Pagi maal hijrah, teringat pada ramai orang. Salam maal hijrah aku ucapkan. Semoga terus menanam azam dan menjadi yang lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah.=)
***
Bila bangun pagi, terdengar riuh suara anak2 kecil memanggil namaku. 'Kak Muna, nak susu!' Jerit Zulaikha, yang berusia 3tahun. Kadang2 bila aku sengaja tidak mahu bangun, Zulaikha akan duduk di belakangku dan dia akan ulang, 'Zuleka nak susu...' berkali2. Tercuit hati dengan gelagatnya. Zulaikha memang akan bangkit awal pagi berbanding kakak2 dan adiknya.
'Kak Muna tahu buat susu Zuleka ke?' Tanya Zulaikha. Zulaikha kanak2 comel yang tidak takut orang dewasa. Tak sebagaimana kanak2 kecil yang lain mungkin membayangkan orang besar itu sebagai raksasa. Aku menggeleng. 'Kak Muna tak tahu buat susu... Zuleka ajar Kak Muna eh...' Aku dukung Zulaikha menuruni tangga. Sikap mudah mesra Zulaikha menyebabkan aku lebih suka bermain2 dengannya berbanding kakak2nya yang lain. Semuanya masih kecil dan banyak kerenah. Semuapun banyak menyebabkan tawaku berderai. Seronok tengok gelagat sepupu2ku.
'Kak Muna pandai buat susu ke?' Ulang Zulaikha. Seolah2 disoalnya, 'Burung apa?' berulang kali. Aku jawab, 'Zuleka ajar Kak Muna eh.' Zulaikha angguk. 'Nanti Kak Muna letak air banyak... susu sikit eh...' Bagitahu Zulaikha. Ketawa lagi. Zulaikha2~
Lepas aku buat susu. Zulaikha akan berlari2 mendapatkan ibunya. 'Mak, Kak Muna pandai buat susu Zuleka...' Bagitahunya. Selalunya aku hanya memanggil Zulaikha dengan panggilan Ika. Tapi, Zulaikha sentiasa membahasakan dirinya Zuleka. Gelagatnya sangat mencuit hati. Tiada apa yang ditakutinya.
'Kak Muna, Zuleka nak jadi princess... Taknak potong rambut...' Bagitahu Zulaikha bila aku tanya, 'rambut Ika panjang, Kak Muna potong nak?' Aku sedia maklum Zulaikha sentiasa berangan untuk jadi princess sebagaimana cerita dongeng yang ditontonnya.
'Ika boleh jadi princess jugak kalau rambut pendek... Princess Snow White kan rambut pendek...cantik tak?' Zulaikha mengangguk.
'Snow White cantik. Kalau Zuleka potong rambut, boleh cantik macam princess Snow White kan?' Tanya Zulaikha. Aku mengangguk. Gelagatnya sangat mencuit hati. =) Kanak2 memang tak boleh dipisahkan daripada dunia dongeng dan penuh angan2 kan?~
'Ika, kalau Kak Muna nak jadi princess jugak boleh? Kak Muna nak cantik macam princess jugak...' Zulaikha mengangguk.
'Boleh2... Kak Muna nak jadi Princess apa?' Emm... Aku fikir Princess apa ya. Teringat cerita Putera Katak. 'Haa, Kak Muna nak jadi Puteri Katak lah...sbb nanti orang hati baik je dapat tukar puteri katak jadi peteri cantik..kan?' Cerita rekaanku!
'Eeeiii... Taknak puteri katak... geli!' Jerit Ika sambil menunjukkan gelagat yang sangat mencuit hati. Aku ketawa lagi. Gelagatnya pasti buatkan aku rindu nanti.
***
Tapi itu tiga hari yang lepas. Aku mula merindui kesembilan sepupuku. Gelagat masing2 sangat menyenangkan dan mencuit hatiku. Yang sulung berusia 14tahun, diikuti 13, 12, 10, 9, 7, 5, 3, 1. Berderet anak2 kecik, riuh rendah dibuatnya. Nasib baik perempuan semua dan masing2 sudah pandai berdikari. cuma Zulaikha sangat manja denganku. Hampir menangis semasa ingin bertolak pulang ke Besut.
'Ika, Kak Muna nak balik dah..' Zulaikha diam duduk atas ribaku. Paling aku sedih untuk berpisah dengan Zulaikha. Aku akan teringat, setiap kali Zulaikha ke tandas, pasti kemudiannya dia akan mencariku untuk memakaikan seluar padahal semuanya Zulaikha tahu buat sendiri. Kadang2 aku duduk di luar rumah, bila aku masuk, Zulaikha akan mendapatkanku... 'Kak Muna gi mana? Zuleka cari Kak Muna!' Terharu aku dibuatnya. Zulaikha memang senang rapat dengan sesiapapun.
'Ika, nanti Kak Muna balik, Ika sedih tak?' Zulaikha diam. Setiap kali aku cakap nak balik, mesti Zulaikha diam. Rasa nak bawa balik Zulaikha bersama. Lama berdiam tiba2 Zulaikha berbisik, 'Kak Muna, nanti Zuleka amek Kak Muna kat umah eh...' Aku tersenyum. Pandai betul Zulaikha. 'Nanti, Zuleka gi umah Kak Muna eh...' Tambah sedih dibuatnya. Dan, petangnya, aku pulang bersama ibu saudaraku. Rindu semua!
***
Hari ini, bangun pagi. Tidak kedengaran lagi suara anak2 kecil. Yang ada hanya suara TV yang meriuhkan suasana. Rindunya jeritan Zulfa, Zuhairah, Zulaikha, dan Azzalea.Haih~
***
Sekadar sebuah cerita mengubat kerinduanku. =)
Wallahu'alam. Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan