Selasa, April 13, 2010

2 Hari 1 Malam : Oh Gapoi~

Salam'alaik.
Entry kali ini khas bagi mengenang memori di Gapoi. Gapoi- mungkin ramai tidak mengenali atau tidak pernah mendengar namanya. Namun, Gapoi bagi kami (yang mengikuti program Titian Asli-Archimic) pasti menyimpan seribu kenangan yang berharga dan sangat indah. =) Gapoi terletak di Bentong Pahang tidaklah sangat jauh daripada UIA Gombak.

Hari itu 10hb April 2010, kami sepatutnya bertolak jam 8 pagi. Tapi, pagi itu hujan agak lebat. kami (aku, Syibrah, Nabiha, Petem, Kak Ti, Syatus, Kak Saidah) terbangun agak lambat pagi itu. Semalaman kami mengangkut barang untuk dipindahkan dari mahallah ke mahallah. Jam 5.30 pagi baru kami terlelap itupun sangat sekejap. Mahallah Hafsa dan Asma ditutup sepanjang semester pendek menyebabkan kami menjadi nomad seketika. Bilik semua perlu dikosongkan, dan sungguh kasihan bagi mereka yang tinggal jauh seperti Pantai Timur, Utara dan sebagainya.

***

Walaupun tidak cukup rehat, semangat kami tetap berkobar2 untuk mengikuti program kali ini. Aku rasa aku antara yang paling bersemangat, mana tidaknya. Semasa aku menjadi Biro Kebajikan Archimic 08/09, aku sudah merancang untuk mengadakan program sebegini, namun atas beberapa masalah aku tidak mampu merealisasikannya, dan kerana itu aku sangat gembira apabila Biro Kebajikan kali ini begitu komited sehingga berjaya melaksanakan program ini buat pertama kalinya dalam sejarah Archimic. Kredit buat Muhammad Hanafi, Zulhusni, dan Nabiha Izyani. =) Kalian memang terbaik!

Bagi mengatasi beberapa masalah seperti kewangan, masa, pengalaman dan sebagainya. Kami sepakat mengadakan program kali ini dengan Titian Asli. Dan, Alhamdulillah, kerjasama yang baik telah diberikan. Kredit juga buat Fakrul Radzi, Presiden Titian Asli dan Pengurus Program, Helmi Tan atas sepenuh komitmen yang diberikan. =) tidak lupa juga kepada konco2nya yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar. =)


Mr. Program Manager

Kira2 jam 9pagi baru kami bertolak dari UIAM Gombak, agak lambat daripada jangkaan atas faktor hujan dan sebagainya. Program kali ini melibatkan 74 orang pelajar daripada pelbagai bidang dan kuota 34 orang daripada Archimic. Alhamdulillah, Jam 11 pagi, kami tiba di perkampungan Gapoi. Kami disambut oleh kehadiran anak2 orang asli yang kelihatan begitu gembira dengan kehadiran kami. Perkampungannya ke dalam sedikit. Dan seperti yang telah di beritahu, di setiap rumah ada penunggu, maksudku anjing penjaga. Dan, kehadiran kami juga turut disambut oleh pandangan dan kerlingan anjing2 di situ. ;P




saat baru tiba di gapoi


jom gerak!

Sampai sahaja, kami meletakkan barang2 di Tadika kemas, (yang perempuan bermalam di Tadika Kemas dan lelaki bermalam di Balai Raya.). Kami dibahagi kepada 10 kumpulan yang akhirnya digabungkan menjadi 5. Pertamanya kami diberi tugasan untuk melawat rumah ke rumah membuat sedikit bancian, memberi sedikit sumbangan dan beramah mesra dengan penduduk di situ. Kehadiran kami di situ selain untuk berkempen mengenai kebersihan dan kesihatan, kami turut bertujuan dakwah. insyaAllah. =)


antara wajah2 komiti yang komited =)


peserta sedang mendengar taklimat perjalanan program



(Apabila membuat bancian, apa yang dapat aku lihat, majoriti penduduk di situ tidak beragama. Kelihatan seperti Islam, rupanya tidak menganut sebarang agama. Tapi, menurut pandanganku, mereka sangat berpotensi untuk ditarik memeluk Islam. insyaAllah.)


sedang membahagikan barang sumbangan kepada setiap kumpulan. barang2nya adalah seperti ubat gigi, syampu, sabun, berus gigi dll sesuai dgn tema kesihatan dan kebersihan.

Berjalan keliling kampung. Tidak banyak rumah, aku kira dalam 20-30 buah rumah sahaja di perkampungan tersebut. Suasananya sunyi sepi. Apabila ditanya, rupanya anak2 kampung tersebut ramai juga yang tinggal di asrama. Walaupun masih nampak dhaif, tapi, sebenarnya orang asli di sini sudah sedikit maju. Apabila bermain dengan anak2 orang asli, aku terkejut, mereka hafal lagu2 daripada Wali Band.. Maksudnya, agak majulah. ;)


antara rumah2 di gapoi~


anak2 yang menanti dan menyambut kehadiran kami


beratur menunggu giliran bilik air (macam)...sebenarnya sedang berkunjung ke rumah2. =)


membuat bancian dan beramah mesra dengan pemilik rumah =)


sebaik beramah mesra, kami akan meminta kebenaran untuk menampal poster kempen kebersihan dan kesihatan ini. kredit buat omar yang mereka poster ini =)

Sepanjang kami meronda2 kampung, banyak juga perkara menarik yang aku temui. Budaya dan tradisi masyarakat orang asli di situ. Ada antara mereka yang sedang berkumpul mendengar nyanyian dan bunyi petikan gitar saudara mara mereka. Seronok apabila melihat mereka berkumpul begitu. Kami tanpa melepas peluang turut bersama mereka seketika. Mendengar nyanyian daripada masyarakat orang asli. Betul, mereka tidak begitu mundur malah hebat bermain alat muzik. Lagu apapun, mereka seakan tahu mengalunkannya. =) Paling seronok, aku suka mendengar bunyi latar aliran air sungai dan cicipan unggas rimba. Nyaman...sungguh nyaman. subhanallah~ =)


ahli keluarga berkumpul dan berhibur =)

Selepas penat berjalan, kami berehat sebentar sambil2 menunggu komiti bahagian 'catering' menyiapkan dan menyediakan makanan. Sementara menunggu makanan siap, dalam keroncong perut, kami meneruskan program dengan aktiviti seterusnya. Sesuai dengan tajuk program yang kami bawakan, 'Health Awareness Campaign' ada beberapa modul telah disediakan oleh unit modul untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada masyarakat orang asli di situ khusunya anak2 kecil. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi, kami mensasarkan kempen yang kami bawa sampai kepada anak2 masyarakat orang asli.Tambahan pula kanak2 di situ ramai yang sudah memulakan sesi pembelajaran mereka di Tadika Kemas yang ada di situ. Antara mereka apabila aku tanya di sekolah belajar apa, mereka akan jawab...'A, B, C...' Aku sedikit lega kerana walaupun dimaklumkan bahawa mereka enggan ke sekolah, sekurang2nya mereka mengenal abjad dan ada yang sudah tahu mengeja. Alhamdulillah. =)


khusyuk mendengar penerangan daripada komiti tentang kebersihan dan kesihatan


Kak Saie yang memberi taklimat berkenaan kebersihan.sungguh ceria =) cara memotong kuku, mengurus rambut, menggosok gigi dan mencuci telinga. =)



komiti (petem & kak saidah) sedang menunjukkan cara2 membuat modul kepada anak2 orang asli


komiti yang sangat sporting (khatib & anas). jom belajar menyanyi dan menari! ;P


bukan anak2 orang asli je semangat, ibu2nya juga. =) juga komiti dan peserta program...semua bersemangat belajar menyanyi dan menari. ;P

Ok, kemudiannya, perut kami diisi dengan hidangan enak daripada unit catering. Siapa ya? setahu aku Mr Presiden Titian Asli sendiri yang menyediakan makanan untuk kami... juga Program Manager... Juga, sahabat2ku daripada Archimic. (kalau salah tolong betulkan ya. =)) Dan aku? hanya tolong makan. =)


ayuhai sahabat, masak jangan masam2 mukanya karang mengena masammu pada makanan.hehe~ syibi sebagai bahagian catering. terima kasih. =)

Petangnya sukaneka. Suka aku melihat senyum dan gelak tawa masyarakat orang asli Gapoi. Sekurang2nya hatiku lega. Aku bimbang takut kehadiran kami tidak memberikan sebarang manfaat buat masyarakat orang asli di sini. Bukan apa, manakan sama adat dan tradisi orang asli yang dibesarkan dalam hutan malar hijau dengan kita orang yang dibesarkan dalam hutan konkrit dan udara kota.Tapi, dengan melihat gelak tawa mereka, aku sudah mampu melepaskan nafas kelegaan. Alhamdulillah. Semoga kehadiran kami membawa sedikit kegembiraan buat mereka.

Program kami seakan berjalan dan berlalu agak cepat. Cepat sahaja siang berganti malam. Malam, sepatutnya akulah PIC untuk 'malam 1001 senyuman' Sudah beberapa kali plan malam kebudayaan ditukar atas sebab2 tertentu. Serba salah aku dibuatnya. Namun, nasib baik ada sahabat2 yang tidak segan silu menaburkan idea dan bantuan. Sahabat2 yang turut sama untuk menjayakan malam tersebut adalah Shida(URP), Neesah(GreenTeam), Madlan(URP), dan yang paling banyak membantuku adalah Kak Sidah (Titian Asli). Terima kasih semua. Juga tidak lupa kepada Kak Chela, Kak Alia, dan Radzi (Titian Asli) yang juga banyak memberikan tunjuk ajar. Selamanya aku ini masih budak baru belajar. Aku perlu belajar menjadi ketua yang baik andai akulah ketua dan aku perlu belajar menjadi anak buah yang baik andai akulah anak buah. Tapi, aku memang cuba mengelak untuk memimpin sesuatu. Sangat tidak layak rasanya. beban tanggungjawab kurasakan sangat besar. Tapi, andai ditaklifkan, aku akan cuba sehabis baik. insyaAllah. =)


masa untuk makan~ barbecue malam tu. =)

Dan malam tersebut berlalu dengan gelak tawa daripada semua. Sudah lama rasanya aku tidak merasainya. Barulah terasa lepas semua perkara. Pertamanya, kami menganjurkan pertandingan busana muslimah yang turut merupakan satu cara berdakwah kepada orang asli (biiznillah). Anak2 orang asli diminta menggayakan pakaian yang sopan dan menarik mengikut kreativiti mereka. Dan, pelbagai ragam yang mencuit hati kami lihat. ;P Apapun semoga dengan cara ini, mereka mampu melihat Islam itu sebagai sesuatu yang indah dan tidak susah. Mereka tidak menolak untuk dikenakan pemakaian sopan bermakna, mereka memang terbuka untuk menerima semua ini. Moga2, terbuka juga jalan hidayah buat mereka untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.insyaAllah.


komiti sedang membalut hadiah untuk malam kebudayaan dan busana muslimah. =)


para juri : ustaz nik, nik, kakyong =)


para model menggayakan pakaian masing2. ;P


dan...adik comel inilah pemenangnya. =) lupa pula namanya.


kemudian dijamu pula oleh persembahan spontan daripada komiti yang sangat sporting : kamal, zul, napi, anas, abu. 'kenapa singgah kalau tak masuk' yang penuh gelak tawa.


persembahan spontan juga. berlakon tanpa tahu hujung pangkal cerita. macam2~ ;P
dibintangi oleh : dila(TA), kak saie(TA), kak jie(ARC), anas(ARC)

Aku teringat, aku agak rapat dengan anak Tok Batin, tapi aku terlupa pula namanya. Petang itu, dia mengajak aku meronda2 keliling kampung dengan menaiki motorsikal milik bapanya. Masakan aku mahu menolak peluang keemasan isebegini. Aku membonceng di belakang, dan sambil2 itu aku berbual2 dengannya. Banyak juga maklumat yang aku dapat. Dia kelihatan seperti orang Islam, tapi rupanya juga tidak beragama. Masih bersekolah dalam tingkatan 5. Aku tanya, bagaimana pelajarannya. Dan, katanya OK dan dia sangat suka belajar. Aku bersoal jawab dengannya. Dan, dia kelihatan tidak kekok bercerita. Seronok juga dapat mengenalinya. Terdetik di hatiku, andai sahaja dia diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam, mungkin dialah yang akan turut menjadi penggerak dakwah Islam di situ. Wallahu'alam.tapi, sama2lah kita doakan untuk kebaikan mereka. insyaAllah.

Dan, malam berlalu dengan seribu satu memori indah. Pasti terkenang sebaik mendengar lagu 'kenapa singgah kalau tak masuk'. kenapa ya? ;p biarlah rahsia. ;p

Menanti hari esok dengan penuh debaran. Adakah hari esok lebih indah daripada hari ini? Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Semoga semuanya berjalan lancar. Doaku. dan aku tidur dengan lena sekali. Rasanya aku masih belum begitu rehat sejak habis peperiksaan akhir apatah lagi malam sebelum ke Gapoi. Begitu juga dengan sahaba2ku. Alhamdulillah, aku mendapat peluang rehat yang secukupnya malam itu. =)

Qiam, dan solat subuh berjemaah.

Lalu, matahari mula menampakkan sinarnya.

Selamat pagi Gapoi~ Senam aerobik diketuai oleh saeng Archimic ku Zulhusni dan Hanafi. Memang sentiasa pening aku melayan kerenah dua orang 'saeng'ku ini. Kedua2nya memang sentiasa menjadi penghibur kami dalam Archimic, namun, mereka jugalah antara orang2 yang paling komited dalam Archimic. Layaknya mereka menjadi 'lawyer', tapi senibina pun hebat juga... =) Aku tahu kesibukan sebagai seorang pelajar senibina, namun, aku kagum dengan kebolehan mereka menguruskan masa. Tanggungjawab terlaksana dengan baik, pelajaran juga tidak keciciran, mampu diurus dengan baik. Sehingga terkadang aku terasa sangat rendah diri dengan sahabat2 yang seperti ini.Owh ya, bukan mereka sahaja tapi, juga yang lain... memang sangat hebat! insyaAllah. =)


yuk bersenam ;P


peserta2 lelaki juga bersemangat. ;P


pagi2 lagi masyarakat orang asli sudah bersama mengikuti program kami. =) alhamdulillah~

Selepas aerobik, kami bersiap sedia untuk menuju ke air terjun Gapoi. Tidak lengkap rasanya kehadiran kami tanpa menikmati udara segar dan nyanyian suara unggas di dalam hutan. Air terjun Gapoi menjadi lambang kebanggan masyarakatnya. Sangat cantik, dan sangat tidak tercemar airnya. Begitulah alam kita yang sebenarnya tika masih belum disentuh tangan manusia. subhanallah. di mana lagi kita mahu melihat kebesaran Allah kalau bukan pada penciptaanNya? subhanallah. Selama ini kita sering membanggakan hutan konkrit yang dibina manusia sehingga kadang kita terlupa asal alam yang lebih indah berbanding segala ciptaan manusia. nyaman~


oh ya...sementara kami meredah hutan ke air terjun gapoi, pada masa yang sama berlangsung pemeriksaan kesihatan di balai raya. jadi, ada juga komiti yang tidak dapat bersama kami ke air terjun gapoi... tapi, takpe... semoga kita punya peluang untuk datang ke gapoi lagi nanti. =)


perjalanan ke air terjun. di sekeliling bukit bukau. sangat cantik. kemudian kami meredah sungai, meredah hutan, barulah kami temu air terjun sungai gapoi yang sangat cantik. subhanallah~


oh gapoi~ keindahanmu menggamit pandanganku. membuat aku jatuh cinta seketika. udaramu membuat aku segar tiba2.
hehe~ teringat pula...malam tu, komiti lelaki bersajak spontan...benar2 mencuit hati dengan bahasa2 yang pelik pun ada...didahului dengan oh gapoi~~ ;P


dan, kami tidak boleh berlama di air terjun. masa memang cemburukan kami. sekejap cuma kami sempat menikmati keindahan alam tersebut. merasakan airnya yang nyaman dan segar, kemudian, kami terpaksa pulang. jam 12 tengah hari akan bermula perasmian penutup dan kami perlu bersiap sedia untuk itu. Pulanglah kami, dengan hanya meninggalkan jejak memori di air terjun Gapoi. Selamat tinggal hutan malar hijau~

Dan, berlalulah masa membawa bersama seribu kenangan, akhirnya kami terpaksa meninggalkan semuanya. Ini bukan tempat kami, justeru, kami harus pulang kembali ke kota meneruskan perjalanan hidup yang seterusnya. Langkah perjalanan seorang pendakwah tidak berhenti di sini. Ini hanya sebahagiaanya. Masih ada tanggungjawab berbaki. di tanah sendiri paling tidak di KAED.

Lambaian perpisahan buat warga Gapoi, juga buat kehijauan yang aku cintai. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun tidak semua berlaku seperti perancangan. Setinggi penghargaan buat semua yang telah memberikan aku sedikit kenangan untuk diingati. Juga terima aksih kerana telah menjadikan Gapoi sebahagian daripada memoriku. terima kasih Titian Asli dan ahli Archimic yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Maaf juga andai ada salah dan silap daripadaku sepanjang kerjasama kita bersama. Jutaan maaf yep!






wajah anak2 gapoi






bergambar kenangan sebelum meninggalkan gapoi

p/s: sebenarnya dalam menjayakan program kali ini, Titian Asli yang banyak menyumbangkan sumbangan. kami banyak belajar daripada Titian Asli. terima aksih kerana sudi berkoleberasi dengan kami yep. Kai sangat menghargainya. =)

gambar oleh : Nazuha - asst. pub & pro archimic

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,saya nak tanya. Jalan ke kampung ni susah tak?saya akan buat research di Kampung ni in sya Allah cume masih belum berkesempatan ke sana :)