Hampir jam 12 malam. Aku masih memandu untuk pulang ke
Wangsa Maju. Panduanku malam ini sedikit berhemah, malah, terlebih hemah. Dari
tadi aku membontoti sebuah saga putih yang kukira berkelajuan 30-40km/j. Tak
pernah aku sesabar ini, dengan panduan sehemah ini. Paling tidak aku akan
menekan minyak sehingga jarum meter menunjukkan angka 60 di jalan lurus begini-
MRR2- lewat malam, jalan lengang. Hanya di lorong kiri untuk tidak memotong dan
masih di lorong kiri sehingga membelok ke susur kiri ke flat Wangsa Maju.
Sungguh, panduanku perlahan menandakan jiwaku kosong, tidak mahu cepat ke
mana2, tidak juga mahu takut lagi pulang ke rumah selewat jam 12. Wangsa Maju!
Kiralah berapa kejadian jenayah yang pernah berlaku di sini. Tapi, aku masih
begini- mungkin hanya untuk malam ini, gentarku hilang pada kesuraman jalan nan
sepi Wangsa Maju, tidak kelihatan juga saga putih di hadapan yang masih setia
kuturuti, hala tuju kami seolah sama.
Di layar mataku, lebih banyak bermain sketsa kehidupan
masyarakat Islam di lorong2 gelap kejap tadi~ Itu lebih menggusarkan hatiku.
Suasana panduanku sepi, sepi seolah radio juga tidak berfungsi sedang nasyid
yang berkumandang itu kegemaranku~ Telingaku tidak berupaya langsung menangkap
bait lagu yang sedang diputarkan. ‘Ah, nasib manusia itu lebih kasihan. Adakah
mereka pernah terhibur dengan kehidupan begitu, hidup gelandangan, berumah di
tepi jalan?Masyuk dalam khayalan.’ Belum lagi aku lihat rumah tampal yang
disebut2 En. Ahmad Fansuri sebentar tadi. Diulang2 sehingga kurasakan ingin
menjejak dan melihat sendiri apakah itu rumah tampal.
Ini hasil google ku,
***
Secara tak sengaja aku mengikuti program Mahallah Safiyyah,
atas jemputan sahabat seniorku Kak Aiza merangkap fellow Mahallah Safiyah. Aku
bersemangat untuk turut serta.
Aku tak tahu bagaimana harus berterima kasih padanya, tapi
mungkin kuharus menaikkan popularitinya di sini tanda terima kasih yang tak
terhingga atas pengajaran yang tak mungkin akan kupelajari walau ke peringkat
PHD sekalipun.
Aku terlupa bila aku mula mengenali Kak Aiza. Tapi, rasanya
mungkin Kak Aiza terlebih dahulu mengenaliku, petang tadi kami bercerita
panjang. Diulang2- katanya, ‘Kak Aiza dah baca blog yan dari yan first year
lagi.’ Sedikit malu dan terasa sangat rendah diri. Sebab Kak Aiza sangat aku
dihormati, Kalau kenali aku di tahun satu, bermakna waktu itu aku masih seorang
pelajar KAED yang sangat kurang pengetahuan dalam banyak hal. Seorang murid
tahun 1 yang sangat hingusan menurutku, yang sangat skema dengan memakai tag
nama ke mana saja kupergi, memakai kasut hitam litup, masih terpengaruh dengan
gaya ‘innocent’ pusat asasi. Mungkin tika itu juga penulisanku lebih beremosi
atau tepatnya kurang matang- tidak hanya di tahun 1, mungkin juga sekarang!
Masakan kakak ofis KAED yang kuhormati tahu kewujudan blog
ku, malah sudi membaca tulisanku? Blog dhaif, hanya ruangan kosong putih yang
terdampar tulisan2 yang naïf. Tapi, itulah kejutan yang kuterima! Malu sendiri~
***
Kelibatku ini sering muncul a.k.a menyibuk di ofis KAED,
asyik mengganggu Kak Faridah, PA Deputy Dean of Student Affairs. Kusangka peratus
popularitiku paling tinggi hanya 0.00001% di KAED terutama di ofis KAED,
bermaksud mungkin hanya Kak Faridah yang mengenaliku, tapi, sedikit terkejut
apabila ditegur jiran cubic Kak Faridah, ‘Awak Izyan kan?’ soalnya. Kembang! Peratusan
meningkat, 0.00002%. Relevankah angka ini?
Kakak tersebut- pada awalnya tidak kutahu namanya, kami
sekadar bersapa melalui senyuman atau sekadar bersapa salam setiap kali
kujenguk Kak Faridah. Gayanya seperti sebaya denganku padahal anak sulungnya hanya
lebih muda 4 tahun berbandingku. Awet muda yang ajaib!
Aku memandang wajahnya dengan pertanyaan dalam hati, ‘Macam
mana kakak ni tahu namaku?’
Dan seperti didengar
atau mungkin kerana melihat wajah kehairananku, jiran Kak Faridah menjawab lagi,
‘Awak kawan Sarah kan? Anak saudara akak tu…’
Owh mak saudara Sarah rupanya…Masihku ingat Sarah yang mana,
aku selalu tak lepas pandanganku terhadap Sarah sewaktu di Pusat Asasi dulu.
She is adorable! Satu sosok yang sangat sempurna dimataku membuatku tertarik
untuk berkawan dengannya, mungkin juga ingin menjadi sepertinya. Moganya aku
tak lebih memuji kan? Tapi, masih musykil, macam mana akak ni tahu aku kawannya
Sarah?
Frekuensi bisikanku seolah sampai padanya. Seperti didengar
lagi, Kakak tersebut menjawab, ‘Akak baca blog awak melalui blog Sarah.’
Ok terjawab! Tapi aku malu, waktu itu belumku tahu nama
kakak peramah itu lalu ku berbisik pada Kak Faridah, ‘Kak Faridah, apa nama
kakak depan akak ni?’
‘Kak Aiza!’ Suara Kak Faridah agak kuat menyebut. Semoga Kak
Aiza tak mendengarnya agar aku boleh berlagak kenal gerangannya sudah lama. ;p
Kemudian peratus popularitiku di ofis semakin bertambah,
kukenal Kak Hanim, Kak Rina, Kak Faridah, Kak Fazilla, Bro Saiful, dan mungkin
beberapa nama lagi. Hmmm… Silap! mungkin juga sebenarnya peratus populariti merekalah
yang sebenarnya bertambah kerana mungkin hanya aku mengenali mereka, belum
tentu mereka mengenaliku sebenarnya. ;p
Aku sangat senang apabila kakak2 ini boleh memanggilku
dengan panggilan Yan. Sebab, kutahu bukan senang untuk merendahkan ego di
hadapan seorang pelajar dengan menjadi ramah begitu. Aku juga punya egoku
apabila berdepan dengan pelajar junior lebih2 lagi pelajar bertudung putih di
hari Rabu yang memenuhi surau KAED- pelajar Pusat Asasi yang menumpang kasih di
kampus Gombak. Skema~
***
Kami bertolak dari UIA ke Chow Kit kira2 jam 4. Sedikit
janggal apabila melihat kewujudan aku yang tidak dikenali di situ. Mereka
berbual sesama mereka. Rancak. Sehingga aku tidak tahu dengan siapa harus ku
bertegur sapa. Juga mungkin kerana temaku menyimpang apabila aku berpakaian
hijau, dengan seluar askarku yang kubeli waktu aku addict mendaki gunung,
sedangkan para sukarelawan lain memakai warna merah jambu, warna kelemahanku. Mujur
juga ada adik2 tahun pertama yang sudi menegurku, memperkenalkan diri dan bila
ditanya tahun berapa, aku menjawab, ‘Sama, tahun 1!’ Benar bukan? Tahun 1
masters. Ah, aku juga junior rupanya~
‘Tahun 1? Kos apa?’ Soal salah seorang daripada mereka
ramah. Wajah mereka semuanya kelihatan sama sehingga aku rasa andai mereka
perkenalkan diri setiap seorang pun, pasti sukar untuk kuingati. Tambah pula, aku
memang selalu ‘fail’ dalam mengingati nama orang.
Egoku yang tak mampu diturunkan menjawab, ‘A’ah tahun 1 master.
Architecture.’ Senyum, dalam hati ada sedikit rasa menyesal kerana menjawab
dengan bangga perkataan ‘master’ tersebut. Haih~ manusia, mesti ada rasa megah
tak terkecuali aku. Sebab itu hikmah yang besar apabila aku menjadi orang
biasa2 sahaja. Tak perlu rasa megah, tak perlu rasa gagah, tak perlu rasa gah.
Sekurang2nya boleh mengurangkan titik hitam pada hati yang sedia berkarat ini.
Astaghfirullah~
Teringat pula kata2 Ikal dalam karya ketiganya Edensor, ‘pengaruh
wang tak ubahnya seperti siulan iblis.’ Kutambah, ‘pengaruh kuasa dan pangkat juga
tak ubah seperti siulan iblis.’ Sekali berkuasa atau bernasib baik, harus
berkali2 berhati2. Pada konteks ini, bukankah berkuasa itu lebih susah? Eloknya
menjadi rakyat biasa yang tidak dikenali, kedengaran jauh sedikit daripada
siulan2 kejahatan~ moga2~
Dan teoriku, makin
kita berkuasa, makin kita berduit sebenarnya kita tidak makin pemurah malah
kita makin lokek dan tak silap lagi- kita makin bakhil.
***
5.10 pm : Cure &
Care Service, Chow Kit
PUISI PERTAMA
Kaki menjejak jalan dari tangga bas terbawah.
Ku tak kenali tempat ini.
Terlalu asing pada pandangan mataku.
Kutanya, ‘apa nama
tempat ni?’
Dijawab, ‘Jalan Haji
Taib’
Berderau darahku. Inikah tempatnya yang akan kami tuju?
Kusangkakan akan mengelilingi sekitar Masjid Jamek
sebagaimana sebelumnya.
Telahanku meleset.
Aku hanya mengikut sambil mataku meliar melihat kiri dan
kanan.
Kedai2 berderetan,
Membaca keadaan sekeliling.
Melihat gelagat manusia sekitarnya.
Mentafsir~ Berfikir~
Bertanya diri sendiri,
‘kenapa aku tak pernah sampai ke sini?’
‘Kenapa, aku tak
pernah tahu kewujudan tempat begini di negaraku?’
‘Kenapa….?’
Dan persoalan
terus menari2 dihadapanku.
Mengejekku yang dungu tak punya jawapan.
Aku tidak punya ijazah pengetahuan am.
Sungguh aku tak tahu!
Aku tak punya ijazah pengajian geografi negaraku.
Sungguh aku tak tahu!
Untuk sekian lama, aku hanya punya ‘Ijazah Aku Tak Endah’
Puluhan diriku yang lain sedang mengejekku.
‘Kau kesalkan Negara miskin
lain sedangkan kau terlupa akan kemiskinan negaramu sendiri?!’
Mengejek lagi, ‘konon
mahu membantu Negara lain, sedangkan tidak kau bantu negaramu sendiri?!’
Dan terus perasaan bersalah menghantuiku
Hasil daripada ejekan diriku untuk diriku!
Sehingga kakiku berhenti di tangga,
Tertera di papan tanda,
‘Cure & Care Service Centre Chow Kit.’
Singkatannya CCSC.
Kelihatan beberapa lelaki memegang bungkusan makanan
menuruni anak tangga.
Kelihatan seorang wanita…
atau sebenarnya bukan wanita
sedang menulis di dalam buku persis buku pendaftaran.
Tempat apa ini?
***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan