Isnin, Mac 30, 2009

Warkah buat teman

Hari ini aku melihat kau

Hatiku sayu

Engkau bersama dia yang tidak aku kenali

Dia bukan daripada jenis kita

Dia sangat berbeza

Berbadan sasa dan tegap

Kau katakan dia adalah jagamu

Kau selamat apabila bersamanya

Kehulu dan ke hilir kau bawa dia

Sehingga tidak lagi aku dipedulikan

Aku hanya mampu berpesan

Teman, jaga diri

Tapi, hatiku sebenarnya cukup risau

Dalam aku menegakkan kema’rufan, mencegah kemungkaran

Hakikatnya aku tidak mampu

Apabila ia mengaitkan seorang teman

Bukan ingin membiarkan

Bukan juga menggalakkan

Tapi, keadaan benar2 memaksa

Untuk aku menjaga sekeping hati

Untuk tidak aku melukai hatimu

Aku benar2 mengharapkan kau faham

Apabila aku mengatakan ‘jangan’

Sedangkan aku tahu kau sendiri tahu hukumnya

Malah, kau mungkin lebih jelas tentang itu berbanding diriku

Teman, layangan sebuah warkah

Tanda aku sayang padamu

Aku mahu kau berubah

Walau pada hakikatnya aku sendiri insan yang lemah

Yang tidak sempurna dan masih banyak kekurangannya

Tapi, sedikit hasrat diri

Agar kau tidak lagi berdamping dengannya

Melainkan andai kau dan dia punya ikatan yang sah

Barulah aku merelakannya

Aku bukan mahu menyekat hakmu

Bukan juga mahu menyekat kebebasan memilihmu

Tapi, aku mahu kau tahu

Kita seorang perempuan

Kita fitnah besar di dunia

Tahukah kau akan itu?

Kita juga harta di dunia yang sangat mahal nilainya

Yang hanya mampu membelinya

Seorang lelaki yang memang dijodohkan buat kita

Iaitu kelak seorang lelaki bernama suami

Jangalah kita merendahkan harga kita buat insan lain

Rasakalah diri kita ini sangat mahal

Mahal sehingga insan lain tidak mampu membelinya

Melainkan seorang sahaja

Dan bersabarlah teman

Kerana hari itu pasti akan tiba

Aku tahu kau mengharapkan seorang teman hidup yang baik

Aku juga begitu

Tapi lupakah kau akan janji Allah

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik

Begitu juga sebaliknya

Jadi apa lagi yang mampu kita lakukan?

Kita tidak boleh hanya mencari yang baik

Tapi, kitalah yang perlu menjadi baik

Teman, hatiku tidak tenang apabila melihatmu bersamanya

Bukan aku membencinya, cuma…

Soalanku, adakah kau yakin dia itu bakal menjadi milikmu?

Kau pasti dia jodohmu?

Andai benarlah begitu

Juga tak usahlah kerap kau berdampingan dengannya

Sehingga kau seolah2 terlupa

Ada yang memerhatikanmu sepanjang masa

Mungkin tidak kau melakukan apa2 melainkan hanya keluar bersama

Tapi, kau pasti tahu bukan?

ApabIla seorang perempuan dan seorang lelaki bersama

Pasti akan hadir yang ketiganya iaitu syaitan laknatullah

Kau tahu bukan?

Tajamnya bisikan syaitan sehingga boleh menembus sekeping hati yang suci

Aku takut, aku risau

Kau seorang teman yang sangat aku sayangi

Kerana itu aku mahu kau yang dahulu

Yang sentiasa berdampingan denganku

Aku sanggup menjadi jagamu

Sepanjang tidak kau temu raja hidupmu

Memang aku sama lemah denganmu

Tapi, yakinlah, aku akan menjagamu sebaik mungkin

Jagaku bukanlah bermakna kita ke hulu ke hilir sepanjang masa

Tapi, jagaku melalui ikatan hati kita

Saling mengingatkan antara satu sama lain

Sentiasa mengisi hati2 kita dengan santapan rohani

Yang mengingatkan kita akan cinta Ilahi

Biar kita sama2 merasa manisnya cinta Ilahi

Tiada tandingannya dengan mana2 cinta di dunia

Akhir kalam, maaf jua kupinta

Seorang teman yang dhaif ini menyuarakan hasrat hatinya

Mungkin ada yang tersalah di mana2

Maafkan aku wahai teman

Aku sebenarnya tidak pandai berkata2

Tapi aku cuba menyampaikan dengan sebaiknya

Agar tiada hati yang terasa

Yang baik itu daripada Allah jua datangnya

Yang buruk itu juga, tapi disandarkan pada kedhaifan diri ini sendiri

Andai ada yang salah daripadaku

Teguran juga ku minta

Agar aku tidak salah selamanya

Salam sayang daripadaku seorang teman

Wallahu’alam, wassalam

Sabtu, Mac 28, 2009

Pemuda : Haramkan Pakatan Rakyat

kemaskini 7.18pm Seorang perwakilan di perhimpunan agung Umno menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.

Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.

"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia sebuah pertubuhan haram."Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.

Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan."

"Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu?"Siapa mereka ini? Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan menubuhkan parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya pagi semalam tidak pernah menyebut "Pakatan Rakyat", sebaliknya menggantikan perkataan itu dengan "Pakatan Pembangkang."

Nur Saidi turut menyentuh proses pemilihan pucuk pimpinan Umno.

"Sekarang ini hanya 2,500 perwakilan yang membuat pemilihan. Ketiga-tiga sayap pula ada kira-kira 800 perwakilan sahaja (setiap pergerakan)," katanya.

Oleh itu, tambahnya, Pemuda Umno merasakan sudah sampai masanya proses pemilihan parti dikaji semula."Adalah mustahil untuk 3.4 juta ahli memilih tetapi kita boleh beri ruang kepada perwakilan cawangan untuk mengundi (memilih pemimpin).

"Ini akan mewujudkan perasaan kekitaan dan membantu membanteras politik wang," katanya.

Nur Saidi juga berkata, banyak dasar - yang dipertikaikan - ditentukan oleh kementerian dan jabatan kerajaan tetapi Umno pula yang terpaksa menjelaskan sesuatu kontroversi kepada rakyat.

"Kalau keputusan (kementerian) itu salah, maka Umno yang memikul bebannya. Akibatnya, hukuman dibuat (oleh rakyat) dalam pilihanraya umum yang lalu," katanya.

Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang.

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik."PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya."

Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.

"Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Sumber: Satu umat

Munadhia : Aku bukanlah seorang yang pandai berpolitik, tidak pandai juga mentafsir politik. tapi, isu seperti di atas sangat menarik perhatianku. Syabas UMNO, berjaya mengeluarkan 'fatwa' pengharaman Pakatan Rakyat. Tapi, pada firasatku, mereka tak mungkin akan berjaya menyekat kemaraan Pakatan Rakyat. Apa lagi yang mahu diharamkan?PMRAM, Harakah, Suara Keadilan, Pakatan Rakyat. Aku tidak pasti mereka sedar ataupun tidak, di mataku pengharaman demi pengharaman yang dilakukan berjaya menunjukkan sifat 'kecut' sang UMNO. Maaf, satu ungkapan buat sedikit keberanianku mengemukakan pendapat. Pendapatku boleh jadi salah boleh jadi benar. Aku hanya menulis berdasarkan sedikit pemerhatian dan sedikit pemikiran daripada akal yang sangat terhad ini. Di sini benarlah pepatah melayu mengatakan 'berani kerana benar, takut kerana salah.' Mungkinkah UMNO melakukan ini semua kerana satu perkataan ini, TAKUT bimakna SALAH?

Bukankah mereka mempunyai bala tentera yang boleh dikatakan sangat kuat dengan bantuan ribuan media masa di bumi Malaysia ini? (sehinggakan aku naik bosan membaca akhbar yang penuh unsur penipuan) Apa mahu takut? Isu di Bukit Gantang-bukankah matlamat mereka mahukan kuasa yang lebih besar sehinggakan kerusi di Bukit Gantang, dan Bukit Selambau bukanlah apa2 bagi mereka? Jadi mengapa harus beria2 sehingga mewujudkan pelbagai fatwa pengharaman yang berkaitan parti pembangkang. Celaru2! Tak mengapalah, aku yakin bantuan Allah sentiasa ada bagi mereka yang memperjuangkan agamaNya dan kebenaran. Tak perlu akhbar pun tak mengapa. Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Aku yakin rakyat juga sudah pandai menilai, membezakan dan memilih antara bunga tahi ayam yang busuk dengan bunga mawar yang harum. Pasti bunga mawar yang menjadi pilihan. Sudahlah cantik, wangi pula. Seindah dan sewangi sebuah perjuangan kebenaran. Sebarang kesilapan harap dimaafkan.

Wallahu'alam.

Seorang KAEDian

Salam 'alaik.

Sejak akhir2 ni sangat jarang aku mengaktifkan diri. Aku hanya hidup di KAED dan bilik menyiapkan projek. Sehingga terlupa untuk melihat cahaya matahari dan bertafakkur melihat keindahan malam. Hidup dalam tekanan yang amat sangat sehingga aku melupakan banyak perkara penting lain dalam hidupku. Sehingga sahabat2 (buku2) yang bersusun di bilikku juga tak sempat aku sentuh apatah lagi belek dan baca. Aku penat hidup begini. Aku penat apabila terpaksa berjauhan dengan perkara yang aku suka. Dalam menyiapkan projek akhir tahun 1 sains senibina UIA, aku hidup dalam keadaan tidak terurus. Mata lebam dan sembab, fikiran juga tak dapat merantau jauh. Disekat daripada memikirkan masalah dunia dan umat. Kesuntukan masa untuk mengetahui perkembangan isu semasa. Aduhai!

Sehinggalah kurasakan sedikit merdeka apabila 23Mac tiba. Hari besar buat semua pelajar tahun1 senibina UIA. Dalam keadaan antara sedar dan tidak, kami membentangkan hasil kerja kami. Alhamdulillah. Selepas itu barulah aku boleh aktif semula tapi tidaklah seaktif sebelumnya memandangkan simpanan tenaga yang berkurangan akibat digunakan untuk berjaga beberapa malam baru2 ini. Tapi, seperti kata sahabat momentum harus dikekalkan. Aku mesti kuat dan tidak putus asa walaupun pada hakikatnya aku rasa tidak lagi mampu membawa bidang senibina sebaiknya ke puncak. Aku mesti boleh! Sahabat juga mesti boleh!

Aku terfikir, adakah aku seorang sahaja yang mengalami masalah ini? Aku lihat semuanya beria2 menyiapkan projek. Semuanya sudah mencapai peratusan yang lebih separuh. Tapi, aku masih begini. Masih merasakan tidak yakin boleh siap memandangkan aku adalah antara orang terakhir yang mula melakar di atas kertas bersaiz A1. Aku sangat tertekan. Melihat ada setengahnya yang sudahpun siap sepenuhnya sedangkan aku masih memegang pensil dan memandang kertas putih di hadapan. kosong! Aku ingin mula dari mana?

Aku hampir sahaja putus asa. Fikiran untuk 'melompat' bidang pengajian memang selalu sahaja menziarah mindaku. Kata orang apabila menceburkan diri dalam bidang senibina, kita akan susah bertemu dengan masa lapang. Kita akan menzalimi diri sendiri, menyeksa diri dengan tidak membenarkan diri rehat. Benarkah? Benarkah? Ya...Aku tidak mampu menidakkan hakikat. Benarlah aku menzalimi diri aku sendiri.

Aku bertanya kembali kepada diri. Adakah aku mampu? Atau setakat di sini sahaja,lalu katakan sayonara pada senibina? Ohh tidak. Sudah hampir 1 tahun berlalu.Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Aku mesti teruskan. Hanya menuntut 3 tahun pengajian, tinggal lagi dua, adakah ini masanya untuk berputus asa? Jawapannya sangat TIDAK!

Ayah kata, 'mahu ambik bidang apa lagi? jurusan kedoktoran?' Ya Allah, lagilah mahu aku jauhkan. Aku tidak sekuat itu untuk membawa buku setebal 1kilogram ke hulu dan ke hilir. Aku terus berfikir dan merenung masa depan. Aku rasa, aku sudah bertemu jawapan. Aku perlu kekal. Melaksanakan satu misi perjuangan di KAED. Siapa lagi generasi yang akan mendokong 'satu misi' di KAED jika bukan aku salah seorangnya! Ya, teruskan!

Saat itu, bergema ayat Innallahu ma'a shobirin di radio IKIM seolah2 memberitahuku supaya bertahan. Dan ayat dalam surah alFatihah memberitahuku, Allah pasti membantuku. 'Hanya kepada Engkau kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.' Kata2 sahabat juga bermain2 di sekitar telingaku. Aku dengar banyak suara berlegar2 di gegendang telingaku. 'Yan kena bertahan di KAED. tolong agama Allah di situ.', 'Kalau kita tolong agama Allah, insyaAllah, Allah pasti akan tolong kita. Yan kena ingat sebaik2 penolong adalah Allah SWT.' Kata ayahku pula, 'Jangan asyik fikir tak boleh. Sampai bila hanya mahu berfikir begitu. Sekarang jugak, cuba buat sesuatu!' Encik Jamil memang seorang motivator yang hebat! Aku mesti teruskan. Dan, aku telah membuat satu keputusan muktamad!

Ada satu sajak Bahasa Inggeris yang turut menguatkanku. Aku temu sewaktu awal perpindahan ke Hafsah. Ingin aku kongsi bersama :

Dark is the night
I can weather the storm
Never say die
I've been down this road before

I'll never quit
I'll never lay down
See, I promised myself
I would never let me down

So, I'll never give up
Never give in
Never let a ray of doubt slip in
And if I fall
I'll never fade
I'll just get up
and try again

Never lose hope
Never lose faith
There's much too much at stake
Upon myself I must depend
I'm not looking for a place ashore

I'm gonna win
Won't stop me now
There's still a way to go
Some way somehow
Whatever it takes, I know

I'll never quit
I'll never go down
I'll make sure they remember my name 100 years from now

When it's all said and done
My once in a lifetime won't be back again
Now is the time for me to stand
Here is my chance, that's why I
Never give up
Never give in!

p/s: Aku yakin situasi seperti ini dialami oleh ramai orang. Khas buat warga KAED : Dan aku tahu dan aku lihat dan aku dengar ramai warga KAED yang akan menyebut, 'nak tukar kos' setiap kali mendapat tugasan yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga, lebih2 lagi apabila menghadapi projek akhir. Apa2 pun, ayuh, kita saling menguatkan antara satu sama lain. Membina keyakinan dalam diri kita juga diri sahabat2 kita. Kita pasti boleh melakukannya!

Sampai bertemu di akhir pengajian, tahun tiga jurusan sains senibina UIAM. insyaAllah.

Entri ini adalah khas untuk mengingatkan diri yang lemah ini agarharus sentiasa bangkit daripada bersifat lemah. Jangan menyerah kalah sebelum bertempur!

Khamis, Mac 26, 2009

DEMONSTRASI

Hari itu datang mesej kepadaku mengajak aku berdemonstrasi aman. Katanya demonstrasi tersebut telah mendapat permit. Lalu, aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan memang aku suka menyertai sesuatu seperti ini. Bukan kerana extreme, tapi, kerana aku rasa dengan cara ini sahajalah aku dapat menunjukkan sifat seorang pejuang. (emmm.mungkin). Tapi, kemudiannya aku berfikir. Ini demostrasi untuk menentang PPSMI, lalu, aku menghantar kembali mesej kepada Kak Imah, ‘Kak Imah, Yan rasa Yan tak pergi lah demo hari ni. Yan tak bersemangat sangat bila demo perjuangkan bahasa ni. Yan lagi bersemangat untuk sertai demo menegakkan Islam…’ hantar.

Beberapa ketika aku mendapat mesej balasan daripada Kak Imah, ‘Yan, pergilah, ini bukan berkaitan isu bahasa sahaja. Ni ada kaitannya dengan Islam.’ Begitulah lebih kurang isi mesejnya. Baru2 ini aku bertanyakan ramai orang mengapa kita harus berdemo? Dan banyaklah jawapan yang aku terima. Terima kasih diucapkan kepada orang yang bertanya kepadaku. Pertanyaan demi pertanyaan tentang demostrasi menyebabkan aku lebih faham mengapa perlu demo.

Andai demo tentang PPSMI baru2 ini. Ramai bertanya boleh kah kita berdemo kerana memperjuangkan bahasa? Aku ,mencari jawapan, dan mendengar sendiri luahan hati seorang pelajar IRK (ilmu wahyu) UIAM (Kak Imah =)) Kak Imah kata, dia mahukan suatu proses pembelajaran dalam Bahasa Melayu kerana apabila menggunakan bahasa ibunda, ia lebih terserap di jiwa apatah lagi dalam ilmu agama ni (seperti yang diketahui umum, bahasa ilmu di UIA adalah Bahasa Inggeris sepenuhnya juga Bahasa Arab. Hanya subjek BM diajar dalam BM)

Mendengar luahan hati Kak Najwa, ‘siapa kata demo pertahankan Bahasa Ibunda ni tak penting? Kesian kat adik2 kita di kampung. Tahap Bahasa Inggeris mereka bukannya sama dengan mereka di Bandar ni. Masa nilah kita nak bagitahu kat kerajaan kita memang membantah PPSMI.’ Itu semua berkaitan PPSMI, dan aku sendiri mengaku apabila belajar dalam bahasa asing dan bahasa ibunda, ia sesuatu yang sangat berbeza. Aku mudah menerima dan menghadam suatu pelajaran dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Susah2. Martabat Bahasa Melayu dahulu yang diagungkan sebagai Lingua Franca cuba dikuburkan terus di bumi Malaysia. Fikirkan adakah suatu hari nanti khazanah bahasa ini boleh terus kekal kepada anak cucu kita kelak?

DEFINISI DEMONSTRASI

Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu cara untuk menampakkan aspirasi ataupun pendapat (ta'bir ar-ra'yi) masyarakat secara berkumpulan. Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita sebagai umat Islam adalah untuk memandang pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara umum, aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat di dalam Islam adalah perkara yang dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan atau pendapat tentang suatu perkara, cuma dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan orang.

Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh dibahagikan kepada dua:

1)
Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

2)
Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

HUKUM DEMOSTRASI MENURUT ISLAM

Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya. Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam.

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan/diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh Islam.

DEMO DALAM SIRAH

Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah menjadi masyarakat Islam. Namun begitu, baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khaththab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu di dalam rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan Islam dengan berdakwah secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu Al-Arqam.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata "Celakalah engkau wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan kami?". Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin! adakah kita sanggup untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab? Na'uzubillahi min zalik.

Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh Islam. Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum Muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah.

Wallahu’alam.

Sumber : petikan di atas diambil daripada sebuah web sahabat yang juga diambil daripada petikan Sautun Nahdah 26/05/06. Sesiapa yang mempunyai hujah yang bernas tentang demostrasi bolehlah dikongsi bersama ya. Syukran. =)

Khaulah Azwar

Khalid Al Walid panglima perang gagah berani

Dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat 

Yang menghunus pedang di medan jihad

Kelibat itu tidak gentar, 

terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan

Satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam

Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri

Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu

Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya

Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh

Menghunus pedang dan tombak tidak gentar

Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu-Khalid Al Walid

Pejuang misteri dikepung musuh

Dia terus berperang dan berperang

Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah

“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya 

Mereka menghampiri pejuang misteri itu.

“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.

pejuang misteri itu tidak menjawab

dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh

Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”

“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah,” 

Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi

Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir

Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain

Sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar

Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui

“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”

Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu 

Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya

Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju kea rah mereka

Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap

Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai

Permintaan itu diterima secara bersyarat.

Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.

Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.

Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulahpun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”

Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid. 

Khaulah Azwar namanya kudengar penuh kekaguman. Aku ingin menjadi sepertinya, berjuang, berani dan tidak gentar. Sebagaimana Zainab al Ghazali juga Ayatul Akhras berani menegakkan Dinullah walau terpaksa bergadai nyawa, begitu juga Asiah mahupun Sumayyah, tidak lupa Masyitah. Perjuangan juga tidak menghalang kami untuk menjadi selembut Khadijah mahupun Aisyah. Insya-Allah.

Isnin, Mac 23, 2009

Ditag oleh Kak Ji =)

Syukran ya Kak Ji sudi tag Yan.=) Baru2 ni sangat sibuk hingga tak sempat nak berblog. ARIGATO! =) thanx for the tag!

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
miftahul najah. sebab maksudnya kunci kejayaan. kejayaan bagiku sangat subjektif. bukan bermakna dapat berpuluh2 A itu sudah cukup sebagai bukti kejayaan. tapi, kejayaan bagiku biarpun seseorang memperoleh markah rendah, apa yang lebih penting hatinya, amalannya, usahanya dan sebagainya. =)

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://nixnadizy.blogspot.com. nix untuk nik, nad untuk nadia, izy untuk izyan. kombinasi 3 patah namaku menjadi satu, nixnadizy. senang nak ingat. =) dan munadhia, kombinasi namaku di rumah (muna) dan nama tengahku (nadia).


3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
metod? penulisanku lebih kepada sesuatu yang terjadi dalam hidupku, pengalaman dan pemerhatian daripada setiap langkah perjalanan hidupku. kesalahanku ditulis sebagai pengajaran, kebenaran sebagai perkongsian.=)tak dapat menilai penulisan sendiri secara spesifik. yang membaca mungkin lebih mengetahui)

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernah. tak yakin dengan penulisan sendiri takut ada yang terguris hati dan sebagainya.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
Kak Ji yang disayangi (sufygirl). Blog yang penuh informasi dan pengisian. lebih terkesan apabila menulis dengan hati. Menulis sebagaimana dirinya di luar mahupun dalam. =) warna2 ceria menjadi pilihan melambangkan dirinya yang suka tersenyum apabila bertemuku.sangat ceria!sangat baik hati. ;p Blognya juga baik hati.hehe~

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
i. Tentang2 (abang keduaku... update la blog sokmo Dec!)

ii. Mastura (my bestest fren eva-SMKM)

iii. Adik Hartini (adik yang ceria =p)

iv. Irah (my bestest fren-KOPU)

v. Special for Drafting table (LA UiTM)

p/s: untuk persoalan sahabat2 tentang demo, nanti saya jawab ya. masih tak berkesempatan untuk menulis panjang2. maaf ye. =)

Ahad, Mac 08, 2009

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul.

Sejarah sambutan Maulidur Rasul adalah selepas Salahuddin Al Ayubi dapat menguasai kerajaan Fatimiyah pada tahun 567H dan berdepan dengan peperangan salib dengan penjajah Barat, beliau terus mengadakan sambutan Maulidur Rasul sehingga akhirnya Raja Mudzaphar Abu Said, raja Ibril di bawah pemerintahan Salahudin (wafat 639H) yang mana adik iparnya juga mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Kemudiannya, Maulidur Rasul terus disambut di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Jadi, persoalan di sini adakah Maulidur Rasul itu dhalalah?

Jika Maulidur Rasul dikatakan bid'ah oleh sesetangah pihak, di sini aku ingin tulis kembali apakah ta'rif bid'ah yang aku dapat daripada Ustaz Rahim. Bid'ah terbahagi kepada 5 iaitu bid'ah wajib, bid'ah sunat, bid'ah haram, bid'ah harus dan bid'ah makruh. Bid'ah wajib seperti mengadakan al Quran untuk dibaca, Bid'ah sunat seperti solat sunat tarawih 20rakaat, bid'ah harus seperti naik kereta, motor dan sebagainya, bid'ah makruh seperti makan petai, jering dan sebagainya, bid'ah haram adalah membid'ahkan orang mukmin yang mana Nabi SAW sendiri tidak mengatakan ianya bid'ah atau membuat sesuatu yang dilarang oleh Nabi SAW.

Dalil mengharuskan sambutan Maulidur Rasul :

Diriwayatkan oleh Muslim, At Tirmizi dan Nasa'i daripada Muawiyah bin Abi Sufian, bahawa Rasulullah SAW datang ke suatu majlis perhimpunan para sahabat lalu bertanya yang bermaksud ;

'Kenapa kamu berkumpul?' Mereka menjawab, 'Kami duduk berbincang-bincang mengingati Allah dan memujinya kerana telah memberikan petunjuk kepada agamaNya dan mengutuskan engkau kepada kami.'... hingga akhir hadith datang kepadaku oleh Jibril, maka memberitahu akan daku sesungguhnya Allah bermegah kepada malaikatnya di atas perhimpunan yang kamu lakukan.

Di sini boleh dilihat, pengisian dalam majlis sahabat tiada bezanya dengan kita sekarang yang menyambut Maulidur Rasul yang terdapat selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Maka, tiak adillah andai dikatakan bahawa majlis sambutan Maulidur Rasul itu dhalalah.

Hadith kedua ; hadith sahih dari Muslim daripada Abu Qatadah apabila ditanya akan Nabi mengenai puasanya pada hari Isnin lalu baginda bersabda,

'Hari ini merupakan hari aku diputerakan dan pada hari itu juga diturunkan wahyu ke atasku.'

Ini adalah dalil bahawa Nabi sendiri menyambutnya pada hari Isnin 12hb Rabiulawal dan semata2 untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah. Jadi, adakah sambutan ini dhalalah.

Sekadar ingin menyangkal pendapat orang yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul itu tidak boleh disambut. Wallhu'alam.