Melangkah naik anak tangga satu demi satu sambil mengelak2
daripada lelaki yang seorang demi seorang turun berselisih denganku. Mereka
memegang bungkusan polisterin, sambil turun dan tersenyum memandang aku-mungkin
lebih tepatnya, memandang kami. Ada dengan ramah memberi salam. Kujawab
perlahan meraikan. Pakaian mereka, ku agak, dengan nama Cure & Care Service
Centre, mereka ini mungkin bukan staff di pejabat yang semakin kuhampiri ini.
Uniform staff mesti lebih sopan, kemas dan bersih. Jadi, mungkin mereka adalah
penerima bantuan daripada pusat ini. Cure & Care Service Centre (CCSC),
sesiapa saja mungkin boleh mengagak apa tugasnya. Belum sampai tangga teratas
aku dihalang oleh seorang wanita yang sedang membongkok menulis sesuatu. Persis
sedang mendaftar masuk atau menerima bantuan. Aku tunggu sekejap dengan barang2
bantuan yang penuh ditanganku, sebaik wanita tersebut berdiri tegak semula, aku
mula bergerak untuk ke anak tangga terakhir. Aku berpaling dan… Rupanya wanita
yang kusangka wanita tulen sebenarnya hanyalah 'wanita jadian'. Wajahnya yang
sedikit kasar membezakan antara wanita sebenar atau tidak. Lega aku tidak maju
dulu dan terlanggar dengannya sebentar tadi. Dia tetap lelaki walau fizikalnya
sudah diwanitakan!
Mengucap panjang~
***
Kusangkakan projek homeless ini lebih kepada konsep ‘redah
dan jumpa’ seperti yang pernah kulakukan dengan Weekenders Club baru2 ini.
Rupanya, program kali ini membawa kami kepada satu taklimat yang separa formal
daripada pihak CCSC. Beberapa orang lelaki tegap berada berhampiran kami. Rupa seperti bodyguard yang akan menjaga kami, kelihatan bengis tapi mesra~
Hanya seorang yang kukenal yang menggelarkan dirinya Abang
Mat, kalau tidak silapku. Namanya Ahmad Fansuri Mohamad Nasir, seperti yang
tertera pada kad namanya yang kuminta sebelum pulang. Lelaki2 yang tegap tadi
pula adalah sukarelawan tetap kepada NGO ini. Aku kagum dengan semangat mereka
ini. Bagaimana mereka sangat gigih berusaha mengubah dan memberi bantuan kepada
beberapa golongan manusia seperti penagih dadah, gelandangan, pelacur (atau
istilah baru- pekerja seks), juga pemabuk. Aku kagum bukan kerana hanya
semangat mereka, tapi, aku sendiri kagum kerana mereka boleh berubah kembali ke
fitrah. Mereka yang berbadan tegap ini sangat sukar dipercayai adalah orang2
yang pernah menagih dahulu. Orang2 yang pernah menguasai jalan2 sekitar Chow
Kit dengan suntikan jarum dan ketidakwarasan akibat khayal. Orang2 ini adalah mereka yang pernah hilang dalam dunia magika!
Sedengar aku, disebut oleh salah seorang daripada mereka,
pekerja di CCSC punya 12 orang, 9 daripadanya adalah bekas penagih. Rasa mahu
menangis saat mendengarnya. ‘Allah, Kaulah Pemberi Hidayah, Kaulah selayaknya
menuntun kami kembali ke jalan lurusMu.’
Silap! Mereka bukan sampah masyarakat! Kewujudan slogan ini
adalah satu kesilapan yang sangat besar. Persepsi negatif terbit daripada
slogan ini, ‘penagih akan selamanya menagih’ padahal hakikat sebenar ada di
hadapan mataku bahawa, ‘mereka lebih mulia berbandingku!’ Diulang2 oleh mereka,
‘mereka bukan sampah masyarakat! Malah apabila mereka sedar kesilapan mereka, mereka
malah lebih menguntungkan para majikan dan masyarakat…’
Itu yang aku dengar, dan kucuba didik hatiku untuk menerima
mereka ini sebaiknya. Mengubah persepsi skeptikal ku… Bukan senang, sungguh
bukan senang untuk berubah. Berdikit2, berjengket2, bertatih2 mereka ini cuba
berubah tapi, persepsi masyarakat sering menjatuhkan mereka kembali ke lembah
dadah. Aku teringat kisah adikku sendiri, sewaktu pertama kali aku mendengar
adikku berbuat jahat (atau buku Indonesia suka menggunakan ayat berbuat dajal),
aku tak boleh menerimanya. Aku segera menghukum, menjadi seorang kakak yang
garang lagi bengis. Sukar untuk kuterima apabila pengetua dan guru disiplin sekolah
datang ke rumah. Waktu itu aku di asrama menerima panggilan ayah. Dan, hatiku
sendiri hancur, tak dapat kubayangkan hati emak tika itu.
Tapi, hari ini, aku mampu tersenyum apabila melihat adik
lelakiku yang seorang itu ke kuliah2 agama. Alhamdulillah~ Aku yakin dia sedang berusaha untuk
berubah. Aku yakin kerana perbuatan2nya dulu sebenarnya lebih banyak
mendidiknya hari ini. Cuma, betullah berubah ke arah baik itu tak senang. Perlu
mujahadah yang besar. Begitulah juga, ingin suruh perokok berhenti merokok juga
susah apatah lagi nak berhentikan orang yang sedang berpenyakit gian~gian dadah...
***
Encik Ahmad Fansuri,
kudengar orang memanggilnya Abang Mat (tidak silapku), tapi, aku lebih suka
membahasakan formal atau paling tidak aku panggil Brother sebagaimana kupanggil
lecturer2 lelaki di KAED. Bro. Fansuri memegang jawatan Pegawai Perhubungan
Awam, Dana & Pangkalan Data. Terlalu panjang jawatannya untuk kuhafal,
untung saja aku diberikan kad nama olehnya dengan niatku untuk membawa
sahabat2ku merasai ‘Erti Hidup pada Memberi’ satu hari nanti. Sangat berbeza
antara memberi ilmu dengan memberi khidmat masyarakat seperti pemberian keperluan
asas. Kadang2 pemberian sesuatu keperluan itu lebih terkesan di hati mereka,
sentuhan kasih sayang lebih terasa oleh mereka dan kemudian, dengan sendiri
muncul kesedaran dalam diri mereka untuk mencari ilmu. Nah! Ini juga dakwah!
Bro. Fansuri bertanggungjawab memberi taklimat kepada kami.
Usai solat Asar, kami duduk rapat2 di ruangan pejabat kira2 hanya besar sedikit
daripada ruang tamu rumah sewaku. Mungkin 4mx5m atau lebih atau kurang. Kami
memandang slide yang ditunjukkan sambil mendengar penerangan ringkas
daripadanya. Lebih kepada pengenalan tentang CCSC dan juga peranan CCSC.
Secara ringkasnya, ingin kukenalkan CCSC, nama penuhnya
seperti termaktub dalam pendaftaran NGO adalah Cure & Care Service Centre
dan rasanya sudah kujelaskan pun ringkasannya di baris2 sebelum ini. =) Jadi
tak perlulah kuulang lagi.
***
Taklimat lebih kepada sesi soal jawab. Kami bertanya,
Brothers kami menjawab. Hingga tibalah sesi bersama YM Raja Azizan Suhaimi. YM
semestinya singkatan Yang Mulia kerana dihadapan nama Azizan itu punya pangkat
Raja. Maka, dalam agensi kerajaan, dalam surat menyurat pasti akan disertakan
YM di hadapan yang mana emak sendiri selalu mengadu tak mahu diletakkan YM di
hadapan namanya kerana sebelum nama Halimah punya pangkat Engku. Sedangkan aku
selalu berbangga apabila melihat YM di depan nama emakku. Sungguh belum luntur
sifat bangga diriku ini! Tapi, memang tiada apa yang mulianya pada pangkat, itu
hanya adat. Mulia kita sebenarnya pada sifat, sifat yang akan dianugerahkan
Allah hadiah lumayan di syurga nanti. =) Tak perlu berbangga kan.
Taklimat YM Raja Azizan, mungkin lebih kepada perkongsian.
Aku berbangga (see, masih guna perkataan ni.haih~) kerana hari ini aku
ditemukan dengan insan2 ini. Insan yang tak sampai seminit berjumpa, sudah
kukagum dengannya hanya kerana introductionnya, ‘Aku dulu menagih. Hari2 aku
menangis dan mengadu, Ya Allah kenapa Kau pilih aku jadi penagih dadah?’ Beliau
ini, YM Raja Azizan merupakan penaung CCSC, membuka NGO ini kerana kesedaran
dalam dirinya yang sangat tebal bahawa penagih boleh berubah dan mengubah! Ini
hanyalah ayat konklusiku tentang dirinya setelah asyik dia mengutuk slogan
kerajaan tentang penglabelan ‘Sampah Masyarakat’ terhadap penagih2 dadah. Mulianya
dia sehingga layak benar YM dihadapannya.
Kata YM, ‘penagih dadah ini juga pesakit… kau kena faham
dulu maksud penagihan ni…baru boleh jadi volunteer…’ Itu mukadimahnya,
kemudian, YM bercerita panjang tentang dirinya, perkongsian kepada pengalaman
di zaman hitamnya. Beberapa perkara yang kurasakan penting kucatat cepat,
‘Kita selalu suruh penagih berhenti, tapi, kita tak pernah
tunjuk cara macam mana nak berhenti… Orang tak rasa, orang takkan tahu betapa
menderitanya penagih dadah… Aku menangis hari2, mengadu, Ya Allah, kenapa Kau
pilih aku menjadi penagih?’ Hanya ini sempat kucatat pada awal perkongsiannya
walaupun kalau ikut hati ingin kurekod setiap bait katanya.
‘Sekarang Alhamdulillah, aku dah OK, sekarang aku cuba nak
menghayati balik hidup sebagai orang normal. Aku ada anak..aku ada isteri.
Lepas ni aku nak balik bersama anak isteri aku…’ Sambungnya. Bagaimanapun,
hanya sedikit2 yang mampu kucatat. Tidak semua isinya… Aku catat isi2 yang
menyentuh hatiku. Baca ya. =’)
‘Allah uji kita dengan macam2 ujian, macam2 cara Allah uji
kita termasuk Allah uji kita dengan kehadiran anak2 yang menagih, suami menagih
atau isteri menagih (naudzubillah)… Ramai yang tak pandai menghadapi ujian ni…
Ramai yang berputus asa dan surrender! Tolong, aku harap, korang jangan
judgemental, jangan menghukum manusia. Allah je boleh menghukum kita…Kita ini
normal tak bermakna tak buat dosa… Jadi, tolong hormat mereka sebagai seorang
hamba Allah! Tolong doakan mereka! Mereka perlukan doa kita! Korang nak buat
kerja amal, dalam memberi sertakan juga dengan doa. Bagi dengan penuh perasaan
ambil berat sebab mereka ni lebih faham bahasa tubuh kita. Mereka boleh baca
kita ikhlas atau tidak… Bersyukurlah sebab kita masih terpelihara dan tak
terlibat dengan jalan2 penagihan ni…’
Sebenarnya yang kucatat ringkas yang amat, sukar juga nak
mencantumkan jis2 perkongsiannya. Tapi, inilah serba sedikit yang kuingat dan
kucatat daripada perkongsian YM. Dan, ada satu kata2 YM yang menyebabkan aku
terus bersemangat untuk menulis dan menyampaikan cerita ini, ‘Siapa yang nak
tolong buka minda masyarakat sekeliling? Kita inilah yang harus membantu,
menjadi generasi yang membuka minda masyarakat dan memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang hal ini…’ Dan, aku tersedar yang aku salah seorang generasi
itu yang harus menyampaikan pesanan2 ini. Aku tiada wadah lain selain daripada
penulisan comotku ini~
Usai perkongsian. Beberapa minit lagi azan maghrib tanda
berbuka puasa. Kami bersiap2, mengambil wudhu’ siap2 dan menyediakan juadah
berbuka. Ringkas, menu yang diberi kepada gelandangan, menu yang sama jugalah
yang kami sajikan dan makan.=) Jam 8.30 paling lewat kami akan bergerak mencapai misi kami~ Kami, segerombolan pink kecuali aku, makhluk hijau yang tiba2 menyertai program ini akan bergerak sekitar Chow Kit dengan kit2 bantuan yang akan kami berikan. Purple untuk lelaki, Pink untuk wanita. =)
Allah permudahkanlah jalan kami ini. Rendahkanlah hati kami
ini. Sentuhlah hati kami ini dengan sentuhan penuh kasih sayang. Tautkanlah
hati kami ini dalam tautan kerana agamaMu. Peliharalah kami ini yang cuba mendampingi
hambaMu. Lapangkanlah hati kami ini yang sesak dengan syakwasangka.
Ya Allah, rendahkanlah hati ini yang sering egois dan sinis~
rendahkanlah hati ini! Rendahkanlah hati ini~
Sungguh, sering kusedar…sangat susah untuk membina ikhlas!
***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan