Hari ni Farhana MK bagitahu, “Yan, yan tahu enjin kereta?”
“Enjin kereta setiap jenis kereta berbeza adalah berbeza…” Sambung Nana yang datang mendekatiku. Masih di studio selepas waktu makan tengah hari. Seperti biasa bersiap sedia di hadapan komputer. Komputer denganku kali ini ibarat belangkas.Bukan2…ibarat kawan baik yang tidak boleh berenggang.Emm, sama je kan maksudnya?
“ya2. Tahu. Bakpe ngan enjin kereta?”
“Enjin yang berbeza punya kuasa pecutan yang berbeza…” Emmm, mungkin.
“Walaupun Lamborghini boleh jadi lebih laju daripada Mini Cooper….” Aku menanti ayat seterusnya. “Jadi?”
“Kedua2nya tetap akan sampai ke destinasi yang ingin dituju. Kan?!”
BINGO! Betul tu Nana. =) Terima kasih.
“Cuma, cepat atau lambat sahaja yang membezakan.” =)
Orait, get it. Harus pergi, taknak jadi si arnab yang tertidur, lalu kalah dengan sang kura2. Wallahu’alam.Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan