Rabu, April 21, 2010

Ke Garisan, Sedia dan Mula

Salam'alaik.
Agak kerap aku menulis sepanjang cuti ini. Hari ini sekali lagi aku akan meninggalkan republik Besut. Banyak perkara yang tak sempat aku lakukan dalam cuti kali ini. Cuti terlalu pendek dan masa terlalu cepat berlalu.

Keputusan semester lepas keluar beberapa hari lalu. Alhamdulillah~ Tapi, tiada perasaan. Yang aku tahu, aku harus menghadapi hari2 yang sukar lagi di tahun 3 semester ke dua nanti. Pokoknya aku kena mengulang 2 subjek sekaligus. Kedua2nya pun merupakan subjek yang sangat berat. Boleh jadi, tahun 3 merupakan tahun akhir bagiku dan boleh jadi tahun 3 merupakan tahun kedua akhir bagiku. Aku tetap mendoakan aku dapat menamatkan pengajian sama dengan rakan2 Archi ku yang lain. moga2 tahun 3 merupakan tahun akhir pengajian sains senibina bagiku. insyaAllah amiin~

Dalam diam menanam azam, semoga azam dapat dikotakan. Kali ini biarlah azam tertanam dalam diri dan bercambah dengan usaha bukan tertera pada skrin komputer semata2. Takut2 tak mampu terlaksana... Harus bina kekuatan untuk menjadikan impian menjadi nyata.insyaAllah~

Setakat ini dahulu, pulang ke UIA membawa sebagasi harapan dan doa. ;p insyaAllah~

Wallahu'alam. Wassalam.


oh ya, tika di Pusat Asasi, hidupku penuh dengan warna. cukup lengkap dengan 36 jenis warna. tapi, sekarang banyak yang sudah hilang. Tak tahu menghilang ke mana. Ku cari, susah benar untuk kutemu kembali. Semoga selepas ini, warna2 itu semuanya kembali tidak sekadar meninggalkan warna putih dan hitam yang bosan dan kelat. ;p Dan, aku harus melakar dengan lebih baik di atas kanvas putih supaya kombinasinya menjadi lebih cantik dan menarik~insyaAllah
-Pelakon layar pentas dunia-

Tiada ulasan: