Jumaat, Oktober 22, 2010

Saat Getir Hidup


Ingin bercerita setelah sekian lama tidak bercerita. Alhamdulillah semalam telah tamat presentation dan submission final projek. Tapi semua yang aku dapat adalah kesediahan. Detik yang berlalu begitu menyedihkan. Pertama, 5 pagi pada hari submission, autocad problem menyebabkan semua floor plan (5 floor plan) hilang secara tiba2. Aku mula putus asa. Pada mulanya aku terdiam, tidak terkata. It’s 5 am before submission. Submission 5 petang. Floor plan adalah proses yang paling lama. Berhari2 aku cuba menyiapkan floor plan, detik akhir, semuanya seakan sia2.

‘Kak Dinah, Kak Naju, Yan give up!’

‘Kenapa yan?’ Semua terkejut tiba2 aku bagitahu begitu. Terasa seakan mahu menangis tapi seakan tidak berair mata.

‘Tak tahu… Semua floor plan macam kena buat balik!’ Ya Allah, terasa sangat berat. Aku hampir putus asa. Betul2 putus asa bukan main2.

‘Yan, kau jangan give up… Kau belum rasa failed. Baik kau teruskan…’ Pujuk Kak Dinah.

Aku bekerja di studio. Selama bermalam2 hidupku hanya di studio bersama kakak2 yang banyak membantuku. Sering mereka berikan kekuatan saat aku hampir putus asa. Dan, yang paling penting, selalu aku dikejutkan apabila tertidur. Detik2 begini, tidur itu tidak penting, tapi, aku tidak cukup kuat untuk terus bertahan 24jam, maka, kadang2 dalam bermain2 dengan tetikus pun aku boleh tertidur. Dan, setiap kali tertidur Kak Izzah akan kejutkanku dengan garang. ‘Yan, bo2 lah tido… Buat kijo! Bertahan beberapa hari jah lagi...’ Situasi begini kadang2 aku rindu. =) Dan aku sentiasa beralasan, ‘Kak, bagi yan masa 15minit je untuk tidur. Nanti kejut yan… kalu tak bangun, simbah je air!’ Dan, kadang2 15 minit terlanjut sehingga sejam. Tak tahu tidur itu satu keuntungan atau kerugian. Untung apabila difikirkan sekurang2nya badanku mendapat sedikit rehat, rugi apabila memikirkan sejam itu agaknya sudah boleh menyiapkan beberapa ‘garisan’.

Dalam kekusutan samada harus terus berusaha atau terus putus asa, akhirnya, aku mengambil keputusan terus mencuba. 5pagi, aku mulakan dengan floor plan. Rasa seperti tidak sempat, tapi, aku harus fikir pasti sempat. Aku mencari2 fail2 cad sebelum ini, dan aku mengambil yang paling terbaru aku save. Sangat hampa, kali terakhir aku save adalah lebih sejam yang lalu. Bermaksud, floor planku masih mentah, tanpa pintu, tingkap, dan beberapa kesilapan yang sangat mengambil masa untuk diubah. Akhirrnya aku terfikir untuk main tipu untuk mengejar waktu submission. Target, jam 3 print!

Penuh tekanan, detail drawing masih belum ada, sanitary masih belum ada, elevation masih mentah dari sketchup, dan, izyan you have to work smart! Asalkan submit! Aku mula cuba bekerja dengan cepat walaupun aku masih merangkak dalam menggunakan sketchup dan autocad. Drawing banyak salah, asalkan nampak siap! Walaupun kalau construct, sure roboh!

Jam 3, Alhamdulillah, dengan drawing yang masih banyak kesalahan, akhirnya aku nekad untuk print juga. Aku print 4 board. Sepatutnya ada lagi 3 board. Tapi, secara tiba2 3 board terkemudian tidak dapat diprint atas beberapa masalah. Akhirnya aku terpaksa kembali ke studio dan mencari solusi untuk membetulkan semua board dalam format JPEG. Masa terus berlalu, aku masih dalam masalah. Aku nekad tidak mahu hantar presentation board, tapi, mujurlah ada sahabat yang menggesa supaya menghantarnya. Atas pertolongan sahabat 4 board berjaya dihantar sebelum jam 5. Alhamdulillah. Cuma… masih 3 board berbaki tidak dapat diprint. Aku mula rasa sebak. ‘Ya Allah, kenapalah sebegini ujianMu?’ Sudah berkali2 setiap kali sebelum submission, sesuatu yang tidak baik pasti berlaku padaku, sebagaimana submission autocad 3d semester lepas. Folder sketchup asyik di serang ‘bug splat’. Tapi, akhirnya, pasti ada bantuan yang datang. Begitulah kali ini, aku benar2 mengharapkan bantuan daripada sesiapa. Kupanggil Nana untuk membantu, tapi, hampa. Hampir jam 6 aku tersedar aku masih belum solat Asar. Sangat lambat, kubiarkan semuanya lalu tergesa2 ke musolla. Dalam perjalanan sekali lagi aku meratapi nasib. Memikirkan bahawa peluang untuk aku lulus sangat tipis. Dan, kali ini aku tidak mampu bertahan lagi. ‘Ya Allah, apa harus aku lakukan?!’ Baru ku tersedar, rupanya aku semakin jauh dengan tuhan. Kerana Allah sayangkan hambaNya, maka lebih berat ujian, supaya kita teringat kembali padaNya. ‘Allah, ampunkan~’

***

Selepas reda, aku kembali ke studio. Studio kosong, tiada sesiapa, aku masih mengadap skrin komputer, berfikir2 untuk mencari penyelesaian, submission by 5pm gred sama, selepas 5pm, jatuh satu gred, submission selepas 7pm, fail!. Jarum jam menujukkan jam 6+. Aku ada masa kurang sejam untuk fikirkan penyelesaian. Akhirnya, Alhamdulillah Allah mudahkan. Aku tidak mahu jadi manja, aku harus kuat untuk terus bertahan. Penyelesaiannya, aku resize semua drawing, atau mungkin Nana telah memudahkan kerjaku sementara aku solat tadi. Mungkin dialah yang meninggalkan drawing dengan resolution sama. (sangat susah untuk ceritakan hal ini. Abaikan!) Terima kasih nana. Dan, akhirnya siap main tipu! (Ini bukan plagiarism atau apa, tapi tipu secara untuk menampakkan drawing seakan siap walau pada hakikatnya tidak!)

Jam 6.45, aku bergegas ke baiduri untuk print, penuh!, berlari ke studio untuk print, beratur!, ke CBE, kurang orang tapi, tetap lama. Sebelum 7, sempatkah?

Dan jawapannya, tidak sempat! Maka, aku harus menghadapi hakikat, kebarangkalaian untuk fail studio adalah tinggi. Tapi, harus yakin dan harus positif, masih punya harapan. insyaAllah.

***

Masa terus berlalu, hari submission telah tamat, menanti hari presentation pula. Tapi, aku seakan tiada perasaan untuk meneruskan apa2 kerja lebih2 lagi untuk menyiapkan model dalam masa satu malam. Sangat penat. Hari yang sedih, perkhabaran hampir 50orang tidak sempat menghantar board sangat melemahkan semangatku. 50 orang adalah satu jumlah yang sangat besar. Mungkin menjadi sejarah di KAED batch paling ramai tidak menghantar projek. Tapi, yang paling menyedihkanku, dalam 50 orang tersebut adalah sahabat2 baikku. Aku semakin tidak bersemangat. Aku cuba untuk membantu, tapi aku tidak tahu bagaimana caranya.

Esoknya, aku dan beberapa teman berjumpa Dr Zaiton, untuk meminta dan mungkin merayu agar kami semua diberikan peluang untuk present. Alhamdulillah aku dan Kak Dinah masih berpeluang present kerana beberapa board telah dihantar. Tapi, yang lain tidak. Luluh hatiku melihat wajah teman2ku. Air mata bergenang di setiap kelopak mata, dan kutahu, ini adalah saat sukar bagi mereka. Apa yang harus aku lakukan?

Keputusan muktamad dari department, sahabat2ku tidak dapat present. Aku dan teman yang lain cuba untuk membantu, merayu pada mdm, tapi, keputusan adalah muktamad kerana berkaitan undang2 dan disiplin. Hanya mampu berdoa yang terbaik. Dr Zaiton selalu sebut, ‘This is life… harus terima dan hadapinya…’ Dan, melihat tangisan ramai orang hari itu. Aku sedih! ‘Well, this is architecture…It can be very cruel…’

***

Buat sahabat2ku- bertahanlah. Aku sebolehnya ingin sentiasa bersama kalian. Susah senang bersama. InsyaAllah, aku yakin, kalian pasti akan mara ke semester 2 tahun akhir, insyaAllah. Keep on doa semoga dilembutkan hati lecturers untuk menerima hasil usaha kita berbulan2 ini. insyaAllah amin. Aku yakin usaha kalian sangat banyak, bukan sedikit. Tergadai tidur, tergadai makan dan tergadai wang ringgit semata2 untuk projek. Itu sangat banyak! Aku yakin, kalian lebih baik dariku. Aku sangat yakin itu. Maka, jangan terlalu bersedih dengan keputusan yang masih belum pasti, kita masih ada satu tempat bergantung iaitu Allah yang boleh saja mendatangkan keajaiban insyaAllah. ‘You grad, insyaAllah I grad. Tidak kira bila, tidak kira cepat atau lambat, kita semua pasti akan melangkah ke dewan CAC juga dengan berjubah biru hijau.insyaAllah.’ =)

***

Dah penat menulis dan menceritakan semua. Aku sekadar ingin mencatat saat bersejarah ini di mana penuh kekalutan, kesedihan dengan pengajaran. Pengajarannya, Dr Zaiton sentiasa mengingatkan kami tentang kepentingan masa. Masa submission adalah jam 5, maka sebagai seorang Islam, kita harus menepati masa. Aku sangat hormat dengan Dr Zaiton yang bersifat keibuan dan tidak berat sebelah dalam menjelaskan situasi. Berlaku adil pada semua, dan cuba mendisiplinkan kami dalam banyak perkara. Terima kasih Dr Zaiton, kami sangat menghargainya. Alhamdulillah~ =)

***

‘Yan, sedihnya kalau kau give up awal2. Dah berminggu2 kita wat kerja sesama. Takkan senang2 je nak mengalah bila dah hampir sampai ke penamatnya?’

‘Tak… Give up tu datang, tapi yan akan usir. Yan takkan give up selagi masa masih ada!’ Cuma mungkin, usahaku memang terlalu sedikit, kerana itu hasilnya tidak seberapa. Entahlah…

‘Selagi masih ada hari esok, selagi itu masih ada peluang.’ Sekarang aku pegang kata2 ini. Setiap kali ingin mengalah, aku sentiasa laungkan kata2 ini dalam hati. Memberi semangat pada diri. ‘Muna, You can do it!’

Teringat kata2 ayah…‘Kalau fail, bukan pengakhir segalanya. Ayah pun pernah repeat setahun. Masa ambik Forestry dulu… Ok je…’

‘Serius ayah repeat? Kira, I’m not disappointing you if I repeat? Bakpe ayah repeat?’

‘Fail tu adalah satu pengalaman yang berharga yang akan menjadikan kita lebih baik. Orang yang tak pernah fail tak semestinya hebat. Yup… ayah repeat sebab ‘baloh’ dengan lecturer. Ayah join hal2 luar, persatuan luar ……….’ Panjang pula ayah bercerita. Alhamdulillah patutlah ayah tak menghalang aku aktif berpersatuan, dan patutlah ayah tak pernah marah kalau aku gagal. Sekarang rasa lebih lega. Tapi, masih tidak lega sepenuhnya.

‘Gagal sekali bukan bermaksud pengakhir semuanya. Sekarang Muna masih ada masa untuk berdoa. Kalau masih ada masa usaha, maka usaha. Kalau gagal sekalipun, dengan usaha yang maksimum, sekurang2nya kita akan rasa puas hati. insyaAllah.’

*Tired*

ALL THE BEST to ALL! =) Sekarang aku sedang mengubah hidup menjadi menusia normal walaupun masih dalam fatrah separuh normal (selagi belum portfolio 27hb, dan submission working drawing 29hb.)

NOTE : Bukan aku seorang merasai kesusahan saat submission final project, semua pun sama. Aku sekadar menceritakan on behalf of ‘aku’. Orang lain mungkin mengalami pengalaman lebih dasyat dari ni. Apapun, inilah realiti dunia senibina, perkara biasa apabila dikritik, ‘your design-failed!’ atau, ‘this is rubbish!’ untuk hasil yang berminggu lamanya, anda akan rasa sangat kecewa. Apa guna masa sebulan dengan hanya mencipta sampah, a.k.a ‘rubbish’? Orang akan sentiasa mengkritik, ada yang suka dan ada yang tidak suka. Ianya subjektif dan tiada gred yang khusus. Well, this is architecture!~

Wallahu’alam, wassalam.

Tiada ulasan: