Salam’alaik
Jumaat, jiwa gersang, jiwa kosong. Panggilan usrah membuatkan aku nekad untuk meninggalkan sebentar semua tugasan. Jumaat yang lepas, sangat sayang aku hanya sempat menghadiri usrah sekejap sahaja akibat kerja yang banyak. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk memenuhi tuntutan yang satu ini Jumaat berikutnya(semalam).
Kisah Aku Sebiji Cawan
Asalku daripada tanah liat yang biasa, kelihatan kotor dengan warna yang tidak menarik, asalku sangat tidak cantik.
Pada suatu hari, ada sesuatu mengambilku daripada tempat asalku. Aku meronta2 ingin dilepaskan. Tapi, langsung tidak diendahkan. Aku tahu, itulah namanya tangan manusia. Aku diambil, dimasukkan ke dalam satu bekas, lalu dibawa ke suatu tempat yang aku sendiri tidak tahu di mana.
Aku tidak tahu mengapa manusia kejam melakukan aku sebegini rupa. Dalam fitrah asalku tanah liat, manusia mengambilku dan mengumpulkanku tanpa relaku. Cukuplah, aku gembira dengan tempat asalku!
Tangan manusia sangat kasar menggasakku, menumbukku, menekan2ku. Ah, manusia sangat kejam. Langsung tidak diendahkan jeritan kesakitan ku. ‘Hentikan!!!’. Aku menangis, aku merintih, tiada siapa yang tahu.
Mereka terus memicit2ku. Ibarat adunan roti yang diuli lumat, begitulah mereka memperlakukan ke atasku. Semakin sakit aku dibuatnya.
Selepas diuli, aku dipusingkan di atas sesuatu, aku tahu itu bukanlah ‘merry go round’. Aku tidak gembira dipusing begitu. Terlalu laju. Terlalu memeningkan. Sambil dipusingkan, tangan manusia masih lagi melekat padaku. Dia membuatkan aku terasa teramat pedih. Geseran yang berlaku ke atas badanku terasa seperti menyiat2 kulitku. (tanah liat ada kulit ke?)
Sehingga selepas diperlakukan begitu dalam tempoh yang agak panjang, akhirnya, pusingan dihentikan. Aku merasa sedikit lega! Tapi, aku tidak boleh cepat merasa lega, pasti ada sesuatu lagi yang akan dilakukan ke atas ku sebentar lagi.
Telahanku benar, tangan manusia mengangkatku daripada alat pemusing (apa namanya ya?), aku kena bersedia dengan tindakan yang seterusnya.
Oh tidak, aku dimasukkan ke dalam suatu tempat yang sangat panas. Aku menjerit ingin melepaskan diri, tapi, apakan dayaku, aku ini tidak punya kuasa sebagaimana manusia. Aku tetap dimasukkan ke dalam tempat panas tersebut tanpa diendahkan perasaanku. ‘Manusia kejam!’ fikirku.
Selepas beberapa ketika aku berada di dalam tempat tersebut, aku dikeluarkan, dan diletakkan di atas suatu tempat yang agak tinggi yang dipanggil meja oleh manusia. Aku sabar menanti, dan berdebar menanti, ‘apakah tindakan manusia yang seterusnya?’
Aku terasa sesuatu menyimbah badanku, suatu yang basah lembut menyapa tubuhku. Aku terasa badanku keras, tidak lagi seperti aku yang asal dahulu. Proses kali ini membuatkan aku sedikit lega, sekurang2nya, mereka tidak memperlakukan aku sekejam dan sekasar tadi. Basahan yang mengena tubuhku membuatkan aku segar. Apabila dihitung2, rupanya, aku telah melalui banyak penderitaan untuk tempoh yang agak panjang.
Selepas dibelai dengan berus2 yang lembut, aku ditinggalkan untuk beberapa ketika, kemudian barulah ada manusia yang mengambilku kembali meletakkan aku di suatu tempat yang tinggi. Aku lihat banyak mata2 yang memandang ke arahku. Mereka seakan2 teruja apabila melihatku.
Siapakah aku? Mengapa aku sangat dikagumi? Mengapa mereka tersenyum melihatku, malah memuji2 juga diriku. Aku kebingungan.
Rupanya, aku yang dahulu bernama tanah liat, kini, telah bertukar menjadi sebiji cawan yang cantik.
Rupanya, tangan kejam dan kasar manusia telah memeberikan hasil yang cantik pada diriku.
Dan kini, aku sudah mampu berbangga dengan sebuah nama dan status ku sebagai sebiji cawan yang cantik!
~Tamat~
Tamatlah kisah ‘Aku Sebiji Cawan’, jadi, untuk kisah yang agak panjang ini, apa yang sahabat2 dapat?
Baiklah, konklusi tadilah yang ingin aku ulang, untuk menghasilkan sesuatu yang baik, outcome yang terbaik, memang kita akan sentiasa perlu berdepan dengan 1001 kesusahan, kepayahan dan penderitaan. Kehidupan kita yang tak menentu dan berliku inilah juga yang akan menghasilkan diri kita yang cantik. Cantik yang bagaimana? Cantik itu biarlah luar dan dalamnya.
Seperti tanah liat itu ibaratkan sahaja sebagai kita manusia, proses2 yang dilalui oleh tanah liat tersebut aggap sahaja mehnah dan ujian yang sering menimpa kita. Dan hasilnya, cawan yang cantik, dengan makna, melalui proses tarbiah yang panjang, akhirnya ia membentuk peribadi yang cantik dalam diri kita. Jadi, janganlah kita berputus asa dengan sedikit mehnah yang kita lalui, apa yang penting, melalui proses tarbiah inilah kita akan membentuk izzah dalam diri kita.
Adakah kisah sebiji cawan itu hanya berhenti setakat itu? Jawapannya tidak. Panjang kisah cawan itu sehinggalah apabila ia dibeli, digunakan dan akhirnya pecah menjadi sia2. Jadi, sebenarnya proses tarbiah ke atas diri kita ini akan berterusan sehinggalah kita meninggal dunia. Hanya mati sahaja yang akan menentukan samada proses tarbiah kita sepanjang kita hidup telah membentuk diri kita sebagai manusia yang dicintai Allah ataupun tidak. Fikirkan, mati kita esok adakah sia2 ataupun mendatangkan faedah buat diri kita di akhirat? Cuba fikir, mati kita esok keadaannya bagaimana? Cuba fikir, mati kita esok adakah dalam keadaan cantik atau tidak?
Jadinya sahabat, selagi mana nyawa masih dikandung badan, selagi itulah kita tidak tahu adakah hari esok kita sama dengan hari ini ataupun tidak. Adakah iman yang kita miliki sama dengan hari ini atau tidak? Sebab itulah kadang2 diri ini terasa sangat takut untuk hidup lebih lama. Takut2, lebih panjang hidup, lebih banyak diri mengumpul dosa, takut2 lebih panjang hidup, diri semakin penat berjuang. Naudzubillah. Diri juga kadang2 takut dengan hidup yang pendek, takut2 diri tidak sempat untuk bertaubat dengan kesilapan dan dosa yang menggunung, takut2 diri masih tidak cukup amal bekalan untuk hari perhitungan kelak. Lihatlah, inilah manusia, serba tak kena, sering tak berpuas hati dengan hidup.
Alamak, terpanjang! Rasanya sampai di sini dahulu. Tidak sedar sudah terlalu panjang aku menaip. Maafkan ya sahabat sebarang salah silapku dalam tulisan kali ini. Juga maafkan untuk sebarang salah silapku sepanjang persahabatan ini.
Wallahu’alam.
4 ulasan:
Memang kenalah dgn nama blog ini,miftahul najah : Kunci kpd kejayaan,maknanya untuk mencari kejayaan kena jenguk blog ni,barulah rasa utk berjaya itu akan timbul ,dgn cawan tanah liatnya...(jgn tak mandi pulak) Bagus! teruskan penulisan ini,banyak coretan2 yg memberikan keinsafan kpd Allah s.w.t diatas kekerdilan kita sbg manusia,firman allah "dijadikan manusia ini dlm keadaan lemah..."
salam. menarik cerita kali ni.
teringat pula time first year dulu, sewaktu kena buat projek menggunakan tanah liat. kasihan tanah liat tu diperlakukan sebegitu rupa..
teruskan perjuangan
Alhamdulillah.
masih cuba untuk memberikan yg terbaik buat semua. tapi, setiap pnulisan ni sbenarnya sntiasa ad kekurangan dan kesalahannya.
masih mncuba utk letakkan hati spenuhnya dlm pnulisan, pnyampaian yg brkesan adlh lahirnya dr hati yg jga diharap akn smpai ke hati pmbaca. tapi, asyik trtulis pnjang je.takut juga. huhu~ syukran.
to adlan : w'slm. lawak aje kisah tu. rasa mcm balik pd zaman skolah dulu wat karangan. proses pnghasilan cawan tupon x tau btol atau x. goreng je. hehe~ neway, trimas bro ziarah tmpat ni.
alamak ter anon : izyan
Catat Ulasan