Isnin, Disember 29, 2008

AS pertahankan tindakan ISRAEL

CRAWFORD 28 Dis. - Amerika Syarikat (AS) semalam menyalahkan Hamas kerana melakukan provokasi yang mendorong Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Genting Gaza semalam.

Washington berkata, serangan rejim Yahudi itu akan berakhir apabila Hamas menghentikan serangan roket ke wilayah Israel.

Dalam serangan semalam, Israel melancarkan lebih 30 peluru berpandu ke arah perkarangan ibu pejabat polis Hamas menyebabkan 290 orang terkorban dan lebih 650 orang cedera.

"Jika Hamas menghentikan pelancaran roket ke Israel, Israel tidak perlu melancarkan serangan ke atas Gaza.

"Kami mahu melihat Hamas berhenti melancarkan roket ke Israel," kata jurucakap White House, Gordon Johndroe sambil menyifatkan pergerakan itu sebagai "samseng."

Presiden AS, George W. Bush yang berada di ladangnya di sini untuk menyambut tahun baru membincangkan serangan itu dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi, Penasihat Keselamatan Udara AS, Stephen Hadley dan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice, kata Johndroe.

"AS sangat bimbang tentang keganasan yang meningkat di Gaza dan menggesa semua pihak terlibat supaya melindungi nyawa penduduk awam dan menangani keperluan kemanusiaan penduduk di Gaza," kata Rice dalam satu kenyataan.

Beliau mengutuk serangan roket dan mortar yang dilancarkan oleh pejuang Palestin ke atas Israel dan menyalahkan Hamas kerana melanggar gencatan senjata dan mencetuskan semula keganasan di Gaza.

huhu... hari ni mau jadi Radzi jap... sangat sakit hati... jahat punya ISRAEL... time orang sambut awal Muharram... time tu jugak dia menyerang... eiii... sangat sakit hati!!

Hari ni dapat mesej... 'wajib semua ahli gerakan mahasiswa Islam baca doa qunut nazilah kutuk Israel. Demo mengutuk Israel esok, 30Dis di Kedutaan AS, 11am. Tolong sebarkan-GAMIS'

Fuuh.sangat teringin nak pergi demo tersebut.... Tapi, malangnya esok ada kelas... Ingin rasa jugak semangat Mahasiswa mengutuk ISRAEL di kedutaan AS... Kalaulah boleh terbang ke Palestin...

Kita kat sini sangat bertuah. hidup dalam keadaan aman. Teringat aku pada kisah nasi oleh Hajar.. nanti kita bercerita lagi yep... Sangat kesuntukan masa... Masa untuk berjuang!! salam.

Ahad, Disember 28, 2008

Kaklong, maaf yep.. Muna lambat reply tag nya... Agak busy sekarang ni.. permualaan sem yang sangat memenatkan. Projek 'juto ne'...huhu...Muna tak pandai sangat pasal tag mengetag ni... Harap Kak Long puas hati...Papehal pun.. muchos gracias sebab tag Muna... =)

1.What have you been doing recently?- huhu.. macam2..

2.Do you ever turn your cell phone off?- yup...emm bile baterinya da memang tinggal nyawa2 ikan.. (save utk panggilan penting)

3.What happened at 10am today?- hmm, gi lumberyard Sg Buluh utk projek BCM

4.When did you last cry?-x ingat!

5.Believe in fate/destiny?-suatu kemestian!

6.What do you want in your life now?- iman, thabat! istiqamah! tingkatkan ilmu dan amal!

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?- redah je..lebat sangat baru guna payung..

8.What's your favourite thing to do on the bed?- baca buku. dengar mp3.

9.What bottoms are you wearing now?- peliknya soklan! emm, jz came back from lumberyard...pakai jubah seluar...

10.What's the nicest things in your inbox?-inbox e-mail, assingment ESS from Mar.hehe.. inbox tepon bimbit, orang panggil kerja...

11.Do you tend to make the relationship complicated?- tak faham!

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?- tak...

13.What was the last movie you caught?- tak ingat.. da lama resign tengok movie.. drama jepun adalah...Gokusen kot!

14.What are you proud of?- semestinya Islam.

15.What does the oldest text msg in your inbox say?- tentang kerja dan projek... apa lagi!

16.What was the last song you sang out loud?- xde la nyanyi kuat.. adalah..slow2 je...

17.Do you have any nicknames?- muna (at home, valid untuk keluarga sahaja!)...

18.What does the newest text say?- newest text dr mana?? owh. psl peringatan serangan zionis yg telah menyebabkan ratusan rakyat palestin syahid dan cedera parah 28/12..sama2lah kita berdoa semoga saudara kita di sana diberi pertolongan dan kekuatan untuk menghadapi musuh... takbir!! ada sahabat hantar mesej tadi...

19.What time did you go to bed last night?- 1.30am...

20.Are you currently happy? entah!

21.Who gives you the best advise?- parents... sahabat2 seangkatan... lecturers..cikgu2... nasihat diri sendiri..

22.Do you eat whipped cream straight from the can?- tak...

23.Who did you talk on the phone last night?- ayah... siapa lagi yang mahu kol.huhu..

24.Is something bugging you now?- tak pasti...

25.Who was the last person to make you laugh? ayah... (masa nak tanya pasal lumberyard tadi..huhu..)

Untuk 8 orang yang diingati...

1) Aja Din Kamar
2) Nad Do Nad
3) Bella the Twin
4) Ibtisam (selamat join the club! hehe. 1st tag utuk Ib..)
5) Teha luvly rumet
6) Kak Jie Sufygurl
7) Kak Imah Mujahidah Putri
8) Kak Nur Huda Teratak Indah

eNak ramai lagi boleh tak?? Macam tak cukup je... hehe..

Kenapa tag?? Itu tandanya orang ingat kat kita.. Itu termasuk dalam '25 ways to win with people' Oleh itu... aku ingin tag semua orang yang aku kenal... Smoga berbahagia dan dirahmati Allah semua...Salam..

Haa...lagi sorang special sory punya ditag... lupa nak tarok namanya tadi siang...MARDHIAH!! haha..maaf ye Mar..dont wory. kamu sentiasa diingati.huhu..senang cite... SEMUA ditaglah..

Jumaat, Disember 26, 2008

siapa boleh menjangka sesuatu yang tidak sesekali dijangka?? bila ajal sudah tiba, siapakah yang mampu menolaknya??

Allah memberikan ku peringatan...tentang...Mati. Teringat suatu ketika dahulu pernah nafasku hanya mampu disedut sampai di kerongkong. aku cuba untuk terus bernafas, tetapi, aku tidak mampu untuk menyampaikan nafas sehingga ke peparu, sehingga menyebabkan aku penat untuk bernafas. aku sendiri tidak tahu puncanya. Pada ketika itu aku fikirkan...MATI.

Pernah juga aku melihat keadaan diriku sendiri berada di hospital, terlantar di atas katil bercadar putih, dalam keadaan lemah tidak bermaya... dan aku fikirkan...MATI!

Aku juga menerima khabar berita adikku kemalangan. Alhamdulillah, tidak parah, tetapi jahitannya sangat banyak...mendebarkan jiwaku... dan, aku fikirkan... MATI!

Aku belajar di hadapan kubur...lalu aku diingatkan tentang...MATI!

Aku melihat keranda diusung keluar daripada Masjid...dan, aku tersedar, aku pasti MATI!

Aku melihat jenazah sahabatku. wajahnya bersih, kulitnya mulus. Jernih. Jumlah taulan yang datang menziarah sangat ramai.. Aku fikirkan... indahnya MATI sebegini!

Aku menerima berita tentang seorang anak muda meninggal di CFS... dan aku fikirkan... MATI!

Rabu, 24 Disember 2008-Aku melihat darah mengalir laju, luka di pehanya sangat besar... Aku terkaku. langkahku mati.. tubuhku longlai. Fikiranku buntu. Dia masih bernyawa. Celik matanya menampakkan semangat dia untuk hidup... Mengapa aku pula yang harus lemah??? sehinggakan aku tak berdaya memberikan sebarang pertolongan. Aku melihat semua orang cemas. Mengapa semua tidak bertindak segera?? Aku di situ. Aku tahu semua panik! Aku juga panik. Tapi, aku berundur! Mengapa aku berundur? Kerana aku tidak berdaya!!! Melihatkan dia, aku tahu dia sedang berjuang.. terus berjuang sehingga ke saat terakhir nafasnya. Ya Allah, aku di situ, tapi, sedikitpun aku tidak membantu...Aku terkilan. Sebegitu mudah, baru tadi melihat dia sihat, tiba2 dia pergi tanpa dijangka sedikitpun... Aku sering mendengar namanya. Aku ingin mengenalinya, sama juga dengan arwah Kak Hajar. Tak sempat aku melihat dan mengenalinya, dia terlebih dahulu dijemput Ilahi...Innalillah... Al-Fatihah buat Allahyarham Dr Syukri- Studio Master Section3 1st year... Semoga ilmu yang disampaikan dahulu sentiasa menjadi manfaat buat semua anak didiknya...

Saat ini... segala kejadian masih terbayang2 di mataku. Aku bersyukur aku menjadi seorang saksi pada kejadian sebegini... Sekali lagi aku diingatkan... MATI... kita sentiasa harus bersedia... MATI, ia tidak memilih sebarang peringkat umur... MATI, ia juga tak memilih orang yang sakit sahaja... MATI... siapa jua pasti mati... kerana DUNIA INI TAK ABADI! Ya Allah... Bilakah masanya giliran aku pula??

Sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanya berfirman: jadilah! maka, terjadilah ia. Maka Maha Suci Allah yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. Ya Siin : 82-83

We must expect what unexpected!

Jumaat, Disember 19, 2008


Sempena tahun baru yang bakal menjelma, saya sangat perlukan komen dan cadangan daripada kalian tentang penulisan dan segalanyalah yang terdapat dalam blog usang ini. Adakah perlu saya menukarkan pintunya kah, tingkapnya kah, langsirnya kah.. atau apa2 sahajalah yang dirasakan perlu... Saya akan consider setiap cadangan insyaAllah...Jangan malu2, jangan segan2...Utarakan sahaja OK?! Saya sangat perlukan nasihat dan cadangan daripa kalian...Tolong saya yep.. Saya tidak arif bab2 ni, jadi, saya serahkan pada yang pakar.. =) Terima Kasih semua.
Mulanya satu langkah... Ayuh kita berHIJRAH!!

Dakwah Mereka

Robert Maks - tokoh kristian dengan dialognya, ‘ Usaha kita dalam mengkristiankan kaum muslimin tak akan pernah berhenti sampai salib berkibar di Kota Makkah dan perlaksanaan misi hari Ahad ditegakkan di Kota Madinah!’

William Jefward – misionaris Kristian dengan dialognya, ‘ Jika negeri2 Arab dipisahkan daripada AlQuran dan Kota Makkah, maka ketika itu kita akan menyaksikan orang2 Arab secara beransur2 akan mengikuti peradaban Barat dan akan menjauhi ajaran Muhammad serta kitab yang dibawanya.’

Samuel Zoemr – pemimpin terbesar lembaga misi-onaris Kristian dengan dialognya, ‘ Sesungguhnya target utama yang diharapkan oleh pemerintahan Masihi dalam menakluki Negara Islam bukanlah supaya mereka berpindah agama kepada Kristian! Namun, yang terpenting adalah agar setiap muslim keluar daripada keislamannya sehingga menjadi manusia yang tak punya ikatan dengan Allah, dan selanjutnya lunturlah akhlak mulia yang sentiasa mereka pegang dalam kehidupannya.’

Bolehkah kita lihat tahap keberkesanan dakwah mereka ini?? Ya… secara halusnya memang teramat banyak… Lihatlah sahaja akan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.. Bagiku ini adalah akibat daripada pengaruh barat yang semakin berleluasa di bumi kita ini… Misi mereka hampir berjaya!! di manakah menghilangnya nilai ketimuran yang dahulunya sangat kita banggakan… Mengapa kita harus meniru akhlak dan cara hidup Barat yang terang2an bertentangan dengan Islam??!

Paling aku tidak gemar, kehadiran media hiburan yang turut mengajar kanak2 untuk terus2an berhibur…Haih, kecik2 sudah pandai… Adakah ini sesuatu yang baik untuk diterapkan dalam diri anak2 comel ini??? Tak patut…Kalau dahulu bermula daripada peringkat remaja, sekarang lebih advance, nilai ini mula diajarkan bermula daripada peringkat kanak2 lagi… Dan mangsanya, adik2 kita jugak… hmmm…Macam mana yep??

Jadi, kita yang mengaku diri kita sebagai penggerak Islam… apakah tugas kita?? Jangan sesekali kita meninggalkan dakwah ok?! Kurang ilmu dan sebagainya tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan dakwah.. Adakah kita tidak sayang akan ISLAM??!! Adakah kita sekadar mahu melihat pemikiran anak2 kecil dipengaruhi oleh dakwah2 golongan bukan Islam?? Sanggupkah kita?? Ya Allah, memang aku tidak sanggup… Tapi, banyak mana telah aku berdakwah??? Dan, kepada siapa telah aku berdakwah?? Di mana tahap keberkesanan aku berdakwah?? Hmmm… Adakah aku telah benar2 berdakwah??
Rujukan : Tidak Ada Alasan Bagimu Meninggalkan Dakwah, Abdul Aziz Al Aidan


Rabu, Disember 17, 2008



Keluar meluaskan mata dan pandangan... Diri meneliti setiap yang berada di kanan, kiri, depan dan belakang...menilai setiap yang namanya bangunan... merenung jauh akan masa depan... Terbit satu pertanyaan, mencari kepastian...Inikah apa yang aku citakan???


Berkenaan cita2..sungguh aku masih kabur. Ku meninjau2 ke blog abangku. menulis berkenaan cita2.. rupanya bukan aku seorang yang kelam mencari masa depan... masih ramai bukan??

Siapa yang dapat menduga aku siapa pada beberapa tahun akan datang?? Wallahu'alam. Aku sendiri tidak tahu... Betulkah bakal menjadi seorang arkitek?? atau apa?! Ada satu hari sewaktu berkemas untuk berpindah rumah, aku terjumpa satu fail... Fail seorang kanak2 ribena berumur 12tahun... itulah hak milik aku... Dalam fail tersebut terdapat survey pelajar dari darjah4 sehingga darjah6..Haa, ada tertulis cita2... Cita2 aku dahulu ingin menjadi seorang kerani pada darjah4.. Betul, masa itu aku masih teramat lurus. juga tidak tahu apa makna cita2... Darjah5, up sikit.. mahu jadi akauntan... pelik2... kenapa aku tak ingat semua ni?? Darjah6, mahu jadi seorang doktor... pernah juga bercita2 untuk masuk bidang psykologi, kaunseling dan sebagainya.. pernah bercita2 untuk menjadi seorang engineer gara2 mahu ke Jepun..Dan, akhirnya, muktamad aku memilih bidang senibina...Dan, sebenarnya, masih ada kebarangkalian dan kemungkinan bagiku untuk sekali lagi menukar cita2....Mungkinkah??!! Pesanku pada diri... janganlah...

Sangat pelik...aku masih...KABUR...

Teringat kata2 dalam diari Kitou Aya-1 Litre of Tears...lebih kurang begini isinya :

Tak mengapa kalau jatuh.
Kita boleh bangun kembali..
Bukankah itu sesuatu yang baik??!
Jika jatuh...
Dongaklah ke langit, lihatlah langit yang terbentang...
sangat luas, tiada limit...
tidakkah kamu lihat langit sedang tersenyum padamu??
Rupanya, aku masih bernyawa!

Jadi...Selagi mana kita masih bernyawa... selagi itulah kita perlu berusaha..Apa yang datang pada kita itu, yang baiknya, atau yang buruknya.. hanyalah ujian daripada Allah SWT... Terpulang pada kita pula bagaimana caranya kita menguruskan ujian itu...Jadi, jangan putus asa dengan ujian Allah...Selagimana kita masih dikurniakan nikmat hidup...Ayuh, bersama kita menuju kejayaan! insyaAllah.

Wallahu'alam.

Selasa, Disember 16, 2008

Hari ini... nak dijadikan cerita aku tidak jadi ke Melaka. gara2 pagi tadi semua bermalas malasan untuk bangkit... Jadi, aku dan keluarga membuat keputusan untuk mencuci mata di IKEA... 3 buah keluarga semuanya... IKEA...fuhh..sangat penat untuk menghabiskan 1 pusingan berjalan kaki...lebih penat daripada larian 1500m di balapan...Terasa semakin lebar kaki ini... huhu~

Habis ke IKEA, masing2 sangat kepenatan. Singgah di rumah bapa saudaraku di Mutiara Damansara.. makan2, minum2, rehat2 dan tidur2... Kaki ini sangat lenguh..memanjakan diri di atas katil... fuhh, hilang sikit rasa lenguh dan penatnya... tiba2... 'mok, nok maen ice skating kat sunway...' Afif, sepupuku bersuara...hmmm... ice-skating, dulu akulah yang menjadi ketua budak2 (adik2 dan sepupu2) ni untuk skate...mesti akulah yang paling excited di gelanggang ais tersebut... Pertama kali aku berpijak pada ais ketika darjah5 di The Mines. Tapi sekarang tempat itu sudah ditutup. Ketika itu, sewa kasut RM12. Kali ke dua di Sunway dengan harga RM14, kali ketiga juga di Sunway dengan harga RM18, seterusnya RM21 dan RM26... Maksudnya, setiap kali aku pergi harga permainan tersebut pasti berubah... Dan...itulah aku yang dahulu...sangat suka skating...

Dan hari ini, atas permintaan sedara2 ku, kami melangkah lagi ke Sunway Pyramid..Tapi, aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai penjaga mereka di gelanggang ais... kerana... aku tahu aku harus berubah...Aku bukanlah aku yang dulu lagi... Ya, sedikit demi sedikit...Aku harus melancarkan perubahan dalam diri... Hmmm... kalaulah ada tempat skating asing laki dan perempuan... juga tertutup....

Sebaik tiba di bandar Sunway... Aku sangat terkejut melihat suasananya... Owh...aku lupa, krismas bakal tiba...'Ya Allah, sebegini sekali mereka menyambut Krismas di sini...' satu pemandangan yang sangat menyesakkan jiwa... patung2 memenuhi pyramid dan bangunan sekitarnya... Aku terasa seperti berat hati untuk melangkah masuk... Ya Allah, inikah yang dikatakan orang sebagai negara Islam, negara contoh dan sebagainya??? Aku langsung tidak kagum dengan keindahan cahaya di situ mahupun monumennya, malah aku gerun dan geram melihatnya... Aku lihat ada 2 ekor gajah dan beberapa ekor rusa buatan manusia.. Damia (sepupu, 4thn) kagum melihatnya... "Elephant!!" Jerit Damia kuat...Hairan aku... tidak takutkah Damia dengan patung sebesar itu??owh...patung je...patung??!

Terasa seperti diri ini bukan lagi berada di bumi Malaysia mahupun di negara Islam yang lain...Di New York kah aku??Atau di UK?? Atau..haa..Thailand sebab ada gajah besar...Atau di mana kah aku??Aku lihat ramai yang bergambar di sekitar situ...Adakah ini merupakan satu situasi yang patut dibanggakan??Tidak bagiku... Tapi... kenapa aku juga berada di sini??? errr...Hakikatnya, ini bukanlah tempat yang sesuai untukku! Tapi, bila diajak berjalan cepat saja aku mahu ikut...Memang...berjalan dengan keluarga sangatlah seronok...mana mungkin aku lepaskan peluang ini...

Teringat aku akan peristiwa Nabi Ibrahim menghancurkan berhala2 di sekitar kaabah... Seperti itulah yang aku rasakan aku ingin lakukan... Tapi, apakan dayaku... Hmmm...Itu baru satu keadaan di Sunway Pyramid...Lagi satu perkara yang aku sangat tidak suka... Aku tidak suka melewati Batu Caves...pastilah kalian tahu mengapa bukan?! Tapi, siapalah aku untuk melakukan suatu protes.. aku hanya mampu membentak dalam hati... Apa lagi yang boleh aku lakukan??!hmmm...Nampaknya...sampai sini dahulu...

Wallahu'alam...

Isnin, Disember 15, 2008

Hari ini...

salam...

2009 will coming soon. terasa teramat cepat masa berlalu...
Perancangan 2009?? Buat masa sekarang aku masih tak berkesempatan untuk merancang apa2...
Mungkin dalam post akan datang akan aku tulis tentang azam tahun baru berserta perancangannya... Hari ini insyaAllah aku akan mengembara lagi. Ke Melaka mencari sedikit pengalaman dan kenangan untuk disimpan... Dan insyaAllah esok akan ke Taman Melewar atas sedikit urusan... 21Dis pula aku dijangka mendaftar untuk semester baru... Aduhai sungguh cepat masa berlalu...

Cuti semester baru2 ini kurasakan seperti hanya seminggu jangka waktunya...Aduhai sekejapnya...Aku sangat mengharapkan cuti UIA yang sterusnya akan jatuh pada waktu persekolahan kerana diri ini tersangatlah berhajat untuk menjenguk sekolah serta warganya... Berhajat juga untuk menjenguk sahabat2 di Machang Kelantan...Kasihan mereka, sudah lama mereka mengajak aku ke sana, tapi, tak pernah berkesempatan..

Hmmm... sbenarnya banyak yang ingin aku tulis... Tapi, aku perlu bersiap... Destinasi seterusnya....MELAKA...Jom!!

Muna,
sempena kemasukan semester baru...
GAMBATTEY!!!

p/s: buat sahabat blog, Kak NurHuda, trima kasih banyak2... Izyan akan berusaha dan buat yang terbaik untuk sem akan datang...InsyaAllah..Good luck buat Kak Huda juga...=)


Sabtu, Disember 13, 2008

Sijil Dunia Vs Sijil Akhirat


Salam…

Hari ni berkesempatan berjalan2 di Bandar KB…Seronok bila berjalan bersama keluarga ni… Sebenarnya niat asal untuk menghantar 3 saudaraku ke Pondok Pasir Tumboh, tapi, nampaknya mereka perlu didaftarkan seminggu kemudian kerana pondok masih bercuti… Tiba2 kami terbaca iklan tentang program itensif selama 2minggu di Pondok Tunjung, Jalan Kuala Krai… Bermula esok sehingga 27Disember.. Lalu, saudara2ku mengambil keputusan untuk mengikuti program tersebut…Alhamdulillah… Allah telah mempermudahkan jalan dan urusan kami…

Selepas ke Pasir Tumboh, kami melencong ke KB…mencari sedikit barang keperluan sambil2 mencuci mata.. Sebelum tu kami sempat berjemaah zohor di Pondok Pasir Tumboh, dan kebetulan ada berlaku kematian lalu masjid turut mengadakan solat jenazah… Allahyarhamah tersebut akan dikuburkan di perkuburan dekat dengan Madrasah Kubur… Semoga Allah merahmati rohnya..Amiin…

Tempat pertama yang dituju… Pasar MPKB - mencari keperluan saudaraku untuk ke program pada esok hari... Kami solat Asar juga di Pasar MPKB… Nak dijadikan cerita… Seusai aku berwudu’, ketika sedang memakai telekung, aku terdengar seorang makcik berbual dengan seorang kakak… Lalu, aku memasang telinga.. Bukanlah gosip yang dibicarakan, tetapi tentang sijil dunia…Lebih kurang beginilah perbualannya…

“Apolah budok2 zame loni, smuo pakat gi universiti.. tapi, smaye beh nyo dop… Puah negor doh… Ngaji panda2.. Jadi lagu tuh…” kata2 pertama yang aku dengar daripada makcik tersebut yang betul2 menarik perhatianku… Sehinggakan aku melambatkan pergerakanku memakai telekung…

“Biasolah tu mokcik…Mugo demo oghe panda…sijil ado.. tok dengar doh cakap kito2 hok tok ngaji nih…” Kakak yang menjadi partner bual Makcik tersebut memberikan respon… Sambil2 melipat telekungnya…

Perbualan yang sangat menarik… Aku menjadi sangat tertarik… Aku semakin memanjangkan telinga untuk mendengar…Buat muka selamber sajalah labu…

“Ado gapolah sangat nge sijil dunio nih.. Bukey nyo buleh bowok tunjuk kat akhirat seksok…bukey buleh bowok mati” Uihh.. seperti bisa ku dengar kata2 itu… Kata2 itu pernah di ucapkan oleh seseorang sewaktu di pondok itu hari… Seolah2 situasi hari ini ingin mengingatkan aku balik tentang pembelajaran di pondok hari tu…

“ Hok geghe nyo… dok nyohor sangat hok dio tu budok U, kononnyo budok panda.. sijil tu jah hok dio kejar… sijil akhirat nuh tok pulok dikejar…Smaye dio tinggal.. Bagi mokcik lah.. mokcik tok here(hairan) kalu dio ngaji hal dunio panda… Sijil tu mokcik tok pande (pandang) pon… Hok sejuk atinyo bilo kito ni jughuh, comey peghangai (perangai)… hok tuh baghu(baru) yolo (betul)…” Makcik tersebut menyambung. Kakak tadi setia mendengar sambil menganggukkan kepalanya..Kadang2 mencelah, “betol tu mokcik…”, “betol3!!”

“Kito ni ke… Kato ngaji tinggi2 nok cari rezki.. nok jadi kayo… Gak ingat oghe supo(serupa) kito nih tokleh jadi kayo ko??? Mokcik ni hoh, ngaji tok tinggi blah mano pon… Ado jugok pitih nok wak makey minum… Tok kebulur pon eh… Rezki ni, Allah bagi sokmo… selagi mano kito ikut ature(aturan) Diyo, doa, smaye beh tok tinggal, poso…. Nyo maghi jugok rezki tu… Tapi, yo lah usoho tu keno la ado jugok… Tapi gak… bukey dio caghi rezki sapa tok smaye beh… Dunio jah blako… Mati kito pon tok tau bilo…yo dok??Heih… budok2 zamey loni gak…Acu(cuba) pikey(fikir)… Sijil kito tu,tiko nih, oghey jah tengok… Sijil kito di sisi Allah nuh gantung(bergantung) pado hati kito la pulok…Ghano(macam mana) amale(amalan) kito… Akhirat seksok tok laku doh sijil dunio nih…Toksoh dok banggo diri sangat lah….” Sambung makcik tersebut… Dengarnya seperti mengeluh tentang anak2 muda zaman sekarang.. Mungkin ada sesuatu yang terjadi kot sehingga menyebabkan makcik tersebut begitu kesal dengan sikap anak muda zaman sekarang yang terlalu berbangga dengan sijil yang mereka ada… Aku pun tak pasti… Wallahu’alam…

Sampai di situ, kakak yang menjadi pendengar setia meminta izin untuk pulang. Selepas bersalaman dengan makcik tersebut, kakak itu terus berlalu pergi, sempat juga dia memandang sekilas ke arahku, melemparkan senyuman… Aku turut membalas… Mungkin dia perasan yang aku sedang memasang telinga.. hehe… Ku pandang pula makcik tersebut, dia berpaling… Aku melemparkan senyuman dan sedikit mengangguk tanda hormat, dan aku terus bersedia untuk solat…

Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya… Kata2 makcik tadi masih lagi terngiang2 di fikiranku… Macam2 yang aku fikir… Pemikiran gilaku untuk berhenti belajar di UIA semakin menjengah mindaku… Tapi, aku cepat2 menepis… Kerana aku tahu, aku tidak boleh membuat keputusan terburu2… Aku perlu menunggu… Menunggu bila tiba masanya… Mungkin selepas 3 tahun pengajian… Tapi, teringat pula aku akan kata2 Kak Ilyani… “Kadang2 hidayah datang sekali sahaja.. Sekali itu kalau kita tolak dan ia tak datang lagi… Macam mana???” Hmmmm…. Macam mana yep?? Semoga Allah sentiasa membukakan pintu hati kita untuk menerima ilmu2 syurga…Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayahNya kepada kita… Amin…

Selepas makan malam di ‘Padey Beng’ (Padang Van kot), kami pulang ke rumah…

Wassalam…

P/s : Maaf lah guna loghat Qlate sedikit… Tak berapa pandai nak terjemah… Bagi sesiapa yang kurang faham, mintak tolonglah kepada sesiapa yang mahir loghat Qlate terjemahkan ya… Trimas…

Jumaat, Disember 12, 2008

Khamis, Disember 11, 2008

Bait syair ‘Ali Ibn Zain al-Abidin


Seorang asing bukanlah ia yang terasing di Syam atau Yaman
Seorang asing adalah ia yang asing dalam liang lahad dan kafannya
Perjalananku jauh, namun bekalku tak mencukupi
Kekurangan masih ada, namun kematian selalu mencariku
Duhai, betapa penyesalan di hati ini begitu membunuhku
Biarkan aku berduka untuk diriku dan menghiburnya
Melewati masa dengan mengingati mati dan kesedihan
Solatilah aku dengan solat tanpa rukuk
Tanpa sujud, moga Allah mengasihiku
Turunkanlah aku ke dalam kuburku dengan perlahan
Dalam gelapnya kubur, tanpa ibu, tanpa ayah
Tanpa saudara yang menemaniku
Maka, janganlah dunia dan keindahannya menipumu
Lihatlah apa yang ia telah lakukan pada orang lain
Duhai jiwa, cukuplah sudah kederhakaan ini, dan kumpullah
Perilaku terpuji agar Allah merahmati


Khamis, Disember 04, 2008

satu kenangan, satu pengalaman


19Nov-4Dis08 : Pengajian Pondok Pasir Tumboh.

Hari demi hari berlalu...timbul persoalan...

Mau jadi arkitek kah?? Masih ragu.. aku dilema.. Sungguh, aku punya masalah sebenarnya.....Antara pilihan dan pilihan dan pilihan lalu yang manakah menjadi pilihan??

Kerana ilmu itu, ku rasa seperti mahu lari daripada dunia UIA. tapi.. Bila teringatkan mereka yang bernama keluarga.. Aku perlu teruskan perjuangan ini.. Tamat sahaja nanti, barulah aku boleh kembali menunaikan hajatku di situ lagi..

Ikhlasnya hati guru2 menambat hatiku di situ.. seolah2, berat kakiku untuk melangkah pulang. Juraian air mata guru2, menyeksa jiwaku.. sungguh, berat langkah kakiku.. sayu melihat guru yang begitu ikhlas mendidik, menitiskan air mata kesedihan... kerana perpisahan akan berlaku..namun, terpaksa aku pergi jua, membawa bersama kenangan dan.. Buah tangan daripada mereka yang bernama guru iaitu ilmu, akan aku manfaatkan sebaiknya. Insya Allah.. 

Adik2 dan kakak2 di situ juga, pasti akan aku rindui.. tinggal cuti yang bersisa ini, aku perlu muraja'ah sendiri...Huh.. apa yang harus aku lakukan??!aku benar2 telah jatuh cinta... pada tempat itu yang ibarat taman syurga... InsyaAllah..akan aku kembali lagi..  

buat sahabat2... bagi sesiapa yang punya kelapangan masa, cuti sem dan sebagainya... bukan bermakna kita juga perlu berehat daripada belajar dan menuntut ilmu.. Kalau berkesempatan, cubalah rasai sendiri kehidupan di pondok...pasti kalian akan jatuh cinta.. bila hati sudah terpaut, pasti susah untuk dibawa pulang kembali.. InsyaAllah, di situlah tempat terbaik untuk menuntut ilmu.. Bawakan hatimu bersama, lapangkan dadamu.. Pasti kalian akan merasakan seperti apa yang aku dan sahabat2 rasa...Wallahu'alam...