Allah! Alhamdulillah… Apabila melihat
keadaan di sudut dunia yang lain, betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia.
Kemiskinan yang kita lihat di bumi kita hari ini mungkin merupakan kemewahan
bagi mereka yang lebih miskin di sudut negara yang lain. Begitulah juga,
pergolakan yang kita lihat berlaku di bumi kita hari ini boleh jadi keamanan
yang dilihat oleh manusia di sudut dunia lain. Tapi, kenapa, masih enggan kita
bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah ini sedang masih ramai yang terlalu
mencintai dan mengagumi Negara kita ini?
Kami sekumpulan membawa kira2 33
bungkus nasi lemak. Dengan memegang satu beg plastik seorang kami mengeliling
kota. Seorang demi seorang kami temui sedang duduk di tepi jalan meminta
sedekah. Pada awalnya egoku menggunung tinggi, persoalan mencurah2 memenuhi
ruang fikir ku… ‘Pakcik, kenapa pakcik taknak bekerja?’, ‘Pakcik, kenapa pakcik
minta sedekah?’ Persoalan2 begini sedikit menyukarkan tanganku untuk
menghulurkan bantuan. Tapi, akhirnya aku cuba memandang mereka ini dari sudut
yang berbeza iaitu atas faktor desakan hidup yang sedang mereka alami. Dalam, sedalamnya
aku cuba merenung, ‘Kenapa nasib mereka begini?’
Soalan begini sedikit merendahkan
egoku, ‘Pakcik, di mana keluarga pakcik?’ Dan, mereka ini kebanyakannya
sebatang kara, atau ada juga yang dibuang keluarga. Kuhulur nasi lemak dan air
kotak di tangan, ‘Pakcik, ini sumbangan daripada kami, makanlah…’ dan aku cuba
tersenyum. Apabila melihat pakcik tersebut berterima kasih bagaikan aku ini
pemberi rezeki, sekali lagi, aku seakan mahu menangis. Mereka ini sebenarnya…
kurang pengetahuan tentang agama. Aku yakin! Mereka ini, kurang diberi
perhatian dan kasih sayang… Aku yakin! Itu jugalah faktor pendesak untuk mereka
hidup sedemikian rupa.
Berbeza pula dengan yang bukan
Islam, satu pengalaman baru bagiku apabila memberi makanan kepada non-muslim.
Berbeza sungguh perasaannya. Aku melintasi seorang pakcik cina yang sedang
berada di sudut kaki lima rumah kedai. Dari jauh sebenarnya aku sudah
memerhatikannya sambil fikiranku ligat berfikir. ‘Adakah patut aku membantu
non-muslim?’ Persoalan itulah yang bermain2 di fikiranku. Sehingga aku melihat
Nurul tanpa rasa kekok menghulurkan bantuan kepada non-muslim. Di situ aku
tersedar sesuatu, berbeza benar antara aku dengan Nurul. Mungkin kerana ini
pengalaman pertamaku atau mungkin kerana hatiku masih belum sepenuhnya ikhlas
melakukan ibadah ini? aku belajar sesuatu yang berharga daripada Nurul. Kata
Nurul, ‘kalau kita terjumpa seseorang, dan memang tergerak hati kita untuk
membantunya, jangan rasa ragu2 lagi, hulurkan saja pertolongan.’
‘Allah, susahnya nak membina
perasaan ikhlas yang benar lahir dari hati, Allah, sukarnya untuk bersangka
baik dengan sesama makhlukMu. Berkatilah setiap apa yang kami lakukan ini.’
Kerana aktiviti begini, satu demi
satu lembaran kisah2 junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW terdengar dan terngiang2 di
telingaku. Lupakah aku tentang mulianya hati nabi apabila memberi makan kepada
pengemis yahudi buta? Lupakah aku, ini juga salah satu bentuk dakwah yang boleh
aku lakukan? Lupakah aku dengan hanya memberi makan kepada pengemis tersebut telah
melahirkan satu kalimat agung daripada bibir sang pengemis yang tidak putus
dulunya mencaci maki Rasulullah SAW? Allahuakbar, DIA, hanya Dia yang boleh
memberi hidayah kepada hambaNya. Lalu, apa tugas kita? Semoga kita ini menjadi
satu wasilah membawanya kepada hidayah Allah. Amiin~ Inilah masanya
mempraktikkan apa yang telah dibuat baginda. Inilah masanya untuk mempraktikkan
uslub dakwah yang selama ini hanya kudengar dalam siri2 usrah saban minggu! Ya,
ini masanya!
Sekali lagi tangan ini menghulur
kepada pakcik cina yang kulihat tadi. Dia mengambil nasi bungkus yang kuhulur tanpa
sepatah katapun keluar daripada bibirnya. Bisu, seolah2 dia bisu tak mampu
berbicara. Ternanti juga aku mendengar suaranya mengucapkan seringkas ucapan
terima kasih. Tapi, diam dan sesaat dia memandangku kemudian tertunduk
mengangkat dan mencantumkan kedua tapak tangannya seakan menyembah, mungkin
itulah bahasa tubuh bagi sebuah ungkapan terima kasih. Aku tersenyum, mula
menyukai tugasku ini. Menjadi sukarelawan itu lebih memberi kesan di hatiku,
menjadi sukarelawan yang tidak membawa mana2 nama organisasi itu sangat
menenangkan hatiku, kerana, ia benar2 kerja sukarela yang tiada paksaan. Aku
memandang Nurul, bahasa wajah Nurul seolah bertanya, ‘OK?’ dan aku mengangguk, dalam hatiku menjawab ‘Sangat
OK!’ Senyum. ‘Allah, terima amalanku, semoga ini benar2 keranaMu!’
Pada awalnya, aku hanya memberi
dengan senyuman. Tapi, Nurul mengajarku pengajaran baru lagi. Hari itu, Nurul lah
guruku, banyak- terlalu banyak yang aku pelajari daripadanya. =) Nurul lebih
muda daripadaku tapi, dalam hal sebegini, pengalamannya lebih tua daripadaku.
Nurul mengajarku untuk cuba berbicara dengan golongan ‘homeless’ ini lebih2
lagi cuba tanyakan mereka tentang lokasi mereka apabila menjelang Ramadhan. Aku
tahu, maksud kami melakukan kerja2 begini bukan hanya ingin merasai pengalaman,
‘touch and go’, tp, kami lebih ingin melakukan sesuatu yang ‘touch and hold’.
Bukankah dari sudut dakwahnya begitu? Kita tidak berdakwah secara touch and go
bukan? Tapi, kita akan pegang mereka dan cuba untuk menyatukan hati bersama
Islam. Walau tak dinyatakan demikian, tapi, itulah menurut pemahamanku. Aku
faham daripada apa yang aku pelajari dalam usrahku. Subhanallah, inilah
praktikalnya~
Rasanya belum kuceritakan betapa
kami ini bukan hanya berjalan dan memberi kepada mereka yang secara kebetulan
kami temui tapi, kami berlari mengejar yang sedang berjalan tidak kurang juga
mengejar yang sedang berlari. Tugas mengejar ini lebih kepada lelaki. Tapi, tak
tahu kenapa, aku juga ingin rasa berlari mengejar yang sedang berjalan dan
berlari. Nurul ada mengejar pakcik yang jaraknya agak jauh, apabila tiba kepada
pakcik tersebut, dia menolak daripada menerima bungkusan dan sumbangan kecil
daripada kami. Kami faham maksudnya, di tangannya sudah ada bungkusan, bermaksud
sudah ada yang memberi bantuan. Dalam penat, aku membaca raut wajah Nurul, aku
tahu, dia tidak menyesal termengah2 mengejar pakcik tersebut. =) Dalam diam, aku benar2 mengagumi Nurul sebagai ketuaku, juga mengagumi Nurul sebagai seorang penuntut di jurusan sama denganku. Sungguh jarang kutemui seorang bakal arkitek yang boleh meluangkan masa untuk aktiviti2 sebegini. =) Semoga kami terus diberi peluang dan kelapangan~
Kemudian, giliranku berlari
dengan mengejar seorang pakcik India di satu lorong. Pakcik tersebut tidak
sempurna seperti kita, larianku ini, walau terbatas dengan 'skirt kembang', boleh dikatakan cukup laju menggunakan dua kaki milikNya,
tapi, langkah pakcik tersebut sangat perlahan kerana kepadanya Allah hanya
meminjamkan satu kaki. Aku cuba berdepan dengan pakcik tersebut, mengingat apa
yang dinasihati Nurul sebentar tadi, ‘cuba beramah mesra!’ Tarik nafas dan
hembus perlahan, kuhulur air kotak dan sebungkus nasi lemak sambil fikiranku
sedang menyusun ayat untuk diluahkan.
‘Pakcik, pakcik dah makan?’
Semoga dia fasih dan faham bahasa melayu!
Pakcik tersebut menggeleng, ‘Belum.’
Alhamdulillah, nyata, dia boleh berbahasa melayu. Sukar juga andai mereka ini tidak
fasih berbahasa melayu. Benarlah, bahasa mampu menyatukan antara seorang dengan
seorang yang lain. Kalau tidak, bagaimana aku ingin beramah mesra dengannya
bukan? ;p
‘Owh..Ini ada sikit makanan untuk
pakcik.. Pakcik makan ya…’
Pakcik tersebut memandang
polisterin putih yang dia sendiri tidak nampak isi di dalamnya. Dari tadi huluranku tidak bersambut. Dia membuka beg
hijau lusuh yang disandangnya, persis beg orang pergi haji tapi besar sedikit
daripada itu. Aku tak faham perlakuannya, aku tak faham maksudnya. ‘Ya?’
‘Masuk dalam ni…’ Jawab pakcik
tersebut. Owh itu maksudnya. Baru aku perasaan kedua2 tangan pakcik tersebut
sedang berpaut pada tongkat, tak mungkinlah dia mampu memegang nasi dan air
kotak di tangannya sambil berjalan. Aku terus memasukkan bungkusan nasi dan air
kotak ke dalam beg lusuh tersebut. Sempat juga aku 'terlihat' apa isinya di dalam
beg tersebut, yang terlihat olehku hanya tuala kecil yang juga lusuh dan aku
tidak tahu, mungkin kertas2 , macam2 kertas di dalamnya dan mungkin juga
pakaiannya. Kemudian, aku membantu untuk menutupnya kembali.
‘Pakcik, bulan puasa nanti pakcik
di mana?’ Aku tahu, pasti dia bukan di masjid. Pakcik tersebut diam sambil
membetul2kan beg sandangnya.
‘Ada sini?’ soalku lagi, masih
mengharap respon daripadanya.
Sekilas pakcik tersebut memandangku.
‘Ada… ada sini…sini saja…’ Jawabnya.
'Sekeliling sini ya?' Soalku meminta kepastian. Kelihatan dia mengangguk menjawab pertanyaanku.
Kemudian aku kehabisan kata2, apa lagi
mahu ditanya ya? Pakcik tersebut tidak begitu mesra untuk melayanku.
‘Hmmm… ok lah pakcik, saya tahu
kalau yang muslim mereka akan ke masjid…. Saya takut, nanti kalau ada lagi
sumbangan takde sapa2 pulak di sini…’ Pakcik diam. Aku sendiri mati kata2
sambil mataku meliar mencari kelibat Nurul dan ahli kumpulanku…
‘hmmm…
pakcik saya pergi dulu ya, nak pusing2
lagi… pakcik jalan elok2 ya.’ Aku melangkah kaki berlalu selepas pakcik
tersebut mengucapkan terima kasih. Entah kenapa, aku bukan mengharap ucapan
terima kasih daripada mereka, tapi, sebaik aku mendengarnya, hatiku rasa
senang, terasa mereka sangat menghargai usaha kecil yang kami lakukan ini.
Sekali lagi, Allah redhalah usaha kami ini~
Plastikku sudah kosong. Kugumpal dan
kugenggam. Masih banyak lagi dalam pegangan ahli kumpulanku, kami bergerak lagi
tidak jemu mencari mereka yang perlu dibantu.
***
Baginda Nabi Muhammad SAW
bersabda maksudnya :
‘Sesiapa daripada kalangan Mukmin
memberi makanan kepada Mukmin yang kelaparan maka Allah SWT akan memberinya
makanan buah-buahan Syurga pada hari kiamat. Sesiapa daripada kalangan Mukmin
memberi minuman kepada Mukmin yang kehausan maka Allah SWT akan memberinya
khamar Syurga yang termeterai bekasnya pada hari kiamat. Sesiapa daripada
kalangan Mukmin memberi pakaian kepada Mukmin yang tidak berpakaian maka Allah
SWT akan memberinya pakaian Syurga yang berwarna hijau.’ (Riwayat al-Tirmiziy
dan Abu Daud)
***
Asar, kami siap tugasan kami.
Alhamdulillah sekurang2nya 99 bungkus nasi lemak berjaya kami agihkan. Mungkin
ia kelihatan kecil. Nasi lemak, dan air kotak, tapi sungguh, untuk projek
seterusnya, kami benar2 berharap sumbangan daripada sahabat2 lainnya… kerana,
ada satu perkara yang kami sedari, yang lebih2 peka akan kodisi mereka di
jalanan ini adalah pihak gereja. Kami ada berbincang, dan kami khuatir dakyah
mereka ini akan berjaya memesongkan akidah segelintir ‘homeless’ yang beragama
islam dan yang benar2 terdesak hebat perlukan bantuan.
Sanggupkah kita melihat keadaan ini
berlaku? Aku tidak sanggup, dan sahabat2ku ini juga tidak sanggup, aku yakin
kalian juga tidak sanggup… Seperti yang kukatakan tadi, mungkin kerana kurang
pengetahuan agama jugalah menjadi faktor mereka berumah di tepi jalan dan
jambatan, menjadi pengemis jalanan dan paling kasihan yang tidak lagi punya
kewarasan fikiran. Mungkin ini pilihan mereka atau mungkin benar ini takdir
mereka, tapi, sanggupkah kita terus melihat mereka ini terbiar tanpa dibantu,
atau terbantu oleh pihak yang tak sepatutnya?
***
Aku terpandang kotak makanan bercop
padanya jenama Mary Brown yang dipegang oleh seorang pakcik di tempat duduk sekitar Pasar Seni. Nurul berbisik, ‘Diorang
(gereja) sangat banyak dana untuk bagi mereka macam2’ Nurul seakan dapat membaca fikiranku. persoalan tentang di mana mereka peroleh makanan mewah begitu?
Aku menjawab sepi. Lama aku berfikir, kemudian memberikan satu cadangan, ‘Yan terfikir, mereka mungkin
perlukan selimut. Malam mesti sejuk…’ Bagitahuku pada Nurul.
‘Yan tahu? semua tu, gereja selalu bagi…’
Aku menarik nafas dalam merenung pokok 'sakura Malaysia' di seberang sungai yang di dindingnya penuh graffiti menarik. Di hujungnya tertera cop 'nippon paint', aku memandang sangat dalam tapi fikiranku sangat kosong.
'Kalaulah aku kaya!~'
*mengeluh*
***
Akhir daripadaku, daripada kita
menjadi orang yang buta dan tuli, ada baiknya kita menjadi orang yang prihatin
dan peduli~ insyaAllah. =) Terima kasih sahabatku dari Weekenders Club kerana
telah memberiku peluang merasai pengalaman ini.
3 ulasan:
semoga kita diberi pahala dan limpahan kasih sayang dari ALLAh swt diatas setiap sesuatu yang baikkita lakukan.. InsyaALLAH.. macam mana nak follow blog ni? ^^ saya tak jumpa butang follow.
Jazakillahu khairan =)
nak berkenalan dgn tuan blog bley? hehhee
salam ramadhan kareem ~
salam. insyaAllah amiin~
owh, saya pon x sure macam mana nk follow blog sy ni..dah ditutup lama sbb takut tengok kalau ada org follow blog..=)
boleh je berkenalan, asalkan 'senyum seindah kachang soya' ni perempuan (yes u are kn..). ;p btw, join lah WC msti someday kita akan jmpa insyaAllah (atau memang kita dh jumpa?maaf2, x cam~), n thanx for promoting WC. =D
salam ramadhan kareem~ =D
heheh..pompuan ^^
hehehe..
saya bru penah p yang save for syria tu ja.. =)
IA, smoga dpt berjumpa.
Catat Ulasan