Selasa, September 14, 2010

Berkawan Dengan Alam

14September2010

Semalam ayah bagitahu nak bawa aku dan adik2 ke pulau. Kusangkakan hanya gurauan biasa memandangkan bapa saudara dan abang telah ke pulau hari sebelumnya. Lalu aku bangun pagi menjalankan rutin harian biasa di rumah. Tapi, kulihat ayah bersungguh2 memunggah barang, berkemas dan sibuk2 membawa peralatan memancing dan goggle snorkeling. Tanya ayah, 'ayah, nak ke pulau sungguh ke?' Ayah jawab, 'Mestilah... ke muna tokse gi?' Aku cepat2 masuk ke bilik untuk bersiap, 'Mestilah muna nak gi!'.


Bekalan dalam Hilux. Tong minyak, goggle snorkel, life jacket, tong pakaian, tong makanan dll.

Bekalan makanan di dalam beg makanan yang kalis air

Kucapai telefon bimbit dan mendail nombor sepupu2ku. Kalau aku dan adik2 sahaja yang pergi mesti tak seronok. Nampak gayanya hanya 2 sepupuku yang 'rajin' untuk bersiap. Najihah dan Naqiah. Maka, inilah misi kami, mencari yu dan penyu di pulau2 sekitar besut!

Kami berlapan, aku, Sarah(adik), Dina(adik), Naqiah(sepupu), Najihah(sepupu), Ayah, Ayah Ne (bapa saudara) dan Ee(abang) menaiki bot bapa saudara dari jeti kecil Kg Raja. Bot bernama Siti Mala (sebenarnya bot dibeli bapa saudara dari Universiti Malaya, dipadam Univer dan Ya maka jadilah Siti Mala ;)) bot tersebutlah yang sering digunakan untuk menunaikan hobi keluargaku ini (hobi keluarga yang lelaki) iaitu snorkel dan mencari spot yang sesuai untuk beraktiviti survivor.


Sebelum bertolak, Naqiah dan Afif. Afif ikut lain kali deh~

Ayahku, pengemudi kapal(baju coklat), abangku coast guard(baju merah), dan anak2 kapal

Sebelum bertolak, sempat bapa saudara membeli umpan ikan iaitu ikan juga. (sebab sotong dan udang sudah habis)


Berhenti beli umpan ikan

Kami bertolak agak lambat, Jam 11 pagi barulah kami bertolak dari rumah, (kerana persiapan barang) dan menaiki bot juga agak lambat (sebab kena cek enjin dan sebagainya dahulu).


Ayah Yee (Bapa Saudara) membantu bersihkan dan kemaskan bot Siti Mala

Kemudian kami bertolak~ hampir pukul 12 tengahhari. Menyusuri Sungai Kampung Raja, dan melintasi Jambatan Kuala Besut, kami dapat melihat kampung2 nelayan dan suasana dari jalan air. Di kawasan sungai bot harus dibawa perlahan, diangkat kipas agak tinggi untuk mengelakkan pasir, tapi, pagi insyaAllah, air pasang menyebabkan perjalanan kami tiada masalah. Alhamdulillah.


Pemandangan jambatan Kuala Besut

Meninggalkan Kuala Besut

Air laut pagi kurang bergelora, maka bot juga kurang melompat. Mendoakan agar petang juga cuaca baik supaya kami dapat pulang petangnya juga insyaAllah~


Daratan nun di kejauhan

Pulau Saji di kejauhan

Hentian Pertama - Pulau Rawa


Pulau2 kecil sekitar Pulau Perhentian

Ayah kata ni Pulau Batu Puteh... boleh lah~ ;p

Untuk snorkel, memandangkan aku juga ingin melihat keindahan laut, tempat yang paling strategik adalah pulau yang tiada atau kurang berpenghuni. Destinasi pertama adalah Pulau Rawa yang berdekatan dengan Pulau Saji. Di Pulau Rawa, alhamdulillah waktu kami datang memang tiada sesiapa melainkan ada dua pasangan pelancong asing yang berada agak jauh dari tempat kami berhenti. Maka, tiada masalah bagiku untuk turut serta menghayati keindahan hidupan laut. Sebagai protection, stoking yang tebal harus dipakai juga. Aku takut terpijak batu karang disamping penjagaan aurat juga harus dititikberatkan walaupun tiada sesiapa di sini. ;p


Goggle Snorkeling, cukup untuk 8 orang~

Tiba di Pulau Rawa

Subhanallah, aku rasa geram dengan keindahan alam di dasar laut, kalaulah kamera boleh dibawa menyelam bersama kan bagus. Ikan nemo di sebalik batu karang, sekumpulan ikan yang berwarna warni melintas dihadapan mataku sangat mengujakan. Dan juga beberapa ekor ikan todak yang ditemui. Bapa saudaraku memberikan secebis roti padaku, 'Muna pegang je roti tu jangan lepas!' Pesan bapa saudara, lalu kupegang dan menyelam lagi. Subhanallah, ikan2 semua mengerumuniku, tanganku geli digigit2nya lalu akhirnya aku tak tahan dan terlepas juga roti dari tangan.


Kehijauan di Pulau Rawa


Inilah bot Siti Mala melabuhkan sauh di Pulau Rawa

Penumpang bot semua sudah terjun meninggalkanku~

Laut biru sejernih kristal~

'Muna, Sarah... meh tengok ayoh ne ngail ikan!' Panggil bapa saudaraku, 'Masuk tengok dalam air lagu mana ikan tu makan umpan.' Lalu aku dan sepupu terus masuk menyelam sambil menunggu ikan makan umpan. Subhanallah, sekali lagi aku rasa dekat dengan alam, melihat ikan2 berebut mendapatkan umpan ikan. Ayah ne membiarkan saja tidak bermaksud untuk menangkap ikan. Rasa sangat seronok bila dapat berada antara ikan2 yang berwarna warni tersebut.


Pertama snorkel di laut cetek, testing~

Ayah dan bapa saudara mendapatkan timun laut di dasar, lalu dipanggil kami yang perempuan, 'tengok gapo ni!' ayah usik kami memandangkan kami semua geli dengan timun laut yang kelihatan seperti lintah besar. 'Eeee, die kencing!' Timun Laut apabila diangkat akan mengeluarkan cecair dari badannya. dan, ia akan mengecut apabila dibiarkan lama di udara. Aku menjauhkan diri awal2 lagi daripada bapa saudara dan ayah. Kalau tak akan dikacaunya dengan timun laut tersebut.

Kelihatan sepupuku, Najihah pula sibuk mengutip timun laut lalu diletakkan di atas bot. Aku sendiri tidak faham, 'Najihah, timun laut tak sama dengan timun darat... Bukan boleh wat makan timun laut tu.hee~'


'Ini gamat ke?'... 'Tak, gamat berbulu, ni timun laut~'

Bila ada orang datang, kami bersiap untuk berpindah tempat~Destinasi seterusnya, Shark Point!

Meninggalkan Pulau Saji dan Pulau Rawa

Hentian Kedua - Pulau Perhentian Besar


Pulau Batu Hitam (Bukan Nama Sebenar)... bolehlah~

Jam menunjukkan hampir pukul 2, kami harus berkemas untuk ke tempat lain pula. Kalau di Pulau Rawa kami temui ikan todak, kali ini kami meneruskan misi mencari ikan yu pula di 'shark point Pulau Perhentian Besar'. Pulau Perhentian merupakan tempat peranginan, maka, di situ sagat ramai orang. Aku pernah ke 'Shark Point' secara berkayak tapi tidak menyelam memandangkan di situ banyak lubuk ikan yang dalam2 dan terumbu batu karang gergasi yang menakutkan. Tapi, kali ini, ayah mengajak semua sekali turun mencari yu. Pakai 'life jacket' maka, insyaAllah selamat.

Sebelum ke Shark Point Pulau Perhentian Besar, kami terlebih dahulu ke sumber air bukit di sebalik Pulau perhentian Besar. Air sungai kecil (tempat ayah dan bapa saudara terkandas dulu), di situ, kami berhenti untuk membersihkan diri dan solat. Pada awalnya, aku agak hampa apabila kelihatan dua lagi bot di situ, tidak selesa jika ada orang di situ. Nak solat dan bersihkan diri perlukan privasi yang lebih, tapi Alhamdulillah, beberapa minit kemudian, kedua2 bot tersebut berlalu meninggalkan tempat tersebut. Maka, kami bebas beraktiviti seolah2 tempat tersebut kepunyaan kami. Air sungai yang mengalir sangat sejuk dan jernih. Sangat ajaib ciptaan Allah, air sungai memang tidak masin walaupun ianya bersambung dengan air laut. Sepupuku cakap, 'air ni lebih jernih daripada air di Lata Belatan semalam!' dan sangat sejuk. Dan, terdapat juga ketam2 besar berlarian ke celah2 batu. Subhanallah~


2buah bot dengan bendera Kelantan mengganggugugat privasi kami.

Yes! Mereka pergi!~ ;p

Bapa saudara menambat bot

Air bukit yang sejuk amat~

Kami bersiap2 untuk solat, 'ayah, takpekan smaye basah2 gini?' ayah cakap takpe, lalu, kami mengambil wudhu di sumber air yang kami temui tersebut. seusai berwudhuk, aku solat di atas batu besar di bawah rimbunan pohon rendang. 'Close to nature~'


Di sinilah kami membersihkan diri dan mengambil wudhu'

Bersiap untuk solat dalam basah kuyup~

Seusai membersihkan diri, kami bersiap, dan berkemas lagi untuk ke hentian seterusnya iaitu 'Shark Point' dengan harapan dapat bertemu dengan Yu. Kali ini laut dalam dan agak menakutkan sebagaimana yang aku katakan tadi.


Shark Point~

Berhenti di Shark Point, lubuk ikan besar

Apabila tiba di Shark Point ayah suruh kami tunggu di atas bot untuk cek keadaan. Alhamdulillah, pertamanya tempat tersebut tiada orang, jadi bolehlah aku menyelam sama. Apabila dirasakan OK, ayah memberi isyarat supaya kami semua turun. Dan, untuk pertama kalinya aku menyelam di laut dalam. Awalnya keadaan sangat menakutkan dan kelam, Aku tidak pasti samada mataku kabur atau goggle berkabus, tapi apabila sudah sampai di satu kawasan yang curam dan berbatuan, aku dapat lihat terumbu batu karang yang sangat cantik. Subhanallah, di sebalik batu karang dan tumbuhan laut terdapat sekumpulan ikan yang besar2. Berenang2 dalam barisan yang sangat cantik. Ikan berwarna warni dan ada juga yang seakan2 'glow in the dark' Subhanallah. Selama menyelam kami ke tempat yang semakin jauh dari bot, semata2 untuk mencari ikan yu. Tapi tidak pula kunampak seekorpun ikan yu. Cuma yang mengejutkan aku apabila ada seekor ikan yang sangat besar melintas di hadapanku. Subhanallah, pertama kali juga dihadapan mataku.


Ayah turun untuk cek sekitar laut

Jauh dan agak lama kami menyelam. Ayah pesan jangan angkat kepala, sekali menyelam, pandang je ke bawah untuk tidak melepaskan pandangan sedikitpun pada keindahan laut. Tapi, Allah sahaja yang tahu, kadang2 tersedak juga dengan air masin, kadang2 termasuk juga air masin dalam goggle menyebabkan mata pedih. Kadang2 rasa tekanan kuat pada dada disebabkan bernafas melalui mulut terlalu lama. Kayuhan kaki dan tangan juga menjadi semakin lemah dan perlahan. Apabila aku keluar ke permukaan, rupanya, sudah sangat jauh kami dari bot. Patutlah sangat penat!

Apabila sudah semakin jauh, ayah memberi isyarat berpatah ke bot. Dan, kami naik bot semula, agak hampa apabila ikan yu yang kami cari tidak ditemui. Aku pernah bertanya abang, macam mana dapat tangkap ikan yu masa terkandas dulu, abang cakap, 'bare hand!' Aku jadi kagum, 'ikan yu tak makan orang ke?', abang cakap 'kita makan ikan yu!' Oooh... 'yang makan orang-ikan jerung!'... 'Oooh, lain eh ikan yu dengan ikan jerung?'...'Muna, masuk tadika balik lah!'

'Bakpe takda ikan yu?' Tanyaku sedikit kecewa.

'Kita terlepas time lunch dia kot!' hee~ macam tu eh? ;p


Meninggalkan Shark Point

Hentian Ketiga - Pulau Perhentian Kecil

Seterusnya, jam menunjukkan jam 4.30petang, kalau boleh ingin solat asar di rumah. Sepatutnya ada satu lagi hentian yang akan kami pergi iaitu ke tempat penyu. Tapi, memandangkan hari sudah sangat petang dan takut petang air berombak besar, maka, kami buat keputusan untuk pulang. Laut lebih mencabar dalam perjalanan pulang, aku tertidur dalam bot, kepeningan setelah bermain di laut agak dalam.Terjaga apabila terkena percikan kuat air laut masin, banyak juga aku makan garam hari ini.


Singgah di Pulau Perhentian Kecil

Kudengar jeritan adik2 dan ayahku, 'Na, cepat tangkap gambar!' Rupa2nya, sekumpulan ikan sedang melompat2 keluar ke permukaan air. Sangat cantik. Tapi, bukanlah sebesar dolphin, sekadar sebesar ikan bilis kot. Cumanya sangat banyak dan aturannya sangat cantik, berkali2 ia melompat ke permukaan laut, aku tidak sempat tangkap gambar memandangkan bot agak laju, tapi, aku sempat merakam pergerakan ikan2 tersebut. Subhanallah~


Pulau Perhentian Kecil, Perkampungan Nelayan

Sebelum pulang terus ke Kampung Raja, kami terlebih dahulu singgah di Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Kecil merupakan perkampungan nelayan. Terdapat semua kelengkapan seperti balai polis, kedai2 dan sekolah rendah sahaja (setahu aku budak pulau akan bersekolah menengah di darat). Terdapat anak2 kecil sedang bermain air di gigi pantai. Air laut di Pulau Perhentian Kecil tidak kurang cantiknya, dulu sewaktu aku pertama kali sampai ke Pulau Perhentian, aku tidak habis2 memuji keindahan dan kebersihan pulaunya, air biru lebih jernih daripada air kolam, semoga keindahannya terus kekal untuk generasi akan datang.



Kanak2 bermain di gigi air

Kami berhenti beberapa minit di Pulau Perhentian Kecil untuk cek enjin dan isi minyak juga mencari tandas awam. Tinggal aku di dalam bot yang masih kepenatan. Tanpa menghiraukan adik2 dan sepupu, aku tertidur lagi di dalam bot. Apabila terlalu penat, tidak lagi memerlukan tempat yang selesa untuk melelapkan mata. Di mana2 pun boleh terlelap.


Isi minyak bot~bekalan dua tong minyak untuk perjalanan pergi dan pulang sudah memadai =)

Hentian Keempat - Pulau Melayu


Jeti Kuala Besut~

Kemudian, kami bergerak lagi, pulang ke Pulau Melayu. Dari jauh kelihatan Pulau Rhu, Bukit Keluang, dan Pantai Air Tawar, Alhamdulillah, cuaca hari ini sangat baik. Masih aku ingat satu ketika dahulu sewaktu menaiki bot bapa saudara yang sangat kecil, cuaca mendung dan tiba2 ribut menyebabkan bot terbalik di pesisir Pantai Air Tawar. Masa itulah kami terkandas di Pulau Rhu, angin kencang dan sangat menakutkan. Daratan Pantai Air Tawar mahupun Bukit Keluang sudah tidak kelihatan lagi. Gelombang air laut hampir2 memakan bot penyelamat yang kami naiki. Tapi, itulah pengalaman yang sangat berharga pernah kami lalui.

Dalam perjalanan balik, bot melambung2 lebih kuat daripada perjalanan pergi. Menyebabkan sesiapapun tidak dibenarkan duduk di hadapan bot. Tak boleh lagi bergaya ala2 titanic dan seumpamanya. Maka semua duduk diam di belakang. (tak diam juga, adik2 dan sepupu2 tak habis2 menjerit apabila bot melambung tinggi. aku suka situasi ini, tak perlu naik roller coaster! ;p ) Baju basah kuyup bukan sebab menyelam tapi sebab percikan air yang macam hujan. Kesejukan~

Masuk ke kuala, bot masih laju, apabila sampai di sungai tiba2 bot tersekat, ayah break mengejut menyebabkan bapa saudara yang sedang berdiri terlambung ke depan, habis luka tangannya. Kami juga tersentak. Aku yang berada di belakang sekali melihat enjin bot, kipas dinaikkan, air menjadi coklat pekat akibat terkena tanah jerlus. Rupanya air sedang surut. Air sungai menjadi cetek. Beberapa kali bot tersekat. Jadi, perjalanan di sungai menjadi lebih perlahan, ini menyebabkan aku boleh memerhati keindahan alam lagi. Kami melalui tepi2 paya sungai Kampung Raja, aku lihat ada dua ekor memerang di tempat yang berlainan. Kedua2nya memerhatikan kami menyusuri sungai untu ke jeti kecil di Kampung Raja. Comel2~

Dalam perjalanan juga, aku melihat kanak2 lingkungan 8-10tahun sedang mengail ikan di atas jeti, dan, beberapa buah rumah yang sangat aku kenal iaitu Desa Ukir Kayu Kg Raja yang menjadi tempat kajian rumah melayu olehku beberapa penggal lepas. Dan, beberapa minit ke hadapan, tibalah kami semula ke jeti kecil. Alhamdulillah, sangat kepenatan, tapi, banyak pengalaman dan memori indah yang berjaya aku dan keluarga bawa pulang.


Desa Ukir Kayu Kampung Raja

Destinasi seterusnya! semoga dapat cuba di Redang pula! =) insyaAllah...

***


Akhirnya, Alhamdulillah, kami sampai~ =)

Inilah sebahagian aktiviti apabila aku bersama keluarga, masa yang ada bersama keluarga digunakan sebaiknya untuk mencipta kenangan sebab nanti bila dah balik ke UIA, pasti tidak sempat lagi untuk melalui ini semua.

Sampai di sini, sekadar perkongsian kosong. Wallahu'alam.

***

"…orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali 'Imraan, 3:190-191)

"Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal." (Al Jaatsiyah, 45:2-5)

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best nyer g pulau ngn famili.. mmg same mcm yg org harapkan. naik bot sniri ngn famili, bwk survival kit sumer, g pulau yg jauh drp sesak org ramai. sumer tu yan dah bleh rase skarang, btuahnyer yan..

a.j. berkata...

subhanallah! cantik gambar2 awak muna!

munadhia berkata...

anyno >> siapakh anda? ;p alhamdulillah, sronok dpt rasa ni smua. dpt rasa pun numpang minat abang2 dan ayh je. dn tmbhan plak bapak sdara ad masa ni, snang skit bile ad ramai laki utk jaga kami. insyaAllah, bleh rasa kot lain kali.=) tanam angan dulu nt insyaAllah trcapai.tp, angan dgn usaha la... =)

aj>> sbenarnya yg cantik pmandangan tu. jd, guna kamera biasa2 pon bleh jadi cntik kan. =) ciptaan Allah smua keindahan tu. =) kalau encik aj snap msti lagi artistik dn cntik.kn2~ ;p

Tanpa Nama berkata...

mmm..yan xknal kot, dakpela lgpun cme snggah kejap je nk oyat btape sronoknye bleh wt aktiviti2 mcm yg Yan critekn. Bereh2, angan tu akn jd knyataan insyaAllah.

*Gaye pnulisan yan dri dlu smpai skrg pn makin lame makin hidup, org suke bace..ganbatte.

munadhia berkata...

anony>> baiklah. trima kasih. =)

mcm mana ciri2 gaya pnulisan hidup? maen tulis je ikut suka. kalau terhidup tu, x sngaja kot. ;p xpon sbb trlbih excited. ntah la... btw, trima ksih skli lagi krn mbaca wlaupun 2lisan panjang berela2. =)

Tanpa Nama berkata...

nk hidupkan pnulisan..bg die bnafas, bebas x terkurung, perutnya diisi dgn mknan bkhasiat tp x blebihan, pijaknya pd landasan yg btul, wlau kmane die pergi akn kmbali ke tuannye, kukunya tajam tp x mnerjah lawan, matinya biar bertanam..
-Org pn malu sbnrnye sbb Yan lbih bbakat dlm falsafah2 ni.
-Dlm architecture mst Yan arif psl falsafah seni ukiran melayu kan.
**(ape yg ade kt Desa Ukir Kg. Raja tu ye? nk blaja psl ukiran.)

munadhia berkata...

tanpa nama>> sy tak tahu gerangannya lelaki atau perempuan. maka, tidak tahu juga bagaimana bahasa yang sesuai untuk dibahasakan. jujurnya, sy jadi segan nk menulis lagi bila ad org tegur tulisan sy. takut lepas ni tulis ats satu perasaan lain yg bukan diri sbenar sy. hmm. macam mna mahu explain ya. tapi, begitulah~ neway, terima kasih byk ats komen dan tipsnya ya. =)

***

DUK sebenarnya merupakan institusi ukir kayu. maksudnya tmpat blajar mengukir (setakat ni semua lelaki). dulu prnah jgak blaja mengukir skejap, smpat hasilkan satu ukiran bingkai jam dan ukiran bunga. sush juga mengukir ni. kena kontrol tangan dan alatan betul2. tapi, alhamdulillah, satu pngalaman yg menarik~

tempat tu(DUK) sebenarny bekas tempat letaknya istana tengku long, raja besut dulu (see, besut ni satu negeri sebenarnya. ;p) dan depannya masih ada tinggalan rumah dayang dan pembantu istana. ada 3 buah jenis rumah tradisional terengganu di DUK, kalau perasan rumah trengganu terkenal dengan keunikan atap dengan pemeleh atau tebar layarnya yang besar disambung pada buah buton (tak tahu apa istilah dalam bahasa standard).

hmm... tempatnya sangat cantik, dan tmpat ni juga ada kaitan dengan sejarah kerajaan besut dulu2. letaknya DUK berdekatan jeti kecil kampung raja yang dulu sibuk sebagai tempat pelabuhan kecil selain kuala besut.

nmpknya komen sudah menjadi post baru. maf2 terpanjang, ter'excited' plak bercerita. kesimpulannya, takde pape sgt di DUK, cuma tempat belajar mengukir, dan semua studentnya adalah ditaja kerajaan terengganu dan best student akan dihantar ke oversea untuk mendalami seni ukiran.(student limited utk anak jati terengganu shj. =))

basically tempat ni sepenuhnya diukir oleh 3 tukang ukir kayu yang terkenal di besut macam norhaiza nordin, wan po, dan mohd salizan (tak pasti kenal tak...) dan, sekarang DUK baru siap fasa 1 pembinaan, dalam perancangan untuk fasa 2 pula. cumanya kos pembinaan DUK sgt mahal memandangkan dibina hampir 90% jati.tu jelah tentang DUK setakat yang saya tahu.

pasal seni ukiran melayu, sy tak tahu papepon sebenarnya. berminat utk tahu dan wat research tp, slalu dpt teruk juga dalam design. makanya, jgn anggp semua student archi tahu tentang senibina. sy sndri x arif ttg ni... mungkin tanpa nama lebih tahu berbanding sy~

wallahu'alam.

Unknown berkata...

Muna, sorry Daddy mencelah.., pembinaan DUK sebenarnya hampir 90% dibuat dari kayu CHENGAL, bukan jati. Jati biasanya untuk perabot dalaman. Chengal kayu keras, biasa digunakan untuk luaran seperti tiang, dinding, pagar, perahu, kapal kerana ianya tahan lama dan very durable and nowadays very expensive.

Tanpa Nama berkata...

yan, mntak maaf bnyk2 kalu yan kecik ati, sy tlalu jahil smpai anggap xprlu bgtau sy siape sbb sy takut ia akn mngubah arah lontaran buah fikiran, tp rupenye sbaliknye plk yg tjadi..(bnar2 kesal n mntak maaf)
ape yg sy tulis kt komen di atas sumenye gambaran sy thadap pnulisan yan, sbg pujian n pghargaan bkan bmaksud sbg teguran mmperbetulkan atau nk sruh yan ubah. malah sy sokong yan truskan bgini. mndidik brhikmah, mcm kopi radix mngubat dlm kite xsedar. (promote penaja skit..heh3)
kate2 n ucapan yan dlm tulisan bg sy sgt bmakne, ibarat sungai cetek tp bnyk ikan, pnggan kecik tp nasik bnyk, krtas nipis tp bnilai, n cawan penuh tp xtumpah2.
keep up d gud work! =)

*trimekasih ats info2 DUK~

munadhia berkata...

tok nyadat>> jmpa blog dah? ;p... adakah saya tulis jati? hee~ my mistake... i mean cengal. (haha..2la confidnt sgt nulis) ;p terima kasih daddy. ;p btw, i think it's 22sept (pd masa sy tulis ini) ...makanya, ;p slmat mnyambut hari kemerdekaan buat en. jamil. ;p

tanpa nama>> bukan2. bkn brmaksud tegurn yg tu... sy suka ditegur(kalau silap), makanya xpe... lg byk tegur, lagi bagus...;p mksd sy teguran macam sapaan atau pujian atau apa sja (yg dimksudkan 'tegur' oleh kamus pemikiran sy). 2 yg kdg2 wat sy segan nk tulis (takut nulis dlm kebanggaan atau rasa pandai atau yg seumpamanya.). btw, trima kasih!

Tanpa Nama berkata...

oh teguran gitu ke..dakpe2, sy yakin yan bleh mmanfaatkan kebaikan n mengkuarantin kburukan teguran tu insyaAllah. bereh2, same same!