Beberapa hari lepas aku menerima mesej daripada kawan baikku dari Machang memintaku memberikan sedikit kata semangat. Aku tidak tahu bagaimana harus aku berikan kata semangat. Adakah aku selayaknya memberi kata2 semangat sedangkan aku sendiri sedang mengumpul kekuatan untuk diriku sendiri. Situasinya begini, andai ada sesiapa menonton ketika cinta bertasbih, sewaktu ibunya khairul azzam mahu meminta pertolongan pak kiai untuk memberikan khutbah nikah, pak kiai menolak kerana dirasakan tidak layak sedangkan rumahtangga puterinya sendiri kecundang. Haa, begitulah yang aku rasakan. Sedangkan untuk semester lepas aku sendiri yang gagal, inikan pula aku mahu memberi kata2 semangat buat sahabat untuk terus mengorak langkah jaya. Aku terasa sangat rendah diri. Manakan layak seorang aku ini mahu memberikan ceramah motivasi kepada sahabat2. tapi, mungkin aku boleh berkongsi sedikit daripada pengalamanku. =) insyaAllah, belajarlah daripada pengalaman dan kesilapan orang lain. Itulah langkah orang bijak. =)
‘Yen, saya takut pointer saya jatuh. Risau sesangat.’ Itu mesej yang aku terima. Terdetik di hatiku, kalau takut pointer jatuh, aku pernah merasainya. Malah bukan jadi satu ketakutan lagi, ianya merupakan satu realiti yang terpaksa aku hadapi. Pointer jatuh! Dan, mungkin situasi aku berbeza kerana aku telah bersedia untuk menghadapinya. Bagiku apa yang boleh aku katakan, yang berlalu, biarlah berlalu. Seterusnya kita orak langkah baru bagi menutup kegagalan yang lalu. Aku masih sedang memikirkan dan merancang bagaimana harus menguruskan masa dengan baik selepas ini. Pokoknya aku akan berdepan dengan tahun akhir yang sangat mencabar. Tersilap langkah, aku terpaksa melanjutkan pengajian setahun lagi dalam bidang ini. Kerana itu, yang berlalu biarlah berlalu. Yang akan datang kita fokus dan lebih pandang ke hadapan. Quote yang popular adalah, begins with the end in mind. Itu yang pertamanya. =)
Aku ingin berkongsi sedikit. Sebenarnya aku tidak mahu lagi membuka cerita saat aku ‘down’ mengakhirkan semester 2 tahun 2 dengan penuh rasa kecewa. Ada juga yang bertanya macam mana aku masih boleh bergelak tawa dalam keadaan aku sendiri sedang menghadapi kegagalan. Jawapannya adalah sebuah persoalan, ‘sampai bila kita mahu menangisi kegagalan yang lalu?’ Kalau sering dilanda ketakutan, dilanda kerunsingan, dan kesedihan. Seolah2 tiada makna lagi hidup di dunia ini. Kan2??! Dan, semasa aku membuat keputusan berisiko untuk menggagalkan subjek working drawing, ramai yang mengatakan, ‘nik, ni bukan nik yang saya kenal.’ Aku tahu, sebab aku sendiri tidak percaya aku melakukan keputusan sebegitu. Siapa yang sanggup mengulang subjek working drawing. Siang malam kami tidak tidur bertungkus lumus menyiapkannya, di saat akhir aku dengan sengaja tidak menghantar semua lukisan.
Dua, tiga hari kemudian baru terdetik di fikiranku untuk menghubungi bro sufian, course coordinator working drawing, ‘bro, I’m really sorry…I’ve made a stupid decision when I didn’t submit the drawings.’ Lama juga aku bercakap dengan Bro Sufian, aku tak tahu kenapa harus aku menelefon dan memaklumkan padanya selepas semuanya sudah berakhir, tapi, selepas itu baru aku berasa tersangat lega… ‘Nadia, lain kali jangan buat lagi!’ Kata2 terakhir Bro Sufian membuatkan aku tersenyum. Ibarat nasihat seorang ayah kepada anak kecilnya. ‘Bro, I promise to try my best next sem insyaAllah!’ =)
Dan, itu di saat aku sengaja menggagalkan subjek 3 jam kredit yang bukanlah sedikit, banyak juga. Cukup untuk menjatuhkan pointer sejatuh2nya. Dan, bagaimana pula dengan subjek studioku? ‘Izyan, you failed!’ Itu kata2 yang keluar sendiri daripada mulut pengkritikku di hari pembenatangan. Kalau aku gagal subjek ini, aku juga terpaksa mengulang rutin siang dan malamku di studio untuk satu tahun lamanya. Itu lebih lagilah satu penyiksaan. Dan gagal untuk subjek bernilai 6 jam kredit adalah lebih menyakitkan. Tidak tahu lagi bagaimana harus bangkit kembali dengan kegagalan ini. Tapi, selagimana keputusan belum keluar, selagi itu kita masih ada satu senjata. DOA! bukankah kita harus bergantung pada Yang Maha Esa atas semua urusan? Allah mampu mengubah hati manusia walau sekeras manapun ianya. Jadi, setelah berusaha kita masih boleh sentiasa memanjat doa. Dan, Allah kan suka pada hambaNya yang sentiasa merayu dan meminta daripadaNya. =) Jadi sahabat, mengapa harus kita takut gagal? Andai kita gagal sekalipun jangan kita kesalkan andai kita sudah berusaha sehabis daya. Kata orang kegagalan bermaruah. =) ( ada kah?) Yang menentukan semuanya Allah. Pasti ada hikmah di sebalik setiap perkara dalam dunia ini. insyaAllah.yakinlah! =)
OK, ringkasnya, jika mengikut keadaan aku sekarang ada banyak perkara yang aku lakukan agar aku boleh melupakan semua kesedihan atau kekecewaan yang aku hadapi. Kalaupun aku bersedih, kesedihanku itu seketika cuma. Sekadar perkongsian tentang apa yang aku lakukan.
Semasa aku di ambang kegagalan aku cuba untuk merehatkan minda, menenagkan fikiran. Aku tidak mahu menangis sebab aku memang tidak suka menangis. ;P Tapi, hari itu aku betul2 down, banyak kata2 yang menyentuh hatiku pada hari tersebut, soal peribadi dan semuanya disentuh oleh pengkritikku. Tapi, aku tidak menyalahkannya, kerana memang dia kenal dan tahu siapa aku. Malah dia tahu apa aktivitiku di luar. Jadi, memang ada benar kata2nya. Malah aku berterima kasih padanya kerana telah banyak menyedarkanku. Aku tahu dia mahu melihat aku berjaya, jadi, dia berterus terang atas semua perkara. ‘Terima kasih bro! dan minta maaf kerana telah mengecewakan bro!’
Selepas selesai giliranku membentangkan ‘design’. Aku cuba menahan kesedihanku di hadapan semua sahabat2ku. Aku cuba berlagak biasa. Tapi, aku tak berdaya. Akhirnya aku terpaksa mencari tempat untuk bersendirian. Aku hamburkan semuanya. Aku tidak mahu menceritakan ini semua pada sesiapa. Aku malu apabila orang tahu aku begitu cengeng sehingga boleh menangis dengan sesuatu seperti ini. Tapi, sebagai perkongsian buat sahabat, aku ceritakan bagaimana aku bermuhasabah di kala aku terasa berada di bawah roda kehidupan. Nasihatku, andai dengan menangis kita mampu merasa lega, maka menangislah. Mungkin cara setiap orang untuk menghadapi kekecewaan itu berbeza, tapi, inilah caraku. =)
Selepas puas melepaskan semuanya, barulah aku merasa lega. Dan, aku akan cuba tersenyum semula. Kata orang ‘gila’ namanya bila kita senyum sorang2. Tapi, usah dilayan kata orang, cuba senyum. Senyuman juga mampu meredakan kesedihan. Dan dalam senyuman tersebut aku akan menasihati diriku sendiri. Bermuhasabah. Aku akan memandang sesuatu yang tampak jauh seperti alam ini. Aku akan melihat langit membiru dan pokok menghijau. Barulah aku merasa tenang dan lega. Aku juga akan berdialog dengan diri sendiri. Kata orang, juga ‘gila’ namanya apabila kita bercakap sorang2. Tapi, siapa lagi mampu membangkitkan semangat diri kita kalau bukan diri kita sendiri.
Antara dialognya, ‘kenapa ni semua berlaku pada aku?’
Dari dalam diri cuba jawab pertanyaan tersebut, ‘Hmmm… sebab Allah nak uji. Bukan ke semua yang berlaku di dunia ini ujian semata.’ =)
‘Tapi, kenapa Allah pilih aku? Aku tak solat dengan betul kah? Aku tak cukup ibadat padaNya kah? Aku ini tak menurut perintahNya kah? Tapi… kenapa orang yang terang2an melakukan maksiat boleh berjaya, boleh dapat dean’s list? Aku??~ ’
‘Bukan… tu tandanya Allah sangat sayangkan kamu… Allah taknak kamu jauh2 daripadaNya. Jadi, dia nak sangat dengar suara kamu. Cuba kamu ingat kembali… Selama kamu buat projek dan sebagainya, bukankah sedikit sebanyak hubunganmu dengan Allah terabai?’
‘Astaghfirullah… betul tu… Allah mesti rindu mendengar rintihan aku… Aku juga sudah jarang ke rumahNya. Aku di studio sepanjang masa.’
‘Cuba renung juga kembali… Nabi Ayyub lebih tabah menghadapi ujian hidup. Nikmat yang Allah berikan padanya sangat banyak, sehingga satu hari Allah datangkan penyakit padanya. 7 tahun lamanya. Sehingga isterinya bertanya pada Ayyub kenapa tidak meminta pada Allah untuk menyihatkan kembali tubuh badannya. Nabi Ayyub bertanya kembali pada isterinya, ‘berapa tahun Allah telah memberikan nikmat sihat padaku? Dan berapa tahun baru Allah memberikan kesakitan padaku? Jadi, cuba tanya diri kita kembali… sudah berapa banyak nikmat yang Allah berikan padamu berbanding kesusahanmu?’
‘Subhanallah sangat banyak…’
‘Apa?’
‘Tanpa aku pinta lahirku dalam keluarga bahagia. Yang terjaga agamanya. Membesarnya aku secara harmoni tanpa kesusahan sedikitpun. Aku cukup makan dan cukup juga pakaiku. Aku diberikan pendidikan sempurna. Aku diberikan kejayaan saat aku meminta sehingga di pengakhiran sekolahku, Allah masih mengurniakan kejayaan. Selepas itu, Allah berikan juga aku nikmat menyambung pengajian di universiti yang sudah lama aku bermimpi untuk memasukinya. Allah letakkan aku dalam kalangan mereka yang menyanyangiku. Dalam kalangan sahabat2 yang sentiasa di sampingku senang dan susah. Allah menjagaku dengan menemukan aku pada usrah. Allah memberikan aku nikmat untuk merasa erti perjuangan, dan Allah juga telah menemukan aku pada jalan dakwah. Subhanallah, benar, banyak sungguh nikmat yang Allah berikan padaku.’
‘Jadi, salahkah kalau Allah ingin mengujimu dengan sedikit kesusahan? Tak banyak sedikit saja bukan?’
Dan, persoalan terakhir aku biar tanpa jawapan. Salahkah kalau Allah ingin menguji kita dengan sedikit kesusahan?
Aku segera mengemas, berlalu daripada KAED ke satu tempat yang aku rasa aku akan bertemu ketenangan. Ya Allah, pada rumahMu aku datang!
Sahabat, inilah satu cara aku mencari ketenangan. Aku mahu sahabat sendiri merasainya. Apabila kita rasa susah, apakah perkara pertama yang kita akan lakukan? Pada siapa akan kita rujuk dan temu? Jujurnya kadang aku sendiri terlupa, aku akan mencari penciptaan sebelum Pencipta. Dhaifnya aku! Tapi, cubalah, kita cari Yang Maha Khaliq sebagai tempat mengadu. InsyaAllah Allah akan temukan dengan apa yang kita cari. InsyaAllah.
Aku belum tidur sudah bermalam2, aku terlelap di rumahNya. Aku terjaga apabila azan berkumandang. Dan, aku merasa lebih tenang untuk menghadapi hari esok. Pesanku pada diri, ‘biarlah hari ini berlalu, hari esok masih ada untuk kita mengubah segalanya. Kita sendiri yang akan mencorak masa depan kita insyaAllah. Berdoa pada Allah semoga dimudahkan segala urusan. insyaAllah…Dan, cubalah tersenyum saat didatangi ujian kerana senyuman itu walaupun pahit sekurang2nya kepahitan itu tidak menjadi tempias kepada mereka di sekeliling kita. ’ Dan launglah kata semangat dalam diri. =) ‘Kamu pasti boleh!’ =D
Kenapa Allah uji kita? Sebab Allah sayangkan kita. Allah ingin mendengar pengaduan kita. Rasakanlah bahawa kita ini sangat istimewa di sisi Allah saat kita ditimpa kesusahan, Allah ada untuk mendengar segala pengaduan kita, Allah ada untuk memakbulkan permintaan kita. Dan aku sering teringat kata2 seorang sahabat yang juga aku kenal sewaktu di rumahNya. ‘Yan, ingat, bila kita berdoa, Allah pasti makbulkan sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Cuma, kadang2 semuanya termakbul agak lambat supaya melatih kita menjadi orang yang bersabar. Tapi, percayalah Allah sentiasa dekat dengan hambaNya.’ =)
Dan, saat itu juga aku mendapat seorang adik warga Palestin. Namanya Naqaa. Dia sangat mengambil berat akan diriku. Benarlah, aku sangat bertuah, nikmat yang Allah berikan tidak terhingga banyaknya. Jadi, mengapa harus aku bersedih dengan sedikit ujianNya?
‘Kakak, only Allah knows what’s the best for you. Don’t be sad jz becoz of failure in dunya… our aim is the akhirah. When I saw u, I really want to know u becoz I know Allah really loves you.’ – Naqaa.
Aku sangat terharu apabila sentiasa menerima mesej daripada Naqaa’. Walaupun dia berbangsa asing, dia sering memberi aku kata2 semangat seolah2 dialah yang paling rapat dan paling mengenaliku. ‘Terima kasih Naqaa’ =)
‘Aku ingin mengenalimu kerana aku tahu Allah benar2 menyayangimu. =)’
Kepada sahabat, kuatkan semangat. Kita bukan keseorangan. Lihatlah siapa disisi kita yang Allah kurniakan buat kita. Bukankah kita benar2 bertuah? =)
Aku benar2 berharap entry kali ni mampu menjadi muhasabah buat kita semua. Buat sahabatku, jangan takut kegagalan. Kegagalan itu boleh jadi pemula kepada sebuah kejayaan. Andai kita sudah berusaha jangan persoalkan lagi mengapa kita gagal. Teringat pula kata2 seorang cikgu, kita bukan tidak berjaya, tapi, kejayaan kita tertangguh. =) Emmm. Ntahlah. ;P What else can I say. Selebihnya, up to you dear. =)
DUIT = Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal. Sejak darjah 6 aku pegang kunci ini. =)
Sangat tidak layak untuk menulis ini semua. Semoga semuanya bukanlah omong kosong daripadaku. Semoga ada manfaat daripadanya.
Maaf untuk segala salah silap sepanjang penulisan. Mungkin penulisan kali ini lebih kurang sama dengan sebelumnya, tapi, tulisan ini ditujukan khas buat sahabatku yang meminta pertolongan ku baru2 ini… Sungguh aku tidak mampu memberikan lebih daripada ini. Semoga, tulisan kali ini mampu membuat sahabat berfikir kembali. Kadang2 kita tidak boleh terlalu bergantung pada orang lain untuk memberikan kekuatan, cuba bina kekuatan dalam diri kemudian melangkah kembali dengan berani. insyaAllah. Allah sentiasa bersama hambaNya. =)
***
‘Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak kamu kerjakan’ As-Saff :3.
Ya Allah, aku sangat takut menerima kebencianMu, peliharalah kata2ku agar semuanya benar dan mampu aku kotakan. Amiin~
2 ulasan:
Salam yan, tersentuh hati baca kisah nih, tp ada pengajaran di sebaliknya.
memang lumrah setiap org pasti rasa takut dgn kegagalan padahal itu bukanlh pengakhiran sebuah khidupan. Sbnarnya orang yg gagal tp bngkit smula itulah orang yg benar2 brjaya, brjya melakukan yg trbaik dan brjaya bngkit utk truskan prjuangan. kita ingin brjaya tp dengan keredhaan Allah swt. Satu yg ku pahat dlam hati "Allah swt Maha Penyayang padamu,mengadulah padaNya dgn sepenuh hati, di situlah pengiktirafan kita sbg hamba". Doakan ku yea, ku bakal mghdapi final exam hr khamis nih.Moga dipermudahkan segala urusan + dipertemukan satu hari nanti,Insyaallah...salam.
Rezeki itu di tangan Allah. Dan demi mempercayai qada- dan qadar sungguh sukar. Kadang2 kita rasa diri kita melakukan sedaya upaya, strivng giler2 tapi akhirnya keputusan setakat tu jer..dan kita muhasabah kembali, dan perkara sama still berulang..cuba renung dan perhatikan, mungkin tiba masa diri mempercayai rezeki di universiti x bape baik..saat nie, hanya Allah tempat mengadu..mungkin ada doa yang tidak diamalkan selalu..mungkin ada perkara kecik yg terlepas dek pandangan..tabahkan hati..cuba menganggap akademik itu tidak sebsar ujian yang laen(selepas ini) yang seharusnya lebih besar dan berat seperti da'ie.mungkin ini buah pendapat dari lelaki, demi menguatkan pemikiran wanita yang jauh berbeza berbanding lelaki. semoga dapat menerima teguran ini. belajar untuk tidak menganggap sesuatu itu besar, kerna mungkin kita terlepas pandang sisi-sisi kecilnya. Dan belajar menganggap dan melihat sesuatu itu kecil, supaya dapat kita optimumkan segala ruang dgn fokus..nasihat dari sahabat say yg berjaya..salam kejayaan
Catat Ulasan