Ahad, Mei 31, 2009

Satu Perjalanan3

KEMALANGAN

‘Assalamu’alaikum.’

‘Wa’alaikumussalam.’ Aku mendengar suara ayahku di hujung talian. Tika itu aku masih di CFS IIUM.

‘Ayoh ado 2 brita. 1 burok, 1 baik. Nok dengar hok mano dulu?’

Sebaik mendengar begitu, jantungku berdegup kencang. Kenapa? Apa berita tu?

‘Brita gape yoh? Muna nok dengar hok burok dululah.’

‘Kalu gitu, berita buroknya… Pade accident!’ Allahu Akbar. Terkejut aku mendengar perkhabaran tersebut. Terasa ingin balik dengan segera. Adikku kemalangan! Macam mana boleh kemalangan?

‘Ya Allah, ghane die? Eksiden dengan gape?’ Aku sudah tidak sabar lagi. Rasa nak menangis pun ada.

‘Sabarlah, dengar pulok berita baiknya. Alhamdulillah, dio selamat, tapi, keno tehe (tahan) di wad lah. Jahit jah banyok. Daroh lecer2 (macam mana nak eja ni? Maksudnya lebih kurang darah tak henti2 kot). Dio sdiri dop tahu eksiden nga gapo. Dio pese (pengsan) maso eksiden tu. Nasib baik saeng2 dio napok. Eksiden pakai kain pelekat pulok tu. Haha.~ Saeng dio ata gi spital’ Boleh pulak ayah ku gelak. Tapi, bila dibayangkan memang agak kelakar kemalangan pakai kain pelikat. Macam mana agaknya rupa Fadhil.

‘Die merempit ke?’

‘Dop, dio nok gi kedai, beli topup.’ Aku lega, sekurang2nya adikku itu bukan kemalangan sebab merempit. Tapi, aku tetap rasa ingin pulang segera. Telefon diberikan pula pada emak. Aku dengar suara emak. ‘Jangan risau!’katanya. Dan aku minta ingin bercakap dengan Fadhil pula.

‘Mu eksiden nga gape? Ghane buleh jadi lagu tu? Mesti bawok laju ni?’ Bertalu2 soalanku tidak sabar ingin tahu. Fadhil tenang saja menjawab seolah2 dia memberitahuku, ‘relaks la sis, aku kan hero!’ Memang adikku yang sorang ni hero segala2nya. Ingat lagi, masa kecik2 dulu. Dia menerima satu jahitan di dahi akibat jatuh longkang. Kemudian terima lagi jahitan di matanya kerana terjun ke dalam cermin almari (aku tertolak dia tak silap.huhu~), dan dua jahitan di lutut akibat panjat pasu besar (berebut denganku untuk mengangkat telefon). Hero jahitan. Dan sekarang terima lagi jahitan di mukanya akibat kemalangan. Memang muka jahitan! Huhu~ (rasanya akulah heroin, kebanyakan jahitan diterimanya kerana bermain denganku. kesian dia.)

Aku tidak tahu bagaimana rupanya kemalangan, lalu aku suruh ayahku hantarkan gambarnya. Aku sentiasa begini, saat keluarga pergi melancong, bergembira, saat keluarga ditimpa malang, sedih, saat keluarga dalam apa jua keadaan, aku jarang ada bersama. Fikirku, nasib baiklah aku tidak belajar di luar Negara, ini baru luar negeri, sudah susah untuk pulang apatah lagi kalau belajar di luar Negara.

Apa2pun aku mengharapkan ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang menimpa adikku. Dan benarlah, daripada setiap kejadian yang menimpa adikku, Allah telah membuka ruang dan peluang buat dirinya untuk berubah.

RUANG DAN PELUANG

Aku benar2 terkejut apabila Fadhil terima tawaran ke Politeknik Dungun dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Pelik juga memikirkan, Fadhil mengambil kelas sastera semasa ‘upper form’ tapi, yang diterimanya adalah cabang yang berbeza. Inilah aturan Allah buat dirinya. Aku melihat ini sebagai satu peluang buat dirinya. Subhanallah.

Aku menceritakan ini semua bukanlah kerana apa, cuma, aku mahu tulisan kali ini menjadi tatapan adikku sendiri, semangat buat dia untuk terus berubah. Aku dedikasikan ini semua buat Muhammad Fadhil bin Jamil untuk melihat dan merenung sendiri perjalanan hidupnya yang penuh liku. Aku tidak mahu dia mensia2kan peluang yang ada. Aku teringin benar melihat dia berubah. Malah, aku berharap agar dialah salah seorang dalam keluargaku yang akan berjuang menegakkan Islam bersama2ku.

Bagi semua yang pernah melakukan kesalahan dan kesilapan di luar sana termasuklah diri yang menulis ini, janganlah sesekali merasakan tiada lagi pintu kebenaran buat diri kita. Hayat yang masih bersisa inilah peluang yang kita ada. Selagi masih punya masa, selagi itulah kita masih boleh membina tapak yang baru untuk masa hadapan kita. Perjuangan kita masih belum tamat. Kalau dahulu pernah kita perjuangkan suatu kebatilan, masih ada masa untuk kita beralih perjuangkan kebenaran. insyaAllah.

Rasanya sampai di sini dahulu. Sedikit nasihat dan pesanan juga buat diriku dan pembaca, janganlah sesekali kita memandang rendah akan kelemahan orang lain, hakikat diri kita juga bukanlah sempurna, cuma mungkin kita lebih sikit bernasib baik berbanding mereka yang lain. Janganlah juga melihat kegagalan orang lain itu sebagai satu kegagalan yang hakiki, hakikatnya, Allah jualah yang menentukan segala. Kita yang punya sedikit kekuatan ini cubalah juga untuk menguatkan mereka yang lemah ya.

Buat Fadhil : Maaf aku keluarkan kisah perjalanan hidup mung. Kalau ada salah dan silap bagitahu aku deh! nanti aku betulkan. Terima kasih jugak sebab benarkan aku tulis semua ni. All the best bro!

‘Biarlah mati kita dalam melangkah ke jalan yang lurus bukan kerana merempit atas jalan yang lurus.’

Sekali lagi entri yang panjang. Maaf yep! Sampai di sini. Wallhu’alam.

p/s : maaf andai penggunaan loghat di atas tidak difahami. Pelik pula andai diterjemahkan ke dalam BM baku. Loghat yang digunakan oleh aku adalah loghat Terengganu yang kurang pekat (percampuran loghat Kelantan), dan ayahku loghat Kelantan sepenuhnya.

8 ulasan:

Mas berkata...

Bertuahnye pade(ikut slang awk) dpt kakak mcm ni! ;)
insyaAllah pade cemerlang kat poli,n berjaya di dunia&akhirat..

p/s:nak paksa irfan baca entri ni.bagi dia sedar skit.hehehee

munadhia berkata...

hehe~ xdeknya btuah mas. dpt kakk yg sgt garang dan kuat membebel sape suka? hehe. tapi, tulah, kt harapkan gitu. smoga prubhn die sntiasa ke arh kebaikan. insyaAllah. kt tringat, dulu di skolah kt ade bdk sgt nakal, akibt ad stu kes die kna buang skolah. kes berat la jgk. dan, die kmbali ke skolah kt bg ceramah agama. rupanya slpas dibuang skolah, parents die anta die ke skolah pondok. hafiz lg skang. itulah, jgn disangka manusia x boleh brubah, mlh mreka ni blh brubah lbh baik dr kt kelak. smoga begitulah. biiznillah.

kt ni sbb tu kna muhasabah sntiasa. iman ibarat air di pantai, ad pasang surutnya. =)

trima ksh mas, awk slalu je support kt. kem slm kt irfan eh. mest da mature adk awk sorg tu kan? =)

a.j. berkata...

alhamdulillah ... ok semua...

Miroe Khalil berkata...

Sekadar perkongsian->
Untuk adik yang sangat keras kepala apabila kita cuba menegurnya, apabila dilebihkan teguran maka akan jadi perbalahan antara kita dengan adik kita itu, sebenarnya kita perlu menjaga diri kita dulu dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik. Sebagai seorang yang lebih tua, kita perlu menjaga tingkah laku dan kena bijak dalam menasihat adik kita yang keras kepala itu. Maksudnya kita tidak perlu tergesa-gesa inginkan perubahan pada dirinya supaya terus jadi baik apabila di tegur. Kita sebenarnya kena ingat tugas untuk mengislah tau merubah manusia bukan terlalu mudah kerana diri mad'u itu memerlukan banyak masa untuk mengenali perkara yang baik dan buruk. Di samping itu juga jangan lupa pengharapan kita kepada Allah semoga Dia dapat membuka hati adik yang kita seru.Ingatlah Syeikh Hassan AlBanna pernah menyebut kita bukan golongan yang tergesa-gesa...(pengalaman daifku yang sedang mengislah adikku yang sengaja tinggalkan sembahyang...)

Tanpa Nama berkata...

Cadangan kpd "miftahul najah" rasanya ada talent utk menjadi seorg penulis,dgn gaya bahasa yg mudah difahami,nak cerita adik dia je,tapi kita baca mcm baca novel......bolehlah mengikut gaya Faisal Tehrani,kita kekurangan penulis berbakat, dlm keadaan remaja yg asyik dok baca novel cinta monyet,blh la kita selitkan unsur2 keagamaan dlm penulisan,spt Prof Hamka dlm novelnya "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937)","Si Sabariah. (1928)"Laila Majnun (1932)Tuan Direktur (1939)Ayahku (1950), Mandi Cahaya di Tanah Suci (1950),Mengembara di Lembah Nil (1950), Ditepi Sungai Dajlah (1950). tak ramai Allah taala bagi bakat seumpama ini,rasanya blh digilap dan digilap,Ramai dah penceramah yg blh berbicara dgn lidah,tapi tak ramai yg blh berbicara dgn tulisan.....isikanlah kekuatan Islam dgn kekuatan yg kita ada........teruskan wahai
"KUNCI KEJAYAAN"

Mas berkata...

alhmdulillah,irfan smakin mature dan btambah'sihat'.heh :S
kt igt lagi pade kat smk mnjlara dulu.muka comel&npk baik je.sbb tu masa awk ckp dia ada mslh kat sekolah bru kt mcm x pcaya.tp tu lah,stiap yg brlaku psti ada hikmahnya kan.Allah lebih TAHU :D
p/s:cdgn cik Anon di ats sgt bernasss.silalah buat novel ya?kt cnfirm beli!!
eh waittt,kte kan bezfren?kasi free je lah.haha

munadhia berkata...

to anon :
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.

trima ksih ats komen dan cadangan. sbenarnya sy ni msh ad byk kelemahn dlm pnulisn. utk jd pnulis yg hebt prlu juga mnjadi seorg pmbaca yg hebat. tahap bacaan sy masih kurg, dan ilmu juga msh trsangat kurg utk mnghasilkan satu karya sehebat barisan2 penulis yg disebut. apa2pun, trima ksih ats cdgn trsebut.

sbenrnya sy skadar ingin brkongsi srba sdikit pngalaman yg blh dijadikn teladan dn pngajarn. Allah lah jua yang kurniakan ilham ke ats diri seseorg itu samada dlm prcakpn mahupun pnulisan. Allah jugalah yg akan menjadikn satu hati itu trsentuh atau x dgn pnulisan ni. stiap antr kita punya pandangan yg brbeza. mgkin ad yg suka, mgkn ad juga yg tidak.

tringat kata2 seorg ustz, 'andai Allah kelukan lidah sy untuk menyampaikan, andai Allah sekat akal sy utk berfikir, andai Allah lupakan sy akan ilmu yg sy miliki, sudh pasti sy x dpt menyampaikan apa2 kepada awk smua.hakikatnya ilham yang hadir ini semuany dtg drpd Allah.'

terima kasih lagi sekali.

wallahu'alam.

dearest mas : pade memang nmpak baik. hehe~ tp, ksian die, muka dia da btambah jahitan.nmpak ganas sket. tp, Alhamdulillah dr hari ke hari kt nmpk prubahan die. ad satu hari die anta msg kt kite, 'na, aku nk tanya mcm mana nk tundukkn pndangn dn elak dri suka kat org.' kt trkejut sgt dgr smua tu.mcm mana die blh tanya ngan kt ttg ni smua? subhanallah, alhamdulillah, hidayah itu milik Allah.

smoga perubahan kt smua sntiasa ke arh kebaikan. insyaAllah. amin.

p/s: sntiasa risau nk jumpa 'tomorrow'. entah macm mana kan hidup kt hari esok. andai hr ini kita insafi diri, adkh esok keadaannya msih sama? mas, sungguh, kt takut nk hidup lebih lama. takut x tertahan ujian, tkut hidayh ini hadirnya tidak lama. tp, insyaAllah, doa itu senjata trbaik kita. smoga kt trus istiqamah. insyaAllah. amin. =)

buat novel? belum lagi kot. x reti la. mas lbih hebat mnulis drpd kt.. ;P kt suggest baca novel kak fatimah syarha. pribadi die sama spt tulisannya. kagum. =)

trima ksih mas. forever eva u r 1 of my bestiest. insyaAllah. =)

munadhia berkata...

lupa plak. buat akh amiroe. syukran ats prkongsian. dlm kita mentrbiah diri, kt trut brtanggungjwb utk mntarbiah ore laen. dlm kt mntrbiah ore, kt turut mntrbiah diri kita. insyaAllah. common words : mentarbiah utk ditarbiah a.k.a ditarbiah utk mentarbiah.

dulu ana kasar juga dlm mnasihati adk2 ana. trlalu brtegas. ana trlupa cara trbaik utk tegur mrk. Alhmdulillah. skarang byk yg ana blaja. insyaAllah, moga2 kt smua dpt mnjadi pmbimbing yg baik kpd adik2,sahabat2 dn ahli kluarga kt sndiri.insyaAllah.

'bila kita katakan kita punya hati dn prasaan, begitu juga dgn org lain. punya hati dn prasaan utk dijaga.'

wallahu'alam