Keluargaku cukup korum. Semua berada di Kuala Lumpur semata2 untuk membawaku pulang… (padahal semua datang untuk shopping raya. ;p) Pagi, ibu bapaku mengambilku dari UIA dan kami terus ke Damansara ke rumah kawan baik emak. Dari Damansara kami ke Masjid Umar Al Khattab Bukit Damansara. Kami berbuka di masjid dengan keluarga Ayah Yee dan Tok Mi (bapa saudara dan tok saudara ku). Berterawikh di masjid kemudian kami terus ke kedai Ayah Ne (bapa saudara) di Jalan TAR. Seperti biasa, apabila menjelang Hari Raya, bapa saudaraku akan tempah ribuan baju Melayu untuk dijual.
Memerhati gelagat manusia, aku sekadar menjadi pemerhati di kedai. Kebanyakan pelanggan sebelum berlalu akan cakap begini, ‘Takpe la bang, nanti saya datang balik. Jalan2 dulu.’ Dan, kemudian semuanya tidak lagi kembali.
Ada satu pelanggan masuk. Kelihatan sangat ramah orangnya. Kemudian dicuba2 baju. Beberapa ketika kemudian juga mengatakan begini, ‘Bang, nanti saya datang balik.’ Aku yang memerhati menghampiri ayah lalu mengatakan begini, ‘Ayah, nak tahu satu teori tak?’
‘When people says they will come back, normally they don’t’ Satu teori daripada pemerhatianku. ‘Nampak tak orang tu? dia kata dia nak datang balik… sebenarnya die mesti tak datang dah (guna loghat Qlate).’ Ayah mengangguk dan seakan menyetujui kata2ku…
Beberapa lama kemudian, sedang aku sibuk membelek2 baju dan berborak dengan sepupuku, aku terdengar riuhan suara seakan yang aku kenali. Berpaling dan, lelaki tadi yang mengatakan dia akan kembali lagi telahpun mengotakan janjinya, malah, di bawa ayah dan ibunya bersama. Mencari baju melayu berwarna merah untuk dibeli. Aku mencuit ayah, ‘Ayah, the theory I told you before… bukan semua orang akan memungkiri janji. Orang tadi datang lagi.’ Aku menunjukkan pada ayah kelibat lelaki tadi. Ayah tersenyum.
Manusia itu pelbagai ragam dan sifatnya. Ada yang betul2 memaksudkan apa yang dikatakannya, ada yang hanya bercakap untuk menyedapkan hati kita. Sekadar menulis untuk memenuhi masa. Sekarang di rumah bapa saudara di Damansara. Menunggu keluarga cukup korum dengan Sembilan ahli dan insyaAllah, kami akan bertolak pulang ke Besut malam ini juga. Doakan perjalanan kami selamat insyaAllah. =)
Mutiara Damansara
8.30pm, 5September2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan