Rabu, September 22, 2010

Kisah Hari Lahir

Sering apabila X5 meluncur laju di jalan, ayah akan cakap, 'Dina, tengok tu kereta ayah!' (selalunya ayah berkongsi minat tentang kereta dengan adikku Dina. Memang dari kecik Dina sangat berminat tentang kereta. malah lebih kenal jenis kereta berbandingku.) Adik ada kereta idamannya, abang juga, ayah juga... mungkin emak juga. Aku? aku mengimpikan sebuah kereta kuda. Itu sudah memadai. ;p Emak lebih berminat tentang hiasan dalaman rumah, ayah lebih berminat tentang kereta.Dan aku? Apa2 sahaja yang boleh melapangkan dadaku.

***

18 Julai, ayah menghubungiku. 'Muna, ingat tak hari ni hari apa?'

Aku jawab, 'Ahad, bakpe?'

'Hari ni kan hari jadi mak... Mak tertanya2 bakpo Muna tak wish lagi. Skalo Muna wish dulu lagi...' Allahuakbar, aku benar2 terlupa. Sebab hari tu sangat sibuk, hingga terlupa tarikh setiap hari yang berlalu.

'Maaf2, Muna tak ingat pun tarikh hari ni.hee~ Nanti Muna call mak.' Ayah meletakkan telefon, segera aku menghubungi emak. Rasa serba salah bila terlupa tarikh penting tersebut.

Kemudian, aku lebih berhati2 dalam melalui tarikh2 penting, caranya, aku hubungi abangku bertanya, 'Dec, birthday Dec bila dah?' Aku rasa aku pernah ingat, tapi aku lupa. Maka, aku bertanya pada empunya diri untuk mendapatkan kepastian.

' 11Ogos.' Jawab abang keduaku tanpa ragu.

'Hari jadi Ee?' Tanyaku lagi.

'18Ogos...' Aduh, hari jadi adik beradik sendiri pun tak ingat ke? Apalah~ 'Nak dapatkan kepastian je!' Namun, walaupun sudah bertanya, aku terlupa lagi untuk mengucapkan selamat kepada abang sulungku sehingga beliau sendiri menghubungiku jam 2 pagi. (talian percuma). 'Teka bakpo Ee call?' 'hmm... mengharapkan ucapan daripada adiknya.;p) (ketawa)

***

Alkisah adik lelaki ku pula, 16September usianya genap 20tahun, tapi, pagi tarikh tersebut iaitu baru2 ini, motorsikalnya telah dicuri orang. Tiada rezekinya. Sabar ya Fadhil~ Tapi, beruntungnya Fadhil, setiap kali hari lahirnya, satu Malaysia akan bercuti. ;p


***

Hari ini 22 September, hari jadi ayah. Aku mengucapkan selamat agak lambat. Disebabkan aku tahu aku bukan orang yang pertama wish, maka aku harap aku jadi orang yang terakhir mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat ayah. Sebab, manusia selalunya takkan ingat yang kedua atau yang ketiga, tapi manusia ingat yang pertama... dan terakhir. ;p

Aku tiada sebarang hadiah khusus untuk diberikan pada ayah melainkan doa yang aku titipkan buat mak, ayah, dan semua2 tidak kira pada hari lahir ataupun tidak, insyaAllah. =)

Cuma...adalah sedikit buah tangan sempena hari jadi ayah... sebuah x5 buat ayah. ;p The real one will coming soon, when I become a/an...... (fill in the blank). insyaAllah. (tunggu zaman x5 bernilai setaraf kancil dulu ;p)



'Doa yang terbaik untuk mak, ayah, abang, adik dunia akhirat insyaAllah. Semoga hidup dalam keredhaanNya sentiasa. Amiin~'

'boleh tak sebut macam ini, 'Taqabalallahu minna wa minkum? semoga Allah menerima amalan kita semua... selama mana kita hidup, sehingga akhirnya, bertambah setahun lagi usia kita... Alhamdulillah~' Nanti aku tanya Tasneem apa doa yang terbaik untuk orang yang bertambah usianya. =) Dan, apakah sambutan yang dibolehkan dan selayaknya?

Sekadar coretan ringkas. Wallahu'alam. Wassalam.

***

p/s : doakan untuk crit kedua- jumaat. Sekarang, selang waktu rehat sebelum bekerja kembali. ;p

note : BMW X5 hanyalah salah sebuah kereta idaman ayah. semua orang punya cita2, tidak kiralah kelihatan mustahil atau tidak, yang penting perlu ada cita2~ ;p dina selalu kata, 'ayah ni berangan je lebih...' ayah kata, 'takpe. ada angan, angan tu yang akan bawa pada kenyataan...' =)

4 ulasan:

Unknown berkata...

Muna, thank you so much for the present. BMX5 tu, eh, BMW X5, BMX5 basikal... Anyway, yes you're right, we have to dream big to achieve bigger things, aim higher and you'll get high target, if you just aim lower you'll get mediocre result. InsyaAllah your Critc on Friday will gonna be OK: study hard, practice hard, doing hard, pray hard and be confident, you'll get through just fine, InsyaAllah.

NaQiah berkata...

muna ! bufday bby dop igt ke ??
huhu .. dop wish pon ~ =(

munadhia berkata...

tok nyadat>>hehe~ alhamdulillah, jz finishd my crit 2. tp, so many things 2 b changd. sdikit down, tapi, x apa. i'l do my best 4 d final insyaAllah. pray 4 me ya!trima kasih ayah! ;p

bebi>> muna ingat bufday bebi 23hb betol dop? cumanya muna lupa nk wish.hee~ maf2... dah wi hadiahnya kan. ;p (jahit tudung raya. ;p) ke nk gape? ;p

NaQiah .. berkata...

muna :- sekadar wish dan doa yang terbaik untuk baby sudah cukup untk bby .. =)