Ahad, Mei 31, 2009

Satu Perjalanan

Salam’alaik

Pahitnya ibarat hempedu tatkala melalui liku hidup yang berduri dan bercabang. Kadang, bukanlah satu pintaan, tapi, takdir Allah menentukan segalanya. Permulaan perjalanan hidup yang penuh duri tiada siapa mahu begitu malah tiada siapa yang berani mengimpikan begitu. Tapi, pengalaman itulah yang banyak mengajar seorang hamba erti sebenar hidup di dunia.

‘Salam. Pade, aku nok masuk kisoh hidop mu dalam blog aku buleh?’ Entah mengapa, aku terasa ingin menceritakan kepada dunia bahawa aku punya seorang adik lelaki yang perjalanan hidupnya penuh liku.

‘Kisoh gapo plop?’

‘Kisoh mu zame dulu2. Nak wat pengajaran. Lenikan mu baik doh.hehe~ Buleh dop?’

‘Ikut mung la kuna eh. Kalu nok letok gambar, letok hok hensem2 sket eh.’

‘ado ko gambar mung hok hensem? Hehe~ aku nok letok gambar mu eksiden’

‘kalu siap oyap katku deh.’

‘Bereh!’

ATURAN ALLAH

Aku kagum dengan aturan Allah terhadap perjalanan hidup adikku yang seorang ini. Mungkin pernah adikku tersilap langkah menyebabkan kepercayaanku terhadapnya hampir pudar. Kami berkawan baik sejak kecil lagi memandangkan usia kami hanya setahun bezanya.

Semasa aku tingkatan tiga, adikku tingkatan 2, kami berpindah ke Machang, Kelantan. Di mataku, aku melihat adikku sebagai seorang yang baik sahaja. Aku sentiasa sengaja melalui di hadapan kelasnya setiap kali ingin ke tandas ataupun waktu rehat. Setiap kali melihat kelibatnya di kelas, barulah hatiku lega. Maklumlah, manalah tahu kot2 dia ponteng kelas. Alhamdulillah, dia masih melekat di kelas.

Tamat pengajian tingkatan3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah Machang, aku menerima satu tawaran yang sekian lama menjadi impianku, tawaran ke MRSM. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku dan keluarga. Aku pergi meninggalkan adikku, Fadhil seorang di SMKH. Pergi aku untuk mengejar cita2. Jadi, aku tidak lagi menjadi pemerhati dan pengongkong hidup adikku.

Pada suatu hari, ayahku telefon daripada Kedah (untuk konvo abang ke-2 ku di POLIMAS). Aku tidak tahupun abangku konvo. Tak mengapalah pasal itu, tapi, aku terkejut apabila ayahku menceritakan sesuatu yang buruk berkenaan adikku.

‘Ayoh dok kat Kedah ni.’

‘Ayoh wat gape situ?’

‘Konvo Dedec.’

‘La, ye ke? Dop tahu pon.’

‘Ni hok nok oyap ni. Nak cito pasal Pade.’

‘Pasal Pade? Bakponyo?’

‘Kmarin, Penolong Kanan maghi dumoh. 3 ore cikgu maghi dumoh nok tanyo pasal Pade!’ Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu perasaanku tika itu. Hatiku berdebar untuk mendengar perkhabaran seterusnya. Hati tersangat risau. Mesti ada sesuatu yang tak kena!

‘Maso baghu nok tolok gi konvo Dedec, cikgu2 maghi dumoh cari Pade. Dio crito kesalahan hok Pade buat.’ Ayahku menyambung.

‘Pade dok mane leni?’

‘Ado ni hoh. Masam jah muko.’ Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan emakku sebaik menerima perkhabaran tersebut. Saat abang menerima diploma kejuruteraan sivil, terima pula perkhabaran sedih daripada SMKH. Aku sendiri rasa tersangat risau, inikan pula emakku.

‘Pade tok gi skoloh 2 bule. Dio gocoh (bertumbuk) dengan pengawas skoloh. Cikgu disiplin caghi dio. Tu hok dio laghi, toksey gi skoloh tu.’ Aku haya mendengar. Terasa tersangat marah, rasanya ingin sahaja aku balik waktu itu juga. Tapi, aku memujuk hati supaya bersabar. Aku mesti dengar sendiri daripada mulut adikku tentang kebenaran tersebut.

‘Yoh, Muna nok kecek ngan Pade.’ Telefon bimbit bertukar tangan. Pasti adikku takut untuk mendengar suara kakanya yang garang ini. Huhu~

‘Hello! Ghane buleh jadi gitu?’ Soalku tidak sabar lagi. Mana tidaknya, aku sering sahaja nasihati adik2 di sekolah, hablunminallah, hablunminannas. Tiba2 adikku sendiri tidak mempraktikkan perkara tersebut.

Adikku menceritakan segalanya padaku. Tapi, aku sendiri tidak pasti ingin percaya ataupun tidak. Katanya pengawas tu yang salah. Bukan dia. Tak mengapalah aku terima, tapi, aku tetap merasakan adikku yang bersalah. Suka2 dia sahaja nak tumbuk orang. Suka2 dia saja nak ponteng kelas. Suka2 dia saja nak merokok. Bukankah ini semua satu kesalahan?

2 ulasan:

srikandislam berkata...

salam izyan..wah2!dh pndai tls ksh2 hdp dale blog..mantap la munadhiya ni..huhu,ni yuni..bez la baco tntg ksh hdp adk yan tu..yuni mace prnh dgr jah cter psl pade tu 3 thn lps..kat sklh kter dlu la..smoga rmai ore yg dpt pgjran drp pnulisan yan dale blog ni..hrp kter buleh jupe lg deh..InsyaALLAH..

munadhia berkata...

w'salam.yuni.hehe~yan x pandai nulih pon sbenarnya. saja je. tu pon lpah mintak permisi Fadhil. die oyap 'pndai gok mu nulis.' hehe. cilok alkisah die boleh la. tula, smoga kish ni jadi pngajarn buat smua. =) tu lah jga harapan mlalui tulisan dalam blog ni. syukran yuni. insyaAllah, kite mst boleh jmpa satu hr nt. yuni pon slamat brdkwah mlalui blog. slm syg dn rndu dr yan. =)