Ahad, September 19, 2010

Pemberian Dari Makkah


Hari ini agak tertekan dengan pelbagai tugasan yang masih belum selesai. Makan tengahhari kebetulan bersama dengan sahabt2ku dari KAED, perkara pertama yang akan ditanya adalah, ‘dah siap sampai mana?’ dan jawapan yang terbaik adalah, ‘uish…dah nak siap semua dah…dah boleh tidur malam ni…’ Ketahuilah kalian bahawa inilah jawapan orang2 tertekan. ;p

***

Aku ternanti2 kepulangan teman sebilikku, Tasneem. Aku benar2 tidak sabar ingin mendengar ceritanya pulang dari Makkah. Tasneem beraya dan menyambut 10 malam terakhir di Makkah. Sungguh mengujakan. Tasneem pulang malamnya dengan senyuman penuh berseri. ‘Assalamu’alaikum…’ Sapa Tasneem padaku dengan senyuman yang menyejukkan dan menenangkan. Aku menjawab salam dan tanpa sabar bertanya… ‘Tasneem! How was it?’ Tasneem sekadar senyum dan masuk ke ‘compartment’nya. Beberapa ketika kemudian Tasneem masuk ke ‘compartment’ku. ‘See, my feet. It’s bleeding when I was there!’ Aku melihatnya dan benar2 tapak kakinya kelihatan luka2.

‘You know what? It almost 5million people in Ramadhan… more than the hajj…’ Tasneem mula membuka cerita. Aku sangat teruja walaupun kadang2 aku merangkak2 untuk menyusun ayat dalam bahasa inggeris.

‘Really? must be very beautiful…’ Aku sangat teringin ke sana. Beberapa bulan lepas bapa saudaraku pernah memberi tawaran untuk pergi bersamanya sekeluarga, tapi, emak kata tunggulah dulu, pergi dengan mak dan ayah. Baiklah, aku tunggu saat tu insyaAllah, semoga berkesempatan satu hari nanti…

‘Subhanallah… very tiring… but, you’ll feel that you want to stay there forever… I really don’t want to get back here…’ Tasneem tiba2 menghulurkan kepadaku satu bungkusan kecil… ‘For me?’ Tasneem mengangguk. Subhanallah, aku sangat terharu. Aku genggam bungkusan tersebut sambil mendengar Tasneem terus bercerita.

***

‘Yan, mabruk…’ Aku memandang Tasneem. Tasneem tahu aku kurang faham… ‘Mabruk because you receive gift from me…’ Tasneem senyum. Memang dia kelihatan berseri2 selepas pulang dari tanah suci. Walaupun berbangsa Arab, Tasneem tidak pernah ke Makkah, malah, tidak juga pernah tinggal di negaranya Jordan. Tasneem sudah lama menetap di Malaysia, tapi, masih juga tidak tahu berbahasa melayu….

‘Then, what should I say?’ Tanyaku pada Tasneem.

Tasneem menggeleng dan menjawab…‘Emmm… I guess…Thank you~’

‘Thank you Tasneem…’ =)

‘Yan, remember that you pray for me before I go? You said that I am so lucky to get this chance… so, I remember to give you something. I wonder what I should give to you. Usually, people give tasbih. I think I should give you something that makes you remember Makkah….’ Aku jadi malu. Tasneem ingat padaku semasa di sana pun sudah memadai. ‘It’s OK. Even if you pray for me, it’s more than enough.’ Bagitahuku. Aku tersangat terharu kerana itu, tak dapat tunggu lagi, sebaik Tasneem berlalu ke biliknya, aku terus duduk menghadap komputer dan mula menaip. Ingin menceritakan pengalaman seorang sahabat beraya di Makkah.

***

‘Yan, open it in front of me…’ Bagitahu Tasneem tiba2. Aku termalu lagi. Segan untuk membuka pemberian tersebut di hadapan tuannya sendiri. ‘I want to see your expression.’ Dan aku mula membuka bungkusan dengan berhati2. Keluarkan sesuatu yang berwarna emas dari bungkusan. Seutas rantai berloketkan kaabah. ‘Subhanallah. Tasneem, thank you so much!’ Tidak terkata aku dibuatnya.

‘It’s just a small gift. Not the real gold.’ Bagitahu Tasneem.

‘No2, it’s OK, I like it so much. One day, I really want to go there. Please pray for me that I get that chance.’ Tasneem mengangguk. ‘Of course I’ll pray for you, but, with one condition…’ Aku memandang Tasneem, dalam hati, ‘Apadia?’

‘Remember me if you go there…’ aku tergelak. ‘Of course~insyaAllah…’ ;p

***

Hari itu baru memasuki fatrah terakhir Ramadhan, Tasneem menghampiriku dan mengkhabarkan bahawa dia akan ke Makkah beberapa hari lagi. Aku terkejut dan aku ternanti2 saat itu. Walaupun yang pergi itu bukanlah aku, tapi, aku pula yang melebih2 berperasaan. Macam2 aku minta dari Tasneem, yang pasti semuanya berbentuk doa. Sampaikan salamku di makam Rasulullah…

***

‘Tasneem, did you kiss the hajar aswad?’

‘black stone?’ Tasneem bertanya kembali. Aku mengangguk.

‘You know, there were so many men… I can’t see any women to kiss the stone. But, I really want to…’ Aku terus mendengar. ‘Then, did you kiss?’ Aku bertanya, tidak sabar untuk tahu.

‘I asked my father’s permission to kiss the stone. But, he said, ‘I’m your father, please stay near to me…’ he worried about me… he said if I go there, he afraid that I’ll never come back… or only my body comes back without my soul…’ Tasneem ketawa dengan kata2nya. Aku juga turut ketawa. Aku benar2 ingin tahu samada Tasneem dapat mencium Hajar Aswad atau tidak.

‘But then, my father let me go… because I am too stubborn… I almost there, but suddenly a guard came near to me and said… don’t you see here is all men…’ … Aku masih ternanti2, ‘jadi, dapat cium tak?’

‘I see so many people hitting each other to kiss the stone. I give up and did not kiss the stone. Poor me…’ Kelihatan sedikit kecewa. Aku yang kecewa sebenarnya. Bagaimana agaknya perasaan apabila berpeluang mencium dan berada dekat dengan Hajar Aswad?

‘But, you know? the eid… I celebrate it at Madinah. I pray at the prophet mosque… Alhamdulillah. I give my salam to him. I really want to pray there and visit the grave. I want to say Selamat Hari Raya to Muhammad SAW.Alhamdulillah, I did it!’ Tasneem tergelak dengan kata2nya. Aku juga. Bertuahnya Tasneem dapat rasai Ramadhan dan Syawal di Makkah dan Madinah.

***

Emmm…Aku rasa, aku tidak boleh bercerita panjang (sebenarnya dah ‘terpanjang’) walaupun aku ingin menceritakan semuanya. Sekarang jam 11, masih banyak drawing yang harus disiapkan. Makanya aku perlu berhenti dahulu. Oh ya, selain kisah sahabat beraya di Makkah, aku juga sangat teruja dengan kisah seorang lagi sahabatku, seorang kakak menyambut 10 malam terakhir di SHAS Mosque, dan menyambut 1 Syawal di sini juga. Kakak (diminta dirahsiakan namanya) kata, sangat seronok rasa 1 Syawal di UIA cuma sangat lapar (semua kedai tutup dan kakak berseorangan)… sebaik ingin menjejak masuk ke masjid, sudah terhidu bau semerbak haruman. wangi. Subhanallah, kata kakak lagi terasa kelainan berbanding menyambut raya di kampung. Luah kakak di akhir perbualan kami, ‘Agaknya, bagaimanalah rakyat Palestin menyambut aidilfitri? Tanpa makanan dan serba kekurangan…’Bagaimana ya?

***

Teringin juga merasainya, insyaAllah target pertama ingin menyambut raya di UIA walau hanya sekali. Harus minta izin keluarga dahulu. Dan, target sedikit tinggi, ingin menyambut Ramadhan dan Syawal di Makkah. Semoga Allah memberi keizinan. InsyaAllah.

Sampai sini. Maafkan atas ‘broken english’ (aku ingin tulis Bahasa Melayu saja semua tapi macam pelik kalau Tasneem cakap BM ;p) Sekadar perkongsian. Wallahu’alam.

3 ulasan:

a.j. berkata...

hajarul aswad. jemaah bukan cium je, ade yang jilat...

memang menggelikan. al kisah nye, yang lain pun mencium air batu basah dgn air liur.

holy city of makkah, tempat ujian dan cabaran. but no muslim have other places to be other than that place in their hearts.

kan muna?!

munadhia berkata...

eeei, serius?! tp memang pon, tasneem kata perempuan kebanyakannya melebih2 d sana, mcm2 amln pelik dilakukan.

yup2, insyaAllah hoping so n guess so~ ayub, sgan la kamu baca blog ni dgn english yg tunggang langgang.urs is too gud!prhaps i can learn from u sensei... ;p

a.j. berkata...

alamak. muna. jgn berkata begitu. saya pun Ctrl + C je banyak. tee hee. Bukan semuanya pada bahasa, saya banyak mengambil ibrah dari tulisan muna, lebih banyak dari penulisan saya sendiri.

So, awak lah sensei saye!