DIBUANG SEKOLAH
Natijah daripada perbuatan dan kesalahan2 adikku, akhirnya pihak sekolah terpaksa membuat keputusan untuk menghentikan terus persekolahannya. Tidak senang aku dibuatnya, sepanjang aku berada di asrama, aku asyik terfikir2 akan hal tersebut. Banyak kali aku telefon ayahku untuk bertanyakan khabar adikku. Kadang2 aku rasa menyesal masuk ke asrama, sebarang yang terjadi di rumah aku tidak boleh turut serta.
‘Ayoh, ghane?’
‘Bukey pihak skoloh sajo2 jah bue(buang) dio. Cikgu dio oyap, dio keno bue tu ado sebab nyo. Pade ni awal2 dulu OK jah, jenih diam jugok. Kelah tok ponteng. Tapi, sejak saeng ngan budok2 kelah ujong2 dio jadi lagu tuh. Terpengaruh nga budok2 tu la. Jadi, skoloh bue dio. Tapi, skoloh nasihat suh letak dio skoloh laen. Takot lagi kuat terpengaruh nga geng2 lamo dio tu.’
‘Jadi, Pade nok gi skoloh mane? Ade ke skoloh nok trime die?’
‘Mok nok letok skoloh kat Besut jugok.’
Mendengar hal tersebut, aku sedikit lega. Aku masih mengharapkan dan mendoakan agar adikku berubah. SMK Nasiruddin Shah Besut, akhirnya adikku dimasukkan ke situ. Tinggal di asrama, mungkin itulah yang terbaik buat dirinya. Aku sudah mampu bernafas lega.
‘Smaye(solat) dop lagi?’ Itulah persoalan yang akan aku tanya adikku sebaik kami bertemu. Tika ini aku teringat pesan seorang cikgu, ‘Jahat lagu mano pon sore tuh, smaye jangan tinggal. Kalu smaye miss, susoh doh la nok balik ke asal. Ingat, smaye tu sgalo2 nyo. Sayo ni dulupon jahat jugok, gedebe(samseng) skoloh. Namo jah skoloh agamo, tapi, tok mace skoloh agamo. Lompat pagar sokmo. Tapi, so bendo sayo jago, smaye. Alhamdulillah, loni, sayo sedar balik smuo. Tu hok jadi cikgu nih. Nok tebus balik semuo doso dulu nga cikgu2.’
Kata2 cikgu tersebut aku ingat sampai sekarang. Kata2nya menyebabkan aku selalu fikir adikku masih punya harapan untuk berubah. Memang aku cukup pantang apabila adikku tidak solat. Bukan apa, andai runtuh tiang, macam mana mahu tegakkan rumahnya? Bagiku tidak perlu lah pergi dengan jauh, benda asas seperti inilah yang perlu ditekankan dahulu. Proses tarbiah untuk setiap manusia adalah berbeza caranya mengikut kadar kemampuan seseorang itu.
Dan, Alhamdulillah, aku nampak perubahan dalam diri adikku sedikit demi sedikit. Namun begitu, aku tetap risau, dengan siapa dia berkawan, kalau boleh aku ingin tahu semua itu. Kawan tukan cerminan diri kita.
Jika ingin diceritakan kisah adikku, memang panjang berjela. Bukanlah niatku untuk mengaibkan adikku, tapi, aku ceritakan ini semua sebagai sesuatu yang perlu diambil iktibar. Jangan disangka orang yang dahulu banyak melakukan kesilapan tidak boleh berubah. Jangan juga mereka ini dipandang rendah.
KEPUTUSAN SPM
Adikku, Fadhil, sebaik keputusan SPM diumumkan, aku merasakan debarannya. Adikku itu tenang saja, cool kata orang. Aku pula yang beria2. Macam manalah agaknya keputusan SPMnya. Aku benar2 berharap, adikku boleh buktikan bahawa dia tidaklah seteruk mana.
‘Assalamu’alaikum. Mu dapat brape?’
‘Wa'alaikumusssalam. Sepuluh.’ Gurau adikku. Geram aku dibuatnya. Main2 pulak dia! (nampak sangat tak yakin adikku boleh dapat tinggi.huhu~)
‘Dop la. Aku buleh 2A jah. Tapi, smua lulus’
‘Alhamdulillah. 2A tu kiranya mu hebat doh tu.’
Aku cukup gembira dengan keputusan yang diterimanya. Semoga inilah menjadi titik permulaan untuk dia terus yakin menempuh hidupnya. Dan dengan keputusan yang diperolehnya, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam tingkatan6. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan