Selasa, Disember 21, 2010

Harga Hari Ini



-Update seminit-

Apabila hari ini berlalu menjadi hari kelmarin.
Hari ini akan sentiasa menjadi sejarah hari esok
Memori bisa diputar tetapi, sampai akhirnya ia kan pudar.
Kerana rekod yang samar, satu hari kita kan katakan, 'Bila pernah ianya terjadi?'
'Pernah hidup penuh tragedi, pernah hidup penuh liku berduri!'

Tapi, tetap jua kita tempuhi dengan sabar dan redha memenuhi ruang hati

Bertawakkal padaNya agar esok membawa hari ceria.
Berserah padaNya, semoga esok engkau bahagia!
Kerana itu merekod itu penting, mencatat itu perlu.
Supaya esok mereka kata, 'inilah moyangku!'

Seorang tabah pada hayatnya, seorang yang dikenang bila perginya.

-Catatan penat di Arkib Negara, 20Disember2010-

"Masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang menyimpan rekod"
(Encik Zaidin, Arkib Negara)


Kesimpulannya, salah satu cara menyimpan rekod adalah dengan berblog!
;p

2 ulasan:

syibiehoney berkata...

oh! i like la nik nadia izyan.hehehe

munadhia berkata...

i like 2 syibrah hanisah. =)