Beberapa hari lepas merupakan hari perkahwinan ibu sepupuku di Bangi. Aku bermalam di rumahnya membantu sedikit sebanyak urusan persediaan hari pernikahan. Aku berada di bilik bersama bakal pengantin juga sewaktu mak andam mula untuk menyolek ibu sepupuku. Sebaik habis disolek, ibu saudara bersiap memakai pakaian pengantin dan bersiap untuk bertudung. Aku terdengar pesan mak andam, ‘Long, ikat tinggi2 ya sanggul tu. Comel sikit!’ Aku tersentak! Aku teringat satu luahan ringkas di dalam blog kenalan studioku.
I don't know about this before until I attend UNGS class last Thursday. I was so surprised because it seems like an important thing but not all muslims know about this especially the female. I heard my lecturer said that, the Prophet S.A.W. said female with hump will don't even can smell the smell of heaven.
What is female with hump?
Based on my understanding, female with long hair will hide their hair in their tudung. Because of their hair is so long, they will do their hair like 'sanggul' in their tudung and looks like hump on their head. If the male look at the hump, they will know how long the female hair is. So, it is forbidden in terms of aurah. Please correct me if I'm wrong, but this is what I understand about this issue.
Di atas adalah tulisan yang aku tiru dan tampal daripada blog seorang kenalan lelaki studioku. Kadang2 aku terfikir apakah pandangan seorang lelaki atas perkara2 seperti ini? Dan daripada tulisan di atas ini, mungkin aku boleh simpulkan bagi yang tahu hukumnya pasti tidak suka pada ‘hump’!
***
‘Ish, tak baiklah wat sanggul tinggi2… Wat gape pakai tudung kalu gitu?’ Rungutku perlahan. Tak berani aku kuatkan sebab semua yang berada di bilikpun lebih tua berbandingku.
Teringat juga aku akan seorang teman apabila tiba hari perkahwinan katanya dia berhasrat tidak mahu bertudung. Bila ditanya mengapa dijawab, ‘Kahwin sekali je. Masa ni la nak nampak cantik…Sekali ni je pun…’ Aku terkedu. ‘Owh, makanya, takpe eh langgar hukum sekali?’ Kata2 itu hanya tersekat di fikiran. Tidak tertutur oleh bibir. Sebenarnya ada perasaan geram. Tapi, aku terdiam lagi. Pandangan sebegitu seolah2 mengatakan takpe je buat dosa sekali sekala. Haish! ‘Awak, mana boleh… hukum dari Allah tetap hukum yang kena patuh. Yang jelas haram tetap haram! Astaghfirullah…’
***
Yang cantik itu adalah yang tertutup dan terjaga rapi. Yang cantik itu adalah yang cantik di hati. Biar tidak tersentuh oleh pandangan mata lelaki kerana yang penting adalah redha Ilahi. Huh! Berat! Susah untuk aku tuliskan kata2 ini memandangkan kadang terfikir diri sendiri juga masih belum terpelihara dan terjaga sepenuhnya. Perempuan memang semuanya cintakan kecantikan. Betul kan?! Tidak terkecuali yang sedang menulis ini.
Hari ini, dalam kalangan masyarakat kita, bertudung ibarat bukan lagi tuntutan agama tapi kerana adat dan budaya, atau kerana ikutan semata. Boleh jadi juga kerana menghambakan fesyen dan gaya semasa! Kerana Ariani atau Wardina atau Mawi atau apa2lah lagi (maksudku jenama2 tudung~) Seharusnya, bertudung atau berhijab dan menutup aurat adalah atas dasar kefahaman dan keimanan sebagaimana tuntutan al Quran dan as-sunnah. Fuh! Berat2! Susah juga untuk aku tuliskan ini, sedang aku masih belum berupaya mencermin diri dan membetulkan diri dari luar dan dalamnya. Tapi, aku tetap mengharapkan teguran andai aku sendiri berpakaian berlebihan. Tolong tegur ya!
***
Oh ya, sebenarnya, niatku sekadar nak membicarakan soal ‘hump’, maka, kembali pada niat asalku. Hari ini, jika boleh dilihat, kebanyakan perempuan sangat suka menaikkan sanggul di dalam tudung. Semuapun seolah berlumba2, makin tinggi sanggul, makin cantik. Ini aku dengar sendiri daripada mak andam juga, ‘Long, sanggul eh. Lagi tinggi lagi cantik!’ Ish, aku rasa mahu menjerit. Biasalah, kadang2 pengantin sendiri tidak berani melawan mak andam, makanya, pengantin ibarat boneka yang hanya menurut kata. ‘Takpe sekali ni aje!’ Oh, aku cukup tidak suka dengan kata2 itu, ‘Sekali ini saja!’ Tapi, hakikatnya, aku sendiri sentiasa ber'sekali ini saja' juga. Oh manusia!
***
Rasulullah SAW bersabda ;
dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini. (HR Muslim)
Aku tidak mahu tulis panjang lagi. Rasanya, hadith ini cukup jelas kan?! Oleh itu, insyaAllah, sama2lah kita mencantas bonggol unta tersebut. Tutup dengan kemas dan rapi, ia ibarat rahsia kita yang paling berharga. Sebab sebenar2 kecantikan bukanlah terletak pada fizikalnya, tapi, pada rohaninya, pada hati...kan2?!. =) Jangan selalukan kalimah ‘sekali ni je’ sebab yang sekali itu boleh jadi berkali2 kelak. Tapi, berkali2kan kebaikan insyaAllah. =)
Maaf sebarang salah silap. Wallahu’alam.Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan