Salam 'alaik. Hari ini sekadar ingin berkongsi sedikit memori bersama Archimic 09/10. Segala aktiviti yang telah kami jalankan samada berjaya ataupun tidak. Tak banyak aktiviti yang sempat kami jalankan untuk semester 2 memandangkan kenaikan kami sangat lambat. Proses pertukaran dan peralihan kuasa berlaku lambat atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Sekadar laporan. =) (Kalau nak crita satu2, mesti sangat panjang...jadi, briefly;)
ARCHIMIC EXPOSED
Kali ini pemilihan ahli Archimic bukan lagi berdasarkan hasil undian daripada pelajar KAED. Pelantikan dibuat berdasarkan syura di setiap department. Setiap department perlu menghantar 5 nama untuk diwakilkan dalam Archimic bermaksud ahli Archimic bertambah menjadi 25 orang termasuk 5 presiden daripada setiap department. 5 department tersebut adalah Archais-Architecture, Earthwork-Landscape Architecture, Planmic-Urban Planning, QUEST-Quantity Survey, Designext-Applied Art.
Justeru, ARCHIMIC EXPOSED diadakan dalam usaha menaikkan kembali dan memperkenalkan kembali ARCHIMIC kepada pelajar KAED khususnya.
ARCHIMIC LOGO COMPETITION
Selama beberapa tahun ini, Archimic menggunakan Logo KAED sebagai logo rasminya. Namun, sebagai satu langkah untuk memperbaharui dan memperkenalkan identiti Archimic. Kami sepakat untuk mengadakan pertandingan mencipta logo Archimic yang pemenangnya akan menerima wang tunai sebanyak RM200 dan secara tidak langsung logonya akan menjadi logo rasmi Archimic. Dan pemenangnya adalah Raja Nur Etika daripada Quest.
RIVER CLEANUP
Perkenalkan, dalam Archimic bukan sahaja terdapat 5 persatuan 'departmental based', tapi, turut di bawahnya terdapat satu persatuan yang terbuka kepada semua warga UIAM iaitu Greenteam. Secara tidak langsung ahli Archimic berdaftar sebagai ahli Greenteam dan diwajibkan menyertai dan menyokong sebarang program daripada Greenteam. Hasil perbincangan, Presiden Greenteam turut dimasukkan dalam organisasi Archimic menjadikan ahli Archimic menjadi 26 orang.
6 persatuan di bawah Archimic
Program pertama Archimic-Greenteam adalah River Cleanup di Kampung Muafakat Gombak (hasil gabungan 7 kampung warisan yang masih ada di sini). Hasil daripada program ini, Kampung Muafakat telah dijadikan sebagai kampung angkat KAED dan beberapa pertemuan telah diadakan bersama ketua kampung bagi membincangkan tentang pembangunan kampung tersebut.Greenteam adalah satu persatuan cinta alam yang mengetengahkan kitar semula sebagai satu cara menjaga alam sekitar. Bertujuan mendidik manusia tentang kepentingan alam sekitar insyaAllah.
bergambar kenangan di madrasah tarbiyah kampung padang balang
FORUM MAULIDUR RASULSempena sambutan Maulidur Rasul, kami telah mengadakan forum bagi memperingati setiap amanat yang ditinggalkan Rasulullah SAW buat ummat akhir zaman. Alhamdulillah, kami mencpai target yang disasarkan. Jemputan panel pada malam itu adalah Dr Akmalhuzaimy dan Ustaz Rozaimi dari IRK.
syukri-moderator dan panelis
budak Archi tahun 2 (budak2 studioku. ;P) mendeklamasikan sajak
algebra + adib
para komiti =)
Buletin pertama daripada Archimic dikeluarkan sebagai satu percubaan dan pengenalan kepada Archimic.
AURAH CAMPAIGN
Diadakan selama seminggu anjuran ENGINIUS-ARCHIMIC. Koleberasi pertama antara dua kuliyyah jiran. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang minggu tersebut.
VISIT BY SMKA DURIAN GULING, TERENGGANU TO KAED
Kami menerima kunjungan daripada rombongan Sekolah Menengah Agama Durian Guling. Namun, hasil perancangan kami untuk menjamu mereka dengan sedikit multimedia tentang keunikan KAED tidak tercapai akibat sepanjang hari tersebut seluruh UIA tidak menerima bekalan elektrik buat sementara waktu. Namun, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sekurang2nya kami mampu membuat mereka tersenyum dan puas hati atas layanan yang diberikan. Sebuah memori yang pasti tidak akan kami lupakan. =)
kak mira, bi dan ahli kumpulannya
pelajar aspuri tingkatan 5 durian guling (mak penah ngajar dulu. ;p)
ucapan guru pengiring
bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang KAED
HEALTH AWARENESS CAMPAIGN AT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI GAPOIHasil koleberasi Archimic-Titian Asli untuk mengadakan komuniti servis di perkampungan orang asli yang buat pertama kalinya disertai oleh Archimic. Di perkampungan orang Asli Gapoi, majoriti adalah tidak menganut sebarang agama namun punya kepercayaan mereka sendiri dan hanya beberapa buah keluarga sahaja yang baru memeluk agama Islam. Kehadiran kami ke Gapoi selain bertujuan mewar2kan tentang kempen kesihatan dan kebersihan, kami turut bertujuan untuk meluaskan dakwah ke sana. Walau tidak beragama Islam, warga orang asli Gapoi tetap terbuka menerima pembawakan kami di sana. Alhamdulillah. Sangat banyak memori indah di Gapoi walaupun hanya dua hari kami berada di sana.
kunjungan rumah ke rumah untuk berkempen tentang kebersihan di samping memberikan sedikit sumbangan =)
komiti bersama anak2 orang asli yang sentiasa ceria menerima kunjungan kami. =)
senam aerobik kot di pagi hari
modul bersama anak2 orang asli... ramai antara mereka yang tidak bersekolah. di sini, perlu juga antara kami menasihati mereka tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Dan ada juga antara mereka berpotensi menjadi pelajar cemerlang. =)
Malam tu abang2 dan kakak2 komiti dipaksa membuat persembahan spontan. hee~~
malam penuh gelak tawa =D
Pertandingan busana muslimah kanak2 antara salah satu cara dakwah pada mereka.moga2 insyaAllah. =)
persembahan spontan komiti yang sangat sporting. menegangkan perut kami dengan gelak tawa. ;D
Program Departmental Based Societysenam aerobik kot di pagi hari
modul bersama anak2 orang asli... ramai antara mereka yang tidak bersekolah. di sini, perlu juga antara kami menasihati mereka tentang betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Dan ada juga antara mereka berpotensi menjadi pelajar cemerlang. =)
Malam tu abang2 dan kakak2 komiti dipaksa membuat persembahan spontan. hee~~
malam penuh gelak tawa =D
Pertandingan busana muslimah kanak2 antara salah satu cara dakwah pada mereka.moga2 insyaAllah. =)
persembahan spontan komiti yang sangat sporting. menegangkan perut kami dengan gelak tawa. ;D
Sedikit tentang orang asli Gapoi :
kami cuba untuk menarik dan menunjukkan keindahan islam kepada mereka.
mereka punya beberapa kepercayaan seperti menggantungkan buah hutan di hadapan pintu masuk rumah untuk menghalau sesuatu yang tidak baik. D
an, mereka memang membela anjing (macam security guard la). Setiap rumah paling kurang ada seekor anjing guard. Kalau ada orang tak dikenali masuk kampung anjing tersebut akan mengejar dan menyalak sekuat2nya dan kami hampir2 diterkamnya sewaktu melalui kawasan kampung. fuuh~
mereka bercakap bahasa melayu temuan. yang ditambah 'k' dihujung perkataan. dan, yang mencuit hati kami, ramai juga antara anak2 orang asli yang terlupa nama sendiri. ;)
Selain tu, perkampungan ini hanya terdapat antara 20-30 buah rumah orang asli yang kebanyakannya semakin bertambah baik infrastrukturnya.
Mereka suka menyanyi dan berhibur, mereka suka berkaraoke. ;) Malah, juga mencuit hati dan agak mengejutkan kami, anak2 orang asli boleh menyanyi hampir semua lagu kumpulan wali. Maksudnya, mereka juga turut menerima pengaruh daripada luar, maksudnya lagi, mereka semakin bertambah maju. =)
Cuma satu, doaku semoga mereka juga akan menerima hidayah daripada Allah SWT untuk menerima dan memeluk agama Islam suatu hari kelak. insyaAllah.amiin~

Selain Program diadakan Archimic, terdapat juga program daripada setiap department antaranya adalah :
BMI UniKL Open Futsal Tournament - QUEST
ExploreNorth Exhibition - DESIGNEXT
UP Family day - ARCHAIS
AGD QUEST, DESIGNEXT, EARTHWORK, PLANMIC
Talk on Verbal Presentation Skill - EARTHWORK
Akan Datang insyaAllah
ARCHIMIC TA'ARUF DAY
KAED SPORTDAY
KAEDFEST 09/10
KAED LEAGUE
Sedikit Coretan
Ini antara kenangan aku bersama Archimic...Mungkin tidak banyak, tapi, cukup memberi impak besar dalam hidupku. Banyak perkara yang aku belajar daripada pembabitanku dalam Archimic. Di awalnya, aku terfikir untuk meletakkan jawatan dalam Archimic, (sebab tak yakin diri dan takut tak dapat fokus belajar) tapi, aku batalkan niat. Mungkin ada hikmahnya. Aku tidak pernah terdetik sedikitpun untuk melibatkan diri dengan ini semua. Tapi, aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku. Jadi, cuba menerimanya dan melaksanakannya dengan baik.insyaAllah. Untuk semua ahli Archimic. Terima kasih tidak terhingga buat kalian yang banyak memberikan tunjuk ajar padaku. Walaupun, Archimic mungkin tidak dikenali, tapi, cukuplah memorinya semua tersemat di hati. =)
Minta maaf juga atas segala salah silap sepanjang kerjasama kita (ahli archimic) untuk semester lepas... Untuk yang seterusnya, insyaAllah, kita cuba sehabis baik ya. The biggest one... KAEDFEST - memang agak berdebar nak melaksanakannya. Untuk memberi kelainan pada KAEDFEST09/10 bukanlah sesuatu yang senang. Banyak perkara yang perlu dirangka dan difikirkan... Apapun semoga kita semua berjaya melakukannya. =) insyaALlah. Gambattey ney! Semoga Archimic kali ini mampu membuat sedikit perubahan dan mampu membuat sedikit pembaharuan pada KAED. Sedikit sumbangan kita semoga kesannya kekal sehingga ke akhirnya. insyaAllah.
TERIMA KASIH SEMUA. =) Kalian memang hebat! ;P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan