8.40 pm : Jalan Haji
Taib 2
PUISI KEDUA
Perlahan ku turun dari
CCSC.
Siang matahari senja
sudah bertukar gelap gelita.
Tak nampak bulan yang menerangi
alam.
Maka, bermulalah sebuah
perjalanan yang penuh pengajaran.
Perjalanan yang disimbah
lampu jalan yang malap,
Lorong yang sedang
menangis! Getusku~
Suram- Jalan2
kelihatan suram dan muram.
Kami disuluh samar
tapi jelas tujuan.
Misi harus dicapai!
Demi menanam sifat
kemanusiaan.
Dan rendah diri pada
nasib berbeza yang diberi Tuhan
Kali ini,
Biar mereka yang mengajar dan kita akan belajar.
Endahkan rasa gusar!
Sebab…Allah hanya
memberi kita lebih sedikit.
Bukan bermakna kita ini
lebih baik!
***
Medan Selera Chow Kit,
Itu lokasi praktikal
pertamaku dan teman2.
Itu pertemuan pertama
dengan seorang pakcik,
Mungkinkah
gelandangan?
yang katanya sedang
bekerja.
Telahan positif!
Mungkin dia hanya gelandangan~
Sibuk dia menyelongkar
guni2 di hadapannya.
Aku sendiri tak pasti
isinya- mungkin tin2 dan botol2 yang dikutip seharian.
Awal begini aku hanya
mampu menghulur kit ungu yang kupegang,
Dan menjadi pemerhati setia,
sambil aku melihat sosok
tubuh pakcik malang itu.
Tubuhnya kurus tidak henti
bergerak kiri kanan.
Bergoyang2 tak henti
membuatkan aku sedikit rimas.
Tidak henti juga
matanya meliar entah kemana2
Mungkin kehadiran kami
membuatkan dia lemas!
Tak tahu- dia selesa
atau tidak?!
Aku hanya memerhati.
Dan terus memerhati.
Menelan senyuman yang
kelat dan pahit.
Masih awal untuk aku
bertanya macam2
Lidahku kelu, setiap
butir perkataan hanya mampu kutelan
Aku sedang-Diam!
Aku sedang – menelaah
figura di hadapanku ini.
Juga,
Aku sedang...
Cuba meneladani kasih
Muhammad (SAW) terhadap ummat!
Cuba memandang dia(pakcik)
sebagai tak lebih seorang yang dhaif.
Dan…
Aku sedang…
Membina persepsi yang
selamat!~
Pada dia yang naïf.
***
Permulaan kami berdekatan dengan Medan Selera Chow Kit.
Sambil berjalan sambil mencatat, baru kali ini aku rajin berbuat begini. Selalunya
akan kutulis hanya apa yang kuingat dan paling terkesan di hatiku selepas
program. Tapi, perjalanan kali ini aku ingin menulis dan merekod pengalaman ini
dengan lebih baik. Aku ingin merekod dokumentari peribadi dan ingin mulakan
semula journal2 tulisan tanganku yang sudah lama terbiar kosong. Satu hari
nanti, journal dan tulisan sebeginilah yang akan menjadi teks peringatan buatku
kelak. Tak dapat dinafikan lagi, manusia itu kan mudah lupa! Atau harus kuakui,
aku sendiri yang hampir kronik penyakit mudah lupa. Tanya saja pada Hajar teman
baikku. Selalu saja aku terlupa di mana letak kasutku atau bila temujanjiku
juga nama teman2ku.
Pertemuan pertama kami dengan seorang pakcik yang sangat
kurus. Aku sendiri tak pasti dia layak digelar seorang pakcik atau seorang
abang, maksudku, aku tak pasti dan tak mampu mengagak usianya. Mungkin juga
kemiskinan menyebabkan dia nampak sedikit tua dripada usianya, atau mungkin
kerana pakaian lusuh dan buruknya menampakkan dia lebih tua daripada usia
sebenarnya atau mungkin memang usia sebenarnya yang sama tua dengan
penampilannya. Aku mengagak, penampilannya lebih tua daripada usianya. Tapi,
aku tetap memanggilnya dengan panggilan pakcik. Huluran kit ungu pertama adalah
untuk pakcik ini. Tapi aku hanya menyebut, ‘Ni ada sedikit sumbangan daripada
kami…’ Kemudian aku diam. Kami puteri2 merah jambu mengelilingi pakcik
tersebut. Rasanya hanya seorang dua yang berani beramah mesra dengan pakcik
tersebut. Berkali2 guide kami memandang setiap daripada kami, mimik wajahnya
seperti menyuruh kami bertanya lagi. Tapi, ini yang pertama, elok rasanya aku
hanya menjadi seorang pemerhati~ Tetap kuukir senyum seikhlas yang mungkin. =)
Kami segerombolan bergerak lagi. ‘Yang penting
jangan pecah kumpulan’-antara pesanan keselamatan yang kuingat. Tempat kedua
berdekatan dengan Perniagaan Sin Yap Chan, memberikan kit kepada pakcik cina
dan beberapa orang lagi yang kami temui di situ. Kebanyakan mereka ini bekerja
mengumpul tin dan botol- ini menurut pemerhatianku. Dan kami temu beberapa
orang makcik India, juga kami hulurkan kit2 kepada mereka. Mereka semuanya
ramah, tidak rasa sedikitpun mereka ini boleh membahayakan keselamatan kami.
Disebabkan setengah mereka lebih ramah, aku menjadi sedikit selesa. Dan, dari
situ aku mula bertanya macam2. Pertanyaan harus dijaga, takut tersalah tanya,
naya! Pesanan keselamatan kedua yang aku ingat, ‘Jangan tekan suis mereka!’
Maksudnya, berhati2lah dalam bertanya, sekali kita tersalah tanya, mungkin
harus menerima akibat yang tidak baik.
Kemudian kami bergerak lagi mula memasuki ‘Bandar suram’,
maaf ku katakan, disini aku rasa seperti sedang melalui sebuah lorong kejahatan yang mengerikan. Kalau
tidak ada latar belakang dua batang bagunan megah Menara KLCC dan rel LRT,
pasti Bandar ini sama sekali tidak kutahu berada dalam Kuala Lumpur sebenarnya.
Seolah2 ia kawasan terasing, perkampungan miskin yang entah berada di ceruk
mana. Tapi, kerana mercu tanda KL berdiri megah disitu, aku masih percaya kami
sememangnya di KL dan belum sesat di mana2 negeri terasing~ Kali ini aku lebih
berbangga dengan mercu tanda Kelantan yang sederhana menjunjung al Quran, Biar
dikatakan miskin, tapi, belum kutemu kampung2 sebegini sadis di sana~
***
Aku tidak ingat berapa orang sudah kami berikan bantuan dan
beramah mesra. Aku sudah kehabisan kit ditangan awal2 lagi. Jadi, untuk sisa
perjalanan seterusnya aku gunakan untuk memerhati dan mentafsir kehidupan di
situ. Kami membantu mereka yang berada di sekitar Pemborong Pakaian Alpha,
beberapa orang lagi kami berikan kit sehingga kurasa 120 kit itu sangat tidak
mencukupi untuk membantu kesemua mereka di sini. Berbeza suasana dengan Projek
Homeless Weekenders yang kami benar2 bersusah payah mengejar gelandangan untuk
diberi bantuan, itupun hanya 99 bungkus berjaya kami sumbangkan, sebungkus
tertinggal. Untuk projek homeless di sekitar Jalan Duta, Masjid Jamek dan Pasar
Seni, kami berasa sangat penat dan rasa peluh mencurah2 satu badan. Berbeza di
sini, kami hanya perlu berjalan santai pasti akan ditemui seorang demi seorang,
malah ada yang berkumpulan. mereka pasti meminta, tak menunggu kita memberi~
***
Hotel Bee Seng. Aku membaca papan tanda sebuah premis perniagaan
di situ. Sebelumnya aku melihat beberapa maknyah menuruni tangga hotel
diseberang jalan. Berkali2 aku mengucap. Tapi, aku tidak pula membaca papan
tanda hotel tersebut. Hotel Bee Seng-cepat aku catat sebagai lokasi ke empat
kami tujui. Pandangan kuterus mengarah ke seorang perempuan yang membawa
stroller bayi. Berseluar panjang dan Berbaju sleeveless, rambutnya diikat lepas
seperti ekor kuda setinggi paras telinganya dan kami saling berpandangan. Guide
kami, Bro Fansuri memanggilnya dan terus dia menolak stroller bayi ke arah kami. Sambil
tersenyum dan kelihatan sangat ramah dia berbual dengan Bro Fansuri.
Aku tidak lagi memandangnya, bicara mereka juga tak masuk ketelingaku. aku tak lepas memandang seorang bayi comel di
dalam stroller yang dibawanya. Bayi yang tak lokek senyum, ala2 anak hindustan
wajahnya. Bertubuh mantap dan kelihatan sangat sihat. Bersih!
Belum sempat aku bertanya apa2, aku terdengar guide kami
bertanya wanita tersebut, ‘Mana yang lain?’ Dan dijawab riang, ‘Ada, kejap nak
panggil!’ Dia terus berlari meninggalkan stroller dan bayi tersebut bersama
kami. Waktu itu sempat guide kami bagitahu, ‘Anak dia… Anak yang tak ada
dokumen, tak sah taraf.’ Terkedu aku, bayi yang sangat comel dan kelihatan
sangat riang ini terpaksa hidup begini, di sini? Apakah nasib dia nanti? Mula jatuh kasihan~
Seketika kemudian wanita tersebut turun dengan seorang
pakcik cina dan seorang lagi yang aku terlepas pandang. Aku lebih suka melihat
keletah bayi di dalam stroller.
‘Nama dia Iman.’ Bagitahu wanita tersebut.
Kemudian kedengaran Bro Fansuri bertanya, ‘Dah daftarkan
dah?’
Dijawab penuh semangat, ‘Dah. Dah. Dah setel semua.’
Kedengaran suara kelegaan oleh seorang ibu yang
nasibnya sendiri terumbang ambing. Aku yakin dia sendiri pasti mahukan yang
terbaik untuk anaknya ini. Kami diberi izin bermain2 dengan Iman, dan tanpa
segan silu kami mengangkatnya. Sungguh ramah bayi kecil ini.
‘Kak, umurnya berapa?’
‘7 bulan.’
‘Sihat nya dia…’=)
***
Semoga kelak apabila dia dewasa, dia berpegang teguh pada namanya-Iman!
***
'Jika berfikir positif, ternyata mengenal seseorang secara emosional
memberikan akses pada sebuah bank data kepribadian tempat kita belajar
banyak hal baru.' -Andrea Hirata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan