kita dapat lebihhhh sangat2 berbanding nilai ucapan syukur kita.

Unknown berkata...

Hey, why are you talking about my daughter. Did you know that your good friend is actually my daughter, and she is not as bad as you perceived she is. To me as her father, she is always the best, in fact I have 3 daughters, and they are all the best. may be the have different characters but they all make our life full of fun, joy and happy. I thanks ALLAH for His great gifts to us:3 beautiful- solehah daughters and 4 handsome -soleh sons. InsyaAllah , AlhamdulILLAH.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا
وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذاشِئْتَ سَهْلا

gurinder ; grindta ; grindtep ; grindee ; grinder berkata...

paham prasaan beliau..
sy pn pnah sakit kt rahang, jd kurg dgr n ssah nk bcakap hngga 2-3 minggu lamenye. skrg pn msih ade sakit2 lg.

sy pn kdg2 pelupe n blur, slalu susahkn classmate nk salin nota sbb ktinggalan.

tp ckgu ckp jgn risau,
lambat paham xpe, jgn xmau paham..
kurg dengar xpe, jgn xmau dengar..
mcm komputer lame lmbt skit tp msih bleh proses maklumat,
komputer baru canggih tp kalu perisian xcompatible xde gune.

*suke bace post yg ni. TK~