Sabtu, Februari 07, 2009

Ya Allah, gantikanlah hatiku!


Salam.

Semalam usrah membicarakan tentang qiammullail. Sebagai seorang dai’e setiap kita haruslah melazimi qiammullail. Pada awal2 dahulu aku juga tidak ketinggalan untuk memenuhi tuntutan ini.. Setiap malam bangkit bertahajud merintih di hadapan Allah. Tapi, aku kesal, sangat kesal dengan diriku yang semakin me ‘lagho’…Mana perginya seorang aku yang dahulunya berazam ingin menjadi seorang dai’e menyeru mad’u nya kepada kebaikan…Di manakah usahaku untuk semua itu? Ya Allah…Sungguh, diri ini sangat berdosa.


Tanya Kak Ji(naqibahku), ‘Apa yang menyusahkan dan memberatkan kita untuk bangun malam?’ Aku hanya diam menundukkan kepala. Ada sahabat menjawab, ‘sebab dosa yang banyak!’ Aku terkedu…Ya Allah, banyak nya dosaku…Ya, aku mengaku, aku sering saja lagho sekarang. Lebih2 lagi bila ada projek seperti hari ini. Tidurku sangat lambat, bagaimana mahu bangun? Ahhh!! Itu semua bukanlah alasan yang baik untuk aku tidak bangun malam… Ya Allah… baru aku sedar aku terlalu banyak mengutip dosa menjadi penghijab aku untuk menemuiMu…


Selepas usrah, aku berazam untuk bangkit, aku memuhasabah diri, banyak benda yang aku fikirkan…menyesakkan dadaku, menyebakkan hatiku. Usai sahaja membaca ayat tidur (surah al Mulk) aku tidur dengan niat ingin bangun di sepertigga malam… ‘Owh sekarang pukul 2.30pagi.’ Aku berkira2 pukul berapa akan aku bangun. Aku set jam pukul 4pagi. Dengan harapan aku akan bangun, aku memejamkan mata lalu terus tertidur.


Tidurku panjang. Aku jarang bermimpi, tapi semalam aku mengalami mimpi yang sangat menakutkan… Aku kemalangan, nyawaku hanya sampai di leher seolah2 aku akan mati beberapa saat lagi. Ayah bersusah payah ingin membawa ku ke hospital, tapi, terlalu banyak rintangan yang datang sepanjang perjalanan untuk ke hospital…Sungguh aku lupa keseluruhan mimpinya. Tapi, keadaanku sangat mengerikan. Urat di leherku putus, itu sahaja yang aku ingat. Aku akan mati…Aku akan mati…Aku akan mati… Saat itu juga aku terjaga. Ya Allah! Pukul 6 pagi. Ya Allah…Ya Allah.. Adakah masih banyak dosaku?? Sehinggakan lagi sekali aku terlepas janji untuk berjumpaMu? Melihat pada ‘handphone’ di sisi, beberapa ‘missed call’ daripada sahabat2.Aku mengutuk diri sendiri…


Aku bergegas bangkit, perkara pertama aku lakukan, aku mencapai Majalah Solusi mencari sesuatu.Aku baca kulit hadapannya, aku sebak… Tertulis, ‘Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui, carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru…’ Ya Allah…Berikanlah aku hati yang baru! Sekali lagi aku sebak.Aku dapat rasakan hati ini semakin mengeras hampir menjadi batu…Aku benar2 takut ya Allah…Benar2 takut!


Aku membelek muka pertama…Tertera Firman Allah, ‘Dan orang yang berusaha dengan bersungguh2 kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan2 Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta memperoleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.’ (Al Ankabut 29 : 69)


Ya Allah… adakah aku masih kurang usaha dan tekadnya??!!


Aku membelek, dan terus membelek helaian solusi tersebut…Semuanya tentang hati…


Aku jumpa…


Ya Allah, Kau kurniakanlah kepadaku hati seperti ini:

Hati yang sedar

Firman Allah yang bermaksud:

‘Sesungguhnya (keterangan2 dan peristiwa2) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh2 (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanyaa. (Surah Qaf 50 : 37)


Hati yang bersih

Firman Allah yang bermaksud:

‘Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya- yang sedia bersih-bertambah2 bersih (dengan iman dan amal kebajikan).’ (Surah al-Syams 91 : 9)


Hati yang lurus

Firman Allah yang bermaksud:

(Mereka berdoa dengan berkata): ‘Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau member petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah dan rahmat di sisiMu ; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah2kan pemberianNya.’ (Ali Imran 3 : 8)


Dan…Kau peliharalah daripadaku hati ini :

Hati yang terhijab

Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis2 atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak).’ (Al An’am 6 : 25)


Aku tutup majalah solusi. Aku buka nota yang aku tulis semalam. Ada satu ayat yang harus menjadi pegangan,


‘Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu : mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.’ (Al-Isra’ 17 : 79)


Aku menyoal diri… 'Tidak mahukah aku berada di tempat yang terpuji?’ Muhasabah diri… Aku memasang azam baru…InsyaAllah… Akan aku berusaha bersungguh2!


Sebagai peringatan buat diri, aku membuka surah al Muzammil dan mengamati maksud isinya… Ya Allah, aku harap… sangat berharap, aku mampu dan kuat untuk menghadapMu malam ini dan malam seterusnya dengan istiqamah… begitu juga sahabat2 seperjuanganku. Kurniakanlah kami kekuatan dan jauhkanlah kami daripada kelalaian…Andai kami masih tidak mampu…kurniakanlah kami hati2 yang baru yang masih lembut tapi kuat dan teguh…agar lancar segala urusan dakwah di jalanMu…Amiin…

4 ulasan:

Nur Ilyani Mohamed Nawawi berkata...

slm yan yang akak kasihi kerana Allah..

mungkin yan terlalu letih sebab tu terbangun lewat kan. kadang2 klw kita letih,dan tak terjaga untuk qiam sedangkan kita sudah berniat, maka tidur kita itu adalah rezeki drp Allah.

Akak pun ingat sgt kat adik2, halaqah kita kat matrik dulu..
Akak rasa kalaulah boleh putarkan masa ingin saja akak hadamkan semua perkara, ibadah,muamalat,fikrah serta siasah bersama usrah kita..

Akak skrg hanya mampu berdoa.. hanya Allah shj yg mampu mnjaga adik2 comel akak..

yan, apa yang penting, yan perlu terus bersama2 shbt2 yg solehah. klw rasa ada something wrong pd hati, perlu cpt2 jumpe kwn2 yan & shbt2 k yani kat sana...xpun surf internet..cb cari pengisian hati drp blog shbt2 yang solehah.. cuba cari masa untuk tafakur dan hadiri majlis ilmu.. kita cari masa untuk islam Allah bg masa special untuk kita.insya Allah..

IANYA AKAN MENJADI SUSAH JIKA KT TERPAKSA..
IANYA MENJADI SENANG JIKA KITA MAHU..
BERIBADAHLAH SEOLAH-OLAH KITA TIDAK AKAN KETEMUI NYA LAGI..
GENGGAMLAH SEOLAH-OLAH KITA TAKUT KEHILANGAN IMAN drpNya..

p/s : smg k yani berjaya m'curi' masa untuk call yan,aimi dll kt gombak.doakan akak ya..mis u all..krm slm pd semua ya.takbiir!

Tanpa Nama berkata...

salam. dari dulu hgg skarang k.yani ske wat yan sdih.huhu~ trima ksh k.yani. spatutnya mlm ni ada ta'lim Ust Azman, yan da lama x pegi, mlm ni sgt2 free utk hadiri ta'lim, tp, syg...Allah nak uji yan..time kita sgt perlukan santapan rohani tu... time ni jgk ia dibatalkn... nmpaknya yan kna brusaha utk cari mkn sndr. insyaAllah. mga kt smua jmpe dan dpt brkumpul lg. rindu k.yani sesangat. kami kt sini ada perancangan utk ke kuantan, mga2 yan berkesempatan ke sana.insyaAllah.k.yani doakan yan ye. moga kt trus istiqamah utk melakukan kebaikn dan sterusnya dpt menyebarkn dkwah dgn lbh brkesan.amin...
salam sayang dn rindu buat k.yani dan kakak2 d sana. salam =)

p/s: yan rasa kecik sangat brbanding kakak2 di sini. segan jgk, mklumla jd adik bongsu.huhu~ ilmu pn ciput je brbnding adik bradik yg lain..tp, alhamdulillah, kakak2 x lokek bantuan.. =)

The lady ♥ berkata...

salam.
salam ukhuwah.
sy amat trkesan dgn entri ni.
sy pun ada mslh yg sm.*sedih*
akak skrg study kat uiam gombak ke?

Tanpa Nama berkata...

wslm. ya dik... akak blaja kt uia gmbk...
tgu result spm eh?
upu da apply?
mntak uia ye.. =)
tu la..kdg2 susah nk latih diri kan? tapi, insyaAllah, slagi kt ada usaha dn niat yg btul, i'Allah kita mampu lakukannya...
Biar kt mula sikit2.
Biar kt mula bertatih...
Asalkan kt trus istiqamah dn sntiasa membaikinya mnjadi lbh baik.
Kalau kt lihat, Rasulullah SAW sndiripon sukakan amln yg sdikit tp brterusan... mga dr sdikit dan brtatih tu, pada akhirnya kt sudh mampu utk brjln dn brlari... =)
dan trus blari shingga btul2 dekat dengan Dia...insyaAllah...akak sndr pun dlm proses membaiki dn muhasabh diri blk..sma2lah kt ye...
smoga bjaya buat adik...=)
trima ksh utk komen adk hartini ya...=)