Selasa, April 20, 2010

Kata Semangat =)

tiba2 kurasakan langkah ini semakin perlahan
semakin longlai, semakin tidak bermaya
seolah2 aku berada di penghujung kehidupan
seolah2 tiada lagi peluang untuk aku bangkit
seolah2 aku lumpuh, terbaring lesu tanpa kudrat
tapi, aku mendengar satu bisikan suara
jauh dan entah dari mana
sebuah bisikan lalu menyapa halus gegendang telinga
'kau harus bangkit kerana hidupmu masih bersisa entah berapa lama,' 'kau harus bangkit selagimana kau masih bernyawa!' 'kau harus bangkit menebus segala kekecewaan.' 'kau harus bangkit demi sebuah kehidupan,' 'anugerah daripada Tuhan...'
biar satu hari kelak, manusia mengenalimu sebagai seorang yang kuat dan tabah!
biar dunia melihatmu sebagai seorang yang berjasa untuk dunia dan isinya
biar dunia mengaku bahawa kaulah sebenar2 khalifah di dadanya
khalifah itu tidak akan mudah berputus asa
selagi jasad masih bernyawa
sehingga pengakhir usia,
Kau harus berusaha!
Harus berusaha!
insyaAllah, Allah bersamamu sentiasa.
Senyum, pandang ke hadapan,
dan coraklah kembali masa hadapanmu dengan lebih teliti,
insyaAllah semoga Allah bersamamu. Sentiasa! insyaAllah. =)



'kehidupan ibarat sebuah kanvas putih, kosong dan bersih. Terpulang pada kita untuk mencoraknya dengan sebarang warna dan lakaran. Calitkan dengan warna2 yang menarik agar kehidupan lebih bermakna. Atau corak hidup ini sekadar palitan dua warna- hitam dan putih' =)

buat diri :
OK2, masa untuk berubah... tulis pasal lain plak.. biar ilmiah sikit.. insyaAllah~ =)

semoga ini yang terakhirnya, jangan ada ayat negatif lagi dalam blog ni! perkataan 'gagal' tidak dibenarkan lagi digunakan secara berleluasa dalam blog ini. sila jadi positif. azam baru untuk semester baru harus dirancang dengan baik. insyaAllah~ rancang dengan cermat, atur strategi dengan bijak. you have to! NOKTAH!
'Ya Allah, tolong hambaMu ini.permudahkan segala urusanku~'

Tiada ulasan: