Jumaat, Mei 15, 2009

Arkitek-Mungkinkah aku?

Hari ini ke 'site' untuk 'site analysis' . Bertemu dengan sahabat2 Perdana beriadah berdekatan Tasik Maryam. ‘Seronoknya!’ fikirku. Sejak beberapa hari ini aku terpaksa mengorbankan masa bersama sahabat2 demi Multidip. Sungguh, aku sangat cemburu akan masa yang mereka miliki. Pernah beberapa hari yang lalu Kak Nisa’ mesej bertanya khabar diri juga khabar pelajaran. Aku mengadu, ‘Kak Nisa’, Yan dapat design teruk sedangkan design tulah paling banyak jam kreditnya.’ Kak Nisa’ jawab lebih kurang begini, ‘ Takpa Yan, short sem ni Yan score la.’ Semakin risau aku dibuatnya. Aku berkira2, bolehkah? Kak Madiha(archi 2nd year) pula mesej, ‘Yan, banyaknya Yan ambik subjek untuk shortsem ni. Multidip dengan Land Survey pulak tu. BM lagi. Nak fikir pasal KAEDFEST lagi. Kak Ma dulu pun berkejar2 dengan Multidip sangat tertekan. Tapi, takpe, Yan kuat.’ Kuatkah aku?

Pernah beberapa kali aku hampir berputus asa dengan jurusan senibina, ‘Kak Wan, Yan nak tukar kos. Yan tak sanggup lagi!’, ‘Kak Imah, hari ni ada yang perlekehkan orang pakai tudung labuh ambik kos ni.’ ‘Kak Madiha, Yan rasa penat!’ Semuanya aku mengadu pada kakak2 ku yang banyak memberikan kata semangat dan dorongan. Terima kasih kak! Seorang Kaedian perempuan tunggal dalam batch benar2 membuatkan aku merasa keseorangan. Benar2 membuatkan aku lemah. Siapakah yang benar2 boleh memahamiku dalam hal ini? Aku ingin mengadu pada semua orang, tapi, tidak semua yang boleh faham akan bidang ini. Kadang2 aku terlupa, aku ada satu tempat mengadu yang tiada bandingannya iaitu Allahu Rabbi. Untuk 3 tahun ini, aku mesti bertahan!

Apabila datang mesej, apabila datang panggilan (sekarang fon tak berfungsi.susah juga) ia membuatkan aku benar2 berdebar. Seperti biasa, aku dapat mengagak, tiada mesej lain yang akan memenuhi inboxku, semuanya tentang kerja dan tanggungjawab. Ada juga mesej daripada adik2 yang memerlukan kata semangat, juga daripada adik2 pondok yang bertanya khabar. Apabila tiba mesej yang memanggilku untuk bekerja, aku memang perlu sangat bersedia. Bersedia mental dan fizikal untuk menyumbangkan tenaga kepada mereka yang memerlukan. Bukan, ini bukanlah suatu beban tapi, inilah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan!

Balik dari ‘site’, aku terus balik ke bilik, terasa badan sangat kepenatan, lenguh2 tubuh. Aku tidak sangka hari ini aku akan ‘jungle trekking’ untuk mengkaji site. Rupanya masih banyak tempat dalam UIA ini tidak dijelajah. Satu kredit buatku pelajar senibina yang dapat meneroka hutan sekunder di belakang Tasik Maryam. Aku terus merebahkan diri, mencapai Bidadari Daripada Timur untuk dibaca sebelum tidur. Aku membaca sehinggalah habis sebuah buku tersebut. Sangat menyentuh hati . Aku bertuah, tidurku dibuai dengan alunan bacaan Al Quran yang datangnya daripada Masjid UIA. Malah khutbah jumaat juga boleh kudengar sayup2 daripada masjid terus ke bilikku. Sehingga, akhirnya aku tidak sedar bila masa aku terlelap.

Bangkit, aku termenung. Jam menunjukkan hampir pukul 2. Aku merancang perjalanan seterusnya. Sudah semestinya hala tuju kaki ku selepas ini ke ofis LANTERA. LANTERA menjadi satu nama yang tidak lekang daripada bibir sejak akhir2 ini, banyak yang perlu aku fikirkan untuk menyumbang sesuatu buat LANTERA. Alhamdulillah, ahli kumpulanku semuanya dapat memberikan kerjasama yang baik, jadi, aku juga mesti memberikan komitmen yang terbaik. Teringat aku pesan seorang rakan sekerja apabila aku menolak untuk memegang jawatan dalam Lantera dengan alasan aku punya komitmen lain, ‘ingat semua, komitmen kita untuk shortsem ini adalah untuk Multidip!’ Satu peringatan yang membuatkan aku berfikir panjang. Aku menghitung tarikh2 penting, 15, 16, 17 Mei, Ya Allah, semuanya penuh dengan rancangan lain. 17hb sahaja dua tiga program bertembung, yang mana satu harus aku pilih?

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Tiada lain, aku harus kuat! Hidup, sentiasa perlu membuat pilihan. Tidak boleh tidak, aku wajib pilih salah satu.

Sebenarnya bukan bidang ini sahaja yang mencabar, lain2 bidang juga punya kesusahan yang tersendiri. Aku tahu itu. Jadi, aku tak boleh terus bergantung dengan orang lain untuk memahami bidang ini sedangkan aku sendiri sukar untuk memahami bidang yang diambil sahabat2 lain.

Sahabat bertanya, ‘Yan, kenapa Yan pilih architecture?’

Sahabat bertanya, ‘Yan, tak sibuk ke?’

Sahabat bertanya, ‘Yan tak tertekan ke?’

Pensyarah bertanya, ‘Awak yakin ke?’

Ikutkan hati mahu sahaja berhenti. Tetapi, apabila ramai yang memberikan kekuatan, aku mesti teruskan jua. Kak Su selalu pesan, ‘Yan, sekarang ni belajar betul2, ingat mak dan ayah.’ Baiklah! Sebenarnya minatku memang pada bidang ini. Cuma, apa yang membuatkan aku sedikit tertekan apabila aku terpaksa membahagikan masa kepada beberapa bahagian untuk beberapa perkara yang penting. Aku ini hanya satu, tidak boleh dibahagi dua mahupun tiga. Dan, aku sangat sayangkan perjuangan bersama sahabat2. Rasa tersangat berat untuk mengorbankan banyak perkara dalam satu masa. Tapi, ini jalan yang aku pilih, inilah cabaran buatku. Apa agaknya sumbanganku dalam bidang ini kelak? Aku mengimpikan sebuah bangunan, sebuah rumah atau apa2 sahaja yang dapat aku infakkan untuk kegunaan sebuah perjuangan. Andai aku berjaya menjadi seorang arkitek, bukanlah kejayaan itu untuk diriku, tetapi, kejayaan itu untuk Islam. Insya-Allah. Andai aku tidak mencapainya, aku ada agenda tersendiri yang sudah berlegar2 di kepalaku. Apa itu? Biarlah rahsia.

Aku tidak tahu mengapa harus aku ceritakan ini semua. Seolah2 mengadu, hakikatnya sekadar pesanan dan muhasabah buat diri mencari sedikit kekuatan untuk terus maju. Dan, inilah caraku, penulisan menjadikan aku sedikit tenang dan rasa sedikit terlepas beban. Insya-Allah.

‘Muna, 2 years left!Never ever give up!insya-Allah.’

Jutaan terima kasih buat semua yang memberikan semangat, ‘Yan, Yan kena kuat, jangan cepat mengalah!’ Dengan hanya satu kata2 sudah mampu melegakan dan membangkitkan semangatku. Insya-Allah. =)

Sampai sini sahaja. Wallahu’alam.

18 ulasan:

pencinta ilmu berkata...

salam adikku yan yg sntsa diingati & dsayangi fillah..akk phm ape yg mlnda diri adk skg..mgkn akk xbp nk phm yan sprti kakak2 yan yg lain, tp sbg diri yg lemah ini cube utk menyelami hti adk yan sebaik mgkn sbg shbt2 yg sm2dl prjuangn..ade 2 istilah utk kte luahkan rs kasihan kte pd seseorg iaitu SYMPHATY n EMPHATY..pe beza nye??hrmm simpati(in bm) ni mksudny klte brasa "simpati" dgn nasib sesorang ble dlanda musibah.ket juz rs kasihan n mmpu utk brkata "sabarlah, ini adlh ujian Tuhan utk anda"..tapi berbeza dgn EMPHATY iaitu kite meletakkn diri kte sprti sesorng yg dilanda musibah & ujian ke dlm hati & jiwa kte..iaitu seolah2 kte sndri yg dlanda musibah itu..kte tak mmpu utk brkata "sabrlah, ini ujian TUhan utk anda" tetapi kte "mampu menangis" brsama sesorg utk yg dlanda mslh tu..ahh! pe yg akk merepek ni??hee..pointnye ialh akk cube utk mletakkn dri akk sm mcm yg adk yan rsa..mgkn akk xmmpu nk bg kata2 nasiht, perangsang @smgt utk adk yan..tp pe yg pntig utk dri akk, akk nk cube utk mnjadi EMPHATY utk yan, bukan sekadar SIMPHATY..=)

akk pn dpt rasa pe yg yan rs dlm ujian akademik ni(bacelah entry blog akk-My Major)..huhu, sempat lak akk promot ek.ntah pape la akk ni kan.^_^..hrmm nnti cube yan bc terjemahan surah albaqarah ayt 216..akk rs sayu sgt n trasa ble bc ayt tu ble akk da declare major ms 3 after short sem bkk..xpela yan, biar org lain ke lecturer kte ke nmpk kte xmmpu nk bwk some subjek tu, tp Allah tau kmampuan kte sng hmbaNY..sbb Allah da bkk hati kite ms kite terima tawran course ni awl2 ms nk msuk mtrk dlu..dan yg pntg diri kite sndiri yg tahu kmampuan dri kte.=)..SELF-ESTEEM (tnya k.wani lbh lnjut klu nk tau pe concept ni.huhu_ kte kne kuat bg mghadapi sgl yg tlh Allah tetapkn utk kte..ingtlah dik, ape yg kte rs kt uia gombk ni hny dugaan kcil bg mghadapi dunia yg lbh mncabar lg d alam pekerjaan..dan dlm kte beroganisasi adlh training ground utk kte..

wlupun susah cmne pn subjek tu kte kne hdapi..jgn tlalu pkirkan exam oriented semata,tp pe yg kite bljr ni adlh utk kite sumbang utk agama dan bangsa kte sndri..klu yan kata kaed ni susah sgt n nak tukat course lain, adakah yan rs ni jln trbaik?adekh yan yakin yg yan akn xde mslh lg ble da tukar cos?tepuk dada,biarlah iman yg mnentukannya..=)..Akk pcye adk akk ni mmpu utk mnjadi KAEDIAN yg cemerlang, gemilang, terbilang.he3
kte xkesorangan, kte ade Allah yg sntsa mnjaga kite, kte ade family yg xputus2 mndoakn utk kte..kte ade shbt2 yg sntsa cncern &syg dgn kte..BERSYUKURLAH DGN SEGALANYA YG TKH ALLAH "ANUGERAHKAN" UTK KTE..

akk mohon maf andi sgla2 kta2 akk ni wt yg trguris..jom kte cube utk jadi EMPHATY more than SIMPHATY krn itulah hakikatnya yg tlh Allah kurniakn perasaan cinta & kasih syg sesama insan..automatik akk nasihat & peringatkan dri akk yg alpa ni..WATAWA SOUBIL HAQ, WATAWA SOUBIL SOBR..SIIRU 'ALA BARAKATILLAH..SLM SYG AKK UTK ADK..(^_^)

munadhia berkata...

salam. kak ain, tharunya yan. trima ksih byk2. yan suka sikap ceria akak =) akak pon trbaik di kalangan kakak2 yg lain. cmanya, kt sgt jarang jmpa, jmpa kak ain kjap2 je. mga satu hari, kt dpt stay 2geda lama2 lagi eh. insyaAllah. =)

Kak ain, trima ksih untuk sgalanya. Awal yan masuk kaed, yan ingatkn senang. Tapi, susah seorg budak kaed adlh pada pengorbanan masa dan tenaganya. susah history pd pembacaan dn pnghafalannya. Memang prlu lalui kesusahan seblm kejayaan kan...

terima kasih kak ain sbb bg yan smangat, trima ksih sbb kak ain sedarkan ttg sesuatu. setiap pkara tu mesti ad hikmahnya. mgkin ni yg trbaik buat yan. =) yan redha, trima dan gmbira sbenarnya mncipta sedikit kelainan. cmanya, yan msh kna bina kekuatan utk x mdah mngalah. yan suka kaed, tp, yan lagi suka hdp dlm brjuang. insyaAllah, yan da janji, selagi mana boleh brtahan, yan akn brtahan.

trima ksih kak ain. ribuan lemon trima kasih... smoga kt jmpa lg..rindu sgt2 utk jmpa kak ain dan smua yg lain. =)smoga jmpa nanti. maafkan yan juga ya. =)

salam.

-ukhwah indah menyaingi seribu kesusahan-

p/s: kak ain ni wat yan trase jiwang. hehe~ ;P

hajarzainal berkata...

salam adikku izyan
it been ages i guess i see ur smile in 'live'.
keep on moving adik..
for me personally, the only thing that keep me moving is to keep believing.
keep believing
keep believing
keep believing

believe you can do it
believe you suit this place
& of course to believe
that ALLAH will always by your side.

keep on moving=)
salam sayang

Mardhiah berkata...

wahai bestieku, nik...

i have no exact solution for these worries n problems of urs.
but is it enough that i say we do go through the same things here in kaed?
:)

mustahil u kite tak fhm kalo tak seluruhnya, sedikit mslh y nik hadapi.
jz wanna say,
i understand.
its hard.
real hard..



dear bestie,

kite yakin nik tau byk ayat2 suci dlm Al-Quran sebagai penenang hati,
peringatan u kesabaran,
sumber kekuatan diri.

2 ayat y ku sgt suke krn mmberi semangatku ketike down.

'Allah turunkn ujian yang kite mampu'
'tiada kekuatan dan daya selainkan daripada Allah'



wahai sahabat,
inginku kongsikn sesuatu,
y telah mmbuatkn ku sedikit tenang mghadapi tekanan studi etc

'jgn jdkn ijazah itu sebagai matlamat,
tapi jadikn ia satu alat.'

kite rase nik blh fhm pe y ku mksdkn :)
pencapaian pade atas kertas result slip pntg tp bkn segalenye.


take care teman karibku
^_^

munadhia berkata...

salam. kak hajar. syukran. knal k.ja x lama. sekejap je kt smpat jumpa. tapi, senyuman kak ja yan ingat selamanya insyaAllah. senyuman penuh ketenangan. Alhamdulillah. syukran kak.

keep on moving and keep in believing.
will hold diz words insyaAllah.

thanx once again my dear kakak.

kak ja pon all d bez. dulu mak yan suh jd doktor. firmly said no. nk try sumthing diffrnt.. so, here i am, as an archi student. so, hadapi cabaran ni dgn sebaik mngkin. =) skarang yan tahu dari mana nk dptkn kekuatan.

Alhamdulillah. =)

-Allahlah sebaik2 penolong dan tempat mengadu-

munadhia berkata...

salam, my bestie mar.

tq sooo00o much. kt slalu cuba utk kuatkn mar ble mar rse down, kt slalu cuba utk cr jln mcm mana nk solve ur probs. tp, rupanya, kt sndr x kuat. sgt teruk kan?!

maaf mar, skejap kt lupa ttg 2 smua. kt lupa seorg sahabat setabah mar utk dijadikan contoh.

mar, ur words menambhkan keyakinan kt. jom, kt lalui archi dgn setabahnya. ujian yg blaku ats mar lbh brat brbanding kt, tp, kt lupa. maafkan kt ya.

mar, arigato, slh seorg shbt kaed yg plg fahami kt dn pcayakan kt. =)

dan utk pngetahuan mar, kt xtahu byk bnda sbenarnya. mgkin mar lbh byk tahu. jadi, ajr2kan dan tegurkanlah ye. =)

thanx once again. =)

Mardhiah berkata...

salam

nik,
x teruklah! X)
itula pentingnya peringatan.
mengingatkn sesuatu y kite mmg dah tau tp mgkn terlupe.


nik,
tabah ke aku?
Alhamdulillah..
ini sume atas izinNya.
selagi Allah menghadiahkn kekuatan dn daya kpdku,
ku hadapi segale2 cubaan ngn keyakinan kpdNya.
insyaAllah :)


nik,
ujian akn ttp diturunkn olehNya selagi kite terus hidup dgn nyawa y diberiNya.
dn selagi nyawa masih dipinjamknNya,
kite guneknnya sebaik2nya
walau ujian bertubi2 dtg
atau ujian y berat menimpa.


hm2...
sape lg byk ilmu,
Allahualam.
insyaAllah..
kite saling kongsi ilmu.


moga nik tetap tabah hadapi segala ujian2 dlm menempuh jln ke Mardhatillah..
^_^

a.j. berkata...

takpe jangan risau ... kite same ...

salam perjuangan

ayub

i'M nO oNe berkata...

salam yan...
dun giv up k..
sy taw yan bley wat..
yan kn smgt sy dlu..
skunk sy sgan sgt ngn yan..
sy xsebaik yan..
tp at least sy brusaha nk jd dri sy sndri..
yan..
dlu yan slalu bg smgt kt sy..
tyme sy sdey,yan slalu tngkn sy..
smpai rini sy igt kta2 yan..
kte kna sabar..insyaAllah sume akn ok..
yan igt x ms kte bli nasi kt kafe kt koop 2..
kn kte tggu lme giler unt nasi 2 smpai sy da bengang tp yan ckp.kte kna sabar,insyaAllah itu yg terbek..
smpai rini sy igt..
klu sy rse give up,sy akn igt prkataan sbr dri yan..
skunk even byk dugaan sy kna tmpuhi,sy slalu ckp"sbr irah"..msti dew yg terbek unt sy..
mybe sy da byk brubah..cm yan ckp..
tp sy prefer jd dri sy sndri..
mybe xelok di mta yan,tp insyaAllah sy slalu mnjga dri maruah dri sy...

nik nadia izyan slalu boleh kn..
yan la insan ke2 lps umi sy yg sy kagum cz tabah sgt2..

Tanpa Nama berkata...

“SELEPAS KESULITAN ADA KESENANGAN DAN MANFAAT”

Selepas lapar ada kenyang,lps dahaga ada kepuasan,lps berjaga mlm ada tidur nyenyak,lps sakit ada sembuh,yg hilang akan jumpa,yg sesat akan ada petunjuk,lps gelap ada cahaya terang benderang.
Sampaikan berita gembira kepada malam disana ada fajar sedang menanti,Saat kita melihat Pdg Pasir Sahara luas tanpa batas di sana ada kebun hijau yg rending & rimbun.Setiap tangisan akan berakhir dgn senyuman,ketakutan dgn keamanan,Api tak mampu membakar Nabi Ibrahim,Lautan luas tidak menenggelamkan Nabi Musa,Quraisy tidak blh membunuh Nabi s.a.w dan Abu Bakar di Gua Thur.
Dostoyevsky dan Leo Tolstoy takkan menghasilkan novel dan syair yg menggagumkan dunia kalau tidak mengalami kehidupan yg sulit dan sukar.Ibnu Athir menulis Tafsirnya yg hebat “Jamiul Usul dan An-Nihayah” dlm keadaan dia tak blh berjalan,As-Sarakhsi menulis Kitab “ Al-Mabsuth” sebyk 15 jilid saat dia di penjara di bwh tanah.Ibnu Qayyim menulis Kitab “Zaadul Maad” dlm kesusahan perjalanan.Al-Qurtubi menulis “Syarah Shahih Muslim” saat dia diatas perahu. Fatwa Ibnu Tamiyah ditulis saat dia didlm penjara.Abu A’ala Maari blh menulis sajak hebatnya ketika dia buta…………………..contohilah insan2 ini. ………………..Oleh itu anggaplah segala kepayahan itu utk menjadikan diri kita insan cemerlang di masa hadapan. (Al-Maidah : 52 – mudah2an Allah akan mendtgkan kemenangan kpd rasulnya atau sesuatu keputusan drp sisinya.. )

munadhia berkata...

salam.
dear mar,
tq lemon2. x tau kt nk ckp pe.mst kite segan jumpa mar nt. kt tharu sgt2. sekadar nk luahkn prasaan. sgka kt biasa2 sj..rupanya x. kata2 mar byk sedarkan kt. sdgkan masa mar perlukn kt, kt xtau kt ada atau x. maafkan kt ya.

kt harus bgkit!
nikmat masa yg ALlah kurniakan gunakan sepenuhnya kan.

Ujian tu memang selalu ada, kalau tiada ujian bukan hidup lah maknanya. kan2. kalu xda ujian, manusia mudah lupa dan slalu leka. kalau takda ujian, manusia jadi malas berusaha. kalau tiada ujian, hidup tiada warna. serba hitam putih. bosan kan..

sungguh, Allah tu Maha Mengetahui segala yang nyata mahupun sembunyi. Pasti ada hikmahnya di sebalik setiap ujian.

Terima kasih my dearest Mar. =)


buat aj,
tq, insyaAllah cuba utk x risau sgt. salam juang juga.


dear irah,
trima ksh banyak4.
teringat kenangan dolu2. sebanrnya kan, sy x kuat sgtpon, tp, bila dgn irah dan yg lain, sy cba utk jd kuat. sy takut ble org nmpak sy lemah, org lain trut jd lemah dn x bersemangat. jadi, sorang prlu jadi penguatnya. =) tapi, skarang mgkin sylah pula yg perlukan kekuatan.

rindu nk jmpa semua esp irah dan orie. nasihat buat org lain psti brbalik pd kita balik. trima ksh. sronoknya kalu blh kmbali macm dulu.

awalnya risau jgk bila irah dok jauh. tapi, sy yakin, irah tahu jaga diri. =) insyaAllah.

irah, trima ksih, sy x tau nk ckp pe.papepon, sgt mgharapkan kt dpt jmpa lg..

selamat berjaya! kita sma2 berusaha dan jgn putus asa. insya-Allah. =)

forever kt bestfriend =) insyaAllah.


buat ano.
trima kasih byk2 ats kata2 tu. sy ilmunya sgt kurang, byk yg masih tak tahu dn prlu belajar banyak lg. sebab tulah bila ujian dtg cpt saja mahu mengalah. tp, drpd kata2 ramai org, sdikit sebanyak buat sy tersedar yg sy harus bangkit. kalau kata ingin lahirkan sorg arkitek islam brjaya, ats nama islam. sy tak tahu mampu mencapainya atau tidak. hanya seorang permpuan yg lemah. tapi, selagi mana diizinkan Allah, sy cuba untuk brtahan dan berusaha sehabis daya.

insyaAllah, akan buat yang terbaik demi kebangkitan Islam.

mohon doa drpd semua sahabat. syukran. =)

Mohd Mukhlis Bin Mohd Nazri berkata...

Jika tidak sabar? adakah jalan lain...?

Ada tapi jalan itu jalan binasa dan jalan itu jalan durjana.
Tiada kerna jalan itu jalan bahagia bagi hamba- hamba yang ikhlas kepada NYA...

Itulah hikmah sebagai orang mukmin yang hebat kerana kesabarannya.

munadhia berkata...

salam. syukran ustz. memang sabar tu prlu dlm stiap apa pkara skalipun. kuncinya adlh sabar.
Allah kn bersama dengan org yg sabar.

insyaAllah semoga kesabaran itulah yg mnjadi benteng prtahanan diri kt dalam mencari redha Allah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

JOM PAKAT GI STADIUM MALAWATI !!!!!

TUNJUKKAN SOKONGAN KITA PD MEREKA,WALAUPUN KITA BERADA DI SELANGOR.......

ALLAHUAKBAR!!! HIDUP!HIDUP! HIDUP ISLAM

TUMBANG2!! TUMBANG BN ! TUMBANG ZAMBRY!

BUBAR2!! BUBAR DUN PERAK...

Tanpa Nama berkata...

lelong!!! Mugabe , mugabe

satu ratus, tarak laku , lelong !!

mugabe , mugabe lima puluh,

tarak laku , lelong !!

Lu ambik free la ......

Tanpa Nama berkata...

Terungkai segala penipuan akhbar dan media di Stadium Malawati Shah Alam.

Alhamdulillah.Mara rakyat membanjiri stadium menunjukkan sokongan padu rakyat pada sebuah kebenaran.

InsyaAllah.Kebatilan akan sntiasa kalah melawan kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah.Merah pada maksud warnanya berani, tapi, sebaliknya bagi sang merah berkeris!Pengecut rupanya!

Semoga bulan purnama sentiasa menerangi hati rakyat!insyaAllah.

Takbir!

Adlan berkata...

salam.

semoga izyan bleh tabah dlm mengharungi multidip semester ni.

dlm quran ada cakap (lebih kurangla) tidak beriman seseorang selagi tak diuji.

all the best. buat design baik2 k!

Huda Idris berkata...

ya, hudadoakan yan kuat selalu sangat2. uda ingat lg impian yan.nak jd architecture muslimah pertamakan?yan xkeseorangan. ramaiiilg nnti menyusul sebab sume org sayang Islam bila dia rasa pentingnya Islam, pentingnya Allah. jemput lawatblog kakzaffan khalid, exsemior skolah huda yg amik archi kt univ ofnottingham, seorangikon muslimat juga..

salamsayang, salam kuat selalu dan selamanya,

huda~