Isnin, Oktober 04, 2010

Conteng-Conteng

Sekarang 1.40pm, studio archi, cepat2 saja update, bila masa rehat sekejap bergegas ke studio untuk sambung kerja. masa sesaat itu sangat berharga. balik bilik sekadar untuk membersihkan diri kemudian bergegas ke studio. Penat, tapi, lupakan segala kepenatan sekejap. Untuk semester ini, semoga semuanya berakhir dengan baik.

Kakak di studio berpesan padaku apabila kelihatan aku hampir2 putus asa, 'Yan, jangan sesekali fikir nak failkan studio, buat sehabis baik, insyaAllah... Barulah kita tak menyesal nanti.' Fikirku, kalau aku sengaja failkan studio, maksudnya aku membuat perkara fail dengan sengaja sudah berkali2. Sama juga seperti seorang sahabat tidak mahu menduduki peperiksaan semata2 kerana niatnya (menurutnya) bukan kerana Allah. Untuk studio yang 6 jam kredit, tidak sesekali aku lakukan begitu, harus berusaha sehingga ke akhirnya. sempat atau tidak belakang kira. 'Muna, pasti boleh!'

***

Semalam balik ke bilik seperti biasa kira2 jam 6.30 petang. Sebaik sampai, Tasneem menungguku di bilik. 'Yani!' Panggil Tasneem. Aku memandang, 'Yes Tasneem?' Tasneem selalu panggil aku Yani walaupun sering aku katakam namaku Yan.

'Remember you said about Maher Zain will visit Malaysia?' Aku mengangguk.

'I bought 2 tickets. One is for me, and one is for you.' Aku rasa seakan mahu menjerit. 'But, not for the Shah Alam Concert, just in UIA.' Ya Allah, Tasneem2~ (nada dengan gelagat menggeleng kepala). Aku hilang kata. Dalam minggu ni, perancanganku sudah fixed, untuk studio dan beberapa subjek lain. Tapi, untuk menolak seakan aku telah mengecewakannya.

'Tasneem, I really can't go. I'm sorry. The thing is, i've discussion and studio project on that date.'

'Why not? me too. even on Thursday, I have test. But I really want to go with you.' Aku semakin serba salah. Tapi, tetap aku terpaksa menolak. Aku mahu pergi, tapi, masa tidak sesuai. 3 hari selepas ini aku terpaksa mengikuti praktikal rekreasi (skill). Pada awalnya aku mahu skip skill. Tapi, tak menghadiri praktikal bermaksud sengaja meng'fail'kan subjek. Sangat buntu!

'Tasneem, I'm really sorry...' Aku serba salah. Aku masih ingat, Tasneem pernah bagitahu aku awal2 dahulu, 'if Maher Zain come to Malaysia, I want to go with you.insyaAllah.' Aku dengan gembiranya mengiyakan dan menerima ajakan tersebut.Tapi, siapa tahu, apabila peluang itu datang, terpaksa kita lepaskan untuk meng'aula'kan sesuatu yang lebih penting. Tasneem berlalu ke biliknya dengan wajah yang aku perasan berubah. Aku terfikir2 macam mana nak minta maaf secara baik. teringat coklat yang kubeli semalam. lalu aku ke biliknya.

'Tasneem, you like chocolate?' Tasneem mengangguk, 'Of course...'

'This is for you. I am really sorry to disappoint you...' Tasneem kelihatan terkejut, 'no2, it's ok...' Dia cuba menolak, tapi terus kuletakkan di atas mejanya. Maaf ya Tasneem.

Dan, kemudian, mungkin Tasneem juga serba salah lalu, dia menghulurkan aku coklat yang berbentuk bunga ros. Ya Allah, sistem barter. Btw, terima kasih banyak Tasneem. Maafkan sebab tak dapat teman ke 'Palestine Will Be Free...'

Sekadar sebuah cerita orang yang kempunan nak tengok Maher Zain perform live. Tapi, tak mengapalah nasib baik aku sekadar suka lagu2nya bukan fanatik figurnya.

1.50pm, sedang menaip 'last words' sebelum ke kelas. Wallahu'alam, Wassalam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Alahai, berkenaan maher zain Daddy terkomen dalam posting Hectic October......