Jumaat, Oktober 29, 2010

Untukmu Ayah dan Ibu


Sedang memikirkan untuk menyiapkan assignment Theory dan EAP. Dalam fatrah imtihan pun masih ada assignment yang perlu dihantar. Sedikit mengganggu jadual ulangkajiku(musykil ;p). Sekarang sedang buntu. Teori dah siap satu esei, dan ingin break seketika. Menulis bukan sebab banyak waktu lapang tapi menulis sebab ada waktu senggang. =)

Sebentar tadi sempat aku menonton shortfilm Titik yang diarahkan oleh kenalanku sewaktu Multidip, teman sepejabat Lantera, Shazou (minta izin promotekan Titik ya=)). Sekarang kenalanku ini sedang berusaha untuk mencipta nama dalam bidang pelukisan* komik. Pernah juga aku sarankan padanya untuk cuba terbitkan komik dakwah, kemudian katanya, sila sediakan skrip. Dan, aku tak berkesempatan untuk sediakan skrip komik dakwah. Maka, terkubur cita2ku.

Bukan hal komik mahupun filem yang ingin aku ceritakan, tapi, ia berkisar tentang TITIK. Filem pendek bertajuk Titik ini sangat menyentuh hatiku. Jalan ceritanya adalah berkisar tentang seorang siswi yang bernama Ain sering mendahulukan sahabatnya berbanding ibunya. Sewaktu kecil Ain pernah melakar lukisan sebuah hati dengan dua titik di dalamnya. Ibunya bertanya, ‘kenapa ada dua titik?’ Ain jawab bahawa ustaznya pernah berpesan andai ada satu kesalahan yang dilakukan terhadap ibunya, maka akan wujud satu titik hitam pada hati. (ini terjemahanku sendiri, dialog sebenarnya boleh tonton TITIK). Semasa kecilnya hanya ada dua titik, tapi apabila dewasa, Ain teringat semua kesalahan yang pernah dilakukan terhadap ibunya hingga sekeping hati dipenuhi titik hitam. Maka, hitam jugalah hati. Ain menangis menyesali kesilapannya. Dan, untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila tonton TITIK di sini.

Filem ini sudah lama ditayangkan dan sudah berkali2 ditayangkan. Ia merupakan satu projek pelajar AAD. Seronok juga dapat belajar buat filem. Bukan aku, tapi pelajar AAD. Pernah juga aku berangan satu hari aku ingin melibatkan diri dalam perfileman tapi, dalam perfileman berunsurkan dakwah sebagaimana Sang Murabbi. Tapi, sekadar angan2 yang tanpa usaha. ;p

Bukan tentang filem yang ingin aku bicarakan sebenarnya, asyik saja tersasar. Di sini aku ingin bicarakan soal pengorbanan seorang ibu dan ayah terhadap kita selama kita hidup. Tak tahu mengapa, hari ini banyak sangat kebetulan yang berlaku. Pertama, aku menonton filem TITIK-tentang kasih ibu, kemudian Syibrah mengajakku ke MPH untuk ‘menelaah’ di sana bersama adik kami Petem ;p. Ku beli sebuah buku bertajuk Kasihmu Semerbak Firdausi, tertulis padanya, ‘tiada aku tanpamu, restumu syurga nafasku, duhai ayah dan ibu…’ tersentuh juga hatiku membacanya. Dan, kemudian, tiba2 ibuku menghubungiku. Lagi2 tersentuh hatiku mendengar suara seorang ibu. Sekadar bertanyakan khabar dan sekejap cuma tapi, sudah cukup untuk melepaskan kerinduanku. Terasa sangat mahu cepat pulang!

Buku ini sangat menarik, menceritakan dan mengingatkan kembali bagaimana kita pernah hidup di dalam rahim ibu dan bagaimana susah seorang ibu saat melahirkan kita.

‘ Apabila sudah matang di dalam rahim, kita mula memberi isyarat kepada ibu. Bahawa rahim yang dahulunya sempit tapi selesa, tapi kini semakin sempit dan sangat tidak selesa. Namun, dalam masa yang sama kita takut untuk keluar mengharungi cabaran dunia sendiri. Mana tidaknya, ketika di dalam rahim, kita hanya duduk saja, tanpa melakukan apa2. Makan pun dihantar. Bagaimana apabila sudah lahir nanti? Dunia ini luas, dugaannya banyak. Mampukah?

Sedang kita takut untuk keluar dari rahim ibu, ibu lebih takut untuk melahirkan kita. Takut yang disertai rasa bimbang. Sempurnakah anak yang bakal lahir? Sakit untuk melahirkan satu nyawa hanya Allah yang tahu . Nyawa hampir tercabut ibarat telur sipi2 akan jatuh dari tanduk. Sakitnya… tapi, nyawa baru harus dilahirkan juga.’

Inilah sebahagian permulaan kisah dalam buku yang kubeli. Dalam bab yang seterusnya akan diputar memori kita sewaktu kita baru boleh meniarap, merangkak, berjalan, berlari dan akhirnya dewasa. Diceritakan satu persatu. Sedikit berdebar membaca buku ini. Sebab, seolah2 kita sedang melalui dan melihat kembali hidup kita di awal permulaannya. Aku teringat bagaimana aku ketika kecil2 dahulu sangat nakal sehingga memeningkan kedua ibubapaku. Emmm… mungkin semua juga nakal di waktu kecil. ;p Nasib baik ayah ada merakamkan. Waktu tersebut aku sudah boleh berlari. Mungkin dalam usiaku 3 tahun, berbaju gaun kuning dan sangat lincah. Aku lihat juga bagaimana aku dan adik lelaki begitu rapat. Kami bermain bersama2. Aku panjat basikal, dia juga cuba panjat basikal. Adik jatuh, waktu itu usianya mungkin 2 tahun. Kelakar melihat diri sendiri sewaktu kecil. Banyak kerenah yang mencuit hati walaupun di usia pradewasa ini, aku tidak lagi pandai mencuit hati orang. ;p

Yang paling tersentuh dalam video tersebut adalah apabila abang2ku, ibu saudaraku(usia sama dengan abang keduaku.), bapa saudara dan ayah2 sepupuku beratur beramai2. Ingatkan ingin lakukan apa. Rupa2nya, mereka beramai2 menyanyikan lagu Oh Ibu. Aku rasa nyanyian Mamat. Dan, mereka menyanyikannya sampai habis. Macam koir. Mesti mak tersentuh hati apabila mendengarnya kembali. Aku menonton video tersebut sewaktu mula berpindah ke Machang Kelantan, tapi, hari ini, semuanya entah ke mana. Pemain video pun rasanya sudah rosak. Sayang~ Tapi, itulah sebahagiannya usia kecilku yang tidak kuiingat, tetapi kulihat. =) Aku tidak ingat tapi aku lihat, kita menjadi kebahagiaan ibu bapa sewaktu kecil, mengapa sekarang kadang2 kita sering menjadi punca kesedihan mereka? Oh Ayah, Oh Ibu, maafkan kami~

Emm… apa lagi ya? Baiklah, kalau seorang ayah, beliau menasihati kita sebagaimana Luqman Al Hakim menasihati anaknya. Pertama, Jangan sesekali mensyirikkan Allah. Ayah mengazankan dan mengiqamatkan di telinga, menyelamatkan anaknya daripada bisikan syaitan durjana. Itu tandanya, ayah mahu kita menjadi anak yang taat pada perintah Allah. Jadilah anak yang soleh/ah insyaAllah. =) Aku tidak mahu menulis panjang dalam senggang membuat assignment ni. Makanya, aku ingin letakkan nasihat seterusnya Luqman Al Hakim, berhemah atau berbakti dengan kedua ibubapa. Apabila tercatat dalam al Quran bahawa kita wajib mentaati ibu bapa. Maka, seharusnya kita taat kepada ibu bapa tidak kira siapapun ibu dan bapa kita.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya…” (luqman 31:14)

Tapi, tetap, ketaatan kita yang tertinggi kepada al khaliq-Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

“Sesungguhnya tiada ketaatan terhadap makhluk yang melibatkan kederhakaan kepada al khaliq.” (HR Ahmad)

Dan, seterusnya, banyaklah lagi nasihat Luqman Al Hakim kepada anaknya. Tapi, insyaAllah andai berkesempatan, akan dikongsikan kemudian. insyaAllah. =)

Akhir daripadaku, hari ini bukanlah hari ibu atau hari bapa, tetapi taat dan menjadi soleh/ah kepada kedua ibu bapa harusnya setiap hari. Kerana tiada hari yang boleh kita tunjukkan kederhakaan kepada ibu dan bapa. insyaAllah, ini sedikit peringatan daripadaku untuk diriku. Ingat ya semua, hari2 adalah hari ibu dan bapa. ;p Berikan yang terbaik buat mereka insyaAllah. Bagi apa ya? Bagi ketaatan, kejayaan dan kegembiraan insyaAllah. Errr… a bit hard, but, I’ll try my best. =) Owh ya, Lecturer ku kata try not to use the word ‘try’, itu tidak yakin. ‘tapi sir, sir baru saja menggunakannya.;p’ , Emmm. insyaAllah, I’ll do my best! ;p (much better=))

Wallahu’alam. =)

Rujukan : Kasihmu Semerbak Firdausi ; Ruhana Zaki, Wasiat Luqman Al-Hakim; Ahmad Hasan Mohd. Nazam.

6 ulasan:

miyuqiu berkata...

yan..tade read more pun..

lailafillah berkata...

salam..jadi..jadilah anak yang solehah dan menyenangkan hati ibu ayah dari kecil hingga dewasa.. teringt waktu kelahiran, sesuatu yg ditunggu oleh ibu ayah, bile dah dewasa lupe tentg kegembiraan itu, malah kekecewaan dan kesedihan yg kite lemparkan..waAllahua'lam..

munadhia berkata...

kak ili: 2 la yan try wat. x jadik2 pn. huhu~ xpelah, bia je die jd pjg2 gini. ;p

kak laila : wslm. =) insyaAllah sama2 kita berusaha jd yg terbaik buat mak ayh kita.insyaAllah. =)

mbak dari seberang berkata...

"...walaupun di usia pradewasa ini, aku tidak lagi pandai mencuit hati orang"
alahai adikku..sape kata kamu tidak lagi pandai mencuit hati orang,membaca tulisan kamu saja sudah tercuit2 hati ini dibuatnya..hehe(",)

munadhia berkata...

mbak dr sberang>> benarkah demikian mbak? hehe~ masih menggunakn nama itu.mbak dr seberang, tidak akan daku tertipu lg dgn nama penamu itu! ;p hehe~ kapan mau kemari? akan kucuit2 lagi hatimu nt. ;p

kangen banget sama mbak.hoho~ mbak dil, mai la cni...yan asek kna tggl sorg ja d bilik. tasneem asek balik, dira asek tdo bilik kwnnya. ini gara2 yan dh tgglkn bilik lama sgt ritu.merekapun pergi mmbawa diri.hehe~ ;p mencari batu belah batu bertangkup, tidak mahu lagi kembali.sedih, tapi apakan dayaku. (owh, skarang pn yan asek menghilang dr bilik sbnarnya. slagi wd x siap. ;p)

mbak dil, sila datang. pintu gerbang coklat itu dan karpet kuning itu sentiasa terbentang untuk menerima kehadiranmu. ;p hati ini juga sentiasa bersedia untuk mencuit hatimu. ;p tp dgn syarat, mbak sanggup meminjamkan telinga mbak untuk mendengar keletahku.;p

smpai cni, menyekat diri untuk terus melalut dalam kalut. salam~ ;p

Aman Wan berkata...

wah..terima kasih yan. memang berharap dapat buat karya dakwah banyak2 selepas ni. lagi2 kalau dapat buat setanding filem dakwah indonesia yang bertemakan keluarga dan pengorbanan macam Laskar Pelangi dan Emak Ingin Nak Haji.

Baik, saya akan cuba buat beberapa shortfilm dakwah selepas ni. dan akan post di youtube. Harapnya dapat memberi mesej berguna pada semua orang. =)

Yan, try la tulis buku. tulisan yan best dan ada feeling kot. bila baca rasa tersentuh. hebat2~! dah ada bakat tu. =)