Salam’alaik.
Terasa teramat lama tidak aku menulis. Sekali kita memulakan penulisan blog, seharusnya ada konsistensi dalam penulisan. Ya, itu yang cuba aku lakukan, istiqamah. Pernah dalam saat2 ini ingin sahaja aku menutup blog ini dengan rasminya. Tapi, apabila difikirkan kembali, tidak perlulah begitu. Jika aku lakukan demikian aku telah menyekat salah satu kemahuan dan hobiku, juga aku telah memutuskan usaha dakwahku melalui penulisan. Tapi, benarkah telah aku capai tujuan dakwah melalui penulisan ini? Aku takut andai penulisanku sendiri tidak sampai maksud untuk memberikan pengajaran dan teladan buat sahabat. Doaku, semoga sedikit sebanyak penulisanku memberikan manfaat kepada kalian yang membaca, andai tidak banyak, sedikitpun Alhamdulillah.
Aku tidak mahu memberikan sesuatu yang berat kepada sahabat, kerana aku sendiri merasakan aku masih di tahap awal proses tarbiah. Aku menulis dengan maksud untuk mentarbiah diriku sendiri, Insya-Allah. Ilmu juga masih tidak mencapai tahap seorang yang mampu memberikan banyak. Maaf ya sahabat untuk sebarang kesalahan kata dalam penulisanku. Aku masih lagi ibarat seorang bayi yang baru mula bertatih. Satu, dua tiga langkah, oops, terjatuh. Bangkit, cuba untuk melangkah lagi, tapi jatuh lagi. Itulah aku, masih dalam pembinaan diri untuk terus teguh dan gagah berdiri.
Aku masih mencari ilham, apa yang ingin aku tulis hari ini, bukanlah sangat berkelapangan tika ini, tapi, sementara membuat sedikit ‘research’ tentang ‘design dan elements’ yang akan kami aplikasikan untuk projek kali ini, aku mencuri sedikit masa untuk menulis.
Sejak akhir2 ini aku terasa benar2 jauh. Jauh daripada apa? Jauh dari Sang Pencipta. Sudah jauh. Diri tersangat risau. Aku rindu saat aku mengikuti Program Pengajian Pondok. Terasa benar2 rindu, hidup dalam serba sederhana menyebabkan aku terasa lebih dekat dengaNya. Aku rindukan suasana itu. Mengambil wuduk di tepi perigi, berdoa mendongak ke langit, melihat luasnya ciptaan Allah. Sangat menenangkan. Aku dan sahabat hanya belajar perkara asas Fardhu ‘Ain di sana. Tapi, aku tersedar, Asas Fardhu’ain juga masih terlalu banyak yang tidak aku tahu. Astaghfirullahal’adzim… Dalam keadaan seperti ini, layakkah aku bergelar seorang dai’e?
Aku buka buku Bahtera Penyelamat : Fathi Yakan, sampailah pada tajuk kedudukan hati dalam diri. (ahli kumpulan lain sibuk dengan macam2 perkara, maafkan aku, aku perlukan sedikit sarapan pagi ini. Terpaksa aku lupakan seketika beban kerja. ) Tertulis di mukasurat 102, ‘tiap da’i hendaklah insaf bahawa pengisian hatinya hendaklah lebih diutamakan daripada segala2nya. Kalau jasad dan ‘aqalnya diberi habuan dan ubatan untuk berfungsi dengan sempurna, maka demikianlah juga hati. Ia patut meningkatkan dan menjaga hatinya. Dengan hati inilah ia menjadi da’i, ia menjadi mu’min yang sebenar.’
Ya Allah, terasa berat taklifat ini. Menjaga hati, tapi, kenapa harus terasa berat? Sebab, hati itu adalah raja. Hati juga ibarat suis utama kepada anggota badan. Apabila ditekan suisnya, ‘on’, andai baik kondisinya, maka, semua anggota berfungsi. Andai baik hati, maka baiklah seluruh anggota badan kita. Insya-Allah.
Kerana semua ini, apabila diberikan taklifat sebagai naqibah usrah, untuk membawa adik2 ke dalam proses tarbiyah, aku terasa tersangat berat. Aku menerima, tapi, aku tersangat risau, tidak aku tahu mampukah aku menjadi sebagaimana Kakak2 naqibahku dahulu. Aku masih rindukan usrah selepas waktu subuh, aku masih rindukan usrah di Pj yang banyak menyentuh tentang pengisian hati. Aku masih rindu untuk di ‘beri’ dan di ‘suap’, tapi sampai bila? Kini tiba masanya aku ditaklifkan untuk memberi dan menyuap pula. Tapi, aku takut aku tidak mampu menyentuh hati adik2 dan tidak mampu untuk mengenyangkan mereka dengan suapan kecil daripadaku. Aku takut aku tidak mampu memberikan banyak ilmu kepada mereka. Pengetahuanku banyaknya hanya bersaiz sekecil semut merah. Jadi, apa yang mampu aku berikan?
Entri kali ini sekadar ingin membersihkan teratakku yang dikatakan telah berkulat ini. Sebarang kesalahan dalam penulisan yang tidak dirancang ini harap dimaafkan. Mungkin tidak dapat aku berikan banyak pengisian memandangkan jujurnya, aku telah lama meninggalkan sahabat2 ku yang bernama ‘buku’. Mungkin kerana itu jugalah aku terasa teramat kosong. Iman boleh berkurang dan bertambah dan aku teramat takut akan hakikat itu.
‘Ya Allah, Kau thabatkanlah hati kami dan langkah kaki kami dalam jalan perjuangan ini.’
Wallahu’alam.

9 ulasan:
salam
baru berkesempatan nak leave comment.
kak ili ni. setuju sgt.. kita kalau nak betulkan orang mmg kena ada ilmu di dada. :-p ada kesempatan link la blog kita..
link blog saye sekali... :) trimas
hurmph ... bahtera penyelamat... nice
tumpang tanye ... thabat tu ape??
taklifat tu ape?
salam dik..kuatkan hati..insyaAllah yan mampu pikul tanggungjawab..er..pengisian hati amat pentg utk seorang insan bergelar daie..tanpe nye..kite mungkin punah..kerana ie antare kekuatan seorg daie..
salam yan
yan sedar tu pun satu nikmat, satu kekuatan, alhamduliLlah.
huda pun rasa lg nak disupa..,.. hoho. rindu nak denga tazkirah kak yani.
to aj, thabat tu tetap, still, tetap pendirian. taklifat = tggjawab, kaf lam fa.
Salam
syukran semua. =)
armymujahidah aka kak ili. trima kasih, jadikan blog sbg cabang dkwah tau. selamat berdakwah! =)
baginda juga terima kasih
aja, darul da jawab. betul la jawapan tu. syukran yep!
kak laila sentiasa x ketinggalan view dan komen d blog yan. sayaang kak laila. =)
huda juga terima kasih menjawab dan menasihati yan. rindu kat semua. huhu~ huda kat umah eh?
Darul : Jazakallahu Khairan Kathiran!
Rasulullah berkata, apabila sesuatu kebaikan tidak mampu dikembalikan, ucapkanlah Jazakallukhairan kathiran... maka terangkatlah pujian dan ucapan yang selayaknya ...
=D trimas ...
jazakallahukhairan kathira ya aj. =)
Catat Ulasan