Sibuk itu adakah satu ujian yang berat? Sesiapa juga sedang atau dalam sibuk. Maka sibuk itu bukanlah satu alasan yang baik untuk melarikan diri daripada semua tanggungjawab. Aku sibuk, tetapi sering menjadikan ia alasan untuk tidak menunaikan banyak kewajipan lain. Silap aku! *sigh*
Kelmarin, aku dalam kekalutan yang amat sangat. Banyak perkara perlu disiapkan segera makanya, sekali lagi tidur terpaksa dikorbankan. Mood yang tidak baik selama dua tiga malam. Maafkanlah bagi sesiapa yang menjadi mangsa ke’moody’an ku itu! Dengan ini rasmilah sudah rutinku sebagaimana semester yang lepas. Semester ini kelihatan sedikit ringan padahal sangat dan mungkin lebih berat.
Minggu pertama dan kedua, jarang2 sekali aku berada di UIA, banyak masa keluar untuk Case Study dan Site Analysis dan minggu ketiga adalah persediaan akhir untuk submission dan presentation SoA, Site Analysis dan Case Study. Kali ini, tambah disibukkan lagi dengan persediaan untuk Heritage studies. Hampir setiap malam kami bermesyuarat untuk heritage dan studio maka banyak perkara sampingan lain yang terpaksa aku korbankan.
Sebaik tamat semester kedua, insyaAllah kami akan terus ‘terbang’ untuk melaksanakan tugasan wajib kami iaitu Heritage Studies seperti yang telah kunyatakan. Sebelum terbang, banyak perkara yang harus diselesaikan. Mungkin, kami terbang tidak jauh, jika tiada aral destinasi kami adalah Ayutthaya dan Bangkok, tidak sejauh pelajar senibina ‘batch’ sebelum2 kami. Perancangan asal adalah India telah dibatalkan atas permintaan adivisor kami. Tetapi tetap untuk ke Bangkok, bermacam isu telah dipersoalkan lebih2 lagi isu rusuhan dan pergolakan di Thailand. Kalaulah, akhirnya proposal kami ditolak, kami hanya punya sedikit masa untuk beralih ke perancangan ke dua iaitu Kemboja atau hanya Malaysia! Semoga Allah permudahkan segala.
***
Site Visit : Princecourt Hospital
Sekarang juga sedang menulis di celah kesibukan. Sementara menunggu ahli2 lain datang untuk perbincangan lanjut Heritage Studies. Tanggungjawab yang diterima adalah sebagai Ketua Report dan Research. ‘Taknak jadi ketua boleh?’ Semua pandang tepat kepadaku. ‘Kita takda orang lain lagi dah…’ Aku akur. ‘Takpe… sekadar ketua report. Bukanlah apa2.’ Tugas aku di sini membuat research tentang Thailand dan tugas aku di Thailand (insyaAllah) kelak adalah menemuramah penduduk2 Thailand dan mencungkil sejarah tempat tersebut. ‘Seems like I have to learn Bahasa Thailand lah. Oh, I must!’
***
Satu perkara yang aku suka dalam seinibina adalah… Banyak berjalan menyaksikan kehidupan manusia. Orang selalu tanya, ‘Apa yang susah sangat dengan Architecture. Presentation 3 minggu pun lagi, kenapa korang dah kalut2 buat kerja?’
Ok, untuk yang bertanya, sila cuba ambik Architecture atau sila cuba sekurang2nya duduk sehari di studio Architecture. Perhatikan apa yang kami lakukan. You’ll find architecture sangat unik tapi juga sangat penuh tekanan! Kamu akan bekerja sehingga kamu habis tenaga.
‘It’s a long process. Kamu kena keluar ke site, keluar untuk case study. Semuanya kena berusaha sendiri, mencari sendiri. Kena set up appoinment dengan development division dengan orang atasan which sometimes kamu tak dapat kerjasama sepenuhnya. You have to come out with design solution and synthesis yang mana sangat memakan masa dan memerlukan kerjasama teammate. You have to interview people dan sometimes kamu terpaksa menghadapi saat getir kereta rosak secara tiba2 di tengah jalan (pengalaman yang sangat kelakar dalam penat2. ;p) Dan, macam2 lah lagi.
All these things need to be done before presentation. Untuk presentation, kamu kena sediakan site model, report site analysis dan case study, SoA, dan apa2 lah yang berpatutan seperti multimedia presentation.’ Heee~, saja menakutkan… Sebenarnya, ini adalah 'group work.' Don’t dare to take architecture lah!
Semua di atas seakan menakutkan tapi, Architecture tidaklah sesusah ini kalau anda ‘enjoy’ melakukannya. Dan aku enjoy saat kereta mati di tepi jalan. =) Aku enjoy saat kena mendaki bukit dan mengharung semak samun yang berpacat. Juga enjoy saat berpanas2 di tengah site, enjoy saat meng’interview’ orang2 sekeliling site. Cuma, selalu aku dengar, ‘Bidang ni tak sesuai untuk perempuan!’ Dan, aku mengakuinya. Mungkin, ini juga bukan bidang yang sesuai untukku. Hmmm~ Jadi, I have to think of another bidang lah. =) at the very last minute, sekadar terfikir, apa sebenarnya akan aku jadi kelak?
Baiklah, I have to stop here. Mereka dah hampir panggil. ;p Cuma doakan untuk presentation pertama kami pada hari Jumaat ini, dan doakan juga perancangan kami untuk ke Thailand dan mempelajari budaya masyarakat Thailand tercapai. Siapa2 yang tolong doakan, sila angkat tangan. Kalau berjaya ke sana dengan izin Allah, aku bawa balik buah tangan untuk kamu2 ya. Sampai di sini. Janne!~ =)
***
‘Kamu tidak akan rasa kamu bekerja jika kamu ‘enjoy’ melakukannya. Yang itu namanya, HOBI! Jadikan ia hobi, maka, you will love your job sincerely. insyaAllah.=) ’
***
Case Study : Islamic Art Gallery
4 ulasan:
YaAllah..berilah kekuatan kepada adikku Izyan.. mge ditenangkan hatinye. dikuatkan semangatnya.. ditingkatkan kesungguhannya.. dikurniakan kejayaan buatnya..mge dalam kesibukannya, tidak sedikit pun lupe akan diriMu yaAllah..redhai dia..Amiin..
Doa memohon Allah memudahkan urusan kita.
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا
وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذاشِئْتَ سَهْلا
(Allah humma la sahla illa ma ja'altahu sahla 3x, wa Anta taj 'alul hazna idza shi'ta sahla)
(Ya Allah, nothing is easy except You have made it easy; if You wish, You can make the difficult easy)
sukanya post ni..moga kita sma2 kuat!!=)
kak laila>> syukran kak. smoga kita sama2 terus kuat. insyaAllah.=)
bapak>> arigatou ney! =)
fatin>> insyaAllah, smoga kita sama2 kuat. gambattey! ;p
Catat Ulasan