Ahad, September 28, 2008

Assalamu'alaikum wbt..


Hari ni tergerak hati untuk buka e-mail..(slalunya amat malas untuk buka..huhu~)


Tiba2 terjumpalah sekeping e-raya card seperti yang tertera di bawah ini...



Fikir punya fikir. di manalah mau ku simpan kad yang di 'design' oleh designer hebat ini..Jadi, aku ambik keputusan untuk mengabadikannya di ruangan blog ku.hehe~


aku tak pandai mendesign, makanya, buat Bro.Adlan, terima kasih bebanyak ye..Maaflah, tiada balasan yang hebat dariku..Hanya ungkapan terima kasih yang mampu kuberikan..dan trimas juga sebab sudi menziarahi laman blog yang amatlah keanak2an dan tidak hebat ini..Harap ada tunjuk ajar daripada Bro.Adlan untuk sebarang kekurangan di sini..


Katanya :
'Just a quick design for you guys.'
quick design but very nice.. amat menghargainya..Arigato Gozaimas!


Jumaat, September 26, 2008

Khamis, September 25, 2008

Final Countdown (hari terakhir Ramadhan di Gombak)

Salam pembuka kata hari ini..


26Ramadhan- Nampaknya dah 26hari jugalah kita semua berpuasa. Masa sangat pantas berlalu. (Pejam celik)2 dah nak masuk Syawal rupanya. Semalam baru aku lalui satu momen yang amat manis. Tak akan aku lupakan saat itu..
Imbasan Ramadhan 1 hingga 26.. Baru aku sedar Ramadhan kali ini amat berbeza daripada tahun2 sebelum. Banyak sangat bezanya. Pertama, aku berpuasa di UIA Gombak buat pertama kalinya. Pastilah berbeza kerana adanya 'foreigners'. Di sini aku dapat lihat bagaimana sambutan anak perantauan di bumi Malaysia. Seronok apabila melihat mereka berkumpul dan berkampung di SHAS Mosque. Ikatan yang amat erat dan kukuh. Aku suka melihat kebaikan budi seorang foreigner..Begini..hari ini, sedang aku dan Kak Madiha kelaparan..datang seorang Arab menghulurkan makanan kepada kami.(macam tau2 saja..) Mula2 agak segan untuk menerima, tapi, untuk tidak mengecewakan, kami tetap menerimanya dengan hati 'gumbira'..(maklumlah rezeki depan mata.. ;p ) Satu pujian buat anak perantauan tersebut atas kebaikan yang beliau hulurkan.. (rasanya, sepatutnya kami yang meraikan musafir.. tapi, terbalik pulak jadinya..) Alhamdulillah..Rezeki malam 26..


Ada lagi.. Dalam Ramadhan ini juga, aku berjaya mengadakan 'road tour' ke Pelabuhan Kelang bersama sahabat seperjuangan. Diiringi oleh JPJ merupakan satu kebanggaan..(kononnya, cuma Allah yang tahu betapa cemasnya kami...huhu~)..Berbuka puasa di Shell dengan keropok merupakan satu kenangan yang amat berharga. Yang semestinya tak akan ku lupa..Selain itu, saat merasai kesesatan dan kebuntuan sementara amatlah menguji kesabaran kami berenam. Itulah dugaan Ramadhan, jika kami sabar, maka, kebaikanlah kami terima, InsyaAllah. Andai kami banyak mengeluh dan tidak sabar dengan ujian kecil ini, makanya, kerugianlah bagi kami.. Alhamdulillah, kami tahu pasti ada hikmahnya semua kejadian tersebut. Ukhwah kami berenam menjadi erat dek kerana peristiwa tersebut..Alhamdulillah..


Selain semua2 di atas.. Baru2 ini juga aku dan sahabat berkesempatan meng'qadha' hajat yang tidak kesampaian (berbuka puasa di rumah arwah Kak Siti Hajar) apabila ibu Allahyarhamah Kak Siti Hajar menjemput kami berbuka puasa sekali lagi di rumahnya. Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah Mak Cik sebelum berbuka (by LRT, rel yang tidak akan sesat..huhu~). Kami juga berpeluang untuk bermalam di rumah Mak Cik, berkongsi cerita dan solat jemaah bersama. Alhamdulillah. Satu kelainan yang kami rasa.Kami dianggap seperti keluarga.. Dengan ini setinggi2 terima kasih buat keluarga Mak Cik daripada kami berlima.. Maaflah andai ada salah silap kami sepanjang penginapan kami di rumah Makcik.. Semoga keluarga Makcik berada dalam rahmat Allah sentiasa..Amin..


Dalam Ramadhan ini juga, Alhamdulillah, aku dan sahabat berkesempatan berbuka puasa bersama wakil2 rakyat. Yang paling aku terharu kerana sebanyak 2 kali aku berpeluang menyertai solat jemaah yang diimami oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Alhamdulillah, kami berpeluang juga mendengar ceramah Badar Al Kubra yang disampaikan oleh 3pemimpin kehormat yang amat aku kagumi (sayangnya tika ini kesihatan aku tak mengizinkan menyebabkan aku tidak dapat fokus sangat..huhu~ sedeynya..) Juga tidak lupa, kekagumanku lebih terserlah apabila dapat berjumpa dengan adik Adi Putra betul2 depan mata. Benarlah kata orang, kurniaan Allah buat Adik Adi cukup besar. Menggunakan kaedah yang dikaji daripada al Quran, adik Adi dapat menyelesaikan sebarang soalan matematik dengan mudah dan pantas. Subhanallah.. Moga Adik Adi menjadi seorang yang banyak berjasa untuk agamanya kelak..Semoga dia menjadi seorang mujahid yang menegak kebenaran dan mencegah kebatilan yang juga berjuang bermatian demi agama yang diredhai Allah ini..Amin.. (memang kita perlukan insan seperti adik Adi Putra dalam membantu agama Allah..)


Emm. apa lagi ye.. banyak juga peristiwa dalam Ramadhan kali ini.. yang menyedihkan, menginsafkan, menggembirakan, dan macam2 lagilah.. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah aku berada dalam lingkungan suasana UIA yang mendamaikan ini. Di masjid, tidak putus2 sang abid datang bertandang yang mana ku kira suasana seperti ini sukar untuk dilihat dimana2 ceruk di bumi Malaysia ini..Mungkin ada, tetapi, sedikit sekali jumlahnya..Di sini, masing2 berlumba2 menangkap kebaikan bulan Ramadhan..Alhamdulillah. Tapi, satu yang aku perhatikan, masih ada juga yang berlumba2 untuk berdua2an di kafe2 UIA. Suasana seperti ini amatlah tidak aku gemari.. Rasanya bukan aku seorang, tapi, juga mana2 mata yang melihat pasti ada yang membenci. Mungkin ada juga yang merupakan pasangan yang sah, tapi, rasanya banyak yang tidak..Ustaz kata syaitan diikat dalam bulan mulia ni, jadi mungkin tiada orang ketiga antara 'aku dan dia'.. Tapi, bila fikir balik.. syaitan diikat, bagaimana pula dengan nafsu kita?? Nafsu kita tetap bermaharajalela tika itu.. Emm. Fikir2kanlah, renung2kanlah..Wallahu'alam..


Sebenarnya, apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah.. Dalam kita berasa gembira untuk meraikan 'aidilfitri, sepatutnya kita berasa sedih juga kerana berlalunya Ramadhan. Masih teringat kata2 Kak Dewi, kita perlu ada rasa takut dan harap lebih2 lagi pada malam2 terakhir bulan Ramadhan ini.. Takut amalan ini ditolak dan harap amalan ini diterima. Moganya amalan kita selama kita hidup ini diterima Allah. Amin..


Ramadhan bersisa cuma 4 hari.. Adakah lailatulqadar sudah berlalu atau belum?? Mengikut firasat seorang ustaz hari yang tenang itu telah berlalu pada 25Ramadhan lepas, wallahu'alam, tapi, andai kita terlepas sekalipun malam tersebut, janganlah kita berputus asa.. Sisa2 Ramadhan yang tinggal ini ayuhlah kita mantapkan ibadah kita.. Bukanlah sekadar lailatulqadar yang dicari.. kerana kita juga sebenarnya perlu berusaha mencari mardhotillah. Amalan dalam Ramadhan adalah sebagai latihan untuk dipraktikkan pada bulan2 yang lain.. Justeru itu.. nasihat buat diri dan semua.. kita berusahalah juga untuk istiqamah melakukan kebaikan selepas ini. InsyaAllah. Teringat pula kata2 seorang ustaz : jalan dakwah dan kebaikan ini takkan berakhir melainkan mati..Tiada istilah rehat dalam menyebarkan risalah Allah SWT.. Makanya, tiada juga istilah rehat daripada beribadat.. kerana, seorang ustaz kata.. ibadat itu sendiri merupakan rehat yang menenangkan..Oleh itu, andai ada sesiapa yang berasa resah.. carilah ketenangan melalui zikrullah..


Dengan ini aku mengakhiri entry Ramadhan di UIA Gombak(1-26Ramadhan) kerana selepas ini aku akan meraikan Eid bersama keluarga tercinta di Besut Terengganu pula. insyaAllah..


Buat semua.. Aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin buat semua. Aku hanya manusia biasa yang sering tersalah kata, terkasar bicara..Andai ada kekurangan di mana2, andai ada yang terasa.. Maafkan aku atas kesemuanya.. Selamat pulang ke kampung buat yang tinggal jauh dari kampung halaman..


Kira 0-0 ye..


Untuk semuanya.. Wallahu'alam..

Rabu, September 24, 2008

Seseorang bagi aku ini. Katanya untuk mengeratkan ukhwah dalam kalangan bloggers. Hmm. tak sangka aku jadi antara orang yang terpilih untuk menerima tag ni.. Terima kasih kepada orang itu.. =) (walaupun aku tak paham sangat bab tag menge'tag' ni..)
Tetap bersinar selama Ramadhan. Moga bersinar dengan ketenangan dan amalan kebaikan.insyaAllah..
Dengan ini, aku 'tag'kan kpd sesape saja yang melawat blog ini. (mereka suruh pilih LIMA, tapi, aku rambang mata nak pilih sape.. pilih semua boleh kan??!!hehe~)

'Kamceng'kan Roh dan Jasad untuk capai kesempurnaan

Sekadar ingin berkongsi tentang artikel yang aku baca.. Roh dan Jasad oleh Dr Juanda Jaya.. Summary dariku..

Apakah itu jasad, dan apakah pula roh?? Kadang2 kita terlupa di sebalik kejadian kita yang sempurna, cukup sifat, bersalut kulit mulus ini.. sebenarnya, kita hanyalah seorang manusia yang asalnya hanya dari tanah, yang kemudiannya daripada setitis air mani..Lupakah kita bahawa kedua2nya ini hanyalah sesuatu yang rendah, kotor lagi hina?? Dan inilah jasad kita..

Roh dan jiwa asalnya daripada ketinggian kerajaan langit. Ia datang dari sisi Allah..Roh sebenarnya begitu rindukan kemuliaan dan ketinggian. Roh ingin taqarrub ilallah.. Tapi, kadang2 roh dan jasad ini sama sekali tidak ‘sekepala’ menyebabkan roh terpaksa mengikut jasad menyeleweng dalam jalan Allah, hanya kerana kemalasan jasad telah menguasai secubit keinginan dan kerinduan roh/jiwa..

Ramai yang melupakan keperluan jiwa dan roh. Ramai juga yang membiarkan jiwa kelaparan dan kebuluran. Laparkan pengisian agama dan muhasabah. Kadang2 kita terlalu memanjakan jasad, mencantikkan jasad sehabis yang mungkin. Sanggup berhabis wang semata2 untuk kelihatan cantik luaran sehingga terlupa untuk memberi roh dan jiwa makanan secukupnya..Sehingga terlupa untuk mencantikkan jiwa dengan seindah2 perhiasan..(perhiasan terbaik untuk jiwa adalah kekuatan iman, takwa dan ikhlas.)

Lihatlah sahaja. Tingginya peribadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdullah bin Jahsy. Beliau berdoa kepada Allah sambil menyatakan keinginan roh dan jasadnya sebelum berlakunya perang Uhud,

‘Ya Allah, jika datang musuh yang mahu membunuhku, biarlah dia memotong hidungku, telingaku, mengorek mataku dan membelah perutku, hingga Engkau akan bertanya di Hari kiamat nanti, wahai hambaku mengapa dengan jasadmu ini? Lalu, aku akan menjawab, Ya Tuhanku, disebabkan kerana kecintaanku kepadaMu hamba berkeadaan seperti ini.’

Akhirnya, ketika jasad beliau ditemui seusai perang Uhud, terbukti doanya yang ikhlas itu dimakbulkan Allah dengan jasadnya berada dalam keadaan menyedihkan. Lihatlah betapa Abdullah bin Jahsy sanggup mengorbankan tubuhnya kerana kecintaannya pada Allah juga kerana jiwanya sarat dengan rasa keimanan dan ketakwaan.. Begitulah beruntungnya jiwa yang bersulam keimanan, pasti rugi jiwa yang bersalut kelalaian..

Jasad dan roh mempunyai pertalian yang cukup kuat. Kata orang, ‘ukhwahnya erat.’ Tetapi, seringkali roh/jiwa dan jasad berbeza pendapat. Jiwa mahu sahaja bangkit untuk menunaikan ibadat, tapi, ada sesuatu yang menyekat iaitu ‘jasad yang malas..’ Antara jiwa yang mahu dengan jasad yang enggan.. Yang mana satu menjadi pilihan?? Kata orang, tepuk dada tanyalah iman..
(kata Kak Yani, andai kita tiba2 terasa ingin lakukan kebaikan, baik kita cepat2 buat. Takut2 hidayah yang kita terima itu tidak lagi kita dapat pada masa2 lain..ibaratnya hidayah itu merajuk dengan kita.. Jadi, janganlah kita lengah2kan kerja yang baik.. Segerakan, takut2 bila dilambatkan, kita akan jadi malas untuk melaksanakan..Apa2pun hidayah itu milik Allah..Tapi, walaupun hidayah itu milik Allah..kita sebagai hamba perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah tu..)

Sedikit daripadaku: Sempena Ramadhan yang masih bersisa beberapa hari sahaja lagi, marilah kita sama2 berusaha mengenyangkan jiwa dengan ‘menopup’ keimanan.. Kita ‘update’ dan ‘upgrade’ diri dengan perbanyakkan lagi ibadah. Kita ‘renovate’ dan ‘renew’ balik mana2 bahagian yang sudah hampir roboh dan mana2 tempat yang sudah usang. Kita dirikan balik tiang2 yang hampir reput. Yang paling penting teguhkan dulu ‘foundation’ yang menjadi teras iman kita…Biarlah kita menjadi jasad yang rajin yang sekepala dengan rohnya. Kita jadikan jiwa dan jasad kita ‘kamceng’ dan bersatu untuk mencapai kesempurnaan sebagai muslim sejati..Setakat itu sahaja.. Sebarang kesilapan, harap ada yang sudi betulkan..
Wallahu’alam.

Isnin, September 22, 2008

pemburu malam penuh ketenangan..


Memburu jejak malam penuh ketenangan..
Perlu diburu..janganlah dicari..jangan juga hanya dinanti..
Menjadi pemburu yang HEBAT..
Membawa perisai ibadah..
Adakah malam ini??
Mungkinkah malam esok??
Atau.. malam2 selepas ini??
Atau..mungkin juga malam2 sebelum yang tidak aku sedari..
Wallahu’alam..
Difikir2, direnung2, dihitung2..
Adakah aku layak untuk dianugerahkan malam tersebut??
Dengan hanya secubit keimanan..
Entah di mana sukatan ketakwaan..
Entah di mana pula timbangan keikhlasan..
Segalanya di tangan Tuhan..
Dia mengurniakan pada mereka yang beriman..
Yang benar2 menjadi pemburu HEBAT malam penuh ketenangan..
Yang melipatgandakan amalan..
Yang bangkit pada sepertiga malam..
Berqiammulail penuh keinsafan..
Penuh keimanan, ketakwaan, juga keikhlasan..
Dilipatgandakan kebaikan..
Pada malam seribu bulan…
Lalu, adakah layak aku menerimanya??
Sedangkan aku manusia hina..
Yang kadang terlupa..
Yang sering melebihkan dunia…
Duhai malam yang tenang..
Aku memburu penuh keresahan..
Kupasti..
kehadiranmu amat dinanti semua umat Muhammad..
semua insan yang mendamba seribu kebaikan..
seribu rahmat..
dari hanya satu malam..
yang beramal padanya ibarat amalan pada seribu bulan..
bukankah itu satu tawaran yang amat lumayan??

Bagi sang pemburu penuh kegigihan..
Ya Allah, sungguh..
Aku mendambakan rahmatMu..
Dalam malam penuh keberkatan..
Malam seribu bulan..

Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur'an) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatul qadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

(al-Qadr:1-5)

Isnin, September 15, 2008

Kami diekori??!!!

Ringkas sambungannya.. kami mengekori JPJ.. tapi, siapa yang mengekori kami di belakang??!! Dari tadi kami perhatikan gerak wira hitam di belakang.. kami mula cuak.. aku tak menyedari kehadiran wira tersebut, tapi, Kak Rafi, Kak Wani dan Kak Ain menyedarinya.. Kancil diekori Wira?? Pelik?? Siapa gerangannya pemandu tersebut?? Berbangsa India dan sebenarnya masa di hentian Bukit Raja tadi lagi dia memerhatikan kami.. Masing2 terdiam menyimpan rasa bimbang..Fuhh!! Macam2 masalah yang kami hadapi hari itu.. Kak Rafi sedaya upaya memecut agar tidak terputus ikut dengan pakcik JPJ di hadapan..Paham2 sajalah Kancil ‘mengandung’ 6 ni pasti berat badannya.. Jadi, tak larat nak pecut laju2.. Sabar saja.. Mintak2 Wira tersebut bukan ekori kami dan bukan berniat jaha.. Tapi…. Kami belok, dia belok, kami menyelinap, dia menyelinap, kami pecut, dia pecut.. Terang2an mereka sedang mengekori kami.. ‘Ya Allah, Kau selamatkanlah kami..’ Mungkin kerana kami semua perempuan menyebabkan mereka mengekori kami?? Mungkin….apa ye?? Apakah sebabnya?? Kami bukanlah artis yang perlu diekori, bukan juga sehebat pemimpin2 negara yang dikenali.. emmm…dalam hati, debarnya kami.. hanya Tuhan yang tahu..

Akhirnya kami sampai juga di UiTM Shah Alam, tempat janjitemu kami dengan abang Kak Ros..Kami berhenti di bahu jalan mengikut gerak JPJ di hadapan..Sepantas kilat, Kak Rafi keluar dari kereta dan terus bertemu dengan pakcik JPJ.. Aku tidak mengesyaki apa2, tapi, lagak Kak Rafi amat mencemaskan.. Membuatkan aku dan sahabat tertanya2. Kemudian Kak Wani Tanya aku, ‘perasan tak ada kereta ekori kita??’, Fuhh, dengar saja kata2 Kak Wani, bulu romaku terus meremang.. ‘Ya Allah, apalah pula kali ini??’ Aku nampak Kak Rafi berjalan menuju ke arah kami.. Aku cepat2 bertanya akan hal tersebut.. Lalu diceritakanlah.. Rupanya Kak Rafi terlebih dahulu mengadu pada JPJ akan hal tersebut.. Kami menunggu jawapan.. Habis tu.. ‘Betul ke kereta tu ekori kita??’ Hmm… Nak dijadikan cerita.. Rupanya, kami yang terperasan lebih.. hehe~.. Pakcik JPJ kata tulah Toronto.. ‘Toronto??toronto tu apa??’ Kata Kak Rafi, diorang merupakan eskot (cam mana ejanya??) JPJ.. ‘Oowhhh…eskot tu cam mana ye??’ ‘Hmm, ntahlah.. tak sure…’ ‘Alhamdulillah, kita berenam selamat…’ ‘Alhamdulillah..Alhamdulillah..’
Seterusnya… abang Kak Ros pula ‘usher’ kami ke rumahnya di Jalan Kebun.. ‘Mak Oiiih, jauh tuh.. sejam jugak la dari UiTM Shah Alam..’

~Kira2 pukul 11 lebih2, kami sampai di rumah Abang Kak Ros. Makan2 sikit. Dan, dalam 12 lebih kami bertolak pulang ke UIA Gombak..

~Alhamdulillah selamat sampai, hampir pukul 2pg..aku tidak terus pulang ke bilik, singgah di Asiah..

~Tidak juga aku tidur di bilik.. memang agak terkilan kerana tidak dapat bersama sahabat2 tahlil dan ifthar di rumah arwah Kak Siti Hajar. Tapi, Allah telah memberikan aku peluang untuk ke biliknya, dan aku juga bermalam di bilik arwah.. Bila ku lihat buku2 di biliknya, ubat2an, juga barang2 nya yang masih tidak terusik, aku asyik terfikir.. pasti arwah amat baik orangnya.. suka menuntut ilmu..dan pasti sudah banyak menyumbang untuk Islam..Bertuahnya dia… Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin..

~Sedih rasanya hati ini kerana tidak sempat mengenalinya lebih awal.. Semoga dia tergolong dalam golongan yang beriman…Amin..

Sekian...



Sabtu, September 13, 2008

makan angin di PELABUHAN KELANG!!

Ya Allah, Kau bantulah kami.. Kami ini hanya menemukan jalan buntu…Ya Allah, lemahnya kami.. berikan kami kesabaran, ketenangan dan padamkanlah resah di hati kami..agar kami dapat berfikir dengan waras, dan tidak bertindak melulu, mengikut hawa nafsu.. Ya Allah, Kaulah jua yang mengetahui apakah hikmah di sebalik semua ini.. Dan sesungguhnya Kau jualah sebaik2 pengatur..’

Orang kata..malu bertanya, sesat jalan.. ‘Tapi, macam mana kalau sudah bertanya, tapi, masih jugak sesat jalan??!’ Cobaan..

Kami kemudiannya bertanya pada salah sorang pekerja Shell. Pada awalnya pada brother yang berbangsa cina.. Kemudian sewaktu ingin ke surau, aku bertanya balik pada sorang brother India..Katanya, untuk ke Kelana Jaya, di persimpangan pertama, ambik line paling kiri.. kemudian cari ke Subang Jaya.. Follow je jalan ke Subang Jaya tersebut sampai la nampak Subang Jaya Airport..dan seterusnya…. sampai situ aku masih jelas.. tapi, sampai point seterusnya sedikit kurang jelas.. Samaada ikut pulak signboard ke Subang Jaya airport atau sebaliknya??? Takpe2.. kita jalan dulu!!

Seusai solat, kami bergegas ke Kancil, ingin meneruskan perjalanan.. takut lambat sangat sampainya.. (macam explorace pulak! ;p) Ok..Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan penuh yakin, Kancil memecut.. Persimpangan pertama..Alhamdulillah.. We did it!! Persimpangan kedua, Subang Jaya- Alhamdulillah..berjaya lepasi halangan kedua..Menunjukkan tanda2 kami akan sampai ke destinasi..Masing2 berwajah sinar penuh mengharap.. ‘bismillahitawakkaltu’alallah..’ Tiba di persimpangan ketiga atau ke berapa aku tak pasti.. Antara dua persimpangan..Lagi??!!! ke kiri Subang Jaya, kanan Subang Airport.. eeerrrrrr… ‘recall2!! Apa brother tu cakap??’ ‘Eemmm…Haa, Subang Jaya Airport!!’ Bismillah…

Sekali lagi.. kami tempuhi jalan buntu…Jalan sehala, jadi kemana lagi harus kami tuju melainkan ‘straight forward..’ jalan dan terus jalan…minyak pon makin berkurang..tiba2, ahah, ada U-Turn.. tanpa berfikir panjang, kami U-turn balik..(maklumlah 1st time jumpa U-Turn.hehe~) ‘errr, ke mana kita ye??’ Kami tidak berputus asa, semua orang cuba kami hubungi dengan harapan ada yang tahu.. Kami mengikut jalan ‘ikut sedap’ sebabnya, terlalu banyak khilaf antara orang yang kami hubungi.. ‘Ya Allah, apalah dosa kami??’ ‘Ya Allah, tunjukilah kami jalan keluar yang selamat untuk kami tujui..’

Dipendekkan cerita.. akhirnya kami tiba di tol Bukit Raja.. Masuk tol Bukit Raja adalah terus ke Pelabuhan Kelang..Pelabuhan Kelang??! ‘Waah, kita berjaya makan angin sebegini jauh!!’ ‘Jadi, ke mana pulak kita ni?’ Tol lagi?? Maksudnya kami benar2 bermain dalam ‘highway’..Kami terus ke bahu jalan, masuk ke kawasan rehat mini. Andai kami berjalan ke hadapan sedikit, kami akan melalui kawasan JPJ yang sedang bertugas.. Ingin memecah kebuntuan, kami keluar dari kereta juga untuk mencari sedikit udara setelah bersempit2 di dalam kereta..Makan snek sambil masing2 mencari jalan untuk keluar dari daerah asing ini.. Telefon kami bukanlah semua yang boleh berfungsi.. telefon aku sendiri sudah tinggal nyawa2 ikan baterinya..Tapi, kami tetap tidak berputus asa.. ‘Kami muslimat perkasa!! hehe~’.Akhirnya, Kak Ros telefon abangnya yang tinggal di Shah Alam, Batu 17.. Abangnya bersetuju untuk ke tempat kami ‘tersadai..’ Alhamdulillah.. Satu penyelesaian..Allah telah menemukan jalan..

Agak lama kami menunggu, abang Kak Ros yang dijangka sampai hanya dalam beberapa minit lagi, tidak juga muncul.. Kami mula risau.. Rupanya, abang Kak Ros lupa jalan ke Bukit Raja.. (Jauh sangat, hanya dilalui oleh mereka yang nak ke Pelabuhan Kelang..) Abang Kak Ros suruh kami ke Bandar Kelang.. Ya Allah, satu lagi masalah.. Kak Rafi dah tak berani nak meredah sendiri.. Kami kemudiannya ambil keputusan untuk meminta bantuan JPJ.. Dengan sedikit malu, kami terus ke tempat JPJ tersebut.. bertanyakan jalan ke Bandar Kelang.. (tapi, sebenarnya, kami mengharapkan pakcik JPJ boleh hantar kami ke sana.. ‘pakcik, tolonglah!!’) Dengan baik hatinya, pak cik JPJ menunjukkan arahnya.. Tapi, kami tetap tak berganjak, dengan muka kesian, kami nyatakanlah hajat kami supaya mereka menemani kami ke destinasi.. Pakcik JPJ tu sendiri berunding dengan Abang Kak Ros..Abang Kak Ros decide, tunggu di UiTM Shah Alam.. dan, pakcik JPJ bersetuju untuk jadi ‘usher’ kami.hehe~ terima kasih!!

Bertukar matlamat- balik rumah Abang Kak Ros, berehat dan terus balik Gombak…
p/s: 6 orang 1 Kancil, luluskah di sisi JPJ??!! ;p ~

Bersambung…

Jumaat, September 12, 2008

Bila mata gelap, fikiran buntu..

Assalamu’alaikum wbt..

Hari ni, aku ingin ceritakan tentang hari semalam… Ada apa dengan hari semalam?? Macam2 ada.. Semalam, 12September, bersamaan 12 Ramadhan, kami telah dijemput ke majlis ifthar dan tahlil arwah Kak Hajar di Kelana Jaya..Kami menerima jemputan tersebut dengan hati terbuka dan gembiranya.. Lalu, perancangannya adalah 1 Kembara, 1 Kancil dan 1 Rusa. Aku tergolong dalam kalangan mereka yang menaiki Kancil.. 6 orang satu kereta termasuk pemandunya (semua bertubuh kecil molek.. ;) cukup2 untuk 1 kancil). Dalam pukul 6 pm, maka bertolaklah kami menuju ke destinasi yang satu iaitu Kelana Jaya..Sang Kancil yang kami naiki membontoti Sang Kembara di hadapan.. Ini adalah kerana hanya Kembara yang tahu jalan ke rumah arwah.. Kami mengikut saja dari belakang, ke kiri Sang Kembara, maka ke kiri jugalah Sang Kancil.. ke kanan Sang Kembara, maka ke kanan jugalah Sang Kancil.. tapi, selalu jugak Sang Kancil terlepas pandang akan Sang Kembara kerana kesibukan kota pada waktu tersebut (waktu orang balik dari kerja).. Melepasi tol pertama, (RM2.60-aku tak tahu tol apa namanya.. yang pasti dekat dgn rumah lamaku iaitu di Kepong-Damansara).. perjalanan masih menuju ke destinasi dan matlamat sebenar.. Masih mengikut kembara di hadapan..Tol kedua (lupa di mana), masa ingin membayar tol, ‘tol gate boy’ dengan seriusnya berkata.. ‘mak oii, pancit tayar!!’ Kami yang mendengar terus kalut.. Ye ke??!! Tayar pancit??!! Kebetulan Kancil yang kami naiki memang agak berat.. hanya setakat lebih kurang 60km/j yang mampu kancil tersebut pecut..Makanya, dengan sepenuh kepercayaan terhadap kata2 ‘tol gate boy’ tersebut, kami meng ‘hon’ kembara di hadapan.. Malangnya, mereka tak dengar hon Sang Kancil..Tapi, kami tetap berhenti di bahu jalan..untuk memeriksa akan keadaan kereta.. takut betul2 pancit tayarnya.. Aku yang menjadi penumpang di belakang terus buka pintu dan tengok keadaan tayar.. Aku tengok.. OK je..takde problempon.. ku picit2.. Keras jek.. Maksudnya.. kami tertipu!!! Bertuah punye brother!!! Rupanya, yang dimaksudkan tayar pancit adalah sebab muatan kami yang ramai.. huhu.. sampai hati..

Akhirnya kami kehilangan jejak Kembara.. Cuba menghubungi mereka.. bertanyakan arah.. tapi, kami tetap tersalah jalan..Antara dua persimpangan, kami terambil persimpangan yang salah..persimpangan yang membawa kami ke jalan dan arah berbeza.. ‘Sape tahu dimana U-turn??’, ‘dalam highway, ada U-turn ke??’ Maka, bermulalah satu episod perjalanan yang bersulam pelbagai cerita dan rasa..

Kami menjadi amat kalut.. sekalut-kalutnya.. Antara kami siapa yang tahu jalan?? Aku dan Kak Habsah dari Besut, Kak Rafi dan Kak Ros dari Qlate, Kak Ain dari Kedah.. dan Kak Wani dari ‘Far2 Away’ nun di Sabah..Jadi, siapakah dia yang kami boleh bergantung harap.. Hanya Allah.. masing2 berdoa agar perjalanan kami selamat, begitu juga sahabat2 dalam kembara mahupun rusa..Mereka sering bertanya khabar dan tidak putus2 panggilan yang kami terima..Terima kasih semua! Sang Kancil terus mencari punca, berusaha tidak berputus asa.. Dengan kudrat 6 muslimat, kami tetap tenang mencari jalan pulang.. Allahu ma’ana, Allahu ma’a shobiriin..Tol demi tol kami lepasi.. Nampaknya hari ini kami banyak menyumbang wang untuk tol saja.. dan kami ayik bermain dengan ‘highway’, tapi, tak jugak kami jumpa LDP yang sepatutnya kami tuju.. Sape2 pon yang kami hubungi pasti mengarahkan kami cari LDP.. Lebuh Raya Damansara-Puchong..Tapi.. arah mana??? Dengan berbekalkan doa dan usaha, kami terus mencari..Nampaknya waktu berbuka semakin hampir.. teramatlah hampir.. Kami sendiri sebenarnyatidak pasti samada sudah masuk waktu atau belum.. Nasib kami baik, di sebelah kiri jalan ada sebuah Shell. Kami berhenti di situ.. untuk berbuka, solat, juga untuk bertanyakan jalan.. 3 dalam 1..Aku tanya pekerja disitu, apa nama tempat tersebut.. ‘Shell Jalan Duta’.. Owh, Shell Jalan Duta rupanya.. tapi, di mana yep?? Aku sebenarnya seperti familiar dengan tempat2 di sini, 6 tahun duduk di KL malu sungguh bila aku sendiri tak tahu apakah gerangannya tempat2 ini.. ‘Tu la, dulu2 takmau blaja Geografi sesungguh!!’ huhu~ Tanpa berlengah, kami terus berbuka.. Sudah terlalu lambat rasanya.. 7.40pm.. Waah, juadah berbuka puasa hari ini adalah, keropok, air mineral, roti dan teh cina..Satu keseronokan pulak rasanya.. Berbuka di Shell berjuadahkan keropok..Tapi, sebenarnya kami tak berapa nak lapar.. Apa yang kami tahu, lepas ni solat, dan cari jalan pulang.. Matlamat-masih ingin menuju ke Kelana Jaya..

Bersambung..

Jumaat, September 05, 2008

virus vs antivirus


Baru2 ini, ada sorang sahabat diminta tampil ke depan untuk berhujah tentang virus dan antivirus. Inilah namanya spot talk… Emm. Terfikir jugak aku apa yang perlu dihujahkan. Dan hujahnya mestilah bernas untuk memberikan keyakinan kepada si pendengar. Otakku ligat berputar, berfikir.. virus, antivirus.. virus, antivirus.. dan seseorang menambah.. ‘dan heal dan delete..’ Sebarang idea??

Emm..virus tu apa ye?? virus adalah satu benda hidup yang amatlah kecik, tak nampak dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat menggunakan mikroskop, boleh menyebabkan penyakit/infection pada manusia atau benda hidup… dan sekarang terdapat juga virus yang menyerang barangan elektronik seperti komputer…dan virus ini merupakan hasil buatan/kepakaran manusia..

Antivirus…anti-benci, sesuatu yang melawan…maksudnya antivirus merupakan sesuatu yang melawan virus tersebut.. merujuk kepada kamus oxford, antivirus bermaksud sesuatu yang direka untuk mengenalpasti dan mengubati dan memusnahkan virus yang terdapat dalam komputer.. maksudnya virus seperti ini perlulah di ‘heal’ dan di ‘delete’ sebelum ia merebak dan menjangkiti seluruh sistem komputer..

Satu analogi mudah daripadaku.. anggap sahaja virus sebagai hawa nafsu, anti virus pengubat atau penyerang atau penentang hawa nafsu kerana daripada hawa nafsu inilah membawa kepada bermacam2 penyakit hati dan sebagainya, makanya, ia perlulah di ‘heal’ dan di ‘delete’ kan daripada diri..

Rasulullah SAW bersabda, ‘dalam banyak2 perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku adalah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan2.’ HR Tirmidzi.

Sifat yang menurut hawa nafsu boleh dikenalpasti atau di ‘detect’ melalui pelbagai keadaan..antaranya sifat malas berusaha, cepat marah, panjang angan dan banyak lagi iaitu yang tergolong dalam sifat2 mazmumah..

Makanya, kita perlulah sedaya upaya mencari penawar bagi penyakit2 seperti ini. Takut2 ia merebak menjadi penyakit yang lebih besar dan kronik pula.. takut2 bila dibiarkan ia akan memakan diri sendiri. Seperti komputer, andai diserang dan dibiarkan virus terus merebak, habislah segala dokumen di dalamnya musnah.. Kita pasti tidak mahu sifat2 mazmumah menguasai, memonopoli, dan memusnahkan diri kita bukan?? Jadi, solusinya, kita kena sentiasa ‘alert’ tentang kehadiran virus2 seperti ini dalam diri kita..

kuncinya..‘detect, heal, delete…’

Sekadar peringatan buat diri, perkongsian dan renungan buat sahabat…Andai ada yang tersalah, sudi2lah betulkan kerana ini adalah sekadar pandangan daripada hamba yang lemah ini…Andai sesiapa yang punya pandangan atau analogi berbeza tentang virus dan antivirus juga bolehlah kongsi bersama ye..Wallahu’alam.

Rasulullah SAW bersabda,

‘Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata2, Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan Allah membawanya keluar dari dunia ini dengan keadaan selamat menuju ke akhirat.’

Mencari Ar Rayyan

Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya tak menulis menyebabkan terasa amat kekok untuk menyusun kata…
Hari ini merupakan 5 Ramadhan, maksudnya, dah lima hari kita semua berpuasa.. Alhamdulillah, awal Ramadhan yang baik.. Mungkin sudah ramai yang menyatakan tentang fadhilat bulan Ramadhan dan puasa..Di sini, aku hanya ingin meringkaskan sahaja..

Sabda Rasulullah SAW, ‘ Di syurga itu ada satu pintu bernama ar-Rayyan, tiada yang memasukinya melainkan orang yang berpuasa, dan ia itu dijanjikan dengan menemui Allah sebagai balasan ibadah puasanya.’ HR Muslim.

Maksudnya, puasa juga merupakan satu ibadat atau satu usaha bagi kita untuk menggapai syurgaNya. Oleh itu, janganlah kita sia2kan Ramadhan yang datang. Sambutlah ia dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.. Di sini aku juga ingin mengajak sahabat2 untuk memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kali ini. Pesanan buat diriku :

1) cuba sedaya upaya khatam Quran dalam bulan Ramadhan-tadarus (Jadikan Quran sebagai sahabat baik, setiap saat yang terluang, isikan dengan bacaan alQuran…Jangan tinggal dan jangan biarkan ia terbuang.)

2) terawih jangan tinggal. (ingatkan diri bahawa hanya bulan Ramadhan punya kelebihan solat sunat terawih, tidak ditemui dalam bulan2 yang lain)
Rasulullah SAW bersabda, ‘ barang siapa bersolat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, diampunkan dosa2nya yang lalu.’ HR Muslim.

3) hindari dosa besar mahupun kecil. Tinggalkan perkara lagho.(mungkin agak susah, tapi, orang kata usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..Gambattey!!)
Rasulullah SAW bersabda, ‘ Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatuperkara yang jahil. Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata, sesungguhnya aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ HR Bukhari.

Inilah antara azamku sempena bulan Ramdhan yang penuh barakah ni.. Semoga azam dan citaku tercapai. Sekadar yang termampu akan aku lakukan… sekadar yang termampu bukanlah pada kadar yang minimum, tetapi hendaklah ia pada kadar yang maksimum..insya-Allah..

Buat sahabat, tanamlah juga azam sempena Ramadhan ye..
Semoga kita semua istiqamah dalam melakukan kebaikan.. Selamat berpuasa aku ucapkan.. Selamat beribadat.. Wassalam.